Bab 17

Drama Completed 116648

Petang dalam jam 5.30 kereta Muhaimin pun sampai di depan rumah. Melihat kereta Muhaimin di depan pagar,aku pun segera keluar untuk membuka pintu pagar dan menyambut Muhaimin yang baru pulang dari kerja. Malam ini Muhaimin masih tidur di rumahku. Tapi esok Muhaimin akan tidur di rumah Janatil selama 2 malam. Kerana kami bertiga sudah sepakat bersetuju Muhaimin akan mengikut giliran 2 malam di rumah Janatil dan 2 malam di rumahku.
Paginya Muhaimin pergi kerja seperti biasa. Tinggal lah aku sendirian di rumah. Petang ini Muhaimin tidak akan pulang ke rumahku. Kerana hari ini dan esok giliran Janatil pula bersama Muhaimin.

Nampaknya malam ini terpaksa lah aku tidur sorang diri di rumah ni. Dah besar juga rumah ni,bilik ada 3 tapi satu bilik di buat bilik stor oleh Muhaimin. Dapurnya pun agak besar tidak seperti rumah keluargaku yang agak kecil sedikit ruang dapur. Ruangtamu pun luas juga. Tapi siang-siang ni aku ok je tinggal seorang diri di rumah ni.

Jam sudah hampir pukul 8.00 malam aku menonton tv di ruang tamu. Sambil memandang keliling rumah. Ini pertama kali aku tinggal seorang diri di rumah waktu malam. Selama ni kalau keluarga aku tiada di rumah atau lewat balik aku akan menumpang rumah Fazuha. Azan berkumadang menandakan waktu isyak sudah masuk. Aku pun segera menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Selesai sembahyang aku pun membaringkan badanku di atas katil. Aku cuba untuk memejamkan mata tapi bermacam-macam pula terbayang di mataku. Ini masalahnya bila terlalu suka membaca kisah seram di fiksyen shasha. Aku mula merasa seram tinggal seorang diri malam ini.

Aku mengambil telefon pintar lalu mendail nombor Fazuha."Assalamualaikum...Hello Zuha"kataku.

"Walaikumusalam...Amboi dah kahwin tak ingat kawan ya. Baru hari ni nak call" kata Fazuha.

"Ala,aku sibuklah. Malam ni kita sembang puas-puas"kataku.

" Ok la,aku terima alasan kau tu... Ni kau call aku ni, suami kau tak kisah ke?"tanya Fazuha.

"He,he...kau jangan risau suami aku tak dak malam ni, sebab malam ni dia ada dekat rumah kak Janatil." jawabku.

"Ni tentu kau takutkan tinggal seorang diri dekat rumah. Bukan aku tak tahu kau tu penakut tahap gaban... Tapi ada hati nak hidup bermadu" kata Fazuha.

"Aku lakukan semua ni sebab nak lari dari ayah tiri aku la... Mana la aku tahu rupanya aku kena tinggal berasingan dengan kak Janatil." kataku.

"Ya la,aku faham. Sekarang ni dah dapat lari dari ayah tiri kau tu... Harap tak dak la kena kacau dengan makluk halus pulak" kata Fazuha sambil ketawa kecil.

"Zuha kau ni jangan la nak takut-takutkan aku. Dah la aku ni penakut,kalau aku kena serangan jantung macam mana" kataku agak marah dengan kata-kata Fazuha.

"Ya la,aku temankan kau sembang malam ni. Tapi kalau senyap tu bermakna bateri telefon aku dah habis tau" kata Fazuha.

"Macam tu la kawan baik. Makin sayang aku dekat kau Zuha." kataku.

Hampir 3 jam jugalah Fazuha melayan aku berbual di telefon. Sampailah tiba-tiba senyap tak dak balasan. Rupanya bateri telefon aku habis terus. Jam sudah pukul 1.00 pagi tapi mataku tak mampu untuk terlelap. Agaknya macam mana kak Janatil tinggal seorang diri bila abang Muhaimin tak ada. Kak Janatil dah la tinggal rumah banglo yang lebih besar dari rumah aku ni.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi di dalam bilik stor. Aku mula merasa seram sejuk. Malam ni aku hanya menutup suis lampu ruang tamu saja. Lampu dapur dan bilik aku biarkan saja terpasang. Untuk menghilangkan rasa takutku tinggal seorang diri malam ni. Aku ambil keputusan untuk mengambil wuduk dan mengaji al-quran, itu saja cara yang aku ada untuk melawan rasa takut dan menenangkan fikiranku.

Pagi nanti aku akan unfollow semua page cerita seram di Fac dan Instagram di telefon pintarku. Lagi pun ini pertama kali aku kena tinggal seorang diri di rumah malam-malam. Aku sangkakan aku akan tinggal satu rumah dengan kak Janatil bila aku berkahwin dengan Muhaimin. Tak sangka pula aku akan tinggal berasingan. Tapi masa aku bersama abang Muhaimin tak ada pula rasa takut.

Aku mengaji sampai azan subuh berkumadang barulah berhenti dan sembahyang subuh. Selepas sembahyang subuh barulah aku mampu untuk terlena tanpa ada ganguan. Tapi esok satu malam lagi aku akan tinggal seorang diri. Aku harap lama-lama aku akan terbiasa tinggal seorang diri. Nasib baik aku tak bekerja,jadi siang boleh la aku tidur sepuas-puasnya.

Hampir jam 2.30 petang baru aku terbangun dari tidur. Bangun saja aku terus ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk untuk sembahyang zohor. Selepas tu aku memulakan rutin harian aku seperti biasa.

Malam ini kali kedua aku akan tinggal seorang diri lagi. Rasanya jika aku tahu rumah kak Janatil lama dah aku pergi. Tapi malam ni perasaan takut tu kurang sikit. Seperti malam sebelumnya aku berbual dengan Fazuha di dalam telefon. Tapi malam ini aku dapat melelapkan mataku walau pun agak lewat juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience