Bab 18

Drama Completed 116648

Sudah hampir sebulan Afifah menjadi isteri kedua Muhaimin dan juga madu Janatil. Afifah sudah mula dapat membiasakan dirinya bergelar isteri dan juga madu kepada Janatil. Hari ini Janatil akan masuk kerja tengahari. Kerana ia akan pergi bertemu dengan Afifah sebelah pagi untuk berbincang sesuatu. Janatil pun sudah memberitahu pada Afifah melalui whatsapp tentang ia akan datang bertemu Afifah pagi ini.

Kebetulan pula malam tadi giliran Janatil. Jadi Muhaimin tidur di rumah Janatil paginya Muhaimin bersiap ingin pergi kerja.Janatil pun bersiap juga seolah-olah ingin pergi bekerja. Janatil membiarkan Muhaimin berangkat ke tempat kerja terlebih dahulu.

"Sayang kenapa belum pergi kerja lagi. Bukan selalu sayang awal pergi kerja dari abang" tanya Muhaimin sambil berjalan menuju ke arah pintu.

"Hari ni saja nak biar abang pergi dulu" kata Janatil sambil ia pun berjalan menuju ke arah Muhaimin.

"Oo abang pun dah nak pergi dah ni" kata Muhaimin. Lalu menyuakan tangannya untuk di salami oleh Janatil. Janatil pun menyalami tangan suaminya itu lalu menciumnya. Muhaimin pun membalas dengan memberi ciuman di dahi isterinya.

Bila kereta yang di pandu oleh Muhaimin hilang dari pandangan mata Janatil. Barulah Janatil masuk ke dalam keretanya. Janatil memandu keretanya menuju ke arah rumah Afifah. Lebih kurang 20 minit Janatil pun sampai di depan rumah Afifah. Afifah yang sudah siap menunggu pun keluar dan membuka pintu pagar. Lalu Janatil pun memandu keretanya masuk ke dalam pagar. Selesai memakir dan mematikan enjin keretanya Janatil pun keluar dari dalam kereta.

Afifah mempersilakan Janatil masuk ke dalam rumah. Janatil pun melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah bersama Afifah. Mereka pun duduk bersama di sofa ruangtamu.

"Kak nak minum air apa,boleh ifa bancuhkan"tanya Afifah.

"Tak perlulah bancuh air...Akak sebelum datang sini dah minum dekat rumah tadi" kata Janatil.

"Ada hal apa yang kak nak bincang dengan Ifa ni?" tanya Afifah sambil memadang ke arah Janatil.

"Macam mana, dah sebulan ifa kahwin dengan abang Aimin... ada berubahan apa- apa tak dekat badan ifa. Rasa nak muntah-muntah ke atau pening" tanya Janatil.

"Tak da la pula ifa rasa macam tu. Kenapa kak?" tanya Afifah agak hairan dengan pertanyaan Janatil tersebut.

"Mmm... Maknanya ifa masih belum ada isi lagi la ni." ucap Janatil dengan nada agak kecewa.

"Maaf,belum ada lagi. Ifa pun baru je habis datang haid. kata Afifah.

"Tak pa kalau macam tu... Nampaknya belum ada rezeki lagi"kata Janatil dengan nada agak lemah.

"Maaf ya kak sebab dah kecewakan kakak. Lagi pun ifa baru je sebulan kahwin dengan abang Aimin...Masih ada 11 bulan lagi ikut perjanjian " kata Afifah.

"Ifa kata tadi ifa baru habis haid kan, Jom ikut akak pergi farmasi cari ubat subur untuk Ifa...Malam ni giliran abang Aimin tidur rumah Ifa." kata Janatil.

"Ya la... Tunggu Ifa pergi tukar baju sekejap" kata Afifah lalu ia pun bangun menuju ke arah bilik.

Dalam pukul 9 pagi Janatil dan Afifah pun bertolak pergi mencari kedai farmasi ,untuk membeli ubat subur untuk Afifah. Selepas membeli ubat subur Janatil membawa Afifah ke shopping mall. Untuk membeli barang dan mengajak Ifa makan di salah satu tempat makan di dalam shopping mall tersebut.

Tanpa Janatil dan Afifah sedari ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka berdua. Atirah ternampak Afifah dan Janatil masuk di salah satu tempat makan di dalam shopping mall tersebut. Dari jauh Atirah mengekori mereka berdua. Atirah memandang pada mereka berdua dengan pandangan benci. Atirah sangat benci dengan Janatil kerana telah berkahwin dengan Muhaimin. Atirah sudah lama menyukai Muhaimin tapi tidak pernah di layan oleh Muhaimin.

Sebelum Muhaimin berkahwin dengan Janatil,Atirah pernah meluahkan perasaannya pada Muhaimin. Tapi di tolak oleh Muhaimin dengan alasan Muhaimin mengagapnya sebagai adik tidak lebih dari itu. Selepas di tolak luahan perasaannya, Atirah cuba untuk move on dengan berkawan dengan berapa orang lelaki. Dua tahun lalu ia ada berkawan dengan seorang lelaki. Dan lelaki tersebut telah meluahkan perasaannya pada Atirah. Mereka berdua juga hampir bertunang setahun yang lalu.

Tapi semuanya berubah bila Atirah mendapat tahu anak Muhaimin dan Janatil meninggal dunia. Atirah juga tahu tentang janatil tidak boleh mengandung lagi. Kerana semasa Janatil melahirkan anaknya Maisarah ada cebisan uri yang tertinggal di dalam rahimnya. Hampir 2 minggu Janatil menahan sakit di rumah. Kerana Janatil melahirkan secara normal anaknya. Hari kedua ia sudah boleh pulang dari hospital bersama anaknya. Hampir 2 minggu berada di rumah ibunya, perut Janatil sering merasa sskit. Bila melihat kesakitan yang dialami oleh Janatil sudah tidak tertahan lagi barulah Muhaimin membawanya ke klinik swata. Doktor telah melakukan scan sekitar kawasan perut Janatil dan mendapati ada cebisan
uri tertinggal di dalam rahim. Janatil pun segera di runjuk ke hospital. Bila di bawa ke hospital doktor memberitahu rahim Janatil sudah di jakiti kuman.Doktor terpaksa membuang rahim Janatil.

Semasa berlaku pembedahan membuang rahim kedua belah keluarga Muhaimin dan Janatil berkumpul di luar bilik pembedahan. Menunggu sehingga Janatil selesai melakukan pembedahan. Keluarga Muhaimin dan Janatil sering memberikan kata-kata semangat kepada Janatil. Muhaimin juga agak lama tidak masuk kerja kerana ingin menemani Janatil.

Muhaimin tahu ini satu tamparan besar bagi Janatil kerana rahimnya sudah tidak ada. Muhaimin selalu cuba memberi kata-kata semangat dan cuba untuk menenangkan Janatil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience