Bab 34

Drama Completed 116631

Malam ini aku lihat perangai abang Aimin agak berbeza. Selalu abang Aimin tidak pernah memelukku depan kak Janatil. Tapi malam ni abang Aimin siap suruh duduk sebelah dia. Pada mulanya aku risau kak Janatil akan rasa kecil hati. Tapi kak Janatil pun menyuruh mengikuti kehendak suami kami tu. Aku pun duduk sebelah abang Aimin. Tapi tidak ku sangka tangannya akan menarik tubuhku. Sebelah tangannya tak lengkang dari tubuhku. Sebelah lagi tangannya menyentuh perutku.

Hatiku mula rasa tak sedap hati bila kak Janatil bangun dari duduknya. Bila melihat abang Aimin memperlakukan aku begitu. Aku sedar kak Janatil pasti sedih dan cemburu dengan perbuatan abang Aimin. Aku cuba untuk melepaskan tangan abang Aimin dari terus memeluk tubuhku. Tapi abang Aimin buat tak endah saja. Bila melihat kak Janatil bangun dan mula ingin beredar. Abang Muhaimin menyuruh kak Janatil duduk dengan alasan ada sesuatu yang ingin ia beritahu.

Kak Janatil pun dengan terpaksa duduk kembali di sofa.Abang Muhaimin memberitahu bahawa minggu depan ia akan membawa kami berdua ke rumah keluarganya. Kerana ada sambutan majlis hari jadi untuk ayah mentuaku. Hati aku mula rasa risau bila memikirkan kena pergi ke rumah mentuaku. Aku tahu ibu mentuaku dan Atirah ridak berapa suka denganku. Selepas abang Muhaimin memberitahu tentang sambutan majlis hari jadi ayahnya. Kak Janatil pun beredar dari ruangtamu berjalan menuju ke biliknya.

Lebih kurang dalam 15 minit aku dan abang Muhaimin berada di ruang tamu. Barulah abang Muhaimin melepaskan tangannya dari tubuhku.

"Ifa siap-siap kita sembahyang isyak jemaah nanti." kata abang Muhaimin.

"Baiklah" kataku. Lalu aku pun bangun dan berjalan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Abang Muhaimin pula berjalan menuju ke bilik kak Janatil. Pakaian abang Muhaimin kebanyakkannya berada di bilik kak Janatil. Dan di dalam bilik kak Janatil memang ada bilik air dan tandas sekali. Tapi kami akan sembahyang Jemaah di dibawah saja. Bilik kak Janatil di tingkat atas. Bilikku berada di tingkat bawah. Di bawah ni ada 2 bilik. Satu bilik di jadikan bilik untukku. Satu lagi bilik di jadikan bilik sembahyang. Aku,kak Janatil dan abang Muhaimin akan sembahyang jemaah di bilik tersebut.

Selesai sembahyang aku pun masuk ke bilikku. Manakala kak janatil dan abang Muhaimin menuju ke bilik atas. Kerana malam ini giliran kak Janatil tidur bersama abang Muhaimin. Malam ni aku tidur seperti biasa.

Paginya aku bangun dan mula membuat sarapan untuk suami dan maduku. Di rumah ni hanya aku saja yang tidak bekerja. Jadi aku akan melakukan tugas-tugas surirumah. Aku tak mahu di tuduh hanya bergoyang kaki saja di rumah. Walau pun kak Janatil sering melarangku. Kerana katanya aku sedang mengandung jadi perlu hati-hati bila melakukan kerja-kerja rumah ni.

Usai menunaikan sembahyang subuh. Abang Muhaimin dan kak Janatil pun duduk di bangku meja makan. Mereka berdua pun makan sarapan yang aku buat. Usai sarapan aku pun menyalami mereka berdua. Sebelum mereka berdua berangkat menuju ke tempat kerja masing-masing.

Pagi ni abang Muhaimin agak kurang bercakap seperti selalu. Selepas suami dan maduku berangkat ke tempat kerja. Aku memulakan tugasku sebagai surirumah tangga. Petangnya dalam jam 5.25 kak Janatil sampai ke rumah pulang dari kerja. Aku menyambut kak Janatil dan memberitahunya aku ada buat kuih untuk makan petang.

"Akak,Ifa ada buat cucur udang untuk makan petang ni" kataku bila melihat kak Janatil masuk ke dalam rumah.

"Ok,kita tunggu abang Aimin balik dulu...Nanti boleh makan sama-sama". Kata kak Janatil. Sambil kakinya melangkah menuju ke biliknya.

Aku memang tak akan memasak untuk makan malam. Kerana kak Janatil melarangku, katanya biarlah dia yang memasak untuk makan malam kerana itu saja kesempatan yang dia ada. Buat memasak untuk abang Muhaimin. Aku hanya akan membantu memotong bahan-bahan mentah saja. Kak Janatih yang akan memasak bahan-bahan itu nanti.

Jam sudah pun pukul 7.00 petang. Tapi abang Muhaimin masih lagi belum pulang dari kerja. Aku lihat kak Janatil tak lengkang dengan telefonnya. Jarinya asyik menyentuh skrin telefon pintarnya. Aku dapat agak kak Janatil cuba menelefon abang Muhaimin tapi nampaknya seperti tidak ada balasan.

"Kak agaknya abang Aimin ada banyak kerja kut... Tu lambat balik hari ni" kataku cuba menenangkan kak Janatil maduku. Walau pun hatiku sendiri pun berasa gelisah kerana suamiku belum pernah pulang lewat begini.

"Entahlah ifa, abang Aimin belum pernah pulang lewat macam ni. Selalu kalau ada hal dia akan beritahu... Ni telefon pun tak di angkatnya." kata kak Janatil agak cemas.

"Mungkin abang Aimin sibuk kut... Tu tak sempat angkat. Azan magrib dah berkumadang tu. Jom kita ambil wuduk sembahyang magrib dulu" kataku.

"Baiklah...lepas tu kita doa sama-sama harap tak terjadi apa-apa pada abang Aimin." kata kak Janatil sambil berjalan ke biliknya.

Aku pun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Maghrib ni aku dan kak Janatil sembahyang di bilik masing-masing. Aku juga tak berhenti berdoa semoga abang Muhaimin pulang dengan selamat. Selesai sembahyang aku pun keluar dari bilik. Aku lihat kak Janatil sudah ada di sofa di ruangtamu. Mata kak Janatil asyik memandang pada pintu. Aku dapat melihat wajah kak Janatil yang kelihatan gelisah dan tak tentu arah.

"Abang Aimin tak sampai lagi ni... Jom kita makan dulu" kataku. Sambil tanganku menyentuh tangan kak Janatil.

"Ifa pergilah makan dulu,lagi pun Ifa tu ada yang perlu di jaga dalam perut tu...Akak nak tunggu abang Aimin". Kata kak Janatil.

Kerana perutku sudah mula lapar aku pun menuju ke dapur untuk makan. Walau pun sebenarnya aku juga risau dan gelisah memikirkan abang Muhaimin yang belum pulang lagi. Tapi aku cuba mengawal tidak mahu kak Janatil tahu. Aku sebolehnya tidak mahu kak Janatil tahu aku sudah mula jatuh cinta dan sayang pada abang Muhaimin.

Jam sudah pukul 9.30 malam kedengaran bunyi telefon pintarku berbunyi. Aku pun mengambil telefonku dan menjawabnya tanpa melihat pangilan tersebut dari siapa. Kerana aku menyangka mungkin pangilan penting dari abang Muhaimin. Tapi sangkaanku salah kerana bila aku menjawab pangilan tersebut. Kedengaran suara ibuku di balik telefon.

"Assalamualaikum, Ifa" kata ibuku.

"Waalaikumusalam,mak duit tu esok baru Ifa boleh bank in" kataku. Kerana aku sudah boleh mengagak tentu ibuku akan bertanyakan tentang duit tiga puluh ribu tu.

"Tak payah bank in dah duit tu... Sebab mak dah dapat pinjam duit tu dari makcik Zaiton" kata ibuku.

Aku terkejut bila mendengar makcik Zaiton sanggup meminjamkan wang pada ibuku. Fazuha dan kakaknya masih berlajar, tak kan makcik Zaiton sanggup bagi pinjam wang sebanyak itu pada ibuku.

"Betul ke?" soalku agak kurang percaya.

"Betul... Makcik Zaiton kata ada orang yang berikan duit tu pada dia. Suruh mak ikat jamin ayah tiri kau guna duit tu. Nanti bila ada duit mak akan bayar sikit-sikit dekat makcik Zaiton" kata ibuku lagi.

"Kalau macam tu baguslah... Tak sangka ada juga orang baik hati nak tolong" kataku.

"Mak telefon ni nak bagi tahu yang tu je...Adik kamu pun dah nangis tu... Mak dengar kamu dah mengandung, jaga kandungan kamu tu elok-elok. Assalamualaikum"kata ibuku.

"Waalaikumusalam" jawabku sebelum mematikan pangilan.

Dalam pukul 11.00 malam kedengaran bunyi kereta masuk. Aku lihat kak Janatil segera berjalan ke arah pintu lalu membuka pintu untuk menyambut abang Muhaimin. Aku hanya melihat dari jauh saja suami dan maduku berjalan masuk ke dalam rumah. Melihat suamiku sudah ada di rumah. Hatiku berasa lega dan syukur sangat-sangat. Aku pun berjalan masuk ke dalam bilikku.

Semasa aku ingin baring tiba-tiba kakiku terasa kejang. Aku pun mengambil minyak untuk mengurut kaki supaya hilang rasa kenjang tu. Sambil mengurut air mataku jatuh. Tanpaku sedari pintu bilikku dibuka dari luar.

"Kenapa, kaki Ifa kejang ke?" Tanya suamiku yang tiba-tiba masuk.

"Haah" sahutku sambil tanganku masih memegang kakiku.

"Mari abang tolong sapukan minyak" kata suamiku lalu ia pun datang ke arahku dan mula memegang kakiku. Lalu mula menyapu minyak dan mengurut kakiku perlahan-lahan.Malam ni adalah giliranku tidur bersama suamiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience