BAB 34

Romance Completed 68960

“Apa abang ni,kot ye pun nak cari Azhani tak payah la tanya semua pengunjung dekat sini.Macam Azhani ni kena culik pulak!”Kata Azhani kepada Syed Ariff.Malu betul dia kepada dua orang pengunjung tadi.Tak pernah lagi ada kes isteri lari dari suami dekat shopping mall.Syed Ariff memegang tangan Azhani.

“Mana abang tak risau Az.Tiba-tiba abang nampak sayang dah tak ada dekat bangku tu.Abang risaulah.Sebab isteri abang ni kan comel.Mana tau ada orang nak culik ke.”Syed Ariff tersenyum.Ish,apa-apa jerr la suami aku ni.”Az pergi mana tadi?”Soal Syed Ariff lagi.

“Az dekat dalam kedai buku MPH je la bang.Az tunggu abang sampai naik bosan.Abang pergi mana?.Lama betul Azhani tunggu tadi tau.”Azhani membuat nada merajuk.Syed Ariff tersenyum lebar kemudian menunjukkan beg plastik yang berwarna merah polkadot ungu kepada Azhani.”Ni plastik apa ni bang?”Soal Azhani.Syed Ariff menghulurkan beg plastik itu kepada Azhani.Azhani mengambil plastik itu kemudian mengeluarkan sebuah kotak bersaiz sederhana berwarna biru.Azhani memandang Syed Ariff dengan tanda tanya.

“Bukak la kotak tu.”Kata Syed Ariff sambil tersenyum.

Azhani membuka kotak itu.Alangkah terkejutnya dia apabila membuka kotak itu mendapati ada seutas gelang berhias reben yang diinginnya tadi.Ya Allah, suami aku beli benda ni rupanya!.Azhani memandang Syed Ariff bagaikan tidak percaya.

“A..abang beli gelang ni untuk Az ke?”Azhani mengeluarkan gelang itu dengan tidak percaya.

“Mestila untuk Az.Habis untuk isteri abang siapa lagi.Az suka?”

“Az memang suka.Suka sangat.Tapi kan Az dah kata tak payah beli.Kenapa abang beli jugak?”Soal Azhani.

“Az,abang cuma nak Az dapat apa yang Az nak.Salah ke untuk abang buat macam tu?”

“Tak salah bang,Cuma Azhani rasa bersalah...”

“Sayang,Abang beli ni sebab abang nak tengok senyuman Az.Please don’t disappointed me,okay.”Syed Ariff membuat muka comel.Azhani tergelak kecil.Memang comel la muka suami aku ni.”Okla.Az akan pakai.Az akan pakai setiap hari!.Puas!”.Syed Ariff tersenyum.”Puas sangat!”.

Syed Ariff mengambil gelang itu daripada tangan Azhani kemudian memakaikannya di pergelangan tangan isterinya.Azhani melihat gelang itu.”Cantikla bang gelang ni.”

Secara tiba Azhani teringatkan sesuatu.”Tunggu.Kalau abang pergi kedai sebab nak belikan gelang ni untuk Azhani.Kenapa abang lambat sangat? Abang buat apa? Lama Azhani tunggu tau.”Kata Azhani dalam nada merajuk.”Ooo..Pasal abang lambat ye.Sebenarnya masa abang nak belikan gelang ni untuk Azhani,tiba-tiba ada seorang customer perempuan ni dia dapat gelang ni dulu.So,abang berdebat la dengan dia untuk dapatkan gelang ni.Tapi last-last mesti la abang jugak yang dapat.Amacam,hebat tak abang!” Syed Ariff tersenyum bangga.

Azhani tidak dapat menahan diri daripada ketawa.Berderai tawanya didengari Syed Ariff.Tidak dapat Azhani bayangkan Syed Ariff berebut gelang dengan pelanggan perempuan dekat dalam kedai.Lawak gila!.”Ooo..Tergelakkan abang ek.Tau tak abang buat ni semua kerana Az.”Syed Ariff membuat muka monyok.

Azhani mengesat air matanya kerana tergelak terlalu banyak.”Sorry,sorry.Azhani just tak dapat bayangkan bila abang berebut gelang ni untuk Az.Mesti lawak..”Masih kedengaran sisa tawa Azhani.Syed Ariff berpaling,masih merajuk.”Ala..Sorryla bang.Ok,Azhani janji takkan gelakkan abang lagi.Puas?”Azhani memegang lembut tangan Syed Ariff kemudian tersenyum kearah lelaki itu.Harap-harapla dapat pujuk hati sang suami ni.

Syed Ariff mula tersenyum dan mengeratkan lagi pegangan tangan Azhani.”Sayang ni jahat tau.”Syed Ariff mencuit hidung Azhani.

“Eh,Az pulak yang jahat?”

“Yerla,dah Az gelakkan abang tadi.”

“Eleh,abang dengan Az dulu lagi jahat.Suka sangat suruh Azhani buat assignment yang entah apa-apa.”Azhani memulangkan paku buah keras.

“Sayang,abang betul-betul sorry tentang hal tu.Abang buat Az macam tu sebab abang tak nak jatuh cinta dengan Az.”Kata Syed Ariff.

“Tak nak jatuh cinta dengan Az?!” Azhani terkejut.

“Time tu abang betul-betul tak nak jatuh cinta dengan Az.Tapi,makin lama abang lupakan,makin rindu pulak.Setiap hari abang rindu Az,Az ni ada guna-guna ke dekat abang?”

Lantas Azhani menampar lengan Syed Ariff.”Ish,ada ke patut cakap Azhani ni guna-guna pulak.Tak baik tau!” Geram Azhani.Syed Ariff ketawa.

“Abang bergurau pun tak boleh ke?”

“Tak boleh! “

Syed Ariff tersenyum.Haih,sensitif betul isteri aku ni.”Dah la tu sayang,jomla makan.Abang laparla.”Ajak Syed Ariff.”Tengok tu,sekejap je dah lapar.Bukan tadi kita baru makan dekat rumah mak dengan ayah ke.”

“Memang la kita dah makan dekat rumah mak dengan ayah tadi.Abang just lapar balik.Jomla~”Pujuk Syed Ariff.”Abang ni tak takut gemuk ke?”Soal Azhani spontan.Terus Syed Ariff menjeling tajam.”Abang gemuk ?.Az,do you ever seen me fatty or chubby? Nope,right.Sebanyak mana pun abang makan,abang takkan gemuk.Itula keistimewaan abang.” Syed Ariff berlagak.

Azhani mencebik.Ceh,perasan gila suami aku ni.Nak buat aku termuntah je tau.”Dahla bang,jangan nak perasan boleh tak! Jomla kita makan.”Azhani mengalah.Syed Ariff tersenyum.”Abang sayang Az! “.Bisik Syed Ariff.Muka Azhani merona merah.Aiseyman! Gembiranya hati.

Tiba sahaja di rumah,Syed Ariff terus merebahkan dirinya di katil.Azhani memandang sekilas.Hmm.Penat sangatla tu.Itula,tadi nak sangat round satu mall tu.Azhani tergelak kecil.Kemudian Azhani mencabut tudung yang tersarung di kepalanya dan menuju ke almari.Dia menyangkut tudungnya di dalam almari.Tidak sempat dia berpaling kebelakang,ada tangan yang merangkul pinggangya.Terkejut Azhani dibuatnya.”Abang ni kan,suka sangat buat Azhani sakit jantung! “Marah Azhani.Syed Ariff hanya senyap dan meletakkan dagunya di atas bahu Azhani.”Abang ni kenapa? Bukan abang penat ke.”Kata Azhani.”Penatla jugak.”Balas Syed Ariff malas.Peliknya perangai mamat ni.Syed Ariff mengeratkan lagi rangkulannya.Kemudian dia mencium rambut Azhani.”Abang? “Azhani makin pelik.Syed Ariff mencium pula leher isterinya.”Azhani,boleh kan? “Soalan Syed Ariff membuatkan Azhani diam seribu bahasa.Makin lama Azhani makin terbuai dengan tindakan Syed Ariff.Syed Ariff menarik Azhani ke katil.Kini debaran di hati Azhani tidak akan berhenti.

*****

Pintu bilik air terkuak dan Azhani keluar dari tandas.Dia mengelap mukanya dengan tuala selepas selesai bermandi wajib.Dia memandang Syed Ariff yang masih lena tertidur.Dia melihat wajah suaminya.Dah masuk waktu subuh ni.Malu pulak nak kejutkan mamat tu selepas kejadian semalam.Kejadian itu mula menjalar di ingatan Azhani.Cepat-cepat Azhani menggeleng-gelengkan kepalanya.Tak nak ingat! Tak nak ingat ! Malu gila.Azhani tidak menyangka dia sudah menunaikan kewajipanya sebagai seorang isteri.Azhani bangun dari birai katil kemudian keluar dari bilik.Baik aku masak dulu.

Azhani meletakkan bihun yang digorengnya di atas meja.Kemudian dia terlihat kelibat Syed Ariff turun daripada tangga kemudian menuju kearah Azhani.Gaya lelaki itu seakan baru bangun daripada tidur.Dengan rambut kusut pun mamat ni still nampak handsome jugak.Pelik betul.Hati Azhani mula berdebar apabila Syed Ariff menarik kerusi kemudian duduk di hadapan Azhani.”A..abang dah solat? “Gugup Azhani.”Dah sayang.”Jawab Syed Ariff.Aduh,tak boleh aku tengok muka mamat ni.Malu aku bertingkat-tingkat.Azhani bangun dari kerusi.”Sayang nak pergi mana ni? Tak nak breakfast ke?”Syed Ariff pelik.”Az na..nak pergi tandas sekejap.”Jawab Azhani.Tak sempat dia melangkah tangan Syed Ariff menangkap lengan Azhani.”Sayang ni kenapa,macam mengelak je?” Soal Syed Ariff.

“Ma..mana ada Az mengelak.”

“Kalau tak mengelak,Tu!.Kenapa muka blusher semacam.”

“Ma..mana ada.Abang je yang nampak bukan-bukan.”Azhani mempalingkan wajahnya.

“Sayang malu dengan abang ek.”Syed Ariff tersenyum nakal.

Arrghhh! Malunya.

“A..abang jangan cakap macam tu.Azhani malula!”Azhani menekup wajahnya.

“Eleh,malu tak nak mengaku.”Syed Ariff tersenyum lagi.

Syed Ariff bangun dan memeluk isterinya.”Thanks sayang sebab semalam.”Bisik Syed Ariff kemudian berlalu ke dapur.Adoi,kalau macam ni sampai sepuluh tahun malu aku tak habis!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience