Bab 10

Drama Completed 116631

Malam ini aku tak mampu nak melelapkan mata kerana pagi esok adalah hari pernikahan ku. Hatiku rasa tak keruan memikirkan tentang pernikahanku ini. Apa yang aku lakukan ini betul ke? Macam mana agaknya kehidupan ku nanti setelah bergelar isteri kedua. Aku hanya bertemu dengan bakal suami sekali sahaja,waktu menetap tarikh untuk majlis pernikahan. Itu pun ia datang dengan kak Janatil dan keluarga kak Janatil.

Esok pada hari akad nikah barulah keluarga Muhaimin akan datang. Aku belum pernah bertemu dengan keluarga mentuaku. Kerana kak Janatil memberitahu keluarga Muhaimin akan datang waktu akad nikah saja. Walau pun hatiku malam ini berbelah-bagi tapi aku sudah tak boleh undur kerana esok sudah waktunya aku akan menjadi isteri kedua dan madu untuk kak Janatil.

Agak lewat juga baru aku mampu melelapkan mataku ini. Paginya aku bangun seperti selalu untuk sembahyang subuh. Selepas itu aku pergi ke dapur membantu ibu di dapur. Majlis akad nikah hari ini ibuku telah menempah catering untuk di jamu pada tetamu yang akan datang nanti.

Hampir jam 7.30 ibuku memintaku bersiap-siap. Kerana majlis akad nikah akan dilangsungkan dalam jam 9.00 pagi nanti. Jadi aku pun pergi ke arah bilikku untuk menukar baju nikahku. Hari ini aku memakai baju kebaya bewarna putih. Dalam jam 8.00 pagi Makcik Zaiton dan Fazuha datang ke rumahku untuk membantu apa yang patut. Fazuha membantuku bersiap di dalam bilik.

"Tak sangka kau akan jadi isteri orang dah hari ni" kata Fazuha sambil duduk di sisiku.

"Agaknya dah jodoh aku".kataku.

"Tak sangka siap jadi madu untuk kak Janatil sepupu aku pulak tu" kata Janatil.

"Mungkin sudah takdir aku jadi isteri kedua dan madu sepupu kau" kataku sambil membetulkan tudung di kepala.

"Aku harap kau tak akan menyesal dengan keputusan yang kau buat ni Ifa" kata Fazuha.

"Mungkin ini jalan terbaik untuk aku. Selepas hari ni aku dah tak perlu memikirkan tentang ayah tiriku tu. Bayangkan setiap hari aku ketakutan berdepan dengan dia yang tinggal satu rumah. Aku tak pernah melupakan apa yang pernah dia ingin lakukan pada aku" kataku sambil mataku mula berkaca-kaca kerana sebak. Aku cuba menahan air mataku supaya tak jatuh.

"Aku faham dengan nasib kau ifa. Walau pun aku tak berada di tempat kau. Aku akan doakan kau akan bahagia dengan pilihan kau ni. Sudah kau jangan nak menangis pada hari bahagia kau ni. Nanti tak cantik la" kata Fazuha sambil mengelap air mataku dengan tisu.

Jam sudah hampir pukul 9.00 pagi rombongan sebelah lelaki sudah pun sampai. Tok kadi dan dua orang saksi pun sudah sampai juga. Majlis akad nikah akan diadakan dirumah keluargaku. Bila bakal suamiku Muhaimin sudah duduk di depan tok kadi. Upacara akad nikah pun di mulakan. Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kedua Muhaimin dan madu kak Janatil.

Selepas upacara akad selesai,Muhaimin datang ke arahku untuk upacara membatalkan air sembahyang. Fazuha manjadi jurufoto tak berbayar untukku. Muhaimin pun menarik tanganku dan menyarungkan cincin di jariku. Selepas itu aku pun menyalaminya serta mencium tangannya dan Muhaimin pun mencium dahiku.

Selesai upacara membatalkan air sembahyang tetamu pun kebanyakannya pergi ke khemah untuk menjamu selera. Aku perasaan pada hari ini kak Janatil tidak datang. Aku bertanya pada Fazuha kenapa kak Janatil tidak datang. Fazuha sendiri pun tidak tahu kenapa sepupunya itu tidak datang.

Petangnya banyak tetamu yang pulang. Fazuha,makcik Zaiton dan keluarga Muhaimin pun sudah beredar untuk pulang. Muhaimin tidak pulang kerana ia akan bermalam di rumahku. Selepas kebanyakan tetamu sudah pulang aku pun menukar bajuku kerana ingin membantu ibuku mengemas apa yang patut.

Aku lihat Muhaimin kekadang akan bersembang dengan ayah tiriku dan adikku Ikbal. Muhaimin juga suka melayan telatah adikku Akil dan adik bongsuku. Malamnya Muhaimin masuk awal ke dalam bilik. Sementara aku menyibukkan diri mengemas apa yang patut di dapur. Hatiku terasa berdebar-debar untuk masuk ke dalam bilik. Kerana ada orang lain selain aku di dalam bilik tidur tu. Orang itu adalah suamiku yang sah dan halal untukku.

Aku membuka pintu bilik perlahan-lahan,bila terbuka saja pintu bilik aku melihat Muhaimin sudah terbaring di atas katil. Aku merasakan agak lega. Aku risau jika dia menungguku kerana aku agak malu dan tidak tahu untuk berbual apa dengannya.

Aku pun perlahan-lahan duduk di tepi katil di sisi Muhaimin untuk baring. Belum sempatku baring tiba-tiba aku merasakan ada jari menyentuh tanganku. Aku memadang ke arah Muhaimin. Mata Muhaimin memadang ke arahku sambil ia mengukirkan senyuman di bibirnya.

"Abang ta tak tidur lagi" kataku agak gagap kerana tergamam bila menyedari Muhaimin masih belum tidur lagi.

"Belum lagi. Abang saja tunggu ifa" kata Muhaimin sambil matanya asyik memadang pada wajahku. Aku menjadi malu dan aku pun menudukkan kepala untuk menghilangkan rasa maluku.

"Abang jangan la padang ifa macam tu malu la" kataku.

"Jangan la malu, sekarang kita dah suami isteri. Lagi pun abang ingin tahu banyak hal tentang isteri abang ni" kata Muhaimin cuba menenangkan ku.

"Apa yang abang ingin tahu tentang Ifa" kataku.

"Ifa jangan risau malam ni abang tak kan minta ifa melayani abang. Kerana abang tahu ifa masih letih dengan majlis siang tadi. Malam ni kita berbual-bual untuk kenal hati budi masing-masing sebelum tidur" kata Muhaimin lagi.

Mendengar apa yang Muhaimin ucapkan membuatku merasa lega. Malam ini aku dan suamiku hanya berbual-bual sampai lah kami masing-masing mengatuk. Barulah kami berdua melelapkan mata untuk tidur.
--------

Bab akan datang kita akan mendengar luahan perasaan Janatil pula. sebab apa dan kenapa dia sanggup lakukan semua ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience