Bab 22

Drama Completed 116648

Sudah 3 bulan Afifah menjadi isteri Muhaimin. Minggu depan ada majlis kenduri akikah di rumah keluarga Janatil. Majlis akikah itu semperna kelahiran anak abang Janatil yang ketiga. Ibu Janatil meminta Janatil menjemput Muhaimin dan madunya Afifah ke majlis tersebut. Janatil juga sudah memberitahu pada Muhaimin dan Afifah.

Afifah sangat teruja kerana nanti ia boleh bertemu dengan Fazuha kawan rapatnya. Sudah 3 bulan mereka tidak bertemu, terasa rindu di hati mereka berdua. Apa lagi kawannya itulah yang telah banyak membantu Afifah semasa dirinya memerlukan pertolongan. Afifah juga merasa rindu pada makcik Zaiton yang ia sudah anggap seperti ibu sendiri.

Hari ini mereka bertiga akan bertolak ke rumah keluarga Janatil. Kerana malam tadi giliran Janatil, jadi Afifah terpaksa menunggu Muhaimin dan Janatil datang mengambilnya di rumah pagi ini. Janatil dan Muhaimin sudah berjanji akan menjemput Afifah lebih kurang dalam pukul 8.00 pagi. Malam tadi Afifah sudah mengemas pakaiannya untuk di bawa ke rumah keluarga Janatil. Pagi ini selepas sembahyang subuh Afifah sudah meletakkan beg pakaiannya di depan pintu. Afifah juga bersiap agak awal. Hatinya sudah tidak sabar untuk bertemu dengan Fazuha kawan rapatnya.

Afifah melihat jam sudah pukul 8.00 pagi tapi kereta Muhaimin masih belum muncul lagi. "Aduh dah pukul 8.00 ni mana abang Aimin dan kak Janatil ni" bebel mulut Afifah agak kecewa."takkan lah diorang tak ingat dekat aku kut... Entah-entah diorang tinggal aku" bebel Afifah di depan pintu sambil memadang jam di tangannya.

Hampir pukul 8.40 pagi barulah kereta Muhaimin sampai di depan rumah Afifah. Afifah merasa lega bila melihat kereta Muhaimin sudah berada di depan pagar. Afifah pun mengambil beg pakaiannya,lalu ia pun menguci pintu rumah. Selepas keluar dari pintu pagar Afifah pun menguci pintu pagar tersebut. Selesai mengunci apa yang patut Afifah pun membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam kereta.

Afifah duduk di bangku penumpang belakang Janatil. Manakala Janatil pula duduk di bangku penumpang di sebelah pemandu. Masuk saja Afifah,Muhaimin pun memandu keretanya menuju ke jalan utama. Perjalanan ke rumah keluarga Janatil mengambil masa 2 jam.

Afifah tidak banyak bercakap,ia hanya mendengar Janatil dan Muhaimin berbual berdua. Lagi pun Afifah merasakan kepalanya sedikit pening hari ini. Sebab itu ia mengabil keputusan untuk mendiamkan diri dan tidur saja di belakang. Hampir satu jam berada di dalam kereta, tiba-tiba tekak Afifah terasa mual.

"Abang tolong berhentikan kereta, Ifa dah tak tahan nak muntah ni" kata Afifah sambil menutup mulutnya dengan tapak tangannya.

Mendengar permintaan isteri keduanya itu Muhaimin pun segera mencari tempat sesuai untuk memberhentikan kereta di tepi jalan. Berhenti saja kereta, Afifah segera membuka pintu kereta lalu keluar dan memuntahkan isi perutnya di dalam longkang. Melihat Afifah yang sedang muntah Janatil pun keluar dari dalam kereta. Janatil mendekati Afifah yang sedang muntah dan mengosok-gosok belakang badan Afifah.Sementara itu Muhaimin memerhatikan saja kedua isterinya dari dalam kereta.

"Abang ambilkan air botol mineral tu. Nak bagi dekat Afifah untuk buat kumur-kumur dan basuh mulut." kata Janatil.Lalu Muhaimin pun mengambil air botol tersebut dan memberikan pada Janatil. Janatil pun menyambutnya dan memberikan pada Afifah.

Afifah merasakan mualnya sudah semakin kurang ia pun mengambil air botol tersebut. Lalu membasuh mulutnya dan berkumur-kumur. Selepas itu ia pun berdiri dan ingin masuk ke dalam kereta kembali.

"Ifa rasa mual lagi tak" tanya Janatil.

"Dah kurang dah"kata Afifah lalu memejamkan matanya.

Janatil pun masuk kembali ke dalam kereta. Muhaimin memadang ke arah Afifah kelihatan muka Afifah agak pucat sedikit. Masuk saja Janatil ke dalam kereta,Muhaimin mula memandu kembali keretanya.

"Abang kita singgah klinik sekejap nanti... Kesian Ifa tu" kata Janatil. Melihat keadaan Afifah seperti itu, Janatil merasakan seperti ada berita gembira. Untuk memastikannya Janatil meminta Muhaimin singgah ke klinik swasta.

Sementara itu Afifah selepas masuk ke dalam kereta kembali terus terpejam dan tidur. Sampai di sebuah klinik swasta Muhaimin pun memberhentikan kereta. Lalu Janatil keluar dan membuka pintu tempat Afifah duduk. Lalu ia mengoyangkan badan Afifah supaya Afifah terbangun dari tidurnya. Afifah terbangun dan melihat Janatil mengoyangkan badannya.

"Dah sampai dah ke, kak." tanya Afifah agak mamai kerana baru terbangun dari tidur.

"Belum sampai lagi. Ni depan klinik nak periksa badan kamu tu" kata Janatil.

Afifah yang terpinga-pinga pun keluar dari dalam kereta. Selepas Afifah keluar dari dalam kereta. Muhaimin pun memandu keretanya untuk mencari tempat parking. Sementara menungu Muhaimin mencari tempat parking Janatil dan Afifah pun masuk ke dalam klinik.

"Ifa minta mykad, nak daftar ni" kata Janatil. Lalu Afifah pun memberikan mykadnya pada Janatil. Janatil pun mengambil mykad tersebut dan meletakkan di tempat pendaftaran. Tak lama kemudian Muhaimin pun masuk ke dalam klinik. Muhaimin duduk di bangku sebelah Afifah.

"Ifa masih rasa mual lagi" tanya Muhaimin.

"Dah kurang sikit... Cuma rasa pening je" kata Afifah. Selesai mendaftar Janatil pun duduk sebelah Afifah.

"Nah mykad ifa" kata Janatil sambil tangan memberikan mykad kepada Afifah. Afifah pun mengambil kembali mykad tersebut.

Tak lama kemudian nama Afifah pun di panggil. Afifah pun bangun lalu memegang tangan Janatil." Kak temankan Ifa" kata Afifah.

"Ok,tak pa akak temankan.Abang tak payah masuk... Biar sayang je teman Ifa." kata Janatil sambil bangun.

"Ya la,abang tunggu dekat sini" kata Muhaimin. Lalu Janatil dan Afifah pun masuk ke dalam bilik doktor. Muhaimin hanya memerhatikan saja kedua isterinya itu.

Di dalam bilik doktor. Janatil yang benyak bercakap dan memberitahu tentang Afifah muntah dan pening kepala. Afifah pula banyak diam saja.

"Bila tarikh akhir kamu datang haid?" tanya doktor.

"Rasanya bulan lepas darah haid saya tak datang... Bulan ni belum datang lagi" kata Afifah sambil tangannya mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"kita akan cek guna pregnancy test dulu...Kamu boleh pergi tandas dekat sana, dalam tandas tu ada botol kecil... Kamu kena isi air kencing kamu dalam botol kecil tu" kata doktor.

Lalu Afifah pun bangun dan berjalan ke arah tandas yang di beritahu oleh doktor tadi. Janatil pun menemani Afifah pergi ke tandas tersebut tapi Janatil hanya menunggu di luar pintu tandas.

Lebih kurang 10 minit Afifah pun keluar dari tandas dengan di tanganya ada botol kecil yang berisi air kencing. Jururawat pun mengambil sampel air kencing tersebut dari Afifah. Dan meletakkan di alat pregnancy test lalu di berikan kepada doktor. Doktor pun mermahatikan pregnancy test tersebut.

"Tahniah, ada 2 jalur merah ni bermakna kamu mengandung." kata doktor.

"Alhamdullilah, ifa kamu dah mengandung" kata Janatil agak teruja. Manakala Afifah tersenyum saja melihat Janatil.

"Kalau nak pastikan lagi kita boleh scan untuk lihat" kata doktor.

"Boleh juga" kata Janatil. Doktor pun meminta Afifah baring di atas katil yang ada di dalam bilik tersebut. Afifah pun membaringkan badannya di atas katil. Sementara Janatil berdiri di sebelah katil tersebut.

Doktor pun menarik baju Afifah atas pada perut. Lalu ia meletakkan sejenis jell di sekitar perut Afifah. Barulah doktor meletakkan sejenis alat dan mengerak-gerakkan alat tersebut sekitar perut Afifah. Dan mata doktor dan Janatil memerhatikan gambar yang keluar di monitor.

"Nampaknya kandungan kamu sihat. Usia kandungan kamu ni baru 6 minggu." kata doktor tersebut.

Selesai melakukan scan doktor menulis ubat-ubat vitamin untuk di berikan pada Afifah. "Ok,ubat vitamin ni boleh ambil dekat farmasi di depan" kata doktor sambil memberikan kertas tersebut pada Janatil. Janatil dan Afifah pun keluar dari bilik doktor.

"Macam mana?" tanya Muhaimin bila melihat Afifah dan Janatil keluar dari bilik doktor.

"Abang tolong ambilkan ubat untuk ifa. Ni kertasnya." kata Janatil.

"Baiklah" kata Muhaimin lalu mengambil kertas tersebut di tangan Janatil dan berjalan menuju bahagian farmasi.

Lebih kurang 10 minit kemudian Muhaimin pun selesai mengambil ubat untuk Afifah. Mereka bertiga pun berjalan keluar dari klinik.

"Tunggu sini biar abang ambil kereta dulu." kata Muhaimin.

"Abang tak nak tahu ke"?tanya Janatil.

" Tahu apa " tanya Muhaimin agak hairan.

"Ya lah,tentang penyakit Ifa" kata Janatil.

"Ifa sakit apa sebenarnya ni?" tanya Muhaimin agak khuatir.
Afifah hanya terdiam dan agak malu-malu."ifa sakit sebab abang buat la." kata Janatil cuba menyakat.

"Abang ada buat apa?" kata Muhaimin.

"Abang ni tak faham pulak... Tak lama lagi akan ada ahli baru dalam keluarga kita" kata Janatil.

Mendengar kata-kata Janatil,Muhaimin memadang ke arah Afifah." Betul ke ni?"tanya Muhaimin.

Afifah hanya mengangukkan kepalanya tanda betul dia mengandung. "Alhamdullilah" kata Muhaimin tanpa terasa air matanya mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience