Bab 16

Drama Completed 116631

Jam sudah hampir pukul 11.00 malam tapi Janatil masih belum mampu untuk melelapkan matanya. Ia berfikir mungkin Muhaimin sudah tidur bersama Afifah. Hatinya agak gelisah tapi ia cuba juga untuk menenangkan fikirannya. Ada juga perasan cemburu di hatinya melihat Afifah melayan Muhaimin semasa makan malam tadi. Janatil berharap Afifah akan cepat mengandung supaya cepat semua ini berlalu. Hatinya tidak tenang bila memikirkan kemesraan Muhaimin bersama Afifah.

Manakala Afifah mengagak Muhaimin pasti tidur bersama Janatil. Sebab itu Muhaimin tidak masuk ke dalam biliknya. Lagi pun sudah berapa hari ini ia bersama Muhaimin. Jadi mungkin malam ini Muhaimin akan tidur bersama Janatil. Merasakan malam semakin larut dan Muhaimin juga tidak masuk ke dalam bilik. Afifah pun melelapkan matanya.

Paginya dalam pukul 6.00 pagi Afifah pun terbangun bila jam locengnya berbunyi. Afifah bangun mengambil tuala dan menuju ke bilik air untuk mandi. Bilik air dan tandas berada dekat dengan dapur. Afifah pun keluar dari bilik dan menuju ke arah bilik air yang berada di dapur. Semasa ia berjalan menuju ke dapur Afifah perasan seperti ada orang baring di sofa ruang tamu. Afifah pun berjalan menuju ke arah sofa tersebut untuk melihat. Bila semakin dekat Afifah perasan rupanya Muhaimin yang terbaring di atas sofa tersebut. Afifah agak hairan kenapa suaminya tidur di sofa. Melihat Muhaimin masih lagi tidur. Afifah pun membiarkan saja Muhaimin tidur dan ia pun berjalan masuk ke bilik air.

Selesai mandi Afifah pun keluar dari bilik air dan berjalan menuju ke arah biliknya. Masuk saja Afifah ke dalam bilik tak lama kemudian Janatil pun keluar dari dalam bilik. Janatil berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan badannya. Keluar saja Janatil dari dalam bilik,ia melihat Muhaimin terbaring di atas sofa di ruangtamu.

Janatil mendekati sofa tempat Muhaimin tidur.Ia melihat wajah suaminya yang ia rindui berapa hari ini. Janatil tak menyangka Muhaimin akan tidur di sofa sepanjang malam. Dengan perlahan-lahan Janatil mengerakkan tubuh Muhaimin untuk mengejut ia dari tidur.

"Abang bangun dah nak masuk subuh dah ni." kata Janatil bila melihat Muhaimin mengeliatkan badannya. Perlahan-lahan Muhaimin membukakan matanya. Muhaimin melihat Janatil berada di depan.

"Oo dah pagi dah" kata Muhaimin sambil mengubah posisi baringnya kepada posisi duduk.

"Kenapa abang tidur dekat sini?" tanya Janatil.

"Abang terlena masa tengok tv malam tadi" kata Muhaimin memberi alasan.

"Ayang nak pergi mandi dulu nanti boleh la sembahyang jemaah macam semalam"kata janatil sambil berlalu pergi ke arah bilik air.

Sementara Muhaimin pula bangun berjalan menuju ke bilik Afifah untuk mengambil tuala dan mandi. Muhaimin membuka pintu bilik dan melihat Afifah sedang memakai telekung sembahyang. Mendengar bunyi pintu biliknya dibuka Afifah memadang ke arah pintu dan melihat Muhaimin masuk ke dalam bilik.

"Abang dah bangun." kata Afifah.

"Nanti kita sembahyang jemaah sama-sama dengan Janatil. Tapi tunggu abang siap dulu." kata Muhaimin.

"Tak pa ifa akan tunggu" kata Afifah.

Selepas sembahyang subuh Muhaimin memberikan kunci rumah yang ada padanya kepada Janatil. Janatil mengambil kunci tersebut dan pulang ke rumahnya. Kerana pagi ini Janatil kena masuk kerja pula. Afifah tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk Janatil pakai pergi kerja. Sementara itu Afifah pula mula membuat sarapan bila selesai sembahyang.

Muhaimin memberitahu Afifah tidak perlu masak untuk tengahari ini. Kerana Muhaimin ingin mengajak Afifah makan di luar dan membeli sedikit barang keperluan. Kerana esok Muhaimin akan mula bekerja kembali.

Muhaimin bekerja di Syarikat ayahnya. Syarikat ayahnya tidak lah besar. Hanya syarikat pembinaan yang mendapat projek baik pulih bangunan dan projek perumahan. Selalunya Muhaimin menguruskan tentang kewangan syarikat. Kadang-kadang ia juga akan turun melihat ke kawasan tempat pembinaan di jalankan.

Hari ini Muhaimin membawa Afifah bejalan sekitar bandar. Afifah rasa bertuah sangat hari ini kerana Muhaimin begitu baik melayan dirinya. Sudah puas berjalan dan membeli barang keperluan mereka pun pulang ke rumah. Sampai di rumah Muhaimin memberhentikan keretanya dan mematikan ejin. Bonet kereta pun di buka untuk membawa masuk barang-barang yang sudah di beli tadi.
--------
Pagi ini Muhaimin sudah mula bekerja kembali. Selepas makan sarapan yang di buat oleh Afifah,Muhaimin pun ingin berangkat untuk pergi ke tempat kerja. Melihat Muhaimin sudah siap untuk keluar rumah Afifah pun mengikutinya sampai di depan kereta. Sebelum Muhaimin masuk ke dalam kereta Afifah menyalami tangan suaminya dan mencium tangan suaminya itu. Muhaimin membalas dengan memberi ciuman di dahi isterinya.

"Abang hati-hati bawa kereta tu" kata Afifah bila Muhaimin membuka pintu kereta.

"Ya abang akan hati-hati" kata Muhaimin lalu ia pun masuk kedalam kereta.

Berapa minit kemudian kereta Muhaimin bergerak keluar dari pekarangan rumah. Melihat kereta yang di pandu oleh Muhaimin sudah hilang dari pandangannya,Afifah pun segera mengunci pintu pagar dan masuk kembali ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience