BAB 9

Romance Completed 68960

Syed Ariff memandu ‘mini cooper’nya dengan laju di lebuh raya.Rasa marah masih sebal di dalam hati apa yang dilihatnya tadi.Dia ingin melupakan peristiwa itu namun seperti imej itu tidak mahu keluar dari kepala otaknya.Teman wanitanya yang cantik disebelah tidak dihiraukan.”Hei,you ni kenapa?.Kata nak makan,I lapar tau tak.You tak kisah pasal I ke ni?.”Wanita itu mula berpura-pura merajuk untuk menarik perhatian Syed Ariff.”Hei,you dengar tak ni?!.”Wanita itu mula memegang lengan Syed Ariff.Syed Ariff yang rimas dengan perbuatannya memberhentikan keretanya di tepi jalanraya.”I nak you keluar sekarang,kepala I tengah kusut ni.”Kata Syed Ariff menghalau perempuan itu.Perempuan itu terkejut seperti tidak percaya.”You’v got to be kidding me?!.”

“No,I serius.Sekarang keluar daripada kereta I!.”Syed Ariff mula memarahi wanita itu.Wanita itu mula gerun dengan kemarahan Syed Ariff terus keluar daripada kereta.Kemudian kereta Syed Ariff meluncur kembali di jalanraya.Wanita itu menghentakkan kaki di jalanraya.”Tak guna punya jantan!.”

Sebaik sahaja tiba di rumah,Azhani terus menuju ke katil dan menghamburkan segala tangisannya.Dia betul-betul merasai dirinya seperti orang bodoh.Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin akan berlaku.Kenapala aku boleh jatuh cinta pada dia sedangkan aku tahu hubungan kami sekadar pekerja-majikan.Azhani bangun dan mengelap air matanya.Dan aku juga tak sangka bahawa bos adalah lelaki yang bersikap begitu.Huh.Keluhan berat dilepaskan.Azhani berasa kecewa.Bukan pada bosnya,tapi pada diri sendiri.Aku patut sedar benda ni awal-awal lagi.Sekarang aku kena belajar untuk tidak menyukainya pula.Ya,belajar untuk tidak menyukai insan yang bernama Syed Ariff amatlah susah baginya.Walaupun dia tahu Syed Ariff tidak sebaik Harris yang pemurah senyuman kepada wanita.Syed Ariff sentiasa memarahinnya,ego,panas baran dan mungkin juga banyak sifat teruk Syed Ariff yang Azhani tidak ketahui.Tetapi mengapa perasaan ini mesti hadir di dalam hatinya.Fikiran Azhani semakin kusut.Tiba-tiba henfon di tepi katilnya bergegar,ada panggilan masuk.Azhani menjawab panggilan itu dan mengelap air matanya buat kali kedua.”Beb!,aku minta maaf sebab lambat.Tak sangka aku ada banyak kerja tadi.Aku dekat restoran ni,mana engkau?.”Lia bertanya di gagang telefon.

“Aku dekat rumah.Sorry la Lia,aku tak dapat keluarla hari ni,aku rasa aku sakit perut”.Azhani berbohong.Dia betul-betul mahu bersendirian pada waktu ini.

“Kau sakit perut?,kau ok ke?.Apasal suara kau serak ni?.”Lia mula bertanya.Azhani tersenyum.Prihatin betul sahabat dia seorang ini.”Aku ok jer la.Kau tak payahla risau,nanti aku makan ubat.Minta maaf sebab buat kau tunggu kat restoran sekarang.”Azhani merasa bersalah.”Tak apa,walaupun aku pun bersalah. Mungkir janji tentang masa.Makan ubat and have a rest,okay!.”

“okay.”Lia meletakkan gagang.

Syed Ariff memakirkan keretanya di perkarangan halaman rumahnya.Dia menghempas pintu kereta dan terus menuju ke dalam rumah.Amarahnya masih bersarang di dalam hati.Melihat perlakuan anaknya,Datin Fatimah dan Datuk Mazlan yang sedang meminum teh petang berasa terkejut.Syed Ariff terus mengkurung dirinya di dalam bilik.”Apa kena dengan anak kita tu,bang.Balik rumah dengan muka macam tu?”.Soal Datin Fatimah.”Kamu tanya saya Mah,lagila saya tak tahu.”Kata Datuk Mazlan dan menyambung teh petangnya.Datin Fatimah menggelengkan kepalanya.Jarang melihat perlakuan anaknya itu.

Syed Ariff membaling bantalnya ke lantai.Kemudian dia terduduk di birai katil sambil meraupkan wajahnya dengan kedua belah tangan.Peristiwa tadi masih menjalar di dalam ingatannya.Dia tidak mengetahui mengapa dia perlu bengang sampai begini.Aku cintakan Azhani?.Tak.Tak mungkin,dia hanya PA aku dan tak lebih dari itu.Namun,dia tak boleh menafikan bahawa dia suka melihat wajah Azhani tetapi getaran di hatinya mula membingungkan.Dengan perasaan yang kusut dia mencapai kunci kereta dan keluar dari biliknya.Dia perlukan sesuatu tempat untuk tenangkan diri.Syed Ariff memandu keretanya dan berhenti di sebuah kelab malam.Dia memesan sebanyak arak yang dikehendaki di satu bar.Gadis yang cantik di kiri kananya dilayan manja.Kemudian fikirannya mula menerawang.Dia ingin lupa.Lupakan segalanya kerana ingin menafikan perasaanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience