Bab 50

Drama Completed 116648

Muhaimin bertolak ke Penang dengan menaiki keretapi laju atau di panggil ETS. Sampai di stesen butterworth Muhaimin telah menelefon Fazlina. Dan Fazlina pun datang bersama suaminya untuk mengambil Muhaimin di stesen keretapi. Fazlina dan suaminya sekarang tinggal di Penang. Suami Fazlina telah di tukarkan di cawangan di Penang oleh syarikat suaminya bekerja. Fazlina pula mengambil keputusan mengikut suaminya itu berpindah ke Penang tempat ibunya berada.

Melihat kereta Fazlina dan suaminya sampai, Muhaimin pun berjalan ke arah mereka. Muhaimin membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam kereta.

"Kenapa dengan Ifa?" soal Muhaimin tidak sabar.

"Ifa baru 4 hari bersalin anak kau Aimin" kata Fazlina.

"Apa maksud kau ni." kata Muhaimin agak hairan.

"Ifa mengandung semasa dia keluar dari rumah kau hari tu. Asalnya Ifa pun tak tahu dia mengandung." kata Fazlina sambil matanya melirik ke arah Muhaimin.

"Macam mana keadaan Ifa dan anak aku... Aku dapat anak apa?" kata Muhaimin agak teruja bila mendapat tahu sudah bertambah lagi seorang anak.

"Kau dapat anak lelaki kali ni. Ifa dan anak kau pun sihat tak ada masalah." kata Fazlina.

"Sekarang ni bolehlah aku jumpa Ifa dan anak aku" kata Muhaimin sambil bibirnya mengukir senyuman.

"Maaf sebenarnya Ifa tak tahu pun kau berada dekat sini. Aku panggil kau suruh datang Penang ni pun Ifa tak tahu. Buat sementara ni kau biarlah Ifa tu dekat sini. lagi pun dia akan sambung belajar ambil diploma. Anak lelaki kau tu mak aku akan tolong jaga." kata Fazlina dengan perasaan serba salah.

"Tapi aku teringin nak tengok anak aku tu" kata Muhaimin dengan nada agak kecewa.

"Tak pa esok kau boleh jumpa anak kau tu. Sebab esok aku akan bawa anak kau tu cek kuning dekat klinik. Ifa tak ikut esok, boleh lah aku bawa kau esok" kata Fazlina.

"Kau suruh datang Penang ni sebab nak bagi tahu ifa bersalin je ke?" tanya Muhaimin.

"Sebenarnya aku suruh kau datang Penang ni nak suruh kau daftar dan buat surat beranak untuk anak kau tu. Kami dah pergi pejabat pendaftaran tapi tak boleh buat sebab tak lengkap. Kerana dia perlukan Mykad mak dan ayah yang asli. Sebab tu aku terpaksa juga suruh kau datang Penang. Esok lepas pergi klinik bolehlah terus pergi JPN." kata Fazlina lagi.

"Ya lah, takkan aku tak boleh jumpa Ifa langsung" kata Muhaimin.

"Ifa baru bersalin, aku tak nak dia terlalu fikir yang bukan- bukan. Biarlah dia sambung belajar dulu. Lepas tu bila keadaan Ifa dah okay barulah kau boleh jumpa dan pujuk dia." kata Fazlina lagi cuba untuk buat Muhaimin faham situasi Afifah. Muhaimin pun hanya mengangukkan kepala tanda faham.

Malam ini Muhaimin bermalam di rumah Fazlina dan suaminya. Manakala Afifah berpantang di rumah ibu Fazlina. Pagi esoknya Fazlina pergi ke rumah ibunya bersama suaminya. Fazlina datang nak mengambil anak Afifah dan membawa ke klinik. Hari ini Ifa tidak ikut membawa anaknya itu.

Selepas pergi ke klinik mereka terus pergi ke JPN. Muhaimin ada sekali bersama Fazlina dan suaminya. Di dalam kereta Muhaimin memangku anak lelakinya yang di berinama Izat Haikal. Selesai urusan di JPN. Suami Fazlina memandu kereta menuju ke arah rumah ia dan Fazlina diami.

Sampai di depan rumah suami Fazlina pun memberhentikan keretanya. Muhaimin pun keluar dari kereta dan memberikan anaknya kepada Fazlina. Selepas Muhaimin keluar dari kereta. Suami Fazlina memandu kembali keretanya menuju ke rumah mentuanya. Selepas menghantar kembali Izat ke pangkuan Afifah mereka suami isteri pun pulang. Dua hari Muhaimin tinggal di rumah Fazlina dan suaminya.

Muhaimin merasakan biarlah Afifah habis berlajar dulu. Nanti bila Afifah sudah habis belajar barulah ia datang untuk mengambil Afifah. Muhaimin juga akan terima jika Afifah tiba-tiba pulang ke rumah mereka di selangor.

Flashback of

"Abang kena ambil ifa bawa jumpa ayang... Sayang nak minta maaf pada Ifa sebelum terlambat." kata Janatil dengan matanya yang agak merah kerana menangis.

"Esok abang akan pergi bawa Ifa balik" kata Muhaimin. Dan Muhaimin pun mengambil beg galasnya untuk di isi dengan pakaian.Muhaimin sudah bertekad esok ia akan ke Penang membawa Afifah pulang bertemu dengan Janatil. Muhaimin juga akan menceritakan segalanya pada Afifah.

Paginya usai sembahyang subuh Muhaimin berangkat ke Penang. Muhaimin terasa tidak sabar ingin bertemu dengan Afifah dan anak lelakinya. Selama ini perasaan rindunya itu ia pendam. Jika ia bertemu dengan Afifah dia akan meluahkan segala isi hatinya.

Dan Muhaimin berharap masih ada sinar bahagia untuk mereka bertiga dan anak-anak.Dalam jam 2 petang barulah Muhaimin sampai di rumah ibu Fazlina. Muhaimin pun memberhentikan keretanya dan keluar dari kereta. Keluar dari kereta Muhaimin berjalan ke arah rumah ibu Fazlina. Lalu Muhaimin pun memberi salam.

"Assalamualaikum" kata Muhaimin.

"Waalaikumussalam" jawab ibu Fazlina.

"Afifah ada tak. Saya suami dia" kata Muhaimin sambil matanya memadang bayi yang di kendong oleh ibu Fazlina.

"Ifa tak balik lagi. Nanti petang baru dia balik ,masuklah" kata ibu Fazlina.

"Boleh saya nak dukung budak ni" kata Muhaimin sambil menhulurkan tangannya untuk mengambil Izat dari kendongan Ibu Fazlina.

Lalu Ibu Fazlina pun membiarkan saja Muhaimin mengambil Izat. Kerana Izat ni pun anak Muhaimin juga. Muhaimin mencium anak lelakinya itu untuk melepaskan rindunya. Izat sudah berusia setahun dua bulan.

Sementara menunggu Afifah pulang. Muhaimin asik melayani anak lelakinya yang bernama Izat. Tidak sabar rasanya Muhaimin ingin membawa Izat pulang bertemu Izzara dan Izni.

Petang dalam pukul 6.00 kedengaran bunyi motor masuk ke dalam perkarangan rumah ibu Fazlina. Kelihatan Afifah memarking motornya dan mematikan enjin. Afifah agak terkejut melihat ada kereta terparking di pekarangan rumah ibu saudaranya. Afifah merasakan tidak asing dengan kereta itu.

"Assalamualaikum" Afifah memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

"Walaikumusalam"jawab Muhaimin sambil tersenyum memandang Afifah. Afifah agak terkejut melihat Muhaimin ada di dalam rumah ibu saudaranya.

"Macam mana abang boleh ada dekat sini?" soal Afifah agak terkejut.

"Abang datang ni atas permintaan Janatil. Abang nak Ifa jumpa Janatil" kata Muhaimin sambil menghulurkan tangannya pada Afifah. Afifah pun menyambut tangan Muhaimin lalu menyalami tangan suaminya itu dan menciumnya.

"Maafkan ifa sebab keluar dari rumah tanpa izin abang" kata Afifah dengan air matanya mula jatuh ke pipi.

"Abang dah maafkan Ifa. Abang tahu semua ni bukan salah ifa... Janatil dah beritahu segalanya pada abang. Esok ikut abang balik" kata Muhaimin sambil matanya tak berkelip memadang isterinya itu.

"Tapi Ifa... Agak sibuk." kata Afifah agak ragu-ragu.

"Jangan nak tipu ,sekarang ni ifa masih cuti semesterkan. Jadi tak ada alasan Ifa tak boleh ikut abang" kata Muhaimin cuba memujuk Afifah.

"Tapi Ifa risau apa kata kak Jan nanti" kata Afifah dengan nada agak lemah.

"Jangan risau ini pun atas permintaan Janatil. Sebab tu abang sanggup datang dari jauh. Ada sesuatu yang Jan nak cakap pada ifa. Dan Jan pun dah semakin lemah sekarang ni." kata Muhaimin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience