Bab 39

Drama Completed 116631

Jam sudah pukul 9.00 malam. Aku dan Afifah duduk di ruangtamu. Aku menonton tv manakala Afifah pula asyik dengan telefon pintarnya. Sedang asik melayan rancangan tv tiba-tiba telefon Afifah terjatuh dan aku melihat wajahnya juga agak berubah. Aku bertanya pada Afifah kenapa tiba-tiba dia nampak terkejut. Lalu Afifah menyebut nama suamiku dan memberikan telefon pintarnya padaku. Aku pun melihat apa yang telah Afifah lihat tadi.

Aku amat terkejut bila melihat sosial media milik sepupu Afifah. Sepupunya bernama Fazlina meletakkan gambar dirinya bersama suamiku dan memperlihatkan cincin di jarinya. Dengan menulis di status sosial medianya "Berdebarnya menunggu hari bahagia".Aku tidak sangka suamiku Muhaimin diam-diam ada perempuan lain. Sedangkan Afifah telah pun menjadi maduku. Afifah lebih muda dari Fazlina dan sekarang sedang mengandungkan anak suamiku.

Adakah suamiku sudah tidak menyayangiku lagi. Tiada perasaankah dia melihat Afifah yang sedang mengandungkan anaknya. Tidak adakah perasaan kasian pada isterinya yang mengandung. Apakah semua ini terjadi kerana perjanjianku bersama Afifah.

Aku ingin Afifah pergi dari suamiku bila sudah ia melahirkan anak kembar suamiku. Aku menyangkakan aku akan bahagia bersama Muhaimin dan anak-anak tanpa orang ketiga. Tapi nampaknya rancanganku tak menjadi kenyataan bila suamiku hendak berkahwin lain. Bermakna aku tetap bermadu walau Afifah bercerai dengan suamiku.

Air mata ku mengalir kerana ku tak menyangka suamiku akan melakukan perkara begini. Aku benar-benar sayang dan cinta padanya. Tidakkah ia lihat kasih sayangku terhadapnya yang tak pernah kurang. Kenapa ,belum cukup lagikah dengan 2 orang isteri. Aku harus melakukan sesuatu. Aku tak boleh membiarkan suamiku Muhaimin berkahwin lagi. Cukuplah Afifah saja maduku. Aku tak sanggup ada orang lain merampas suamiku.

Malam ini aku tak mampu untuk melelapkan mataku.Aku benar-benar sakit hati dan kecewa dengan suamiku. Aku ingin bahagia bersama dengannya tapi kenapa dugaan datang silih berganti. Apa salahku padanya,aku tak mampu untuk memahami apa ke inginan suamiku sebenarnya.

Paginya aku terbangun agak lewat. Kerana malam tadi aku tertidur lewat. Aku bangun dengan mata yang bengkak kerana terlalu banyak menangis. Hari ini aku akan mengambil cuti ,kerana tak mungkin aku masuk kerja dengan mata yang bengkak. Tentu banyak mulut-mulut yang bertanya nanti.

Selepas sembahyang subuh aku pun pergi ke dapur. Aku lihat Afifah sudah berada di dapur sedang membancuh air dan membuat roti telur untuk kami berdua.

"Akak banyak menangis ya malam tadi. Mata akak nampak bengkak sangat" kata Afifah.

"Akak tak sangka abang Aimin akan buat macam ni pada akak. Apa silap akak dan salah akak" kataku dan air mataku mula bergenang kembali.

"Akak sabar ya. Nanti bila abang Aimin balik kita minta dia berikan perjelasan tentang perkara ni" kata Afifah cuba untuk menenangku.

"Akak tak sangka abang Aimin sanggup buat macam ni. Lagi pula Ifa tengah mengandung sekarang ni. Tak kanlah dia langsung tak kesian pada ifa yang sedang mengandung." kataku sambil tanganku menuang air ke dalam cawan.

"Ifa kahwin dengan abang Aimin bukan kerana cinta. Tak macam akak" kata Afifah dengan nada agak lemah.

Hatiku tersentap mendengar apa yang keluar dari mulut Afifah. Memang benar suamiku berkahwin dengan Afifah bukan kerana cinta. Aku yang menjodohkan mereka berdua. Adakah sekarang ini suamiku sudah jatuh cinta pada Fazlina. Dan cintanya pada diriku sudah berkurangan.

Nampaknya setakat berkahwin kerana inginkan anak masih belum cukup bagi seorang lelaki agaknya. Perkahwinan juga perlu cinta dan kasih sayang. Ini bermakna suamiku tak pernah mencintai maduku Afifah. Mungkin kerana itu ia mencari cinta di luar. Apa mungkin cintanya padaku juga sudah pudar.

Usai sarapan aku pun masuk ke dalam bilik kembali. Aku masuk ke bilik untuk melayan perasaanku yang sedang kecewa dan sakit hati pada suamiku. Sedang aku melayan perasaan tiba-tiba ada pesanan whatsapp masuk. Aku membiarkan saja pesanan whatsapp tersebut.

Tak lama kemudian telefon pintarku berbunyi. Aku pun mengambil telefon dan aku melihat pangilan tersebut dari isteri abang iparku. Aku pun dengan terpaksa menjawab juga pangilan itu.

"Assalamualaikum" kata birasku tu.

Aku pun menjawab "Walaikumusalam, ada apa akak telefon ni." tanya ku.

"Betul ke Aimin nak kahwin lagi" tanya birasku terus terang.

"Aimin tak pernah bagi tahu saya pun dia nak kahwin lagi. Kenapa akak tanya" kataku. Hatiku juga tertanya-tanya bagai mana birasku itu boleh tahu.

"Bukan apa semalam abang Muzafar dan akak ternampak status Fazlina. Ada gambar Aimin bersama dengan dia" kata birasku itu.

"Saya malas nak ambil tahu. Kalau akak nak tahu tanya je sendiri dengan Aimin" kataku lalu memutuskan panggilan.

Hati aku yang sedang sakit boleh pula dia bertanya soalan tu. Lagi bertambah-tambah sakit hati aku ni.Apa yang perlu aku lakukan untuk suamiku kembali padaku. Dan meninggalkan perempuan yang bernama Fazlina tu.

Mungkin aku terpaksa membatalkan perjanjian yang aku buat bersama Afifah. Aku terpaksa meminta Afifah membantuku merayu pada Muhaimin supaya meninggalkan Fazlina. Tapi mahukah Muhaimin mendengar rayuanku. Atau aku dan Afifah kena pergi berjumpa dengan Fazlina. Tapi Fazlina tahu aku dan Afifah adalah isteri Muhaimin. Seperti sia-sia saja jika aku dan Afifah meminta ia meninggalkan Muhaimin.

Hari ini aku banyak berkurung di dalam bilik saja. Sampai tengahari dalam pukul 1.00 Afifah datang mengetuk pintu bilikku. Tok,tok,tok. Bunyi ketukkan tangan Afifah pada pintu bilikku.

Aku pun membuka pintu dan melihat Afifah ada di depan pintu. "Akak jom makan. Ifa dah siap masak dah" kata Afifah.

"Akak tak rasa lapar la ifa" kataku dengan menundukkan kepala. Kerana tidak mahu Afifah melihat mataku yang merah di sebabkan banyak menangis.

"Kalau akak tak mahu makan. Ifa pun tak mahu makan juga lah. Biar kita lapar sama-sama."kata Afifah cuba mengugutku.

" Ifa tu macam mana pun kena makan. Sebab ifa tu mengandung, kesian anak dalam tu lapar nanti"kataku sambil tanganku menunjukkan perut Afifah yang sudah kelihatan agak besar.

"Kalau macam tu akak temanlah ifa makan. Bolehlah." kata Afifah sambil tangannya menarik tanganku.

Dengan terpaksa aku pun berjalan mengikuti Afifah menuju ke ruangan meja makan. Aku dan Afifah pun duduk di bangku. Aku lihat nasi dan lauk sudah siap Afifah hidang di atas meja. Aku cuba juga untuk menjamah walau pun tidak berselera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience