Bab 14

Drama Completed 116631

Sudah 4 hari aku bercuti dan tinggal di rumah keluargaku. Hari ini aku akan pulang ke rumah yang aku diami bersama suamiku. Dalam jam 1.00 tengahari baru aku sampai dirumah ku. Kali ini rumah banglo ku terasa sunyi kerana suamiku masih lagi bersama isteri barunya. Aku hanya akan tinggal seorang diri di rumah ni untuk berapa hari ni. Tentu pasangan pengatin baru tu sedang gembira bersama.

Aku kena tenangkan fikiranku. Tak boleh terlalu memikirkan tentang mereka berdua. Lagi pun aku dan Afifah sudah membuat perjanjian bersama. Aku kena bersabar untuk masa berapa bulan ni. Aku tak boleh terlalu ikut hati dan perasaan. Selepas Afifah mengandung dan melahirkan anak pasti hidup ku akan bahagia seperti dahulu lagi. Aku lakukan semua ni demi kebahagian keluarga kecilku.

Selepas ni aku tak perlu dah makan ubat psikiatri bila semua yang ku rancang berjaya. Aku benci makan ubat psikiatri ni. Aku ingin pulih seperti dulu lagi tidak perlu bergantung pada ubat gila ni. Aku tidak mahu ada sesiapa pun yang tahu penyakit aku ini. Aku tidak mahu di tuduh gila. Aku ingin sihat seperti dulu. Untuk itu aku perlukan anak dari Afifah. Dan selepas itu hidup aku pasti akan seperti dulu lagi bersama Muhaimin.

Malam ini aku tidur seorang diri di rumah banglo ku. Mungkin sekarang Muhaimin dan Afifah sedang tidur bersama,mungkin juga saling berpelukkan sekarang ini. Kenapa dengan hati aku ni. Kenapa aku terlalu memikir mereka berdua. Hatiku benar-benar tidak tenang dan kepala ku juga berasa sakit kerana terlalu banyak fikiran. Aku pergi ke arah tempat menyimpan ubat psikiatri,lalu aku mengambil ubat tersebut supaya aku dapat menenangkan fikiran dan menghilangkan sakit kepalaku. Selepas setengah jam sakit kepala ku berkurangan dan aku mulai boleh melelapkan mata.

Pagi ini aku bangun agak lewat kerana malam tadi aku terlewat tidur. Pagi ini aku akan mula bekerja seperti biasa selepas 3 hari aku mengambil cuti. Seperti yang ku duga kerjaku agak bertimbun untuk aku selesaikan. Masuk kerja ramai rakan sekerja memadang ku semacam. Aku dapat mengagak kenapa mereka memadang ku seperti begitu. Mungkin sudah ada yang tahu tentang berkahwinan suamiku bersama Afifah.

"Jan betul ke suami kau kahwin lagi satu" tanya Shahira rakan baikku di tempat kerja.

"Haah betul, kenapa?" tanyaku sambil kakiku berjalan menuju ke meja kerjaku.

"Sabar ya Jan, Orang laki ni memang tak cukup sorang" kata Shahira sambil duduk dibangku depan mejaku.

"Aku tak kisah pun. Lagi pun madu aku tu pun aku yang pilihkan untuk suami aku" kataku sambil melabuhkan pungungku di bangku dan mula membelek-belek fail dan kertas kerja yang ada di atas meja.

" Biar betul kau ni"kata Shahira agak terkejut.

"Betul la,aku rela di madukan sebab aku dah tak boleh nak bagi zuriat dekat suami aku. Selepas kematian anak kami tahun lepas." kataku.

"Aku faham perasan kau Jan. Kau kena kuat lalui semua ni" kata Shahira.

"Kau tak nak buat kerja ke? Nampak dekat bos kan naiya nanti" kataku.

"Ya lah aku pergi buat kerja la ni." kata Shahira lalu ia pun berjalan pergi ke tempat meja kerjanya.

Tengahari seperti selalu aku makan bersama Shahira dan 2 rakan sekerja ku yang lain. Jawatan ku sebagai ketua unit akan membahagi tugasan kerja kepada mereka bertiga. Selesai makan kami pun mula melakukan tugasan kerja kami kembali.

Jam sudah hampir pukul 5.00 petang. Shahira dan berapa orang rakan kerjaku sibuk mengemas meja kerja mereka masing-masing. Kerana sudah hampir waktu untuk pulang. Aku pun mengemas apa yang patut di mejaku. Lalu kami pun mula berjalan keluar dari bangunan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Aku berjalan menuju ke arah tempat kereta ku terparking. Hatiku merasa tak berapa seronok untuk pulang ke rumah. Kerana bukan ada siapa pun di rumahku. Dulu semasa anakku masih hidup aku sangat teruja setiap kali ingin pulang dari kerja. Kerana aku akan mengambil anakku di rumah pengasuh. Anakku pula jenis petah bercakap,jadi bermacam-macam yang akan ia ceritakan padaku. Jenuh nak melayan mulutnya yang becok tu.

Semuanya itu hanya tinggal kenangan sahaja. Sudah tidak ada lagi gelak tawa dan mulut becoknya untuk bertanya atau bercerita. Aku sangat merindui anakku. Anak yang sembilan bulan berada di dalam rahimku. Yang ku jaga selama 6 tahun. Tapi sudah pergi meninggalkan ku.

Sekarang aku juga merindui suamiku yang dulu. Aku merasakan selepas kematian anak kami hubungan kami semakin rengang. Sekarang aku terpaksa bergilir pula untuk mendapat kasih sayangnya. Lusa barulah giliranku pula. Begini rasanya hidup bermadu terpaksa mengikut giliran. Malam ini aku akan tidur sendirian lagi di rumah banglo yang ku diami. Rumah banglo ini aku dan Muhaimin membelinya ketika anak kami berusia 2 tahun. Rumah saja yang besar tapi penghuninya hanya aku seorang saja yang sering berada di rumah ini.

Aku pernah memberitahu pada Muhaimin supaya Afifah tinggal sekali di rumah ini. Tapi di tolak mentah-mentah oleh Muhaimin dengan alasan takut aku dan Afifah akan cemburu antara satu sama lain.

Entah kenapa aku memandu kereta bukan ke arah rumahku. Sebaliknya aku memandu menuju ke arah rumah Afifah dan Muhaimin diami. Aku tahu di mana rumah Afifah tinggal, kerana dulu sebelum aku dan Muhaimin tinggal di rumah banglo yang sekarang ku diami. Rumah yang sekarang menjadi rumah Afifah itulah menjadi rumah pertama aku dan Muhaimin diami selepas bergelar suami isteri. Rumah tersebut Muhaimin membelinya sebelum kami berdua berkahwin lagi.Selepas kami membeli rumah baru, rumah tersebut di sewakan pada orang. Tetapi dalam tahun ini sudah tidak ada yang menyewa rumah tersebut kerana Muhaimin berniat untuk di jadikan rumah buat steri keduanya. Jika ia berkahwin dengan sepupunya. Tapi nasib baik Muhaimin mahu menerima cadanganku supaya aku yang mencarikan jodoh untuknya.

Dalam 20 minit aku sampai di depan rumah teres sederhana. Aku melihat kereta Muhaimin terpakir di dalam pagar di depan rumah. Ini bermakna
Muhaimin dan Afifah ada di rumah. Aku membuka pintu kereta lalu menuju ke depan pagar dan menekan suis loceng.
----+++

Apa reaksi Muhaimin dan Afifah bila melihat Janatil datang.. tunggu bab seterusnya ok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience