Bab 33

Drama Completed 116631

Jam sudah menunjukkan pukul 4.00 petang. Kerja melihat dan mengecek barang-barang di tapak pembinaan sudah pun selesai. Jadi aku ingin pulang terus ke rumah untuk berjumpa dengan kedua isteriku. Agaknya apa sedang mereka lakukan sekarang ni.Dah la berjalan pergi shopping berdua tak ajak aku.

Bertuah rasanya badan aku ni ada isteri dua. Tak perlu pun nak temberang macam lagu P.Ramlee tu. Hari tu risau juga nak biar mereka berdua ni tinggal satu bumbung. Tapi tak sangka mereka boleh bertolak ansur,huh leganya rasa hati ni. Aku tahu abang aku memang cemburulah tengok aku dapat beristeri dua. Abang aku namanya Muzafar umur dah hampir 40. Tapi tak boleh nampak perempuan muda yang dahi licin perangai gatal dia mula la datang.

Tapi abang aku ni berani gatal belakang isteri dia je. Kalau depan isteri dia pijak semut pun tak mati. Sebab tu dia memang cemburu betul dengan aku. Aku syukur sangat - sangat Janatil isteri pertama aku pilih calon isteri kedua untuk aku masih muda remaja lagi.

Kalau tak kerana Atirah sampai datang rumah aku kacau isteri keduaku.Rasanya sampai sekarang isteri kedua dan isteri pertama aku masih tinggal berasingan lagi. Nasib baik anak dalam kandungan isteri keduaku tak terjadi apa-apa. Hari yang sepatutnya isteri keduaku keluar dari hospital. Aku tak dapat datang kerana aku telah pergi ke rumah Atirah. Dan aku telah berjumpa dengan orang tua Atirah. Aku memberi amaran jika Atirah masih mengangu kedua-dua isteriku. Aku tak akan teragak-agak untuk ke balai polis membuat aduan.

Kebetulan Atirah juga ada di rumah waktu itu. Atirah telah berjanji di depan aku dan orang tuanya. Yang dia tidak akan mengacau atau ambil tahu tentang isteri-isteriku lagi. Aku lega kerana Atirah tidak menjadi isteriku. Jika tidak jenuh untuk aku melayan kerenahnya yang entah apa-apa tu.

Mak aku sampai sanggup nak aku jadikan Atirah tu isteri kedua kerana kesian. Mak aku tahu Atirah sanggup putus dengan bakal tunangnya kerana ingin jadi isteri keduaku. Keluargaku pun memang sudah tahu Atirah tu memang ada hati pada aku dari dulu lagi. Tapi aku tak pernah anggap Atirah tu lebih dari adik sepupu. Bagi aku Atirah tu terlalu manja dan tergedik-gedik.

Lebih kurang dalam setengah jam kemudian aku sampai di depan pagar rumahku. Aku pun mengambil remote untuk membuka pintu pagar tersebut. Aku memang tidak memberitahu pada isteri-isteriku tentang aku pulang lebih awal hari ni.

Aku pun memarkir kereta lalu mematikan enjin. Aku pun berjalan menuju ke pintu rumah yang kelihatan agak terbuka sedikit. Aku melihat kedua-dua isteriku sedang saling berpelukkan. Dan kelihatan kedua-duanya baru lepas menangis. Aku mendengar isteri pertamaku berkata."Terima kasih Ifa...Akak percaya Ifa tak akan mungkir janji."Sambil tangannya memeluk tubuh madunya itu.

"Akak, cuma Ifa kalau boleh nak duit tu dalam masa terdekat ni boleh...Sebab keluarga Ifa perlukan duit tu sekarang" kata Afifah isteri keduaku.

"Boleh je...Lagi pun Ifa pun dah mengandung masuk 6 bulan. Hari ni pun boleh" kata Janatil isteri pertamaku. Mendengar kata-kata yang keluar dari kedua-dua isteriku ini. Memang menguris hati dan perasaan aku. Aku tak sangka mereka berdua sanggup melakukan perjanjian tanpa pengetahuanku.

Aku mendengar isteri kedua mengucapkan terima kasih pada madunya. Hati aku betul-betul sakit sekarang di tipu hidup-hidup oleh kedua-dua isteriku. Mereka tahu tak maksud perkahwinan sebenarnya. Kalau dari awal tak sanggup nak bermadu beritahulah dari awal. Isteri keduaku ni pun aku tak tahu apa masalah keluarganya. Sampai sanggup menerima perjanjian yang di berikan oleh isteri pertamaku.

Aku cuba menenangkan diri dan memberi salam pada mereka berdua. Seperti yangku jangkakan mereka berdua terkejut melihat aku sudah ada di depan pintu. Mereka berdua pun menjawab salamku serentak. Aku sengaja bertanya kenapa mereka macam ada masalah je. Tapi mereka berdua menafikan dengan alasan menonton cerita korea yang sedih. Dan isteri kedua meminta aku mandi sebelum makan petang. Kerana telah membuat kuih untuk kami makan petang.

Aku pun melangkah kakiku berjalan ke bilik untuk membuka baju. Dan mengambil tuala untuk masuk ke dalam bilik air. Di dalam bilik air kepalaku ligat untuk membuat rancangan mengenai perjanjian isteri-isteriku.

Aku tidak menyalahkan isteri keduaku bernama Afifah tentang hal ini. Kerana dia masih terlalu muda memikirkan apa yang akan terjadi dengan tindakannya itu. Untuk Janatil isteri pertamaku,aku agak kecewa dengannya. Kerana umurnya yang sudah lebih matang dari Afifah. Tentu lebih tahu tentang perkahwinan dan hukum islam. Mereka sedar tak mereka telah mempermainkan soal perkahwinan ini. Sebuah perkahwinan itu bukan semata-mata kerana inginkan anak.

Perkahwinan itu mengenai tangungjawab pada pasangan. Isteri ada peranannya begitu juga dengan suami. Bila sudah berkahwin kita kena terima semua baik buruk pasangan kita.Aku akan lakukan sesuatu supaya mereka tahu dan sedar apa yang mereka lakukan ini salah.

Selepas makan malam aku duduk di sofa di ruang tamu. Janatil dan Afifah masing-masing masih sibuk mengemas bekas-bekas makan tadi. Walau pun aku memasang tv . Tapi fikiranku tidak fokus langsung pada siaran tv di depanku. Fikiranku ligat memikir cara untuk mengenakan kedua-dua isteriku.

Akhirnya aku sudah dapat merancang sesuatu. Tak lama kemudian selesai mereka berdua mengemas di dapur. Mereka berdua pun datang ke ruang tamu. Aku perasan Afifah bila ada Janatil dia akan cuba menjaga jarak dariku. Mungkin dia takut Janatil cemburu.

"Ifa kenapa duduk jauh dari abang... Duduklah sebelah abang" kataku. Aku lihat Afifah nak tak nak je datang dekat padaku. Dan matanya asyik melirik pada Janatil.

"Duduk je,abang suruh tu" kata Janatil. Barulah Afifah datang menghampiriku.

Bila Afifah sudah duduk sebelahku. Aku pun menarik tubuhnya, tangan sebelahku memeluknya. Tanganku lagi sebelah memegang perutnya. Aku lihat Afifah terkejut dan Janatil pula tiba-tiba bangun.

"Sayang nak pergi mana tu" tanyaku bila melihat Janatil tiba-tiba bangun.

"Sayang nak masuk bilik, ada kerja sikit" kata Janatil.

"Duduklah dulu... Ada benda abang nak bagi tahu ni" kataku. Janatil dengan terpaksa pun duduk kembali.

"Apa dia bang" tanya Janatil tak sabar.

"Minggu depan abang akan bawa kamu berdua ke rumah keluarga abang... Ada majlis sambutan hari lahir ayah abang."kataku sambil mataku melihat reaksi kedua isteriku.
" Baiklah...tu je"kata Janatil.

"Nanti kita pergi bertiga" kataku. Afifah aku lihat hanya diam saja, tapi tangannya sekali-sekala cuba untuk melepaskan pelukkanku. Tapi aku tak endahkan.

"Kalau macam tu tak pa lah... Ayang nak masuk bilik dulu." kata Janatil lalu berjalan menuju ke bilik. Aku dapat merasakan ada perasaan cemburu di hati Janatil bila aku memeluk tubuh Afifah.

"Abang kenapa peluk Ifa depan kak Jan tadi. Kesian kak Jan tentu dia sedih" kata Afifah.

"Ala, abang nak pegang anak abang yang dalam perut ni" kataku sambil mengusap perut Afifah yang sudah kelihatan agak besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience