BAB 26

Romance Completed 68960

”Aku pun nak jugak tengok kau bahagia macam orang lain Az.”

Kata terakhir Lia sebelum kemalangan itu berlaku terngiang-ngiang di minda Azhani.Azhani memandang tanah kubur Lia yang masih merah.Ramai orang telah bersurai selepas majlis pengebumian Lia selesai.Lia,pada masa akhir hayat pun kau masih mendoakan kebahagiaan untuk aku.Mata Azhani mula bergenang namun cepat disekanya.Mata Azhani sembab kerana menangis semalam.Hari ini dia telah bertekad untuk tidak menangis di depan kubur arwah sahabatnya.”Azhani.”Tegur Harris.Eh,Harris tak pulang lagi rupanya.”Oh,Harris.”Azhani tersenyum lemah.Harris juga telah menghadiri majlis pengebumian Lia.”Saya harap awak tabah terima semua ni.Mungkin Allah menyayangi Lia lebih.”Harris memberi semangat.”Terima kasih Harris.Insyallah saya akan cuba menjadi seorang tabah.”Kata Lia.Harris menguntumkan senyuman dan berlalu.Sementara itu Syed Ariff berada di belakang Azhani.Azhani berpaling kebelakang.”Awak,kalau awak nak balik dulu.Awak baliklah.Saya mungkin lama sikit dekat sini.Nanti saya naik teksi je.”Kata Azhani.”Tak apa.Aku tunggu kau.”Kata Syed Ariff.Azhani pelik dengan kebaikan Syed Ariff.Namun dia biarkan persoalan itu berlalu pergi.

Syed Ariff memandang Azhani yang sedang merenung kubur sahabatnya.Dia faham akan perasaan gadis itu.Dia juga tidak boleh menepis perasaan beban di hatinya melihat wajah sedih Azhani.Azhani teringat akan semua memorinya bersama Lia.Cukup lama dia mengenali Lia sehingga tidak menjangka Lia akan pergi begitu cepat.Lia,kaulah sahabat aku dunia dan akhirat.Tanpa kau,siapa aku akan luahkan masalah aku.Dengan siapa aku hendak melepak atau hendak keluar.Mungkin tanpa kau juga aku akan menjadi sunyi.Aku akan sentiasa berdoa untuk kau Lia.Kaulah sahabat sejati.Air mata Azhani yang ingin bergelora cepat ditahannya.Tak,aku tak boleh menangis depan kubur arwah.”Awak,jomla kita balik.”Kata Azhani dengan suara yang agak serak.Azhani berpaling kebelakang dan ingin berlalu pergi.Namun tiba-tiba Syed Ariff memeluk Azhani.”Ish,apa awak ni?!.Awak sedar tak kita dekat tanah perkuburan.Lepaslah!.”Azhani geram.Dia melihat sekeliling.Nasib baik tak ada orang.Apasal mamat ni nak peluk aku depan kubur jugak!.Namun pelukan Syed Ariff masih erat.

“Aku tahu mungkin aku tak sebaik Lia.Tapi aku akan selalu berada di sisi kau bila kau perlukan aku.”Luahan Syed Ariff membuatkan Azhani terkejut.Azhani tidak tahu hendak menjawab apa.”Apa yang aku cakap ni aku serius.Aku tak main-main.”Syed Ariff meletakkan dagunya di atas kepala Azhani.Azhani terkedu.Kemudian Azhani membalas pelukan lelaki itu.”Terima kasih.”Azhani tersenyum.Azhani tahu Syed Ariff tidak akan dapat menggantikan kedudukan Lia,namun mungkin Syed Ariff sahaja yang diperlukannya.Air mata yang ditahan jatuh jua di pipi Azhani.Syed Ariff menyeka air mata yang jatuh di pipi Azhani.”Dah,jom kita balik.”Syed Ariff tersenyum.Azhani hanya membalas senyuman lelaki itu.

Kini,tanpa disedari sudah sebulan sejak majlis pengebumian Lia.Azhani juga sudah kembali seperti dirinya sediakala.Apabila selesai bersolat,Azhani sering membacakan doa untuk Lia,semoga sahabatnya mendapat cahaya di alam sana.Azhani mengkibas baju basahannya dan sidai di ampaian.Dia memandang sekilas kearah Syed Ariff yang sedang menaip laptop di dalam rumah.Sejak perjanjian yang dibuat oleh Syed Ariff pada tanah perkuburan bulan lepas,lelaki itu berperangai pelik sekali.Syed Ariff kini lebih suka duduk di rumah pada hari minggu dan makin jarang keluar rumah.Lelaki itu pun sudah jarang melenting dan memarahinya.Azhani terus memandang Syed Ariff.Mamat ni pelik betul sejak akhir-akhir ni.Kemudian Azhani mengambil baldi itu dan memasuki ke dalam rumah.Syed Ariff yang melihat Azhani tetap meneruskan kerja menaipnya.Azhani meletakkan baldi itu di dapur kemudian pergi ke ruang tamu dan menonton televisyen.Azhani menukar-nukar siaran di televisyen walaupun mindanya tengah kosong.Kemudian dia mencuri pandang kearah Syed Ariff.Mamat ni dah betul-betul berubah ke?.Maksudnya apa yang dia cakap dengan aku masa dekat tanah perkuburan tu serius?.Otak Azhani ligat berfikir.

“Aku tau la aku ni hensem.Tenung je la muka aku ni selama mana yang kau nak..”Kata Syed Ariff sambil tersenyum sinis.Azhani yang tersedar dari lamunannya terus mempalingkan wajahnya kearah televisyen.”Ma..mana ada.Perasan je awak ni.”Kata Azhani berlagak tenang.Aduh,malunya aku terkantoi tadi.Syed Ariff ketawa.Setelah beberapa minit menghadap televisyen,perut Azhani mula lapar.Azhani memegang perutnya.Perut aku menyanyi lagu la pulak.Tapi malas betul aku nak masak.Makan snek je la.Ye,snek ‘Lays’ kesukaan aku.Azhani tersenyum.Kemudian dia berlalu ke dapur dan membuka peti sejuk.Mana pulak snek aku pergi?.Azhani mencari sekelilingnya.Kemudian matanya tertangkap snek ‘Lays’ nya yang berada di almari atas.Siapa pulak letak snek aku dekat tempat tinggi ni?.Ni tak lain tak bukan mamat tu punya kerja la ni.Dah tau aku pendek sengaja letak dekat situ!.Azhani geram.Dia menjongket-jongket untuk mengambil sneknya itu.Apabila tangannya dapat mengapai snek itu,tiba-tiba snek itu terjatuh.Azhani terkejut apabila ada tangan yang sempat menyambut snek itu sebelum snek itu mendarat di atas kepala Azhani.”Dah tau kau tu pendek,bukan nak ambil kerusi.”Syed Ariff menjeling kearah Azhani.Hati Azhani mula berdegup.Sejak bila mamat tu ada dekat sini?.Rapat gila dengan aku pulak tu!.”Yang awak pergi letak snek saya tinggi-tinggi buat apa.Saya nak ambil pun tak boleh.Bak sini snek saya..”.Azhani ingin merampas snek itu dari tangan Syed Ariff.Namun lelaki itu sengaja mengangkat tangannya.”Hei,bagila!.”Azhani mengetap bibir.Dia melompat-lompat ingin mengambil snek itu daripada Syed Ariff.Taula aku ni pendek!.Syed Ariff tersenyum.”Aku ambil snek ni untuk aku makan.Bukan untuk kau.And,lain kali minum susu tu banyak sikit ye kak oi.”Perli Syed Ariff.Azhani geram.”Tapi awak kan tau tu snek kesukaan saya,awak pergila makan benda lain!.”Marah Azhani.”Ok,ok..Tak perlu la marah-marah.Kita kongsi je la snek ni.Boleh?.”Soal Syed Ariff.Azhani memandang Syed Ariff dengan bengang.”Ermm..yerla.Kita share.”Kata Azhani.Mamat ni suka sangat cari pasal dengan aku.Tak pasal-pasal aku kena share pulak snek kesukaan aku dengan dia.Hu..Hu..Sedihnya.

Semasa menonton televisyen,Azhani merasa sedikit tidak selesa.Mana tidaknya,Syed Ariff yang sedang makan snek sengaja duduk di sebelah sisinya di atas sofa.Ish,mamat ni tak boleh duduk tempat lain ke?.Banyak lagi sofa dekat rumah ni aku rasa.Mereka berdua berkongsi snek.Azhani menukar siaran kepada cerita korea.Muka artis pujaanya Kim Hyun Jung, mula terpancar di skrin.”Aww..Hensemnya Hyun Jung..”Azhani tersenyum lebar.Suka betul Azhani melihat lakonan watak pujaanya.Secara tiba-tiba siaran ditukar kepada perlawanan bola.Azhani terkejut.”Hei,tukar balik!.”Azhani geram.”Tak payah,kau tengok tv nak tengok muka mamat tu buat apa.Aku rasa aku lagi hensem.”Syed Ariff memaparkan wajah bengangnya.Azhani pelik.Takkanla mamat ni jeles dengan Kim Hyun Jung kot?.Tiba-tiba Azhani ketawa.Syed Ariff pelik.”Awak,awak ni lawakla.Jeles dengan artisKim Hyun Jung tu..Tak pernah saya tengok lelaki macam tu..Ha..Ha..”Azhani terus ketawa.Syed Ariff mengetap bibir.Tiba-tiba telefon rumah mereka berbunyi membuatkan Syed Ariff dan Azhani terkejut.Syed Ariff bangun dan mengangkat panggilan.Azhani hanya melihat sahaja perbualan Syed Ariff di gagang telefon.Kemudian Syed Ariff meletakkan gagang telefon.”Awak,siapa telefon?.”Soal Azhani.”Mak dan ayah ajak kita makan dekat rumah diorang hari ni.Diorang kata kita kena beli ayam sikit sebab nanti diorang ada nak buat barbeque.Nak pergi tak?”.Azhani tersenyum.Wah,dah lama aku tak makan barbeque.Jangan harap aku nak tolak.”Jomla kita pergi sekarang,saya tak sabar ni.”Azhani terus turun dari sofa dan menuju ke pintu biliknya.Syed Ariff tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience