Bab 19

Drama Completed 116631

Selepas Atirah mendapat tahu tentang kematian anak Muhaimin dan Janatil. Atirah pun memutuskan hubungan dengan bakal tunangannya. Selepas itu Atirah mula rapat dengan ibu Muhaimin dan sering datang ke rumah keluarga Muhaimin. Atirah juga memujuk ibu Muhaimin supaya menjadikan ia isteri ke dua Muhaimin. Dengan alasan umurnya yang sudah berumur 28 tahun tapi masih belum ada jodoh. Apa salahnya jika ia menjadi isteri kedua Muhaimin dan boleh memberikan zuriat. Kerana Janatil sudah tidak mampu untuk memberikan zuriat pada Muhaimin. Lagi pun anak mereka berdua pun sudah meninggal.

Hati Atirah sangat sakit melihat Janatil dan Afifah di shopping mall tadi. Hatinya sakit bagai di hiris pisau.

"Sepatutnya aku yang akan menjadi isteri abang Aimin. Bukan mereka berdua tu" kata Atirah sambil menumbuk bantal yang ada di dalam biliknya.

"Rasa macam ada benda tak kena je antara Janatil dan madu dia tu" kata hati Atirah.

"Kau ni dah kenapa Ati. Dari tadi muka kau semacam je balik dari shopping mall" kata ibu Atirah yang masuk ke dalam bilik Atirah secara tiba-tiba.

"Tadi Ati jumpa ister-isteri abang Aimin dekat shopping mall. Ati rasa ada benda tak kena dengan diorang berdua tu" kata Atirah pada ibunya.

"Kau tu jangan terlalu fikir sangat tentang isteri Aimin. Anggap saja kau tu memang tak dak jodoh dengan Aimin." kata ibu Atirah.

"Ati dapat rasa ada sesuatu yang tak kena antara Janatil dan madu dia tu. Ati akan cari cara untuk tahu apa yang di rancang oleh mereka berdua tu" kata Atirah.

"Tak payah la fikir tentang hal orang lain. Kau fikirkan diri kau tu dah dekat 30 umur tapi belum kahwin lagi" kata Ibu atirah.

"Mak ni lah tak dak benda lain nak cakap" kata Atirah.

"Ya lah, bukan mak tak tahu kau tu nak sangat jadi isteri Aimin... Sampai sanggup putus dengan Syam. Kalau tak kau tu dah kahwin dah tahun lepas" kata ibu Atirah.

"Kalau Ati jadi isteri ketiga abang Aimin boleh tak?"kata Atirah sambil tersengih menampakkan giginya.

"Kau jangan nak buat kerja gila Ati... Tak baik kacau rumah tangga orang...lagi pun Aimin tu tak dak hati pun pada kau, malu la sikit"kata ibu Atirah.

"Ya lah...mak keluarlah Ati nak tidur ni" kata Atirah lalu ia membaringkan badannya di atas katil.

"Ya lah, mak keluar la ni" kata ibu Atirah lalu bangun dan berjalan keluar dari dalam bilik anaknya itu.

Ibu Atirah risau dengan sikap anaknya itu yang terlalu ingin menjadi isteri Muhaimin. Sudah jenuh ia menasihatkan anaknya itu. Tapi seperti mencurah air di atas daun keladi saja. Dia juga tidak pasti apa yang anaknya suka sangat pada Muhaimin.

Melihat ibunya keluar dari bilik Atirah bingkas bangun lalu mengunci pintu biliknya. Atirah merasakan ia harus mencari cara untuk mendapingi isteri kedua Muhaimin. Supaya ia dapat mencungkil rahsia dari Afifah.

Atirah mula merancang strateginya supaya dapat berkawan baik dengan Afifah. Bagi Atirah,Afifah masih muda remaja, lagi pun Afifah tidak ada kenalan di sini. Hanya Janatil saja kawan yang Afifah ada di sini.

"Rasanya aku masih ada jodoh lagi dengan abang Aimin" kata Atirah sambil tersenyum seorang diri.

"Ati akan cuba buat abang suka pada Ati"bisik hati Atirah lagi.

Malamnya Atirah tidur dengan lenanya. Paginya Atirah bangun lewat kerana ia tidak ingin masuk kerja hari ni.

Tok...tok...tok. Bunyi ketukkan pintu bilik Atirah yang di ketuk oleh ibunya.

"Ati bangun, kamu tak mahu pergi kerja ke" jerit ibu Atirah di depan pintu bilik Atirah.

"Ati ambil cuti hari ni" jerit Atirah di dalam biliknya.

"Kalau macam tu tak pa la... Mak tak akan kacau" kata ibu Atirah sambil berlalu pergi dari depan pintu bilik anaknya itu.

Dalam jam 9.00 pagi barulah Atirah bangun dan membersihkan dirinya. Atirah pun bersiap-siap ingin keluar. Selesai memakai baju Atirah pergi ke arah dapur dan ia melihat ibunya yang sedang mengemas dapur. Atirah pun meletakkan pungungnya di bangku meja makan. Lalu Atirah membuka tudung saji yang ada di atas meja.

"Kau ni Ati dah matari naik baru nak sarapan...Ni lawa-lawa ni nak pergi mana pulak" kata ibu Atirah.

"Ati ada hal sikit nak jumpa kawan" kata Atirah sambil tangannya mula mengambil kuih ketayap di depannya.

"Patutnya hari cuti bantu mak ni kemas-kemas rumah. Bukannya pergi keluar" kata ibu Atirah.

"Ala, mak ni Ati ada hal penting la hari ni" kata Atirah sambil bangun dari bangku, lalu berjalan ke arah pintu rumah.

"Nak pergi dah ke tu?" tanya ibu Atirah.

"Haah, Ati nak pergi dah ni" kata Atirah.

Atirah pun keluar dari rumah menuju ke arah keretanya. Lalu atirah pun masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari perkarangan rumahnya. Atirah memandu menuju ke arah rumah Afifah. Atirah tahu waktu begini Afifah akan tinggal seorang diri. Kerana Muhaimin berada di tempat kerja waktu begini.

Atirah juga tahu di mana rumah tempat Afifah tinggal. Semasa Janatil dan Muhaimin tinggal di rumah ini dulu Atirah pernah datang beberapa kali bersama keluarganya. Hampir jam 10.30 pagi Atirah pun sampai di depan rumah Afifah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience