Bab 49

Drama Completed 116648

Izzara dan Izni sudah berusia 3 tahun. Sudah 2 tahun Afifah tidak datang menjenguk 2 orang anaknya itu. Muhaimin kekadang tertanya-tanya tidak rindukah Afifah pada Izzara dan Izni. Muhaimin sentiasa akan menerima Afifah kembali jika Afifah kembali lagi ke rumahnya.

Selepas keadaan Janatil yang semakin lemah. Muhaimin mengambil keputusan meletakkan si kembar di rumah kedua orang tuanya. Kekadang hari minggu ia akan datang ke rumah banglo orang tuanya itu. Kerana Janatil sudah tak mampu untuk menguruskan si kembar. Orang tua Muhaimin gembira bila cucu kembar mereka tinggal bersama mereka. Kerana rumah banglo mereka pun agak sunyi. Kerana mereka hanya tinggal bertiga bersama orang gaji.

Janatil pula kerap ulang-alik ke hospital kerana penyakit kansernya. Hati Janatil selalu merasa bersalah dengan apa yang pernah ia lakukan pada Afifah.Jiwa dan hatinya tidak tenang memikirkan apa yang telah ia lakukan. Malam ini Janatil mengambil keputusan untuk berterus terang pada Muhaimin.

Janatil sudah tidak kisah jika Muhaimin akan meninggalkan dia jika ia berterus terang. Ia tidak mahu perasaan berdosanya menghantui dirinya lagi. Ia harus meminta maaf pada Muhaimin dan Afifah sebelum terlambat.

Malamnya usai menunaikan sembahyang isyak. Semasa sesi bersalam dengan Muhaimin selesai sembayang. Air mata Janatil jatuh semasa ia menyalami Muhaimin.

"Abang,sayang ingin mohon ampun dan maaf... Kerana sayang dah banyak buat dosa pada abang dan Ifa." kata Janatil sambil mencium tangan suaminya itu.

"Abang maafkan segala dosa sayang pada abang" kata Muhaimin sambil tangannya mengusap kepala Janatil.

"Sayang ingin terus terang pada abang. Harap lepas dengar apa yang ingin sayang katakan ni ,abang boleh maafkan sayang" kata Janatil dengan nada yang agak sebak.

"Cakaplah abang akan dengar dan memaafkan sayang." kata Muhaimin sambil tangannya mengelap air mata Janatil.

"Sebenarnya sayang yang meminta Afifah pergi dari rumah ni. Dan pada mulanya sayang hanya berbohong mengatakan sayang mengidap kanser. Tapi sayang tak sangka kebohongan itu rupanya menjadi nyata." kata Janatil sambil air matanya terus membasahi pipinya.

Muhaimin yang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya hanya terdiam. Muhaimin juga terkejut denga apa yang ia dengar dari mulut Janatil. Ia tidak menyangka Janatil sanggup meminta Afifah pergi darinya dan anak-anak.

"Abang tolong maafkan sayang... Abang carilah Ifa sampai jumpa." kata Janatil sambil matanya memandang wajah Muhaimin.

"Abang tak faham kenapa sayang buat macam ni pada Ifa. Sanggup sayang pisahkan seorang ibu dengan anaknya" kata Muhaimin agak emosi.

"Sayang tahu sayang salah pada abang dan Ifa serta anak-anak. Sayang terlalu mengikut nafsu dan sayang cemburu bila melihat kemesraan abang dan Ifa... Abang tolong cari Ifa sampai jumpa,sayang nak minta maaf pada ifa" kata Janatil.

"Abang maafkan sayang... Kerana sayang pun sudah dapat balasan dari pembohongan yang ayang lakukan. Abang akan pergi jumpa ifa dan akan ceritakan perkara sebenar" kata Muhaimin sambil ia mula bangun dari sejadah.

Mendengar apa yang Muhaimin katakan tadi membuatkan Janatil kehairanan.

"Abang tahu di mana Ifa berada sekarang ni?" soal Janatil.

"Sudah setahun lebih abang tahu di mana Ifa tinggal. Abang sengaja tidak mahu menganggunya. Kerana dia sedang mengambil diploma." kata Muhaimin.

Sebenarnya Muhaimin sudah pun tahu di mana Afifah berada. Afifah berada di sebuah negeri di utara. Di mana di negeri itu adalah tempat ibu Fazlina tinggal. Atas permintaan Fazlina,Muhaimin tidak pergi bertemu dengan Afifah. Ia hanya memadang dari jauh saja. Muhaimin juga akan bertanya pada Fazlina tentang keadaan Afifah.

Fazlina terpaksa memberitahu keberadaan Afifah kepada Muhaimin kerana sebab tertentu.

Flashback

Setahun yang lalu Fazlina tiba-tiba menelefon Muhaimin. Kedengaran bunyi telefon pintar Muhaimin berbunyi. Muhaimin pun menjawabnya bila melihat pangilan itu dari Fazlina.

"Assalamualaikum." kata Muhaimin menjawab pangilan.

"Waalaikumusalam, Aimin kau kena datang Penang sekarang ni" kata Fazlina.

"Kenapa pula aku nak kena datang Penang? Lagi pun aku mana boleh tinggal Janatil sekarang ni. Sebab dia tak berapa sihat sekarang ni" kata Muhaimin yang agak hairan dengan Fazlina memintanya ke Penang tiba-tiba.

"Kau kena datang juga... Ini semua demi Ifa" kata Fazlina.

"Kalau demi Ifa,aku akan datang. Petang ni juga aku akan bertolak" kata Muhaimin. Hatinya mula risau apa yang terjadi pada Afifah sehingga Fazlina memintanya pergi ke Penang.

Fazlina memintanya datang ke kampungnya di utara. Pada mulanya Muhaimin seperti malas untuk pergi kerana mengingatkan keadaan Janatil yang tidak sihat. Tapi Fazlina memberitahu ini semua demi Afifah. Bila mendengar nama Afifah. Muhaimin pun terus pulang ke rumah dari tempat kerjanya. Kerana ingin mengemas pakaiannya,dan memberitahu pada Janatil bahawa ia ada urusan terdesak. Melihat keadaan Janatil yang tidak berapa sihat. Muhaimin membawa si kembar ke rumah orang tuanya untuk di tinggalkan.

------------------------------

Agak apa yang terjadi pada Afifah setahun yang dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience