BAB 38

Romance Completed 68960

“asyikin,aku betul-betul minta maaf.Aku boleh jelaskan! “ Kata Azhani kepada Asyikin yang berpaling darinya.Saat ini Asyikin dan Azhani berada di belakang rumah.”Apa lagi yang kau nak jelaskan! Kau memang sengaja kan nak tipu aku dari awal.Kau sengaja nak bagi aku malu!”Marah Asyikin.Tidak sangka juga Syed Ariff pun turut berlakon di depannya.Sudahlah tadi dia sudah mahu men’tackle’ Syed Ariff.Mana aku nak letak muka aku yang pretty ni!

Azhani terkejut.Eh,minah ni nak marah aku plak. Patutnya aku la yang marah dia sebab kutuk aku tadi.Azhani mula geram.Az,bukan ke kita patut saling maaf-memaafkan.Walaupun,kau jugak ade buat dosa tadi tipu Asyikin.Kemudian Azhani menarik nafas sedalam-dalamnya.Nak layan minah yang bernama Asyikin ni perlukan iman yang banyak sikit.

“Ok,first sekali aku betul-betul nak minta maaf sebab tipu kau tadi.Itu memang salah aku.Tapi aku buat ni ada sebab.”

“Sebab apa lagi,kau memang nak kenakan aku kan!”Balas Asyikin.

“Boleh tak kau senyap untuk sesaat dan bagi aku jelaskan semuanya dulu!”Marah Azhani.

“Ok,Fine! Aku dengar sekarang.Cakapla,cakap!”Asyikin mula baran.

“Pasal aku nak kenakan kau tu semuanya betul.Tapi aku buat macam tu sebab aku geram dengan kau yang selalu hina aku.Aku tau balas dendam tu salah.Sebab tu la aku nak minta maaf sekarang.”Terang Azhani.

“Hina kau?Sejak bila aku hina kau ha,Az!”

Ya Allah,Asyikin ni mereng ke lupa?!

“Syikin,kau sedar tak kau baru hina aku tak sampai sejam lepas.Habis,yang kau cakap aku berkahwin dengan orang tua,aku ni ada standard rendah.Tu semua bukan hina la ye!”Marah Azhani.Geram betul dia dengan sikap Asyikin.Namun,apabila Azhani menyedari dia sudah mula meninggikan suara.Cepat-cepat dia beristifar supaya Allah meredakan kemarahan di hatinya.Kan betul aku cakap,layan minah ni memang kena ada iman kuat.Asyikin terkedu kemudian mula menyepi.

Ha,kenapa muka Asyikin macam tu? Ni mesti malu sebab mengaku dia bersalah ni kan.Secara tiba Asyikin memaling.”Kata dekat Mak Cik Yah aku balik dulu.”Kata Asyikin kemudian terus berlalu pergi.Eh?! Nak pergi mana lak ni minah ni?Bukan kita belum habis berbincang lagi ke? Muka Azhani mula berkerut.Dalam hatinya sudah mula merasa bersalah.Aku dah tersinggung kan dia sangat ke?Azhani melihat pemergian Asyikin dengan hati yang bingung.

Azhani mengambil pinggan dan meletakkanya di dalam singki untuk dibasuh selepas selesai bermakan malam bersama maknya dan Syed Ariff.Malam itu juga ada kejutan baru untuk Azhani kerana buat pertama kalinya dia melihat Syed Ariff memakai kain pelikat pada waktu maghrib.Pelik jugak aku tengok tiba-tiba mamat tu pakai kain pelikat?Lawak pun ada..hehe.Mungkin dia tengah dalam proses berubah kot.Tapi bila aku perhati lama-lama hati aku berdebar pulak.Ish,apa la kau ni Azhani.Dengan suami sendiri pun still berdebar ke!

Cepat-cepat Azhani menggeleng-gelengkan kepalanya.Macam-macam pulak yang dia fikir malam ni.”Ha,yang kamu geleng-geleng ni apasal? Dah mereng.” Sergah Mak Cik Yah di belakang Azhani.Fuh,mak aku ni pun satu suka buat aku terkejut.Aiishh..

“Mak ni,ada ke patut kata Az ni mereng..Az ok lagi la..” Muncung Azhani sambil membasuh pinggan.

“Eh,kalau orang waras,dia takkan cakap sorang-sorang pastu geleng-geleng tau.Mak tengok Az ni macam dah kritikal je.”Kata Mak Cik Yah.

“Ala mak ni,Az mana ada cakap sorang-sorang.geleng-geleng je.”Jawab Azhani.

“Mak cakap menjawab..anak yang bagusla tu namanya.”

Azhani mula tersengih-sengih.Selesai sahaja semua pinggan dibasuh.Dia mengelap tanganya dengan kain.”Mak,Ariff mana mak?”Soal Azhani.”Ariff kamu panggil suami kamu!Kamu kan suami isteri,patutnya Az kena panggil dia abang.Takkan la itu pun mak kena ajar.”Nasihat Mak Cik Yah.Azhani menampar-nampar mulutnya.Ish,macam mana la aku boleh lupa plak ni.Tu la,asyik berangan je.”ehehe..sorry mak.Az lupala..heh.Abang Ariff mana mak?”Soal Azhani sekali lagi.”Suami kamu tu tadi mak tengok lepas habis makan asyik terperuk je dalam bilik.Dia buat kerja la tu kut.”Kata Mak Cik Yah.”Eh.ye ke mak? Az nak masuk dulu dalam bilik ye mak.Nak check jap.”Kata Azhani.”Pergilah,mak pun nak tengok berita jap dekat tv.”Mak Cik Yah terus berlalu ke ruang tamu.Azhani terus berlalu ke hadapan bilik.Agak-agaknya apa la suami aku ni tengah buat.

Azhani memolos pintu daun dan menolak pintu perlahan-lahan.Kemudian dia memasuki bilik dan menutup pintu itu semula.Apabila berpaling kebelakang,Azhani bukan melihat Syed Ariff yang sedang membuat kerja.Tetapi dia melihat suaminya itu sedang berbaring santai di atas katil sambil bermain dengan PSP dengan memakai seluar boxer birunya paras lutut.Ambooii...Khusyuknya mamat ni main game,aku masuk pun tak perasan.Tengok gayanya sudah macam budah sekolah menengah.Azhani mendekati suaminya.

Ceh,tadi pakai pelikat,masuk bilik je terus pakai boxer.Ini tadi aku kata berubah? Memang silap.Haaiisshh,suami aku berlakon sopan depan mak je rupanya.Tak patut,tak patut......”Hai bang,mana hilangnya kain pelikat abang tu?”Perli Azhani.”Kain pelikat tu panas la.Tak nakla abang pakai.Pakai boxer ni lagi baguss.”Kata Syed Ariff masih tekun bermain game untuk kalahkan Big Boss.”Abang tak ada kerja ke? Selalunya dekat rumah sampai berjam-jam hadap laptop.Ni tiba-tiba main game ni apa kes?”Soal Azhani.”Ala,,alang-alang dekat kampung ni abang tak nak la bawak kerja abang dekat sini.Abang tak nakla setiap masa fikirkan kerja je.Nak hilangkan stress jugak..Aduuh,kena tembak pulak!”Keluh Syed Ariff.

Azhani mengeluh sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Hilangkan stress dengan main game memang tak masuk akal.Kalau dah lagu macam ni baik aku buat hal sendiri.Azhani menuju ke tingkap sambil membiarkan bayu angin menampar lembut pipinya.Dia teringatkan kembali peristiwa dia dengan Asyikin pada petang tadi.Dia mengeluh berat.Esok aku dah nak balik,macam mana lagi aku nak bincang hal ni dengan Asyikin.Kadang-kadang perangai dia memang la jengkel sikit dan melampau.Tapi aku dengan Asyikin sudah kenal hampir bertahun-tahun.Aku tak nakla bermusuh dengan dia sampai macam ni.Salah aku ke start semua ni?Macam nak pecah Azhani memikirkan masalah ini,Bingung betul!

Kemudian Azhani memalingkan wajahnya untuk melihat perlakuan Syed Ariff.Suaminya masih tekun bermain game PSP.Sekejap mengesot ke tepi,sekejap ke kanan.Best sangat ke main game tu?Tengok cara suaminya bermain game pun dah macam bukan gaya orang dewasa.Azhani memerhati lama.Entah kenapa geram pulak yang bertandang apabila melihat Syed Ariff tidak melayaninya sejak tadi.Naik pecah dia fikir masalah dia yang serabut tu,suami dia pulak tengah seronok main game.Mulut Azhani memuncung.

Azhani menghampiri Syed Ariff.”Aduuh,,kuat gila Big Boss ni!” Keluh Syed Ariff masih kuat menekan butang game.Terkejut Syed Ariff apabila Azhani merampas PSP itu dari tangannya.”Hei,abang lagi sikit nak menang tadi la..!”Marah Syed Ariff mendongak melihat Azhani yang berdiri.”Abang suka sangat main game kan dari tadi.Sekarang,biar Az pulak yang main!”Azhani tersenyum sinis.Muka Syed Ariff berkerut,keningnya terangkat.Apa kena dengan isteri aku ni? Azhani melabuhkan punggungnya sebelah Syed Ariff di birai katil.”Az,Az tau ke main game-game ni.Az kan perempuan.Mesti kalah punya la!”senyum Syed Ariff selamba.Sengaja ingin melihat reaksi isterinya.Ooo..Mamat ni cabar aku ye.Takpe,kita tengok siapa loser.Azhani tersenyum.”Tak apa.Abang tak tahu lagi kehebatan Az.Jangan surprise nanti.”Kata Azhani penuh makna.Syed Ariff mencebik.”Ok,kita tengok siapa yang akan terkejut nanti.”Balas Syed Ariff.

Azhani memulakan game di PSP.Pada mulanya Azhani agak tidak faham cara jalan cerita permainan tersebut..Syed Ariff pula hanya tersengih melihat perlakuan Azhani.Kemudian apabila berada di level 2,Azhani mula memahami corak permainan.Tidak sampai sesaat,Azhani merasa seronok bermain sehingga tersenyum riang.Syed Ariff pula mula naik takut melihat isterinya mula menekan kuat butang game dengan bersemangat.Amboi,gamatnya tercabut pulak semua butang game tu.Syed Ariff pula hanya memerhati Azhani bermain dengan seronok.Entah kenapa dia merasa tidak puas hati pula.Dia melihat skrin PSP.

Level 32?! Ini dah lebih dari aku ni!Syed Ariff mula rasa tewas.Lantas dia terus merampas PSP itu dari tangan Azhani pula.Azhani menunjukkan reaksi tidak puas hati.

“Apa ni bang!.Az baru tengah seronok main tadi.”Muncung mulut Azhani.

“Ah,abang tak kisah.Az main lambat sangat.Bosan betul abang tunggu.”Syed Ariff bagi alasan.Kemudian dia menekan ‘new game’.Hilang semua rekod pencapaian Azhani yang paling tinggi tadi.Azhani mencebik.

“Eleh,Az tau abang jeles.Sebab tu abang tak bagi Az main kan?”

“Mana ada la!”

“Habis kenapa tak bagi Az main?”Jawab Azhani.Syed Ariff mula buntu.

“Ok,kalau Az nak main sangat game tu mainla! Abang tak kisahla!” Syed Ariff mencampak PSP itu di atas katil kemudian mula mengeluarkan laptopnya.Ala-ala gaya ingin membuat kerja pejabat.

Azhani mencebik sekali lagi.Ceh,tak nak mengaku la tu.Lepas merajuk terus je nak buat kerja pejabat.Tadi tak nak buat!.Tanpa menunggu sesaat Azhani terus mencapai PSP itu di atas katil.Seronok pulak main game ni.Baru la dia tahu perasaan suaminya tadi.Azhani mengerling kepada suaminya sekali lagi.Nampak macam serius je mamat tu buat kerja.Azhani melihat suaminya pantas menaip komputer.Hmm,merajuk la tu.Ah,kejap lagi la aku pujuk dia.Nak main game dulu! Hehhe...Azhani terus tenggelam di alam maya.

Syed Ariff mula berasa tidak puas hati.Takkanla dia nak terus berlakon lakukan kerja pejabat,boleh bosan nanti!Dia mengerling melihat Azhani di birai katil.Seronok sangat dia lihat Azhani bermain sampai senyum ketelinga.Entah kenapa dia merasa jengkel melihat Azhani seronok bermain game sementara dia merajuk layan perasan sendiri.Ooo..Seronok sangat sampai lupa dekat aku dekat sini..Takpe,tengok la nanti!.Lantas Syed Ariff bingkas bangun.

Azhani yang khusyuk bermain tidak menyedari Syed Ariff yang menghampirinya.Tengokla tu,aku dekat dengan dia pun tak perasan! Membuak-buak perasaan Syed Ariff saat ini.”Haha..senangnye nak kalahkan boss dia.”Sengih Azhani.Syed Ariff makin geram.

Lantas,dia mengambil PSP itu daripada tangan isterinya dan menarik-narik pipi Azhani.

“Awwwww!!! Sakit! Lepaskan pipi Az!” Azhani menampar-nampar tangan suaminya.

“Ooo..Sakit.Tadi abang sakit hati tak perasan!”Geram Syed Ariff.

“Abang sakit hati lain,ni abang buat Az sakit real! Lepas lah bang.Merah dah pipi Az ni.”

Syed Ariff melepaskan pipi Isterinya perlahan-lahan sambil mencebik.Azhani pula mengurut-urut pipinya yang sakit kemerahan.Apa punya suami la! Merajuk punya pasal pipi aku pulak selalu jadi mangsa.Huhuh...sedih!

Lantas Azhani merenung tajam kearah Syed Ariff.Syed Ariff juga membalas renungan itu.”Abang ni kenapa? Tadi kata nak buat kerja,sekarang kacau Az main game pulak.Bagi balik PSP tu!” Azhani mencapai PSP di tangan Syed Ariff namun tidak Berjaya.Syed Ariff memanjangkan tanganya ke atas.”Bagila bang!” Geram Azhani.Tau aku pendek,sengaja angkat tangan tinggi-tinggi.

“Biar abang tanya Az sikit.Mana lagi penting,abang ke PSP?” Soal Syed Ariff.

Apa punya soalan tu?! Mestila suami aku lagi penting dari PSP.

“Ermm...Antara abang dengan PSP ek? Sekejap ek Az fikir.Az nak pilih abang ke PSP? Susah ni.”Azhani membuat gaya berkira-kira.Sengaja ingin melihat reaksi suaminya.Syed Ariff sudah menayangkan wajah geram.Tengok tu! Nak pilih aku pun susah ke,macam aku ni bukan orang terpenting dalam hidup minah ni! Gerutu hati Syed Ariff.

Azhani sudah tergelak di dalam hati apabila melihat reaksi tidak puas hati Syed Ariff.Best jugak kenakan mamat ni.

“Hey,susah sangat ke nak pilih sayang.Takkanla PSP tu lagi penting dari abang.”Syed Ariff mengangkat keningnya.

“Eh,susah nak pilih bang.PSP tu pun Az rasa macam lagi seronok je dari abang.”Senyum Azhani.Syed Ariff makin geram.

“Arrghh! Sudahlah,tak payah pilih! “

Bentak Syed Ariff kemudian mencampak PSP itu di atas karpet.Azhani terkejut.Fuhh,nasib baik karpet tu lembut,kalau tak.Dah berkecai PSP tu aku rasa.Lantas Syed Ariff menarik Azhani sehingga ke katil dan terus merebahkan badan mereka.Syed Ariff memeluk Azhani begitu erat membuatkan Azhani mula rasa sesak nafas.Azhani pelik.Aiikkk?Nak tidur dah ke?

“Abang ni kenapa tarik-tarik Az ni.Takkan nak tidur dah kot? Awal lagi ni.Ish,lemaslah Az abang peluk Az camni.Lepaslah”.

“Abang tak kisah.Abang malas dah nak gaduh dengan Az.So,baik kita tido.”Kata Syed Ariff dan menutup matanya.Azhani mengeluh.Boleh naik mati lemas aku kena peluk macam ni.Dia merenung wajah Syed Ariff lama.Ni mesti kes merajuk tak habis lagi.Apa la yang suami aku ni rajuk sangat? Mestila dia lagi penting dari game tu.Takleh jadi ni,aku kena lepaskan diri jugak.Kejap lagi cerita favourite aku dah nak start! Aduh,nak buat plan apa ye?

Syed Ariff terus menutup matanya untuk tidur.Kemudian dia dapat merasai jemari isterinya memegang pipinya.

“Apasal? Kan abang suruh tido tadi.”Kata Syed Ariff tanpa membuka matanya.

“Ermm,,Abang,bukakla mata tu sekejap.”Kata Azhani.

“Malas la.Abang nak tido.”

Azhani mengetap bibir.Ish! degil plak mamat ni.

“Ala,sekejap je.Tak sampai sesaat pun.”

“Tido jer la Az.”Syed Ariff masih berbasi basa.

Chuup! Suatu ciuman singgah di pipi Syed Ariff.Terkejut Syed Ariff dibuatnya terus dia membuka mata.

“Az sayang abang dari PSP.”Halus kedengaran suara Azhani di telinga Syed Ariff.Syed Ariff terpampan sambil memandang wajah isterinya.Nampak riak muka terkejut sekali.Azhani tersenyum di dalam hati.Heheh..

Badan Syed Ariff beku.Secara tiba,Azhani menggolekkan badanya ke bawah katil dan bangun lantas mencapai tombol pintu.”Maaf ye bang.Bukan Az tak nak tido dengan abang dulu.Tapi cerita favourite Az dah nak start la.Bye!”Sengih Azhani.Laju sahaja dia keluar daripada bilik.Mata Syed Ariff masih tidak berkelip.Masih terkejut dengan aksi pelik isterinya tadi.Kemudian dia tersenyum dan ketawa.Fine,kali ni Az terlepas dari abang.

Azhani tersengih-sengih sejak keluar daripada bilik tadi.Sudah dia agak Syed Ariff akan terkejut,itula masa yang dia gunakan untuk larikan diri.Aku memang bijak! Haha..

Syed Ariff menutup bonet kereta selepas selesai meletakkan barang dia dan Azhani di dalam kereta.”Az,cepatla! Abang tak nak sampai rumah malam nanti.”Jerit Syed Ariff.”Tunggu la sekejap,Az nak salam mak ni!”Jerit Azhani di tangga batu.”Cepat sikit!”Jerit Syed Ariff.Ish,tak sabar betul mamat ni.Rungut Azhani di dalam hati.

Lantas Azhani menyalam tangan dan pipi ibunya.”Mak,Az balik dulu ye.Nanti setiap bulan Az lawat mak.Kalau mak sakit ke atau apa-apa cepat call Az tau!”Pesan Azhani risau.”Iyerla,mak tahu.Az jangan risau mak sangat.Jaga suami Az tu elok-elok.”Senyum Mak Cik Yah.”Iyerla mak.Nak jaga abang Ariff tu susah sikit.Asyik makan je.Tapi tak gemuk-gemuk.Pelik betul.”Selamba Azhani.”Ish,tak baik tau cakap suami sendiri camtu.Dah,pergi masuk kereta.Mak tengok Ariff tu dah berpeluh betul dah tu.”

Azhani menganggukkan kepalanya.”Kalau ada apa-apa call Az tau.”Pesan lagi Azhani.Mak Cik Yah hanya menganggukkan kepala.Kemudian Azhani meluru masuk ke dalam kereta dan memakai tali pinggang keledar.”Abang ni Az nak cakap dengan mak pun suruh cepat.”Kata Azhani semasa Syed Ariff menghidupkan enjin kereta.”Abang cuma nak cepat sampai rumah je.Takut penat plak drive malam nanti.”Balas Syed Ariff.Azhani hanya mencebik.Tidak sempat Syed Ariff memulakan perjalanan Azhani menghalang.”Abang sekejap!”Jerit Azhani.Syed Ariff pelik.”Apasal ni?Az tertinggal barang ke?”Azhani hanya senyap dan memandang ke cermin.Dia dapat melihat susuk Asyikin yang sedang meluru lari kearah kereta Syed Ariff.Terus Azhani keluar daripada kereta.Muka Syed Ariff berkerut.

Asyikin termengah-mengah apabila mendapatkan Azhani yang baru keluar daripada kereta.Nasib baik sempat,fuh.”Asyikin?Kenapa kau datang ni?”Soal Azhani.Tidak menyangka dia yang Asyikin sanggup lari datang kerumahnya.Asyikin meredakan dulu nafasnya yang naik turun kemudian menegakkan badanya.Asyikin memandang Azhani.Seraya Syed Ariff pun turut keluar daripada kereta.

“Ariff.Saya nak cakap dengan isteri awak sekejap boleh tak.Sekejap je,tak sampai lima minit pun.”Terang Asyikin.Muka Azhani hanya berkerut.”Ok.Cepat sikit ye.”Balas Syed Ariff.Terus sahaja Asyikin menarik lengan Azhani.

“Apasal ni Asyikin?Kau nak cakap apa dengan aku ni?”Azhani makin tidak faham.Pasal semalam ke?

“Ok,aku nak buat benda ni cepat-cepat.So,first yang aku nak cakap ialah..”

“Ialah?”

“Ialah aku terima maaf kau dan aku pun nak minta maaf.Aku tau aku keterlaluan sangat and aku mengaku sebenarnya aku memang kutuk kau.”Kata Asyikin perlahan-lahan.Azhani tersenyum.Alhamdulillah,satu hal selesai!

“Tak apa.Pasal kau kutuk aku tu aku memang terasa but aku tak kisah sangat.Kau pun satu,jangan nak memandai kata aku ni standard rendah.”

“Well,kau memang nampak macam standard rendah.”Kata Asyikin selamba.Menjegil mata Azhani.Amboi,ini nak minta maaf ke atau nak start gaduh.

“Apa-apa jerlah.Asalkan kau terima maaf aku dan minta maaf pada aku.Aku puas hati.So,is this mean we friend?”Soal Azhani kekok.

“Kawan? Dengan kau? Itu takkan berlaku.”Senyum Asyikin.

“Yea.Aku pun rasa macam tu.So,kalau kita bukan kawan maksudnya kita ni musuh.”Kata Azhani kemudian menghulurkan tanganya.”Jadi,apa salahnya untuk musuh berjabat tangan.Kan?”Sambung Azhani.Asyikin tersenyum.Kemudian menghulurkan tanganya dan mereka berjabat tangan.

Pinn!! Bingit hon kereta Syed Ariff kedengaran.”Az,cepat sikit! Dah lambat ni!”Rungut Syed Ariff.Ish,mamat ni! Potong line betulla.”Ye! Az datang ni.”Jerit Azhani.

“Okla Az.Aku blah dulu.”Kata Asyikin dan terus melangkah.Azhani terkejut.Eh?Lajunya dia pergi.Lupa,bukan aku dengan dia musuh ke.Azhani pun memulakan langkahnya.

“Oh,lagi satu Az.”Sambung Asyikin.Azhani berpaling.

“Apa dia?”

“Kau memang musuh aku yang standard rendah.Tapi,mungkin kau jer la musuh yang aku ada.”Kata Asyikin kemudian berlalu pergi.Azhani menggaru tudungnya yang tidak gatal kemudian menjongketkan bahunya.Baik dia masuk dalam kereta cepat sebelum mamat tu meletup.

Dalam kereta semasa dalam perjalanan,Azhani tidak putus tersenyum.Rasa bagus bila sudah betulkan satu masalah.Walaupun dia dengan Asyikin musuh sekarang namun hubungan mereka bertambah baik.

“Hai sayang.Senyum-senyum tu kenapa?”Soal Syed Ariff.Riang pulak mood isterinya itu.

“Ermm...Tak ada apa-apa lah.”

“Teringatkan lelaki lain ek?”Duga Syed Ariff.

“Ngee...Mana ada la abang ni.Fokus je lah memandu tu.”

Syed Ariff mencebik kemudian menumpukan pemanduannya.Azhani hanya melemparkan pandanganya di luar tingkap.Kemudian dia merasai jemarinya disentuh.Dia melihat wajah Syed Ariff.Suaminya tersenyum.Muka Azhani mula berkerut.

“Abang gembira Az dah settlekan masalah Az.”

“Eh?Macam mana abang tau?!”

“Dear,you’r face say everything.”

Kemudian Azhani hanya menganggukkan kepalanya.Dia tersenyum lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience