Bab 37

Drama Completed 116648

Malam tadi Afifah dan Janatil tidur satu bilik. Manakala Muhaimin tidur di bilik atas seorang diri. Paginya usai sembahyang subuh berjemaah bersama-sama. Afifah dan Janatil pergi ke dapur untuk membantu membuat sarapan. Walau pun di rumah ini sudah ada orang gaji. Tapi Afifah dan Janatil berasa segan jika tidak membantu.
Janatil sudah bertanya pada suaminya bila mereka bertiga akan berangkat pulang. Tapi Muhaimin seperti acuh tak acuh saja memberi jawapannya.

"Abang pukul berapa kita bergerak balik nanti." tanya Janatil.

"Kalau abang rasa nak balik nanti baru abang bagi tahu." kata Muhaimin. Afifah yang mendengar hanya diam saja. Pagi ini Janatil dan Afifah bersarapan bersama dengan mentua mereka.

"Ifa kandungan kamu tu sudah berapa bulan"tanya ibu Muhaimin ketika mereka baru habis bersarapan.

" Dah 6 bulan"jawab Afifah.

"Nanti bila lahir anak tu. Jagalah baik-baik,jangan lalai dan cuai." kata Ibu Muhaimin.Janatil yang mendengar apa yang ibu mentuanya ucapkan agak terasa. Seolah-olah seperti menyindir dirinya.

"Ifa janji akan jaga anak ni baik-baik" kata Afifah.

Jam menunjukkan sudah pukul 11.00 pagi. Muhaimin masih berada di ruangtamu bersama ayahnya. Mereka berdua berbincang tentang projek kerjasama yang bakal Muhaimin uruskan.

"Macam mana dengan projek kerja sama kita tu?" soal ayah Muhaimin pada anaknya.

"Alhamdullilah, projek tu berjalan lancar. Minggu depan Aimin akan pergi lihat" kata Muhaimin.

"Kamu dah bagi tahu kedua isteri kamu. Tentang kamu nak pergi tu,rasanya lama juga kamu akan berada dekat sana nanti" kata ayah Muhaimin sambil matanya memadang wajah anak keduanya itu.

"Nantilah baru Aimin bagi tahu" kata Muhaimin.

Manakala Afifah dan Janatil berada di dapur untuk membantu menyediakan makanan. Untuk makan tengahari nanti. Di rumah ini hanya ada seorang orang gaji. Orang gaji ini berasal dari Indonesia. sudah agak lama bekerja dengan keluarga Muhaimin. Hampir 7 tahun bekerja dengan keluarga Muhaimin. Keluarga Muhaimin memanggilnya bibik saja.

"Bibik nak masak apa tengahari ni?" tanya Janatil sambil ia pun duduk di bangku meja di dapur.

"Bibik ikut puan besar je. Puan besar suruh ambil bahan ni dulu tadi. Nanti puan datanglah bila dah siap potong bahan-bahannya." kata bibik sambil tangannya mula memotong daging.

Selalunya memang ibu Muhaimin yang akan memasak untuk suaminya. Cuma bahan-bahan untuk di masak akan di sediakan oleh orang gaji. Ibu Muhaimin mahu suaminya makan hasil dari tangannya sendiri. Janatil pun mengambil pisau untuk memotang bahan-bahan mentah yang sudah ada di atas meja. Afifah juga membantu dengan memotong bahan yang akan di gunakan untuk menumis.

Selesai memotong bahan mentah. Ibu Muhaimin pun masuk ke dapur untuk mula memasak. Janatil dan Afifah hanya memerhatikan saja ibu mentua mereka itu memasak. Siap masak mereka pun menghidang makanan yang sudah siap masak ke atas meja.

"Jan kamu pergi panggil Aimin dan ayah ajak makan" kata ibu Muhaimin.

Janatil pun pergi ke arah suami dan ayah mentuanya. Untuk mengajak makan tengahari setelah semua masakan siap terhidang di atas meja. "Ayah,bang mak panggil makan. Nasi dan lauk semua dah siap hidang" kata Janatil bila ia sudah berada di ruangtamu.

"Ya lah." kata ayah Muhaimin. Lalu mereka berdua pun bangun dari sofa dan berjalan menuju ke meja makan.

Usai makan tiba-tiba ayah Muhaimin berkata" Kamu tak mahu beritahu pada isteri-isteri kamu ni ke. Yang kamu tu akan pergi ke Penang minggu depan"

Janatil dan Afifah memadang ke arah Muhaimin agak hairan dengan apa yang di beritahu oleh ayah mentua mereka. "Betul ke apa yang ayah cakap tu bang?" tanya Janatil.

"Haah betul, minggu depan abang akan bertolak" kata Muhaimin sambil matanya memadang kedua-dua isterinya itu.

"Kamu tu lama ke berada dekat sana nanti?" soal ibu Muhaimin pula.

"Taklah lama sangat mak. Dalam 2 minggu je" jawab Muhaimin.

"Balik tu jangan lupa belikan mak buah tangan dari Penang" kata ibu Muhaimin lagi.

"Jan,Ifa bersiap. sekejap lagi kita akan bertolak balik." kata Muhaimin lalu kakinya melangkah menuju ke arah ruang tamu.

"Baiklah," kata Afifah dan Janatil. Mereka berdua pun berjalan menuju ke bilik untuk mengambil beg tangan masing-masing. Dan untuk menukar pakaiaan.Selesai siap menukar kembali baju yang mereka pakai malam tadi. Afifah dan Janatil pun keluar mencari ibu mentua mereka untuk memulangkan kembali baju yang mereka guna malam tadi dan pagi ni.

"Mak kami nak balik dah ni. Ni baju yang mak bagi pinjam malam tadi ,nak letak mana?" kata Janatil sambil di tangannya ada baju yang sudah di lipat.

"Kamu letak je dalam mesin basuh tu" kata Ibu Muhaimin. Tangannya pun menunjuk pada mesin basuh. Janatil dan Afifah pun meletakkan pakaian tersebut di dalam mesin basuh.

Selesai bersalaman dengan kedua orang tua Muhaimin. Mereka bertiga pun masuk ke dalam kereta. Melihat kereta anaknya bergerak dan hilang dari pandangan mata. Barulah ayah dan ibu Muhaimin masuk kembali ke dalam rumah.

"Nasiblah bukan si Atirah tu yang jadi isteri kedua Aimin. Kalau tak entah macam manalah nasib Aimin tu" kata ayah Muhaimin pada isterinya.

"Awak nak sindir saya la tu" kata ibu Muhaimin dengan menarik wajah tak suka.

"Saya tak sindir tapi cuma nak bagi tahu je. Yang awak terasa dah kenapa" kata ayah Muhaimin sambil di bibirnya mengukir senyuman.

"Sekurang-kurangnya bila saya berniat nak menjodohkan Aimin tu dengan Atirah. Barulah Jan tu buka mata nak cari colan isteri untuk Aimin. Kalau tak ,Jan tu takkan bagi si Aimin tu kahwin lagi." kata ibu Muhaimin tak mahu mengalah.

"Yalah,awak je lah yang betul" kata ayah Muhaimin dengan nada lemah tanda mengalah pada isterinya itu.

-----------

45 minit kemudian Muhaimin dan dua isterinya pun sampai di rumah banglo mereka. Selesai mematikan enjin kereta. mereka bertiga pun keluar dari dalam kereta menuju ke pintu rumah dan Janatil pun membuka pintu. Janatil berjalan masuk menuju ke biliknya. Afifah juga melangkah kaki ke arah biliknya. Manakala Muhaimin pula merehatkan badannya berbaring di sofa ruangtamu.

Selesai membersihkan badan dan memakai baju. Afifah pun keluar dari dalam biliknya. Ia melihat Muhaimin tertidur di sofa ruangtamu. Mata Afifah memadang wajah suaminya itu. Hatinya sedikit bergolak apabila melihat wajah kacak suaminya itu. Selama ini Afifah agak malu untuk bertentang mata dengan suaminya itu. Bila Muhaimin memadang wajahnya .Afifah akan cuba mengalih wajahnya ke arah lain.

Hatinya berbisik" beginikah rasanya cinta. Tapi mampukah aku untuk mengecapi cinta ini. Atau aku hanya orang ketiga yang sekadar datang untuk sementara."

Afifah dengan perasan khusyuk memadang Muhaimin di kejutkan dengan kemunculan Janatil tiba-tiba " Kamu perhatikan apa tu dekat abang Aimin "soal Janatil yang baru saja turun dari biliknya.

" Heh, tak ada apalah saja je. Harap anak kembar Ifa ni nanti akan ikut wajah abang Aimin bila lahir nanti"kata Afifah cuba memberi alasan.

"Akak pun harap macam tu juga" kata Janatil sambil ia duduk di sofa sebelah Afifah. Melihat Janatil sudah duduk di sofa dan Muhaimin pun mula mengerakkan badannya menandakan ia sudah mula mahu terbangun dari tidurnya. Afifah pun bangun untuk membiarkan Janatil bersama Muhaimin berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience