BAB 19

Romance Completed 68960

syed Ariff menutup pintu selepas memasuki di dalam bilik.Kemudian dia berpaling dan melihat Azhani yang sudah duduk di birai katil.”Awak,saya tidur dekat bawah je la.Nanti saya ambil comforter.”Kata Azhani.Syed Ariff duduk di sebelah Azhani di birai katil.”Tak apa.Kau tidur je la dekat atas katil,memandangkan semua benda ni kita tak duga.Kali ni aku bagi kau tidur dengan aku.”

Azhani terkejut.”Tidur dengan awak?!.Eee,tak nak la saya.Saya lebih rela tidur dekat atas lantai.”Azhani terus menuju ke almari Ariff dan mencari comforter.Namun tiada sebarang comforter atau toto di dalam almari Syed Ariff.Kemudian Azhani memandang Syed Ariff.”Awak,dalam almari awak ni tak ada comforter ke?.”Soal Azhani.Syed Ariff tersenyum.”Sebab tu la aku kata tidur je sekatil dengan aku hari ni.”Kata Syed Ariff kemudian terus baring untuk tidur.Azhani memandang tajam kearah Syed Ariff.Mamat ni macam nak ambil kesempatan je dekat aku.Macam mana aku tak takut tidur sekatil dengan dia!.Kemudian Azhani duduk di atas katil.Dia meletakkan satu bantal peluk besar di tengah katil antara mereka berdua.”Awak,awak jangan lebih dari bantal peluk ni tau!.”Kata Azhani.Namun Syed Ariff yang menutup mata tidak menghiraukan Azhani.Geramnya aku dengan mamat ni.Macam aku cakap sorang-sorang.Kemudian Azhani menghempaskan badannya di atas katil.Dia membelakangi Syed Ariff.Hatinya berdegup tidak berhenti.Aduuh,kalau mamat ni peluk aku macam hari perkahwinan tu aku lari keluar dari bilik ni terus.Azhani tidak dapat melelapkan mata.Saat perasaannya sedang takut tiba-tiba Azhani terdengar bunyi.Bukk!.Azhani terkejut.Bunyi apa tu?.Azhani bangun dan berpaling kebelakang.Dia mendapati Syed Ariff tiada di sebelahnya lagi.Eh,mana mamat tu.Bukan tadi dia dekat sebelah aku ke?.Ataupun..Azhani menjenguk di bawah katil.Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Syed Ariff terjatuh katil.Syed Ariff yang tidak berada dalam keadaan sedar terus menyambung lenanya di atas lantai.Secara spontan Azhani terus ketawa.Ha,ha,ha..Lawak betul la mamat ni.Selalu tidur terjatuh atas katil.Patutnya dia tidur atas comforter,aku pulak tidur atas katil.Kemudian Azhani terus membaling bantal peluk dan baring di tengah katil.Hari ni,aku pulak tawan katil ni.Kemudian Azhani terus tertidur dengan lena dan membiarkan Syed Ariff tidur di atas lantai.Ha..ha..ha..

“Hachuu!!.”Hampir bergegar rumah ini dengan bunyi bersin Syed Ariff.Syed Ariff menggosok hidungnya.”Kamu ni Ariff,kalau nak bersin pun jangan la dekat-dekat dengan sarapan tu.Kotor nanti.”Marah Datin Fatimah ketika meletakkan pinggan di atas meja makan.”Dari tadi kamu ni asyik bersin je.Kamu ni tidur dalam bilik atau dalam gua ha,Ariff?.”Soal pula Datuk Mazlan yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu.Azhani hanya tersenyum apabila mendengar perbualan mereka dari dapur.Bukan tidur dalam gua,tapi atas lantai.Ha,ha..Azhani pergi ke ruang makan dan menghidangkan nasi goreng di atas meja,Syed Ariff memandang Azhani dengan geram.Kalau bukan sebab minah ni,aku takkan bersin sampai macam ni.Dah tau aku tidur dekat lantai tu bukan nak kejut.Tak guna punya perempuan!.Syed Ariff mengutuk Azhani di dalam hati.Azhani membuat muka selamba dan duduk di sebelah Syed Ariff untuk makan.

Selepas bersarapan,Datin Fatimah dan Datuk Mazlan meminta diri untuk beredar.Azhani dan Syed Ariff melihat kereta mereka sehingga hilang di perkarangan rumah.”Hari ni pun awak tak pergi kerja ke?.”Soal Azhani apabila melihat Syed Ariff ingin masuk ke dalam rumah.”Tak.Apasal?.Awak nak sangat saya ni pergi kerja ke?.”Syed Ariff pula menyoal Azhani.”Ermm..Entahlah,saya cuma pelik je kenapa awak cuti hari ni.Tapi kalau awak kerja pun bagus jugak.”Kata Azhani.”Kenapa?.”Syed Ariff pelik.”Sebab,tak payah la saya hadap muka awak hari-hari.Bosan!.”Kata Azhani dengan selamba.Padahal,hari ni dia suka Syed Ariff tinggal di rumah.Dia sendiri pun tidak mengerti.Syed Ariff mencebik.”Tsk.Well woman,it’s your bad day.Aku tak kerja hari ni dan aku ingat nak lepak je dekat rumah.”Kata Syed Ariff kemudian pergi ke sofa dan mula menonton televisyen.Azhani pula menutup pintu dan masuk ke biliknya.Dia berbaring di atas katil.Nampaknya hari ni mamat tu tak kerja.Aku pun tak ada nak pergi mana-mana.Ish,apa aku nak buat ni?.Takkan aku nak duduk je dekat rumah seharian dengan mamat tu.Azhani mengeluh.Dia berfikir sejenak.Eh,barang dapur dah habis kan?.Bingo!.Aku akan keluar beli barang dapur dekat pasar raya.Tak ada la bosan sangat.Azhani terus bangun dan menukar pakainya.Dia mengambil ‘purse’nya dan keluar dari bilik.Syed Ariff melihat Azhani.”Kau nak pergi mana ni?”.Azhani memandang Syed Ariff.”Saya nak beli barang dapur sekejap dekat pasar raya.Sementera tu awak jaga rumah ye.”Kata Azhani dan berlalu pergi.Tiba-tiba Syed Ariff merentap tanganya.”Ish,apa lagi.”Marah Azhani dan terus melepaskan tanganya.”Aku nak ikut.Kau tunggu dekat luar,aku nak bersiap kejap.”Kata Syed Ariff.Azhani terkejut.Dia tidak pernah terbayang pergi pasar raya dengan anak datuk.”Ish,tak payahla.Awak pun bukan suka sangat pergi pasar raya kan.Biar saya seorang je la pergi.”Rayu Azhani.”Arrghh..Tak ada.Aku nak ikut kau jugak.Mana tau kau keluar senyap-senyap jumpa buah hati kau tu.”Kata Syed Ariff.Azhani mencebik.Ceh,mamat ni masih tak percayakan aku lagi rupanya.”Dah,kau pergi tunggu dekat luar.Aku nak bersiap ni.”Kata Syed Ariff dan berlalu pergi ke tangga.Selepas beberapa minit,Syed Ariff keluar dari rumah dan mereka pergi ke pasar raya.

Di dalam pasar raya,Azhani menarik troli dan menuju di tempat makanan basah.Azhani melihat Syed Ariff yang berada di sisinya.Senyap je mamat ni.Ah,lantakla.Azhani mengambil nugget,fries dan hot dog.Kemudian Azhani pergi ke bahagian kerepek dan coklat.Dia mencari kerepek kesukaanya.Kerepek ‘Lays’ perisa kentang.Dia mencari-cari dan akhirnya terjumpa juga.Kemudian dia mengambil dua paket kerepek ‘Lays’ dan memasukkannya di dalam troli.”Kau memang suka kerepek tu ke?”.Soal Syed Ariff.”Ha’ah.Aku memang suka.Suka sangat!.”Terang Azhani.”Interesting..”Kata Syed Ariff sambil tersenyum.

“Yang awak senyum ni kenapa?.”Soal Azhani

“Sengaja.Tak boleh ke.”Kata Syed Ariff kemudian terus jalan melintasi Azhani.Azhani pula terus menarik trolinya ke depan.Semasa Azhani sedang mencari bahan sayur-sayuran.Tiba-tiba dia ada rasa sesuatu yang menjalar di tangannya.Syed Ariff yang sedang memegang tanganya hanya berlagak selamba.”Ish,apa ni pegang tangan.”Azhani rimas.”Sengaja.Takkan aku nak pegang tangan isteri aku sendiri pun tak boleh.Cuba kau tengok pasangan dekat sana tu.Rilek je.”Kata Syed Ariff.”Masalahnya,situasi diorang ni lain dengan kita,paham.Lepaslah!.”Marah Azhani namun nadanya dikawal supaya tidak didengari oleh pengunjung pasaraya yang lain.”Cik Azhani,untuk sesaat aku rasa tak ada masalah kan kita berlakon macam pasangan berkahwin yang bahagia.Walaupun,aku tak nakla orang kata kita ni macam pasangan yang tengah bergaduh.”Kata Syed Ariff dengan penerangan yang tidak munasabah.Azhani mengeluh.Ah,biarla.Mamat ni makin lama aku layan makin miang pulak.Azhani terus menarik troli dengan tanganya dipimpin oleh Syed Ariff.Syed Ariff tersenyum sendirian.Semasa mereka berjalan,Azhani dapati banyak mata yang memandang mereka hinggalah mereka hendak membuat pembayaran.Semasa ingin membayar makanan,Azhani perasan gadis ‘cashier’ itu tersengih-sengih kearah Azhani.Azhani merasa malu.Dia cepat-cepat melepaskan tangannya daripada Syed Ariff.Syed Ariff pelik.”Awak,tak payah pegang tangan la.Malu la.Saya rasa dari tadi semua orang tengok kita je.”Kata Azhani dengan nada berbisik.Syed Ariff memandang Azhani.”Sebenarnya aku memang perasan pun ramai orang tengok kita tadi.Aku sengaja je nak bagi kau malu.Denda untuk kau sebab bagi aku tidur atas lantai semalam.”Syed Ariff tersenyum sinis.Iee..keji punya hantu punya mamat!.Sempat lagi dia kenakan aku dekat sini.Malu gila aku.Azhani geram di dalam hati.Lantas,Azhani ingin cepat membuat pembayaran.Tak mahu dia tinggal dekat sini lama-lama.Malu!.Sewaktu ‘cashier’ wanita itu menghulurkan resit,sempat lagi dia berkata kepada Azhani.”Akak,hensemnye you punya suami.Siap berpegang tangan lagi..hehe”.Wanita cashier itu tersengih.Azhani tersenyum palsu.Mukanya sudah merona merah.Kemudian Azhani terus keluar dari pasar raya tanpa menghiraukan Syed Ariff.Syed Ariff hanya ketawa.Aku tak nak pergi beli belah dengan mamat tu lagi!.Sumpah dia malu.

Selepas tiba di rumah,Azhani menyusun barang-barang di dapur dan terus memasuki bilik.Malas mahu melayan Syed Ariff selepas peristiwa di pasar raya.Syed Ariff hanya tersenyum riang.Sukanya aku sakat minah tu.

Azhani mengunci pintu biliknya.Dia merebahkan badanya di atas katil.Huh,aku tak sangka pergi pasar raya dengan mamat tu pun boleh penat sampai macam ni.Azhani berkata di dalam hati.Tiba-tiba telefonya bergetar menandakan ada mesej masuk.Dia melihat siapa yang menghantar mesej itu.Harris!.Azhani terkejut.Dia tidak menyangka Harris akan sms nya lagi.

Boleh saya jumpa awak esok dekat taman setia jaya pukul 2.30 petang.Tolonglah datang dan anggaplah ini pertemuan akhir untuk kita.Saya akan tunggu awak dekat sana.

-Harris.

Azhani memandang mesej itu dengan lama.Nak pergi ke tak?.Otak Azhani ligat berfikir.Azhani menutup mata.Selepas beberapa saat Azhani membuka matanya kembali kemudian dia menghantar sms kepada Harris.

Baiklah,tunggu saya dekat sana esok.

-Azhani.

Azhani akan berjumpa dengan Harris esok.Ya,dia akan menganggap ini adalah pertemuan terakhir dia dengan Harris dan dia akan meminta maaf kepada pemuda itu.Masalahnya sekarang dia perlu meminta izin Syed Ariff untuk berjumpa dengan Harris.Memang sah la mamat tu tengking aku nanti.Aduh,macam mana ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience