Bab 48

Drama Completed 116631

Di sebuah kolej swasta di utara tanah air kelihatan Afifah sedang berjalan menuju ke tempat kuliahnya. Sudah hampir 2 bulan Afifah berada di sini Dengan pertolongan Maklong dan Fazlina. Afifah mengambil keputusan untuk mengambil diploma yang di tawarkan di sini. Supaya dengan cara ini ia mampu menghilangkan rasa rindu pada anak-anaknya.

Maklong yang sanggup membayar yuran untuk ia mengambil diploma selama 3 tahun. Maklong sanggup membantu anak saudaranya itu. Duit yuran itu hasil dari menjual tanah pusaka yang mencecah dua ratus ribu satu lot. Duit jualan tanah itu memang ada bahagian untuk ayahnya yang sekarang berada di penjara. Duit bahagian ayahnya itulah yang di gunakan maklong untuk membayar yuran Afifah. Afifah juga telah di beritahu tentang duit itu.

--------------------------

Sementara itu Janatil pada hari ini ke hospital untuk berjumpa pakar kanser payudara. Hari ini doktor mengambil sampel tisu di kawasan payudara Janatil dengan mengunakan jarum. Dan doktor juga mengambil sedikit sampel darah Janatil. Janatil berasa lega kerana selepas ini Muhaimin tidak akan lagi bertanya tentang jadualnya berjumpa doktor pakar kanser payudara. Hari ini Muhaimin menemani Janatil tapi ia menunggu di luar saja,tidak ikut sekali masuk ke dalam bilik rawatan. Kerana Janatil yang meminta Muhaimin menunggu di luar saja.

Sudah hampir sebulan keputusan makmal pun sudah keluar,hasil sampel yang di ambil oleh doktor. Hari ini Janatil akan pergi ke hospital untuk mengetahui keputusan makmal. Janatil tidak marasakan apa-apa kerana mengagap keputusannya baik saja. Di sebabkan Janatil telah berbohong pada Muhaimin dan Afifah jadi ia terpaksa juga membuat temujanji di klinik kanser payudara.

Hampir sebulan ia merasa sakit di kawasan payudara yang di ambil sampel. Hari ini Muhaimin tidak menemaninya. Kerana Muhaimin ada urusan kerja yang agak penting. Membuatkan Muhaimin tidak boleh menunda urusan kerjanya itu.

Agak bosan menunggu gilirannya sampai, Janatil pun bermain dengan telefon pintarnya. Tak lama kemudian nombor giliran pun di panggil untuk masuk ke dalam bilik doktor. Janatil pun berjalan masuk tanpa ada rasa gementar seperti pesakit lain.

Selepas keluar dari bilik doktor wajah Janatil berubah menjadi muram. Asalnya ia hanya berbohong kononnya ia ada penyakit kanser payudara pada Muhaimin dan Afifah. Tapi tadi bila ia berjumpa doktor perkara yang asal satu penipuan akhirnya menjadi nyata.

Janatil seperti tidak percaya dengan apa doktor katakan. Ia merasakan amat mustahil ia mengidap kanser. Kerana selama ia tidak merasa apa-apa perubahan pada dadanya.

"Adakah ini kifarah kerana telah berbohong pada suami dan maduku" bisik hati Janatil. Janatil masuk ke dalam kereta dan ia mula menangisi ke celuparan mulutnya akhirnya menjadi nyata. Bulan depan Janatil terpaksa datang kembali untuk melakukan CTscan.

"Maafkan aku ya Allah" kata Janatil sambil air matanya mengalir. Agak lama Janatil menangis di dalam kereta. Perasaannya bercampur baur kerana ia tidak menyangka kebohongannya menjadi kenyataan. Penyesalan yang tak kesudahan.

Mungkin ini yang di katakan ucapan yang keluar dari mulut itu seperti doa. Dan sekarang ianya terjadi pada Janatil. Penyesalan yang tak beguna lagi. Hampir setengah jam Janatil berada di dalam kereta menangisi nasib dirinya. Barulah ia menghidupkan enjin dan memandu keluar dari kawasan hospital.

Janatil memandu menuju ke rumah banglonya. Sampai di rumah ia pun mematikan enjin kereta dan keluar dari dalam kereta. Kakinya terus melangkah masuk ke dalam rumah. Hatinya sebak bila melihat si kembar bersama orang gaji. "Apa yang telah aku buat ni. Aku telah pisahkan maduku dengan anak-anaknya."bisik hatinya. Lalu Janatil pun berjalan masuk ke dalam bilik.

Janatil masuk ke dalam bilik. Tapi hatinya tetap tidak tenang bila memikirkan apa yang telah ia lakukan pada Muhaimin dan Afifah. Perasan berdosa dan bersalahnya tidak berkurangan.

Janatil menyangkakan dengan pembohongan yang ia cipta akan membuat ia bahagia. Tapi yang berlaku sebaliknya. Mampukah Muhaimin dan Afifah memaafkannya. Tapi Janatil tidak berani untuk memberitahu perkara sebenarnya pada Muhaimin.

Kerana sekarang ini pun bilik bekas Afifah diami tidak ada sesiapa di benarkan masuk. Termasuklah Janatil, yang boleh masuk hanya Muhaimin. Dan kadang-kadang Muhaimin akan membawa si kembar masuk ke dalam bilik tersebut. Orang gaji pun tidak di benarkan untuk membersihkan bilik Afifah.

Janatil risau jika Muhaimin mendapat tahu mungkin Muhaimin akan meninggalkannya. Janatil merasakan biarlah ia meneruskan saja rencananya walau pun sekarang ini penipuannya telah menjadi nyata.

Malamnya Janatil melayan si kembar dan Muhaimin seperti selalu. Selesai menidurkan si kembar Janatil membaringkan badannya di atas katil. Tak lama kemudian Muhaimin masuk ke dalam bilik. Muhaimin pun duduk di atas katil sebelah Janatil.

"Macam mana tadi pergi jumpa doktor. Doktor ada kata apa?" tanya Muhaimin bila melihat badan Janatil bergerak-garak. Menandakan Janatil masih belum tidur lagi.

"Doktor kata Ayang kena teruskan jadual setiap bulan jumpa doktor." kata Janatil cuba untuk melindungi perasaannya.

"Kalau macam tu tak pa lah. Harap ayang kuat" kata Muhaimin sambil ia pun membaringkan badannya sebelah Janatil. Dan mereka berdua pun melelapkan mata.

----------------------+++-----

Sudah hampir 2 tahun Janatil di sahkan mengidap kanser payudara. Keadaan Janatil semakin lemah walau pun Janatil sudah melakukan pembedahan membuang kanser tersebut. Tetapi kanser tersebut telah merebak ke sebelah badannya pula.

Melihat keadaannya yang semakin tak berdaya membuatkan Janatil ingin berterus terang pada Muhaimin. Kerana apa yang telah ia lakukan sebelum ini adalah salah. Kalau boleh Janatil juga mahu memohon ampun pada Afifah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience