Bab 32

Drama Completed 116631

Janatil pun memandu keretanya menuju ke jalan utama untuk pulang ke rumah. Janatil dapat mendengar Afifah cuba memperlahankan suaranya bila bersembang di telefon. Janatil juga dapat mendengar perkataan mak keluar dari mulut Afifah bila ia menjawab pangilan telefon. Janatil dapat mengagak yang menelefon Afifah itu adalah ibu Afifah.

Lebih kurang sepuluh minit kemudian Afifah pun memutuskan pangilan dari ibunya dengan berkata."Yalah...nanti Ifa cuba tanya". Selepas mematikan pangilan telefon dari ibunya Afifah pun meletakkan kembali telefon tersebut di dalam beg.

"Mak Ifa telefon ya"tanya Janatil sambil matanya fokus ke jalan raya.

" haah, mak Ifa yang telefon"kata Afifah. Hatinya risau juga jika Janatil bertanya lebih tentang ibunya.

"Ada hal penting kut mak Ifa telefon tu... Ifa pun dah lama tak balik jumpa keluarga Ifa" kata Janatil.

"Tak ada hal penting pun. Cuma nak melepaskan rindu je" kata Afifah cuba untuk melindungi hal sebenar.

"Ifa kalau ada apa-apa masalah bagi tahulah pada akak ya"kata Janatil. Janatil dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena bila mendengar nada suara Afifah.

" Ifa janji kalau ada ada masalah Ifa akan bagi tahu akak."kata Afifah.

Tak lama kemudian mereka berdua pun sampai di rumah. Pintu pagar terbuka Janatil pun memandu masuk ke pekarangan rumah. Lalu Janatil pun memarkir kereta dan mematikan enjin. Mereka berdua pun keluar dari dalam keteta dan Janatil membuka bonet kereta. Afifah pun membantu mengambil barang-barang yang telah di beli tadi.

"Ifa ambil barang-barang yang ringan je. Jangan ambil barang yang berat" kata Janatil.

"Baiklah" kata Afifah lalu mengambil beberapa barang yang tidak berat lalu membawa masuk ke dalam rumah.

Sementara itu Janatil juga mengambil beberapa barang lain yang berada di dalam bonet kereta. Dan mereka berdua pun membawa barang-barang tersebut ke dalam rumah. Masuk ke dalam rumah Afifah pun membantu Janatil menyusun barang-barang di dapur. Manakala pakaian ibu mengandung yang di beli tadi Afifah letak di dalam bilik.

"Nanti pukul 3.00 barulah kita masak... Sebelum abang Aimin balik dari kerja" kata Janatil. Sambil tangannya masih menyusun barang-barang yang di beli tadi.

"Ifa pun akan bantu nanti... Sekarang ni Ifa nak mandi dululah" kata Afifah lalu berjalan ke arah biliknya.

Janatil pula selesai menyusun barang-barang di dapur ia pun menuju ke biliknya. Dalam pukul 3.00 petang Janatil dan Afifah pun mula pergi ke dapur untuk memasak. Kerana dalam pukul 5.30 petang Muhaimin akan sampai pulang dari kerja.

Afifah memasak kuih apam untu makan petang. Manakala Janatil pula memasak untuk makan malam. Afifah juga menolong dengan memotong sayur dan bawang yang akan di masak oleh Janatil.

"Akak nak...teruskan ke perjanjian antara kita berdua tu?" tanya Afifah bila mereka berdua selesai masak dan duduk di sofa ruang tamu sambil menonton tv.

"Ya akak nak teruskan... Kenapa?" soal Janatil sambil matanya mula memadang wajah Afifah yang berada di sebelahnya.

"Tapi... Perjanjian kita seorang anak...sekarang Ifa mengandung kembar" kata Afifah agak tergagap dan serba salah.

"Jangan risau Akak akan tambah lagi lima belas ribu ringgit lagi. Jadi semuanya tiga puluh lima ribu ringgit." kata Janatil.

"Tapi Ifa dah mula sayang dekat anak dalam perut Ifa ni...Ifa rasa tak sanggup nak berpisah dengan mereka nanti" kata Afifah dengan nada yang agak sebak.

"Akak faham perasaan Ifa sebagai ibu yang mengandungkan mereka berdua. Tapi Ifa dah janji dengan akak sebelum kahwin dengan abang Aimin. Takkan Ifa nak mungkir janji pula" kata Janatil dengan nada agak emosi.

"Tapi Ifa rasa tak sanggup kak... Macam Ifa ni ibu yang jahat" kata Afifah. Dan air mata Afifah tak dapat di bendung lagi,ia pun menangis semahu-mahunya.

"Ini perjanjian kita berdua... Tolonglah tunaikan janji tu,akak sanggup lakukan apa saja asalkan Ifa jangan mungkir janji." kata Janatil merayu pada Afifah.

"Maafkan Ifa ,sebab banyak susahkan akak... Ifa akan cuba kak untuk tidak mungkir janji" kata Afifah dalam keadaan suaranya yang sebak.

"Terima kasih Ifa...akak percaya Ifa tak akan mungkir janji"kata Janatil sambil tangannya memeluk tubuh Afifah.

"Akak cuma, Ifa kalau boleh nak duit tu dalam masa terdekat ni boleh... Sebab keluarga Ifa perlukan duit tu sekarang" kata Afifah sambil menundukkan kepalanya,kerana malu untuk memadang Janatil.

"Boleh je...Lagi pun Ifa pun dah mengandung masuk 6 bulan. Hari ni pun boleh" kata Janatil.Hatinya mula terasa lega bila mendengar Ifa sanggup menukar anaknya dengan wang.

"Terima kasih akak" kata Afifah. Walau pun hatinya ragu-ragu dengan tindakannya ini tapi ia juga tidak sampai hati untuk mungkir janji. Dan ibunya juga terdesak memerlukan wang. Mungkin ayah tirinya pernah ingin cuba merogolnya. Tapi adik-adiknya masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ayah.

Tanpa Janatil dan Afifah sedari ada seseorang yang terdengar berbualan mereka berdua. Kerana terlalu melayan perasaan masing-masing sehingga mereka berdua tidak mendengar ada kereta masuk ke perkarangan rumah. Walau pun orang itu hanya mendengar hujung berbualan mereka berdua saja. Tidak mendengar dari awal.

Lelaki itu adalah Muhaimin yang pulang agak sedikit awal dari selalu. Hatinya terguris bila mengetahui ada perjanjian di sebalik perkahwinan keduanya. Selama ini ia menyangka Janatil benar-benar rela di madukan. Afifah juga ia menyangkakan sanggup berkahwin dengannya kerana rela mengalas tangungjawab sebagai isteri dan ibu. Tapi rupanya kerana wang yang di janjikan oleh Janatil.

Dengan perasaan yang agak sakit dan terguris. Tapi Muhaimin cuba untuk mengawal perasaannya seolah-olah ia tidak mendengar apa yang di bualkan oleh ke dua isterinya.

"Hmm Assalamualaikum" kata Muhaimin. Kedua isterinya terkejut bila terdengar suara Muhaimin memberi salam.

"Walaikumusalam... Awal abang balik" kata Afifah dan Janatil serentak.

"Kerja tak banyak hari ini tu yang balik awal... Ni dah kenapa macam terkejut je abang balik awal. Dan kenapa kamu berdua ni macam ada masalah je?" soal Muhaimin. Sambil matanya silih berganti memadang kedua isterinya.

"Heh...Tak ada apalah,tadi tengok cerita korea agak sedih jalan ceritanya." kata Janatil sambil matanya memadang kepada Afifah.

"Betul tu...abang dah balik ni bolehlah mandi dulu. Nanti kita makan petang sama-sama...Ifa ada masak kuih apam" kata Afifah sambil mengukir senyuman pada Muhaimin.

"Baiklah, abang nak mandi dulu" kata Muhaimin sambil berjalan menuju ke bilik Janatil,kerana semua pakaiannya berada di dalam bilik Janatil.

"Aku ingin lihat permainan kamu berdua. Jangan salahkan aku jika sesuatu terjadi nanti. Kerana kamu berdua yang memulakannya terlebih dahulu" bisik hati Muhaimin.

-------------
agaknya apa yang akan Muhaimin lakukan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience