Bab 20

Drama Completed 116631

Pagi ini selepas abang Aimin bertolak pergi kerja,aku pun mula melakukan tugas harian ku. Aku menyidai pakaian yang sudah siap ku keluarkan dari mesin basuh. Selesai menyedai kain baju. Aku mula menyapu sampah di dalam rumah dan juga di luar.

Selesai menyapu sampah aku mangambil makanan kucing untuk di berikan pada kucingku. Untuk menghilangkan rasa takut bila tinggal seorang diri di waktu malam. Aku telah membela 2 ekor kucing yang ku ambil di tepi jalan. 2 ekor kucing inilah yang menjadi temanku bila abang Aimin berada di rumah kak Janatil. 2 ekor kucing tersebut semasa ku ambil badan mereka agak kurus dan berkurap. Sekarang badan mereka sudah berisi dan kurap di badan pun sudah semakin hilang. Kerana aku telah menyapu ubat pada kucing-kucing tersebut.

Sekarang aku sudah tidak takut lagi tinggal seorang diri malam-malam. Kerana aku sudah mempunyai teman 2 ekor kucing. Merekalah teman setia ku yang selalu mendengar luahan perasaanku,walau pun mereka bukan faham pun apa yang aku cakap. Dan aku juga tidak faham apa dua ekor kucing ni cakap. Tapi kalau lapar mereka akan berbunyi miow,miow,miow.

Pagi semalam kak Janatil datang untuk bertanyakan jika aku sudah ada isi di rahimku. Aku baru saja berkahwin dengan abang Aimin sebulan,takkan secepat tu aku akan mengandung. Sedangkan ramai juga yang sudah berkahwin bertahun tidak juga mengandung, apa lagi aku yang baru sebulan berkahwin ni.

Agaknya apa reaksi abang Aimin bila dapat tahu aku dan kak Janatil ada buat perjanjian tanpa dia ketahui. Berdosakah aku melakukan ini semua. Aku terdesak dan kak Janatil pula inginkan zuriat bersama abang Aimin. Kekadang bila terdesak kita akan melakukan sesuatu yang tidak masuk akal. Itulah yang terjadi antara aku dan kak Janatil.

Sejak akhir-akhir ini hatiku selalu merasa berdebar-debar menunggu abang Aimin pulang ke rumah. Bila giliran abang Aimin tidur di rumah kak Janatil fikiran dan hati aku asyik terbayang dia saja. Adakah aku sudah jatuh cinta pada suamiku sendiri. Tapi aku sudah buat perjanjian dengan maduku. Separuh duit perjanjian itu pun sudah maduku transfer kan ke dalam akaun bankku. Walau pun aku tidak guna pun duit itu. Duit itu aku biarkan saja ia di dalam bank.

Sedang asyik aku melayan perasaanku tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Menandakan ada tetamu yang datang. Aku segera berjalan keluar untuk melihat siapa yang datang dan ingin membuka pintu. Takkan kak Janatil datang pula. Dia tak beritahu apa-apa pun semalam.

Sampai di depan pintu aku pun membuka pintu dan berjalan keluar. Aku agak terkejut melihat wanita yang berada di sebalik pintu pagarku. Rasanya wanita inilah yang telah menyindirku di rumah keluarga abang Aimin hari tu.

"Assalamualaikum" ucap wanita tersebut. Aku tak ingat apa nama wanita ni tapi aku tahu dia ni sepupu abang Aimin.

"Walaikumusalam... Ada apa ya datang pagi-pagi ni. Kalau nak jual barang, suami saya tak ada di rumah" kataku sambil memadang pada wanita tersebut. Aku serba salah nak bagi dia masuk. Takut dia ada niat tak baik je datang tiba-tiba ni.

"Heh!saya bukan nak jual barang... Saya ni sepupu abang Aimin. Nama saya Atirah" kata Atirah.

"Oh,sepupu abang Aimin...Sekejap saya buka kunci pintu pagar ni. Ada apa tiba-tiba datang ni" kataku sambil tanganku pun membuka pintu pagar.

"Saya datang ni nak minta maaf sebab hal yang terjadi dekat rumah keluarga abang Aimin hari tu... Maaf ya kalau saya telah menyingung perasaan awak malam tu" kata Atirah.

"Saya maaf kan awak, marilah masuk" kataku lalu berjalan ke dalam rumah dan Atirah pun mengekori ku masuk ke dalam rumah.

"Duduklah dulu, awak nak minum air apa?...Nanti saya buatkan" kataku.

"Heh,tak payah susah-susah tapi kalau nak buat juga... Buatkan air milo atau air horlick sebab air lain saya tak boleh minum" kata Atirah.

"Baiklah" kataku sambil berjalan menuju ke arah dapur. Ingatkan nak buatkan air teh je tadi. Menyesal pula tanya.

Selesai membancuh air milo untuk Atirah aku pun meletakkan air milo tersebut di meja ruang tamu. Aku hidangkan bersama biskut kering. Lalu aku pun duduk di sofa sebelah Atirah.

"Silalah minum air tu" kataku cuba untuk memulakan perbualan.

"Terima kasih... Kak nak tanya sikit semalam kamu keluar dengan kak Janatil ya"kata Atirah.

"Ya memang saya keluar dengan dia... Kenapa" tanyaku pada Atirah. Hairan pulak aku mana dia tahu.

"Sebab pagi semalam akak ternampak kamu berdua di Shopping Mall. Kamu dan kak Janatil nampak serasi lah"kata Atirah.

"Mestilah serasi kami berduakan bermadu... Lagi pun kak Janatil sendiri yang pilih saya untuk menjadi madu dia"kataku. sambil bibirku mengukir senyuman pada Atirah.

" Betul juga... Agaknya sebab apa ya, kak Janatil pilih kamu sebagai madu dia"kata Atirah sambil matanya memerhatikan mukaku.

"Kalau sebab tu awak kena tanya sendiri pada kak Janatil. Kerana saya sendiri pun tak tahu sebab apa dia pilih saya." kataku.

"Tak kan la kamu langsung tak tahu sebab apa... Atau kamu berdua ada rahsiakan sesuatu"tanya Atirah dengan nada yang agak keras sikit.

"Tak ada la... Yang awak macam nak marah dekat saya ni kenapa" tanyaku hairan melihat kelakuan Atirah. Mula-mula minta maaf,tiba-tiba menanyakan soalan yang aku tak boleh nak beri jawaban...nak marah-marah pulak dekat aku. Perempuan nama Atirah ni macam ada sesuatu yang tak kena je.Muka punya la lawa tapi sayang ada masalah dengan otak dia ni,bisik hatiku.

"Maaf, saya risau takut kamu dan kak Janatil ada buat sesuatu di belakang abang Aimin. Kerana abang Aimin tu dah macam abang kandung saya sendiri... Saya tak mahu dia di permainkan " kata Atirah.

"Oo tak pa. Jangan risau kami tak ada buat apa-apa pada abang Aimin...Dah tengahari ni saya nak kena masuk dapur dulu untuk masak ni." kataku dengan harapan Atirah faham supaya dia cepat-cepat beredar dari rumahku. Aku sudah tak sanggup nak melayan soalan dari Atirah ni.

"Ooh,kalau macam tu saya balik dulu lah... Maaf dah kacau awak pagi-pagi hari ni." kata Atirah sambil bangun dan berjalan keluar dari dalam rumah.

Hatiku berasa lega melihat Atirah akhirnya mahu beredar dari rumahku. Kalau tak entah apa-apa soalan lagi yang bakal keluar dari dalam mulut Atirah tu. Macam aku ada buat salah pada dia je.

Aku mula merasa risau jika rahsia perjanjian antara aku dan kak Janatil dapat di ketahui oleh orang lain. Agaknya jika abang Aimin tahu tentang perkara ini apa reaksi dia. Adakah aku berdosa kerana membuat perjanjian seperti itu dengan kak Janatil. Aku dapat merasakan kak Janatil tak akan mudah untuk membatalkan perjanjian yang telah kami buat. Kerana aku sudah terlanjur membuat perjanjian dengan kak Janatil. Jadi walau macam mana pun aku kena tunaikan.

Aku juga semakin merasa senang bila abang Aimin berada di sampingku. Aku juga cuba untuk mengawal perasaanku dari terjatuh cinta pada abang Aimin. Aku melayan abang Aimin seperti pasangan suami isteri lain. Walau pun aku hanya surirumah tangga saja tapi abang Aimin suka membantuku melakukan kerja-kerja di rumah.

Kekadang hatiku merasa sebak dan bersalah pada abang Aimin. Malam ini seperti selalu selepas selesai makan malam. Abang Aimin akan menolongku mencuci pingan mangkuk dan cawan yang sudah di gunakan. Dan aku pula akan menyusun di rak setelah abang Aimin selesai mencucinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience