Bab 6

Drama Completed 116631

Paginya dalam pukul 10 pagi kak Janatil sepupu Fazuha pun sampai untuk membawa ku ke suatu tempat. Aku pun bila sampai saja kak Janatil terus aku keluar untuk berjumpa dengannya.Kak Janatil memintaku untuk masuk ke dalam kereta. Lalu aku pun masuk. Masuk sahaja ke dalam kereta dan siap memakai tali pingang kelendar kak Janatil pun terus memandu menuju ke suatu tempat.

Aku hanya diam sahaja semasa berada diam kereta. Begitu juga dengan kak Janatil matanya hanya fokus di jalan raya sahaja. Sampai di satu tempat kak Janatil memakir keretanya. Tempat ini adalah taman tasik tempat hari minggu ramai orang melepak di sini dan kekadang ada juga orang yang berjoging. Di sebab hari ini bukan hari cuti jadi tidak ramai orang di taman tasik ini. Selepas kak Janatil mematikan enjin keretanya aku pun keluar dari dalam kereta.

"Jom kita duduk dekat situ" kata kak Janatil sambil jarinya menunjukkan ke arah sebuah bangku yang tidak jauh dari kami.

"Baiklah" kataku. Lalu aku dan kak Janatil pun berjalan ke arah bangku tersebut. Sampai di bangku itu kami berdua pun duduk di bangku tersebut. Di tepi bangku ini ada pokok yang agak besar.

"Terima kasih sebab sanggup nak jadi madu kak Janatil.Kak Janatil tahu kamu lakukan semua ni sebab terpaksa dan ingin melarikan diri dari ayah tiri kamu. Makcik Zaiton dah bagi tahu segalanya tentang masalah kamu pada kakak" kata kak Janatil.

Aku tak sangka Makcik Zaiton akan beritahu masalah ku dengan ayah tiriku. Tapi Makcik Zaiton pun ada bagi tahu padaku dia terpaksa nemberitahu masalah ku pada kak Janatil. Kerana kak Janatil hairan kenapa umur ku yang masih muda baru 18 tahun sanggup menjadi madunya.

"Asalkan ifa dapat lari dari ayah tiri. ifa sanggup jadi madu kak Janatil."kataku.

" Sebenarnya kak nak bagi tahu syarat dan perjanjian antara kita berdua bila Ifa jadi madu kakak nanti"kata Kak Janatil.

"Apa dia kak syarat dan perjanjian dia" tanya ku sambil mata ku memandang pada wajah kak Janatil. Aku lihat kak Janatil ni wajahnya cantik. Kulitnya pun putih melepak jauh dari aku kulit sawo matang ni.Walau pun umur kak Janatil sudah 33 tahun tapi masih nampak awek muda lagi.

"Perjanjian dia kalau dah sampai setahun ifa masih belum mengandung ifa kena minta cerai dengan suami akak. Akak hanya akan bayar sepuluh ribu ringgit sahaja,lagi sepuluh ribu akak tak akan bayar jika ifa tak mengandung. Tapi jika ifa mengandung dan melahirkan anak untuk suami akak baru akak akan bayar lagi sepuluh ribu ringgit tu. Selepas habis pantang dalam sebulan ifa boleh la mulakan hidup baru. Lagi satu perjanjian ni hanya antara kita berdua sahaja. Suami akak serta orang lain tak perlu tahu,termasuk Fazuha dan Makcik Zaiton. Harap ifa faham ya" kata kak Janatil.

Aku terdiam dan tergamam mendengar perjanjian yang di ucapkan oleh kak Janatil. Kiranya aku ni di madukan hanya sementara sahaja.Bila aku tak mengandung dalam setahun aku terpaksa minta cerai. Dan bila aku sudah melahirkan anak aku terpaksa pergi jauh dari anak ku. Tapi aku tetap terpaksa terima semua perjanjian itu kerana hanya ini saja jalan yang aku nampak boleh membuatku bebas dari ayah tiriku.

"Ya ifa faham. Dan ifa akan tunaikan semua perjanjian yang kakak cakap tadi" kataku.

"Kalau macam tu bagus la" kata kak Janatil.

"Kak boleh tak ifa nak tanya sikit tentang suami akak. Orangnya macam mana ya dan apa nama dia" kataku.

"Nama suami akak Mohd Muhaimin Bin Roslan. Umur dia 34 tahun.orang dia segak la juga dulu masa sama-sama masih belajar di Universiti ramai peminat juga dia tu." kata kak Janatil.

"Oo tak dak la tua sangat" kataku.

"Kenapa ifa ingat suami akak tu tua ke?" tanya kak Janatil.

"Ya la,sebab Zuha kata suami akak tu ahli peniagaan kaya banyak duit. Selalunya ahli perniagaan ni tua -tua" kataku.

"Suami akak tu dak la kaya sangat. Yang kaya ayah dia. Suami akak hanya bantu apa yang patut saja di syarikat tu. Suami akak makan gaji dengan ayah dia. Suami akak ada seorang abang. Abang dia tu nanti yang akan ambil alih Syarikat tu." kata kak Janatil.

"Kak Janatil pun kerja dekat Syarikat tu juga ke" tanyaku.

"Oo akak tak kerja dekat situ. Akak kerja dekat tempat lain. Nanti bila ifa dah lahirkan anak. Akak akan rekomen ifa kerja dekat tempat akak. Syarikat tempat akak kerja ni besar dan ada cawangan di negeri lain." kata kak Janatil.

"Boleh juga tu." kataku.

"Jom kita pergi makan dulu. Lepas tu baru akak hantar ifa balik" kata kak Janatil sambil ia pun berdiri dari posisi duduk. Aku pun mengikuti kak Janatil pergi ke arah keretanya.

Kami pun masuk ke dalam kereta. Kak Janatil pun menghidupkan enjin keretanya.lalu memandu ke arah sebuah restoran.

"Akak lupa la nak bagi tahu dekak ifa. Hari minggu ni akak akan datang dengan suami akak. Suami akak pun teringin nak jumpa bakal isteri kedua dia. Tapi kak harap ifa jangan sebut langsung tentang perjanjian kita berdua tu" kata kak Janatil.

"Baik lah ifa tak akan sebut pasal tu" kataku.

"Jom kita pergi makan" kata kak Janatil sambil ia mematikan enjin keretanya di depan sebuah restoran. Aku dan kak Janatil pun keluar dari kereta dan berjalan masuk ke dalam restoran.

Selesai makan kak Janatil pun menghantar ku pulang ke rumah makcik Zaiton. Hampir pukul 1.00 tengahari baru aku sampai di rumah makcik Zaiton. Selepas aku keluar dari dalam kereta,kak Janatil pun memandu keretanya pergi dari rumah Makcik Zaiton. Kak Janatil kata ia tak boleh singah nak jumpa Makcik Zaiton dan Fazuha kerana ia ada urusan kerja pula selepas ni.

Malam ni aku masih menumpang tidur di rumah makcik Zaiton. Aku sudah menelefon ibu dan memberitahunya aku akan tidur di rumah Makcik Zaiton untuk berapa hari ni. Walau pun ibu agak marah kerana aku tidur di rumah orang. Macam aku ni tak dak rumah pula. Aku hanya mendengar saja bebelan ibu ku di dalam telefon.

Adikku ikbal sudah dapat mengagak punca aku menumpang tidur di rumah makcik Zaiton. Dalam keluargaku hanya ikbal saja yang faham dengan masalah aku. Rasanya ibuku pun boleh tahu sebab apa tapi ibu seperti tidak mahu terlalu fikir. Mungkin kerana 2 orang adik-adiku yang masih kecil jadi ibu tidak mahu terlalu memikirkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience