Bab 41

Drama Completed 116648

Hari ini aku akan pulang ke rumah ku di Selangor. Sudah 2 minggu aku berada di Penang. Hari ini aku akan pulang berjumpa dengan kedua isteriku.

Pada mulanya aku ingin pulang terus ke rumah untuk berjumpa dengan isteri-isteriku. Tapi bila dah semakin dekat perjalanan ke kawasan rumahku. Aku mengambil keputusan untuk terus ke rumah ayahku saja. Aku juga ada membeli sedikit buah tangan untuk ibuku. Aku memang sengaja tidak memberitahu pada isteriku. Tentang aku akan bermalam di rumah keluargaku pada hari ini.

Aku sampai di rumah banglo ayahku dalam jam 6.00 petang. Ayah dan ibuku agak terkejut melihat aku datang seorang diri.

"Kenapa tak bawa isteri-isteri kamu datang sekali?" tanya ayah bila aku sudah masuk ke dalam rumah.

"Aimin balik dari Penang terus datang sini. Sebab tu isteri-isteri Aimin tak boleh ikut. Malam ni Aimin nak bermalam dekat sini." kataku sambil aku pun melabuhkan pungung di atas sofa.

"Aimin kamu ni ada masalah ke dengan isteri-isteri kamu tu?" tanya ibuku yang tiba-tiba muncul.

"Tak ada lah. Saja je nak bermalam dekat sini. Ni ada buah tangan untuk mak." kataku sambil tanganku menghulurkan satu beg plastik kepada ibuku.

"Lagi satu mak nak tanya ni. Kamu ni betul-betul ada hubungan ke dengan Fazlina tu. Kesian dekat Afifah tu tengah mengandung" kata ibuku. Aku memadang pada ibuku sambil tersenyum.

"Entahlah, agaknya kalau Aimin kahwin 3 macam mana?" kataku sambil tersenyum dan bangun untuk berjalan menuju ke bilikku.

"Kamu ni biar betul Aimin. Ifa isteri kedua kamu tu tengah sarat mengandung. Takkan tak kesian dekat dia" kata ibuku agak terkejut mendengar jawabanku.

"Sebab Aimin kesian dekat dialah. Aimin buat semua ni" kataku sambil kakiku mula melangkah menaiki anak tangga.

"Abang tengoklah tu. Kita tanya betul-betul tapi boleh pula dia jawab acuh tak acuh je"kata ibuku. Aku lihat ayahku hanya memandang pada ibuku saja.

Malam ini banyak pangilan dan pesanan whatsapp yang masuk. Kebanyakkan pangilan dan pesanan whatsapp adalah dari isteri pertamaku Janatil. Aku tak menjawab pun pangilan dan pesanan dari Janatil. Isteri keduaku Afifah tak pernah langsung cuba menelefon aku apa lagi menghantar pesanan Whatsapp.

Walau pun aku ada juga sempat terbaca pesanan Whatsapp dari isteri keduaku Afifah. Tapi tak sempat inginku balas, pesanan itu telah pun di padam. Hatiku berasa kesian juga pada Afifah apa lagi sekarang ini ia sedang sarat mengandung. Dan aku dapat merasakan Afifah terlalu banyak memendam perasaan. Ia jarang meluahkan perasaannya padaku.

Mungkin kerana sikap Afifah yang terlalu banyak berahsia. Membuatkan aku ingin tahu banyak tentang dirinya. Sehingga aku sampai berjumpa dengan mak saudara Isteri pertamaku makcik Zaiton. Kerana makcik Zaiton sangat rapat dengan Afifah. Aku juga ingin tahu ada masalah apa yang dihadapi oleh Afifah sampai ia begitu memerlukan wang dari Janatil.

Makcik Zaiton telah pun menceritakan semuanya padaku. Niat dia berkahwin denganku bukanlah kerana wang. Tetapi Afifah ingin lari dari ayah tirinya. Wang itu memang Janatil sengaja menawarkannya satu perjanjian. Aku dapat merasakan makcik Zaiton tidak tahu bahawa Janatil bukan saja ingin mengambil anak Afifah bersamaku saja. Tapi Janatil juga ada niat supaya Afifah dan aku akan bercerai selepas Afifah melahirkan anak untukku.

Aku bukan tidak menyayangi Janatil tapi apa yang Janatil buat itu salah. Dia mencari jodoh untukku dan aku pun berkahwin dengan pilihannya. Tapi selepas itu ia ingin aku berpisah pula dengan jodoh yang ia pilih untukku. Apa Janatil menganggap perkahwinan itu seperti main pondok-pondok. Perkahwinan itu bukan hal yang boleh di buat main-main.

Aku tahu Janatil mungkin mengalami tekanan perasaan yang agak besar. Apa bila kami kehilangan anak tunggal kami. Apa lagi ia tak mungkin boleh mengandung lagi selepas melahirkan anak tunggal kami tersebut. Tapi aku tidak sangka ia sanggup melakukan sesuatu yang begini. Mulut mengatakan ingin hidup bermadu dengan pilihannya sendiri. Tapi sebenarnya ada niat lain yang ia sorok dariku.

Afifah pula dia terlalu naif untuk tahu baik buruk yang bakal ia lalui. Bila ia bersetuju melakukan perjanjian dengan Janatil. Apa yang budak mentah sepertinya tahu apa yang akan terjadi. Jika ia menerima perjanjian itu. Seperti kata makcik Zaiton yang Afifah inginkan hanyalah dapat lari dari ayah tirinya. Tapi jika ia berpisah denganku tidakkah ia harus kembali pada keluarganya. Cukupkah duit yang ia dapat dari Janatil itu. Sedangkan Afifah tidak pernah ada pengalaman kerja. Ia hanya pernah bekerja di kedai makan makcik Zaiton saja.

-------------

Paginya aku terbangun agak lewat. Kerana aku agak keletihan memandu pulang ke rumah keluargaku dari Penang. Tapi masih sempat lagi menunaikan sembahyang subuh. Usai sembahyang aku turun dari bilikku menuju ke ruang makan yang berhampiran dengan dapur. Aku lihat ibuku sedang sibuk menyusun sarapan pagi di atas meja bersama orang gaji.

"Hari ni mak masak apa untuk sarapan pagi?" tanyaku sambil tangan menarik bangku untuk duduk.

"Tak nampak tu, mak dah hidang atas meja dah" kata mak seperti tidak mahu menjawab pertanyaanku.

Aku pun melihat di atas meja sudah ada nasi goreng dan juga kuih donat." Ala, saja nak tanya pun tak boleh ke?"kataku sambil tersenyum pada ibuku.

"Yalah, semalam mak tanya pada kamu. Tapi kamu jawab acuh tak acuh je." kata ibu. Nampaknya ibuku benar-benar ingin tahu jawapan tentang aku dan Fazlina.

"Mak jangan risaulah. Aimin dengan Fazlina tu ,tak dak hubungan apa-apa pun."kataku cuba memujuk.

"Mak bukan apa, dulu kalau sebelum kamu tu kahwin dengan Afifah.Mungkin mak tak kisah kamu tu nak kahwin dengan Fazlina tu. Tapi sekarang ni kamu tu dah kahwin. Dan Afifah pun sedang mengandungkan anak kamu. Takkan tak cukup lagi" kata ibuku.

"Oo, barulah Aimin tahu rupanya mak sayang juga dekat menantu baru mak tu. Bukan hari tu mak macam tak suka ke dengan Afifah tu. Dah Afifah tu belajar sampai SPM je. Tak macam Atirah dan Janatil" kataku cuba ingin menembak apa reaksi ibuku.

"Mula-mula tu memang mak sakit hati, sebab kamu tak mahu kahwin dengan Atirah. Tapi sekarang ni mak dah redha kamu dengan Atirah tu memang tak ada jodoh. Mak lihat Afifah tu pun bagus hormat orang tua. Lagi pun sekarang ni dia pun dah mengandungkan anak kamu." kata ibuku lagi.

"Tu yang makin sayang dengan mak ni. Mak mana ayah?" kataku yang perasan ayah tak ada dari tadi.

"Ayah kamu kaki dia dah tak kuat. Jadi dia akan baring je lah dekat bilik tu. Kamu tu bila nak balik jumpa isteri-isteri kamu tu" soal ibuku sambil tangannya menuangkan air untukku.

"Nanti lepas sarapan ni dan jumpa ayah dalam bilik. Barulah Aimin balik" kataku. Usai makan aku pun menuju ke bilik tempat ayahku berada.

Aku lihat ayahku sedang dalam posisi duduk. Bila melihat aku masuk ingin berjumpa dengannya. Ayahku mengukir senyuman padaku.

"Kaki ayah lemah lagi ke. Ayah makan ubat tak ni?" tanyaku pada ayah.

"Kamu ni mustahil sangat kalau ayah ni tak makan ubat. Sebab ada mak kamu tu memang cukup jam kena makan ubat la." kata ayah dan tiba-tiba ayah berdiri ingin berjalan. Aku pun memapah ayah untuk berjalan.

"Ayah dah kenapa berdiri" tanyaku risau.

"Ayah nak pergi dekat ruangtamu. Duduk dekat dalam bilik saja bosan juga." kata ayah sambil tangannya mengambil tongkat untuk memudahkan ia berjalan.

Ayahku pun berjalan dengan tongkatnya ke ruangtamu. Melihat ayah sudah berada di ruangtamu. Ibuku datang membawa sarapan pagi untuk di letakkan di meja di samping ayahku. Aku memerhatikan saja ibuku melayan ayahku.

Sekarang abangku Muzafar yang mengambil alih Syarikat Bembinaan kepunyaan ayahku. Ayahku sudah tak mampu untuk menguruskannya lagi. Aku mulanya dulu tidak mahu bekerja di syarikat ayahku. Kerana aku tidak tahu banyak tentang pembinaan ini. Tapi kerana Syarikat ayah ada berlaku penyelewangan dalam hal kewangan. Jadi aku pun mula berkerja di Syarikat ayahku. Kerana aku adalah lulusan ijazah sarjana muda perbankan (kepujian).

Usai bersalam dengan ayah dan ibuku. Aku pun berjalan keluar rumah menuju ke tempat keretaku terparking. Aku pun masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari perkarangan rumah keluargaku. Aku memandu pulang menuju ke rumah banglo tempat kedua orang isteriku berada. Hatiku agak berdebar-debar juga untuk berjumpa dengan mereka berdua. Setelah hampir 2 minggu tidak berjumpa. Nampaknya tentu banyak soalan yang akan keluar dari mulut mereka nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience