BAB 17

Romance Completed 68960

Malam itu,Syed Ariff mengintai-ngintai pintu bilik Azhani.Pintu bilik itu masih tertutup rapat. Syed Ariff mundar mandir di ruang tamu.Hatinya gelisah.Sejak pergaduhan petang tadi,Azhani tidak keluar langsung dari biliknya.Makan malam pun tidak.Mogok ke perempuan tu?.Syed Ariff merebahkan badannya di sofa. Dia mengeluh.Sekarang dia betul-betul tidak memahami perasaanya.Kenapa dia perlu gelisah,marah dan bengang sebagainya.Kelakuannya pada Azhani lain sekali.Tiba-tiba pintu bilik Azhani terbuka.Syed Ariff terus bangun dan mendapatkan Azhani.”Aku nak cakap dengan kau pasal hal petang tadi”.Azhani memandang Syed Ariff.Kemudian Azhani berlalu pergi dengan muka selamba.Wah,serius betul minah ni tak nak layan aku.Azhani pergi ke dapur dan mengambil air mineral di dalam peti sejuk.Kemudian dia menuang air itu di dalam gelas membelakangi Syed Ariff.

“Aku nak bincang dengan kau pasal hal petang tadi.”Syed Ariff mengulangi katanya.

Azhani tidak menghiraukan Syed Ariff dan terus menuang air di dalam gelas.

“Hei,kau dengar tak ni?!.”Syed Ariff mula marah apabila Azhani tidak melayannya.Selepas menuang air di dalam gelas, Azhani terus melangkah untuk berlalu ke dalam bilik.Syed Ariff terkejut dengan kelakuan Azhani.Kemudian Syed Ariff menarik tangan Azhani membuatkan air di tangan Azhani sedikit tertumpah.”Awak ni kenapa!.”Azhani pula memarahi Syed Ariff.”Lain kali kalau aku panggil tu dengar.Aku tau kau ni tak pekak lagi”.Syed Ariff menjawab.Azhani mengeluh.Iee..mamat ni semua nak ikut cakap dia je!.”Apa dia yang awak nak cakap.”Kata Azhani dengan malas.Syed Ariff melepaskan pegangannya di tangan Azhani dan duduk di sofa.”Duduk.”Arahnya.Azhani akur dengan malas.

Azhani meletakkan gelasnya di atas meja dan berpaling kearah lain.Tidak mahu melihat wajah Syed Ariff.

“Pasal petang tadi,aku tau aku salah.Jadi aku nak minta maaf.”Kata Syed Ariff dengan perlahan.

“Emm..”.Azhani menjawab.

“Kau maaf kan aku?.”

“Emm..”

“Kau ni tak boleh cakap benda lain ke.”

“Emm..”.

Syed Ariff mula bengang dengan jawapan basi-basa Azhani.”Kau ni kenapa.Aku dah minta maaf pun takkan la kau tak nak cakap dengan aku jugak!”Syed Ariff marah.Azhani berpaling kearah Syed Ariff.”Kalau saya maafkan awak pun.Awak tetap sekat kebebasan saya jumpa dengan Harris kan.Jadi apa bezanya.”Jawab Azhani.Dengar nama Harris hati Syed Ariff menjadi baran.”Yang kau nak jumpa sangat lelaki tu kenapa!.”Syed Ariff menengking.Lelaki ni sikit-sikit melenting.Susah betul!.Azhani mencebik di dalam hati.”Pasal saya jumpa Harris awak tak perlu tau.Tapi bagi saya semua ni tak adil.Kalau awak boleh sekat kebebasan saya,kenapa saya tak boleh sekat kebebasan awak.”Syed Ariff memandang Azhani dengan tajam.

“Jangan harapla kau boleh kawal hidup aku.”Syed Ariff mendengus.

“Well,itu semua terserah kepada awak.Selagi semua hal ni tak adil.Saya takkan cakap dengan awak sampai sekarang.”Azhani membuat gaya sombong.Syed Ariff mengeluh berat.Dia tahu lambat-laun dia perlu mengalah jua kepada Azhani.Dia tidak dapat membayangkan jika Azhani tidak mahu bercakap dengannya selama ini.Dia sendiri tidak tahu mengapa.”Huh,baiklah.Aku iku cakap kau.So,kau nak aku buat apa?.”Kata Syed Ariff dengan lemah.Aduh,kenapalah aku lemah sangat dengan minah ni.

Azhani memandang Syed Ariff dengan tersenyum.Bagus,lelaki ni dah mengalah,aku menang.Yay!.”Saya nak awak berhenti pergi kelab malam dan balik rumah lewat.Tu je.Kalau awak buat semua tu.Saya ikut semua arahan awak.”Kata Azhani dengan tenang.”Ok,aku ikut cakap kau.Tapi kau pun kena janji dengan aku yang kau takkan jumpa buah hati kau lagi.”Syed Ariff menetapkan syarat.”OK,aku janji.”Kata Azhani.Dalam hatinya berbunga riang apabila memikirkan Syed Ariff tidak berjumpa lagi dengan wanita-wanita di kelab malam.

“Memandangkan semua hal ni dah selesai.Saya nak masuk bilik.”Kemudian Azhani bangun untuk masuk ke dalam bilik.”Eh,tunggu sekejap.”Syed Ariff menahan Azhani.”Apa lagi?.”Azhani pelik.”Tolong buatkan aku Nescafe.”Syed Ariff memerintah.”Hah,awak pergi la buat sendiri.”

“Bukan tadi kau dah janji dengan aku ke yang kau akan ikut semua arahan aku.So,buat sekarang.”Syed Ariff memaksa.Huh,itula Azhani.Yang kau pandai sangat cakap macam tu dekat mamat ni kenapa.Kan dah kena.Azhani pergi ke dapur dengan malas.Syed Ariff pula hanya tersenyum memandang Azhani dari dapur.Hatinya mula senang apabila Azhani bercakap dengannya semula.

Sejak perjanjian semalam,Syed Ariff menyatakan bahawa Azhani tidak perlu lagi bekerja di pejabat.Tugas Azhani sekarang hanya perlulah duduk di rumah dan menyediakan makanan untuk Syed Ariff.Aku ni dah macam kuli untuk mamat tu je!.Syed Ariff juga menyatakan bahawa duit dia akan memasukkan ke dalam akaun Azhani setiap bulan.Jadi kerja Azhani sekarang hanyalah goyangkan kaki.Wah,aku dah macam ma’am besar dalam rumah ni.

Pagi itu selepas Syed Ariff pergi ke kerja.Azhani telah mengemas rumah dan menyediakan makanan untuk Syed Ariff.Kemudian Azhani bersantai di tepi kolam.Dia benar-benar bosan tinggal di rumah yang besar ini.Azhani bangun dan memasuki biliknya.Dia mengambil telefonnya untuk melihat jika ada ‘missed call’.Sejak peristiwa itu,Harris tidak lagi menghubunginya malah menghantarnya sms.Harris tersinggung ke?Azhani mengeluh.Itulah Azhani berahsia lagi.Kan dah kena tanggung.Kemudian Azhani menarik nafas dalam-dalam dan mula menghantar sms kepada Harris.Walau pun ianya bunyi agak kejam.Namun itulah yang terbaik untuk mereka berdua.

Maafkan saya sebab merahsiakan perkahwinan saya daripada awak.Sungguh,saya tak pernah mahu mempermainkan perasaan awak.Semoga awak menjumpai jodoh yg lebih baik.Saya tidak boleh berjumpa dengan awak lagi.Salam.

-Azhani

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience