BAB 14

Romance Completed 68960

Selepas usai solat subuh,Azhani melipat telukungnya di atas lantai.Kemudian dia berpaling kearah Syed Ariff yang masih lena di atas katil.Mamat ni tak reti solat subuh ke?.Aduh,memang bertuahla diri aku dapat suami yang malas solat.Azhani mengeluh.Dia pergi ke birai katil dan menggoyang-goyangkan tubuh Syed Ariff.

”Awak,bangunla.Subuh dah nak habis ni.Asyik tidur je.”Syed Ariff tersedar seketika.Namun tak sampai sesaat dia mula zzzzz...Azhani mula bengang.Oooo..Tak nak bangun ye.Azhani tersenyum jahat.Azhani memegang selimut yang menyeliputi di tubuh Syed Ariff dengan perlahan.Kemudian dia menarik selimut itu dengan sekuat hati membuatkan Syed Ariff terlantar di atas lantai.Syed Ariff tersedar dan mengaduh kesakitan.”Aduuh,sakitnya belakang aku.Woit,kau ni tak ada otak ke!.”Lelaki itu mula marah.Azhani pula ketawa tanpa berselindung.

”Lain kali,bangunla lambat lagi ye.Hahah..”Azhani terus ketawa.Syed Ariff bangun dan memandang Azhani dengan renungan yang amat tajam.”Masalahnya,kalau nak kejutkan aku tak boleh guna cara sopan ke.Kau ni memang perempuan sengal!.”Syed Ariff mula menengking.Azhani membuat muka’blur’.”Saya dah kejutkan awak elok-elok tadi.Awak je yang tak nak bangun.Walaupun subuh dah nak habis.Sebab tu la saya guna cara ni.”Kemudian Azhani berlalu pergi ke pintu.Syed Ariff terus merentap lengan Azhani.Masih tidak berpuas hati untuk bertikam lidah.”Aku ni suami kau,kau patutnya layan aku dengan sopan.faham.”Syed Ariff memandang tepat anak mata Azhani membuatkan getaran di hati gadis itu bertambah.

”Ish,lepaslah!.Itu memang balasan dekat awak sebab suka-suka je peluk saya.Huh!.”Azhani melawan kemudian berjaya menarik tanganya.Syed Ariff mencebik.

”Tsk,aku baru je peluk dah bising.Bukannya aku mengandungkan kau pun.”Azhani terkejut.”Dahla malasla saya nak layan awak.Saya nak keluar.”Tidak sempat Azhani memegang daun pintu tangannya direntap lagi oleh Syed Ariff membuatkan badannya terdorong di dada lelaki itu.Syed Ariff memandang Azhani.”Apasal ,kau nak aku buat benda tu sekarang ke.”Syed Ariff membuat senyuman menggoda.Azhani terpanar,namun perasaanya itu cepat ditepisnya.”Ka..kalau awak sentuh nanti saya..”.Azhani menggelabah.”Awak apa?.Awak nak menjerit.Kalau awak nak menjerit sila la kan.”Syed Ariff tersenyum sinis kemudian semakin mendekatkan wajahnya kepada Azhani seperti hendak menciumnya.”A..awak..jangan..”Azhani gelabah tahap kritikal.Fikir Azhani,fikir!.Azhani mati akal dan terus menutup matanya.Takut untuk melihat perbuatan Syed Ariff.

”Azhani,Ariff bangun!.Matahari dah nak naik ni.Azhani,nanti tolong ibu dekat dapur .”Suara Mak Cik Yah kedengaran di luar pintu lalu Mak Cik Yah berlalu pergi

Azhani terus mengambil peluang ini dan terus berlari ke pintu dan menghempaskannya dengan kuat.Syed Ariff terkejut melihat Azhani laju meninggalkanya kemudian ketawa terbahak-bahak.Aduh,minah ni lawak betulla.Cuak sangat dengan aku.Tapi comel jugak dia tadi masa aku kenakan dia.Haha..Syed Ariff ketawa di dalam hati kemudian berlalu masuk kedalam bilik mandi.

Selepas mereka berdua selesai sarapan.Azhani dan Syed Ariff meminta diri untuk pulang ke rumah baru daripada Mak Cik Yah.Mereka menyalami Mak Cik Yah dan terus menuju ke rumah baru mereka di Putrajaya.Azhani berasa sedikit kekok berada di bandar itu.Maklumlah,Azhani ni ada sedikit watak gadis kampung.Apabila kereta Syed Ariff tiba di perkarangan rumah baru.Mata Azhani terus membulat.Tidak percaya yang mulai hari ini dia akan tinggal di rumah banglo dua tingkat yang besar itu.”Awak,ki..kita tinggal dekat rumah besar ni ke?!.”Azhani bagaikan tidak percaya.Syed Ariff mendengus.Memang dasar minah kampung.”Iye la.Sebenarnya ni rumah aku.Tapi memandangkan aku dah kahwin dengan kau,aku terpaksala bawak kau tinggal dekat rumah ni sekali.Dah,jangan nak jakun dekat sini.Pergi ambil barang kau dekat belakang bonet.”Kemudian Syed Ariff terus keluar dari kereta.Aku tanya elok-elok dia menjawab macamtu pulak.Macam la aku yang first-first nak kahwin dengan dia.Azhani mencebik lalu mengeluarkan bagasinya di belakang kereta.

Selepas mengatur semua bagasi di dalam rumah Syed Ariff berpaling kepada Azhani.”Dalam rumah ni ada lima bilik ,dua kat bawah tiga dekat atas.Kau pilihla.Tidur tingkat atas ke bawah?.”Kening Syed Ariff menaik.Azhani meletakkan jarinya di dagu,persis orang berfikir.Kemudian dia mundar mandir di bilik berdekatan.”Saya pilih bawahla,dekat dengan dapur sikit.Kalau dekat atas lecehla.”Azhani member penerangan.”Suka hati kaula,aku nak keluar.So,mungkin aku balik lewat malam.Kau jaga rumah.”Syed Ariff mula melangkah ke pintu utama.”Eh,awak nak pergi mana?.Kan baru sampai.”Azhani pelik.

”Aku nak keluar la.”Tiba-tiba telefon Syed Ariff berdering dan Syed Ariff mengangkatnya.”Oh,sayang.You tunggu jer I dekat kelab.Nanti I datang.Tunggu ye.”Syed Ariff tersenyum.Azhani hanya memerhati.Memang sah lelaki ni nak pergi kelab malam.Syed Ariff meletak gagang telefonnya dan berpaling kepada Azhani.”Aku nak kau jaga rumah ni elok-elok.Oh,dan jangan sekali-sekali masuk bilik aku.”Kemudian Syed Ariff berlalu pergi.Azhani memerhatikan Syed Ariff pergi dengan hati yang sayu.Siapa tak sedih melihat suami keluar ingin berjumpa perempuan lain.Dia seperti ingin menghalang tapi apalah haknya.Azhani mengeluh.Macam mana la aku nak bimbing suami aku ni?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience