Bab 43

Drama Completed 116631

Mata Muhaimin memandang ke arah Janatil. Janatil pula bila melihat mata Muhaimin memandang tepat pada matanya. Membuatkan Janatil serba salah. Sampai ia menundukkan sedikit kepalanya.

"Kenapa abang pandang ayang macam tu. Apa ada yang salah ke apa yang ayang cakap tadi" tanya Janatil tak terima bila melihat pandangan mata Muhaimin seperti tidak puas hati.

"Sayang yakin ke apa yang keluar dari mulut sayang tu benar-benar jujur. Atau hanya di mulut tapi di hati lain" kata Muhaimin. Lalu bangun dari duduk dan berdiri untuk berjalan menuju ke bilik.

"Sayang dah jawab pertanyaan abang. Sekarang abang kena jawab pertanyaan ayang tadi" kata Janatil bila ia melihat Muhaimin ingin berjalan pergi dari ruangtamu.

"Abang tak perlu jawab pertanyaan kamu tu. Lagi pun kamu berdua sendiri dah tahu jawapannya." kata Muhaimin mula ingin melangkah kakinya.

"Abang nak tanya pada kamu Ifa. Ifa cintakan abang tak" tanya Muhaimin sambil matanya tak lepas memandang pada Afifah.

Afifah agak terkejut dengan pertanyaan dari Muhaimin. Hatinya serba salah untuk menjawab pertanyaan itu. Dengan menundukkan kepalanya Afifah pun menjawab."Ifa cintakan abang sepenuh hati Ifa."kata Afifah dengan nada suara yang agak sebak.

Janatil memandang pada Afifah dan ia pun berjalan ke arah Afifah. "Apa yang tak kena dengan abang ni. Kenapa asik tanya soalan yang bukan-bukan ni." kata Janatil seperti tidak boleh terima sikap Muhaimin kali ini.

"Kenapa Ifa takut sangat dengan kak Jan tu. Apa Ifa ada buat perjanjian dengan kak Jan ke?" kata Muhaimin sambil matanya melihat ke arah kedua isterinya.

"Apa maksud abang. Ayang dan Ifa tak pernah buat perjanjian apa-apa pun" kata Janatil agak terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya itu.

"Ifa bukan takut pada kak Jan. Tapi Ifa kesian pada kak Jan sebab kak Jan sakit. Kak Jan perlukan perhatian dari abang" kata Afifah dengan air matanya mangalir tak dapat di bendung lagi.

Dahi Muhaimin berkerut bila mendengar apa yang di katakan oleh Afifah. Mata Muhaimin memandang pada Janatil. " Jan sakit apa?" tanya Muhaimin pada Afifah.

"Kak Jan mengalami masalah kemurungan. Setiap bulan kena jumpa doktor psikiatri untuk ambil ubat." kata Afifah.

"Kenapa Ifa bagi tahu pada abang Aimin. Bukan Ifa dah janji dengan akak tak akan bagi tahu sesiapa pun" kata Janatil agak kecewa dengan Afifah yang telah memberitahu pada Muhaimin tentang penyakitnya.

"Maafkan Ifa kak. Tapi abang Aimin perlu tahu tentang penyakit akak ni" kata Afifah sambil kepalanya menoleh pada Janatil.

"Sudah berapa lama sayang makan ubat psikiatri ni. Abang minta maaf sebab tak pernah ambil tahu tentang masalah sayang" kata Muhaimin lalu berjalan menghampiri Janatil.

"Selepas kematian anak kita." kata Janatil sambil menangis di dalam pelukkan Muhaimin.

Melihat Muhaimin memeluk Janatil, Afifah ingin melangkah pergi meninggalkan Janatil bersama Muhaimin. Baru setapak kakinya melangkah tiba-tiba tangan Muhaimin menarik tangan Afifah. Muhaimin seperti tidak mahu Afifah meninggalkan ia berdua bersama Janatil. Bila merasakan tangannya di pegang oleh Muhaimin. Afifah pun memberhentikan langkahnya dan menoleh ke arah Muhaimin dan madunya.

"Boleh tak abang nak minta sesuatu dari kamu berdua. Jika kamu berdua setuju abang janji akan putuskan hubungan dengan Fazlina" kata Muhaimin sambil matanya silih berganti memandang wajah kedua isterinya.

"Apa saja yang abang minta akan ayang tunaikan. Asalkan abang sanggup tinggalkan Fazlina" kata Janatil sambil mengelap air matanya.

"Abang tahu kamu berdua ada buat perjanjian. Abang mahu kamu berdua batalkan perjanjian tu" kata Muhaimin.

