Bab 26

Drama Completed 116648

Sudah hampir sebulan Afifah membuat buku pink bersama Muhaimin. Semenjak itu Muhaimin sering akan datang ke rumah Afifah waktu tengahari bila hari kerja. Muhaimin rela ambil masa untuk datang bertemu Afifah. Hampir setiap hari Muhaimin akan datang dan makan tengahari di rumah Afifah.

Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengahari. Muhaimin segera mengemas apa yang patut di atas meja kerja. Lalu Muhaimin pun berjalan keluar dari ruangan kerjanya menuju ke tempat parking kereta. Setengah jam kemudian Muhaimin pun sampai di depan rumah Afifah. Afifah pun membuka pintu pagar,lalu Muhaimin pun memandu keretanya masuk .

Afifah sudah siap menghidangkan makanan yang ia masak di atas meja.Muhaimin dan Afifah pun berjalan beiringan masuk ke dalam rumah.

"Abang tengahari asyik datang rumah Ifa ni...kak Jan tahu tak ni?" kata Afifah. Afifah mula rasa tak sedap hati bila Muhaimin asyik datang kerumahnya waktu tengahari. Walau pun ikut giliran bukan gilirannya bersama Muhaimin.

"Kenapa, Ifa tak suka abang datang?" tanya Muhaimin.

"Bukan macam tu...Tapi ifa risau kak Jan terasa nanti bila dia tahu abang selalu datang sini waktu hari kerja. Ifa tak mahu jadi gaduh dengan kak Jan nanti" kata Afifah.

"Malam ni baru abang akan bagi tahu dekat kak Jan" kata Muhaimin.

"Abang nak bagi tahu apa?" tanya Afifah.

"Bagi tahu yang abang mengidam nak makan masakan Ifa... Sebab tu abang kena datang makan tengahari dekat rumah ifa" kata Muhaimin sambil tersenyum pada Afifah.

"Abang ni main-main pula" kata Afifah.

"Betullah siapa kata main-main. Kak Jan tentu faham sebab dia pun pernah mengandung juga sebelum ni" kata Muhaimin.

"Jom makan ,ifa dah siap hidang atas meja dah ni" kata Afifah. Muhaimin dan Afifah pun berjalan pergi ke arah meja.

Selesai makan Muhaimin pun pergi mandi terlebih dahulu,sebelum bertolak untuk ke tempat kerja kembali. Afifah sudah siap mengemas dan mencuci bekas-bekas makan tadi , ia pun duduk di sofa di ruang tamu. Tak lama kemudian Muhaimin pun keluar dari bilik setelah mandi dan memakai pakaian.

"Abang dah nak pergi kerja balik ke?" tanya Afifah.

"Belum lagi, hari ni lambat sikit pun tak pa... Kerja abang tak banyak sangat hari ni" kata Muhaimin.

"Abang dah bagi tahu dekat kak Jan tentang Ifa mengandung anak kembar"tanya Afifah lalu memadang wajah suaminya itu.

" Belum lagi"kata Muhaimin lalu duduk di sofa sebelah Afifah.

"Kenapa abang tak bagi tahu" tanya Afifah agak hairan.

"Nanti malam ni baru abang bagi tahu la" kata Muhaimin sambil tangannya mula memeluk tubuh isterinya dan memberi ciuman di pipi.

"Abang ni,kenapa la asyik nak bekempit je ni" kata Afifah.

"Kenapa ifa tak suka ke?" tanya Muhaimin agak kecewa.

"Bukan tak suka tapi kalau kak Jan nampakkan nanti dia kata apa pula? Lagi pun ni bukan giliran abang bersama Ifa" kata Afifah.

"Ala,kak Jan mana ada dekat rumah ni... Jadi bolehlah nak buat apa pun. Memang bukan giliran ifa. Sehari tak jumpa Ifa rasa tak tenang... agaknya pembawaan anak yang ada dalam perut ni" kata Muhaimin sambil tangannya mula mengusap-usap perut isterinya sudah sedikit buncit.

"Abang ni ada-ada je la" kata Afifah. Dalam pukul 2.00 petang barulah Muhaimin berangkat untuk pergi ke tempat kerja kembali.

Tanpa Muhaimin dan Afifah sedari ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka berdua. Sepasang mata tersebut adalah seorang wanita yang berada di dalam kereta. Matanya tak lekang dari memadang rumah Afifah dengan perasaan marah dan iri melihat kemesraan Muhaimin dan Afifah.

"Aku akan beritahu pada kak Janatil" bebel wanita tersebut.

--------------

Petangnya Muhaimin pulang ke rumah Janatil. Kerana malam ini giliran Janatil bersama Muhaimin.

Muhaimin masuk ke dalam pintu pagar ia melihat kereta Janatil belum ada. Ini bermakna Janatil belum pulang lagi dari kerja. Muhaimin memakir keretanya dan ia pun keluar dari kereta. Muhaimin berjalan menuju ke arah pintu rumah dan membuka kunci pintu tersebut. Lalu ia masuk ke dalam rumah.

Lebih kurang sepuluh minit kemudian Janatil pun sampai pulang dari kerja. Selesai mematikan enjin keretanya Janatil pun keluar dari dalam kereta. Dan ia pun berjalan masuk ke dalam rumah. Janatil membuka kasutnya dan di letakkan di rak kasut. Lepas itu Janatil pun berjalan masuk dan terus menuju ke arah bilik. Masuk ke dalam bilik ia melihat rambut Muhaimin masih basah. Kerana Muhaimin baru saja selesai mandi.

"Abang dah lama ke sampai?" tanya Afifah.

"Heh,baru je lagi...sayang tak mahu mandi bersihkan diri tu." kata Muhaimin sambil tangannya mula mengenakan pakaian di badannya.

"Ya la, ayang nak pergi mandi la ni" kata Janatil lalu tangannya mengambil tuala.

Selesai mandi dan berpakaian Janatil berjalan menuju ke dapur untuk memasak makan malam buat ia dan suaminya. Muhaimin pun turut sama membantu Janatil memasak di dapur. Kerana Muhaimin tahu bagai mana letihnya pulang dari kerja tepaksa pula memasak untuk makan malam.

Selalunya Janatil hanya memasak makanan yang mudah- mudah saja bila hari kerja ni. Siap masak tak lama kemudian kedengaran bunyi azan magrib menandakan waktu magrib sudah masuk. Muhaimin dan Janatil pun mengambil wuduk untuk sembahyang magrib.

Selesai sembahyang barulah mereka berdua menuju ke meja untuk makan. "Sayang nanti lepas makan,ada hal sikit abang nak bincang dengan sayang"kata Muhaimin.

" Hal apa bang... Penting sangat ke?"soal Janatil.

"Tak adalah penting sangat pun." kata Muhaimin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience