Bab 28

Drama Completed 116648

Hari ini seperti biasa Muhaimin akan datang ke rumah Afifah bila waktu tengahari. Afifah juga sudah setia menunggu Muhaimin dengan memasak makanan untuk ia dan Muhaimin. Bunyi saja hon di depan pintu pagar, Afifah pun segera keluar dan membuka pintu pagar tersebut. Untuk membolehkan kereta suaminya masuk.

Kandungan Afifah pun sudah hampir 5 bulan. Hari ini seperti biasa selesai makan Muhaimin dan Afifah akan duduk bersantai di ruangtamu.

"Abang risaulah Ifa tinggal sorang-sorang bila giliran abang kena bersama kak Jan"kata Muhaimin.

" Abang jangan risaulah... Ifa ada kawan 2 ekor kucing tu"kata Afifah sambil menunjuk pada kucing yang berada di tepi kakinya.

"Kucing bukan sama seperti manusia Ifa... Maafkan abang sebab tak boleh selalu nak bersama Ifa, dalam keadaan ifa yang sedang mengandung ni" kata Muhaimin. Lalu Muhaimin menarik tangan isterinya itu dan menciumnya.

"Ifa tak kisahlah... Lagi pun ini semua pilihan Ifa sendiri untuk menjadi isteri abang dan madu kak Jan." kata Afifah.

"Kenapa Ifa sudi jadi isteri kedua abang?" tanya Muhaimin.

"Agaknya memang dah jodoh Ifa jadi isteri nombor 2 abang. Tu tergerak hati terima tawaran kak Jan"kata Afifah.

" Apa yang kak Jan tawarkan pada ifa, jika ifa jadi isteri abang?"soal Muhaimin.

"Tak ada pun...cuma bila Ifa kahwin dengan abang,ifa boleh hidup bebas tanpa masalah" kata Afifah.

"Kenapa sebelum kahwin dengan abang ni, Ifa banyak masalah ke?" tanya Muhaimin ingin tahu.

"Ada masalah sikit dengan keluarga... Abang tak mahu berangkat pergi kerja ke,nanti lewat pula" kata Afifah.

"Yalah, dah dekat pukul 2 dah ni. Baiklah,abang nak pergi dulu" kata Muhaimin lalu menyuakan tangannya pada Afifah. Afifah pun menyalami tangan suaminya itu dan menciumnya. Dan Muhaimin membalas dengan ciuman di dahi dan di pipi isterinya.

"Hati-hati bang" kata Afifah bila melihat Muhaimin mula masuk ke dalam kereta.

"Baiklah sayang"kata Muhaimin sambil mulutnya mengukir senyuman pada isterinya.

Afifah tersipu malu kerana Muhaimin tiba-tiba memanggilnya sayang. Selama ia menjadi isteri Muhaimin baru kali ini Muhaimin memangil sayang padanya. Selama ini pangilan sayang itu khas untuk Janatil saja.

Bila melihat kereta Muhaimin sudah hilang dari pandangan mata. Afifah pun mengunci kembali pintu pagarnya. Dan ia pun berjalan untuk masuk ke dalam rumah. Tapi tiba-tiba ada kereta berhenti di depan pintu pagar rumahnya.

Afifah menoleh ke arah kereta tersebut. Dan ada seorang wanita keluar dari dalam kereta tersebut. Wanita itu adalah Atirah sepupu Muhaimin.

"Apa lagilah yang tak kena dengan perempuan ni" bisik hati Afifah.

"Assalamualaikum" jerit Atirah di depan pagar.

"Walaikumusalam" jawab Afifah.

"Ada hal apa ni datang rumah saya?" tanya Afifah sambil kakinya berjalan ke arah pintu pagar.

"Ada hal sikit... Bukalah pintu pagar ni bagi saya masuk" kata Atirah.

Dengan malasnya Afifah membuka pintu pagar tersebut dan membiarkan Atirah masuk. Atirah pun masuk ke dalam rumah selepas Afifah membuka pintu pagarnya. Tanpa perlu di pelawa Atirah sudah pun masuk ke dalam rumah Afifah. Dan Atirah duduk di sofa yang ada di ruang tamu.

"Ada hal apa ni" tanya Afifah bila ia melabuhkan pungungnya di sofa berdepan dengan Atirah.

"Aku sering nampak kereta abang Aimin ada di rumah kau bila tengahari" kata Atirah.

"Kenapa? Ada yang salah ke kalau abang Aimin datang rumah isteri dia sendiri" kata Afifah agak hairan dengan kata-kata yang keluar dari mulut Atirah.

"Aku rasa tak eloklah abang Aimin asyik jumpa kau je... Kesian kak Jan sepatutnya abang Aimin kenalah gilir-gilir makan tengahari dengan kak Jan juga" kata Atirah.

"Abang Aimin dah bagi tahu pada kak Jan dah... Dan kak Jan benarkan" kata Afifah sambil tersenyum memadang pada Atirah.

"Kau tu isteri kedua patutnya kena bagi tahu pada abang Aimin supaya berlaku adil pada kak Jan" kata Atirah lagi.

"Saya dah nasihat tapi kalau abang Aimin tak mahu ikut... Saya nak buat macam mana" kata Afifah.

"Aku tak percayalah... Entah-entah kau yang suruh abang Aimin datang jumpa kaukan". kata Atirah yang agak kasar sikit nadanya.

"Kau ni dah kenapa? Kak Jan tak kata apa-apa kau yang tak ada hubungan dengan kami ni yang lebih-lebih" kata Afifah.

"Sebab kaulah! aku tak jadi kahwin dengan abang Aimin tahu tak" kata Atirah penuh emosi.

"Itu bukan salah saya awak tak jadi kahwin dengan abang Aimin... Dah abang Aimin pilih saya jadi isteri dia. Awak kalau setakat datang nak gaduh lebih baik awak balik je" kata Afifah.

"Kau tahu tak, rumah ni asalnya akan jadi rumah aku tahu" kata Atirah.

"Tapi sekarang saya dah jadi isteri abang Aimin. Jadi rumah ni abang Aimin dah bagi untuk saya duduk " kata Afifah agak sebak nadanya. Afifah tidak menyangka Atirah sanggup datang ke rumahnya semata- mata ingin bertikam lidah dan bergaduh.

"Jangan perasan baguslah... Entah-entah kau tu kahwin sebab abang Aimin tu berduit je" kata Atirah lalu berdiri dan mendekatkan dirinya ke arah Afifah.

"Kau ni dah kenapa... Pergilah balik dari rumah aku ni" kata Afifah, mula risau melihat reaksi Atirah semakin tidak dapat mengawal emosinya.

Tiba-tiba Atirah menarik rambut Afifah. "Aku geram dengan kau ni!" jerit Atirah ssmbil tangannya terus menarik-narik rambut Afifah.

"Sakitlah,tolong jangan buat macam ni" kata Afifah. Sambil tangannya mula menolak tangan Atirah dari menarik rambutnya terus.

"Aku jadi macam ni sebab kau, tahu tak" kata Atirah.

Tengah Afifah bergelut untuk melepaskan dirinya dari Atirah. Tiba-tiba terdengar jeritan suara. " Kau buat apa ni Atirah!" jerit Muhaimin.

"Saya tak sengaja" kata Atirah terkejut melihat Muhaimin tiba-tiba muncul di rumah Afifah. Atirah pun melepaskan gengamam tangannya dari rambut Afifah.

"Nasib baik abang patah balik sebab tertinggal telefon... Kalau tak, abang tak tahu apa akan jadi" kata Muhaimin agak kasar nadanya.

"Abang, Ati minta maaf... Ati tak dapat kawal perasaan" kata Atirah sambil air matanya menitis kerana takut.

"Kau pergi berambus sekarang dari rumah ni... Jangan buat aku naik tangan" kata Muhaimin pada Atirah. Atirah pun dengan tergesa-gesa berjalan keluar dari rumah.

"Sayang ok tak ni" tanya Muhaimin sambil tangannya membetulkan rambut isterinya yang sudah kusut masai.

"Ifa ok je." kata Afifah.

Mmm,ah...keluh Afifah sambil memengang perutnya. Muhaimin yang melihat perubahan Afifah yang tiba-tiba memengang perutnya mula risau.

"Jom abang bawa pergi hospital... Mana buku pink Ifa tu" tanya Muhaimin.

"Ada dalam beg dekat dalam bilik" kata Afifah. Lalu Muhaimin pun segera mengambil beg yang di katakan Afifah di dalam bilik. Selepas itu Muhaimin terus membawa Afifah ke hospital.

Share this novel

Siti Rohani Idris
2023-12-28 16:08:22 

Nasib suami BLK Klau tak tak tau lah


NovelPlus Premium

The best ads free experience