Janatil dan Afifah terdiam bila mendengar apa yang di ucapkan oleh Muhaimin. Mereka berdua tidak menyangka Muhaimin boleh mengetahui tentang perjanjian antara mereka berdua.

"Sayang janji akan batalkan perjanjian tu dengan Ifa" kata Janatil sambil matanya memandang pada Afifah.

"Duit yang akak bagi tu pun Ifa tak guna lagi. Esok Ifa akan pulangkan" kata Afifah sambil menundukkan kepalanya kerana ada perasaan malu pada Muhaimin. Sebab Muhaimin sudah tahu perkara sebenar tentang dirinya.

"Baguslah kalau kamu berdua dah setuju. Sekarang baru abang akan jawab pertanyaan sayang tadi. Sebenarnya abang dengan Fazlina tak ada hubungan apa pun. Yang dekat butik pengatin tu abang teman Fazlina dengan tunang dia. Tunang Fazlina tu junior abang masa belajar dulu. Yang tangkap gambar tu pun tunang Fazlina." kata Muhaimin panjang lebar.

"Dari awal abang saja nak kenakan kami berdua ya" kata Janatil agak emosi bila mendapat tahu Muhaimin mempermainkan ia dan Afifah.

Muhaimin hanya tersenyum melihat reaksi Janatil yang agak marah. Manakala Afifah hanya tersenyum melihat gelagat madunya itu. Hatinya juga sangat bersyukur bila Janatil setuju untuk membatalkan perjanjian antara mereka berdua.

--------------
Kandungan Afifah sudah pun berusia 9 bulan. Sejak usia kandungannya memasuki usia 8 bulan. Afifah tinggal di rumah orang tua Muhaimin kerana Janatil dan Muhaimin risau jika Afifah tinggal seorang diri bila mereka berdua pergi bekerja. Kerana kandungan Afifah sudah agak besar. Mereka juga risau jika Afifah sakit nak melahirkan ketika mereka berdua tiada di rumah.

Ayah dan ibu Muhaimin pun sudah tahu bahawa Afifah mengandung anak kembar. Memang agak teruja juga ibu Muhaimin bila mengetahui ia bakal mendapat cucu kembar. Di rumah keluarga Muhaimin Afifah di layan sangat baik. Afifah tidak di benarkan melakukan kerja rumah. Kerana sudah ada orang gaji yang akan melakukannya.

Seperti yang di risaukan oleh Muhaimin dan Janatil ternyata terjadi. Afifah mula keluar tanda untuk bersalin ketika Muhaimin dan Janatil di tempat kerja. Tengahari selepas makan Afifah melihat ada darah keluar dari farajnya. Ia pun segera memberitahu pada ibu mentuanya.

Dan ibu Muhaimin telah membawa Afifah ke hospital. Ayah Muhaimin pula telah menelefon Muhaimin dan Janatil memberitahu Afifah sudah di bawa ke hospital. Muhaimin pun bergegas ke hospital bila di beritahu tentang Afifah yang akan bersalin. Muhaimin sampai di hospital, Afifah masih belum bersalin lagi. Lebih kurang hampir 2 jam kemudian barulah Afifah selamat melahirkan bayi kembar perempuan. Janatil sampai ketika Muhaimin sedang mengazan dan iqamat pada anak kembarnya.

Muhaimin orang yang paling bahagia kerana merasakan kini hidupnya seperti sudah lengkap. Kerana sudah mempunyai 2 isteri dan sekarang di kurniakan bayi kembar perempuan pula. Ada 4 orang perempuan yang perlu ia jaga sekarang ini.

--------------
Sekarang usia si kembar sudah pun hampir setahun. Yang sulung di beri nama Izzara Humaira dan si adik hanya jarak dalam berapa minit saja di beri nama Izni Haryati. Sekarang Afifah tinggal kembali di rumah banglo milik Muhaimin dan madunya. Kerana Janatil yang meminta Afifah tinggal sekali dengannya supaya setiap hari ia pulang kerja dapatlah ia melihat si kembar.

Di rumah ini juga sudah ada orang gaji. Muhaimin yang telah mengambil orang gaji. Supaya memudahkan Afifah menjaga si kembar. Hidup Afifah pun sudah banyak berubah selepas kelahiran si kembar.

Afifah perasan dalam berapa hari ini Janatil kurang bercakap. Seperti ada sesuatu yang di rahsiakan oleh Janatil. Hati Afifah tertanya- tanya ada masalah apa dengan madunya itu.

---------------

Agaknya ada masalah apa pula dengan Janatil tu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience