BAB 42

Romance Completed 68960

Azhani tersenyum puas setelah melihat sekeliling rumah itu.Ternyata rumah sewa yang dibayarnya cantik juga.Tandas pun nampak besih dan berkilat.Dindingnya pula diwarnakan dengan warna hijau krim yang menampakkan suasana yang lembut.Katil,almari,televisyen,perabot semua ada.Memang lengkaplah!.

“So,macam mana.Kau suka tak rumah ni.”Kata Asyikin yang menyilangkan tanganya.Kini,Asyikin hanya memakai baju t-shirt biasa dan seluar.Maklumlah,rumah sewa ini rumah sewa Asyikin juga dan serangkap ‘roomate’ Azhani.

“Suka.Suka sangat!.Aku rasa memang selesalah kalau aku tinggal di sini.”Senyum Azhani.

“Well,kau tengoklah anak dara mana yang jaga rumah ni.”Asyikin membanggakan dirinya sambil tersenyum lebar.

“Hmmm..First-first aku masuk rumah ni aku ingat rumah ni mesti bersepah.Tapi tak sangka pandai jugak kau jaga rumah yerw.Aku suka warna dindingnya.”Puji Azhani.Asyikin pula tersenyum senang.

“Tapi,rumah ni memang tak ada bilik dekat bawah ke?Bilik lain takkan tak ada?”Soal Azhani.

“Dekat tingkat atas cuma ada dua je bilik.Dekat bawah ni plak ada bilik,tapi stor la.Kalau kau nak tidur dekat stor,aku sudi tengok kau angkat katil dari tingkat atas hingga ke stor.”Perli Asyikin.

“Kau ni,aku serius ni! Takkan tak ada bilik lain?”Kata Azhani.

“Tak ada la mak cik.Macam yang kau nampak,ada satu je dekat bilik bawah itupun dijadikan stor.Ala,duduk jer la dekat dalam bilik sebelah aku tu.Itu pun susah ke.”Kata Asyikin.

Bagi kau memangla tak susah.Bagi aku susah nak sorokkan rahsia ni dari kau tau tak!.Keluh hati Azhani.Kalau sudah tak ada bilik,dia tiada pilihan lain.

“Bila kau nak pindahkan barang kau dekat rumah ni nanti?”Soal Asyikin.

“Esok aku pindahkan barang aku.Walaupun aku free jerr esok.”

Kemudian Asyikin mengeluarkan kunci daripada koceknya dan memberikan kepada Azhani.

“Nah,esok aku kerja.So,aku bagi kunci dekat kau dulu.Tuan rumah kata nanti dia buat kunci pendua,so sementara tu kau share la kunci tu dengan aku.”

Azhani tersenyum

“Thanks..”

“Mak Cik Yah tak datang hari ni?”

“Tak.Mak aku kata dia sibuk sikit dengan persatuan kampung dekat sana.Jadi minggu depan la dia nak lawat rumah sewa ni.”

Asyikin hanya membuat mulut berbentuk’O’.Sementara itu Azhani mundar-mandir meninjau segenap rumah itu.Harap-harap dapatla aku buat hidup baru dengan perkara baru.Sekaligus dapat melupakan Syed Ariff sementara yang meninggalkan aku.Bisik hati Azhani.

Kemudian, sesuatu membuatkan lamunanya terhenti.Pantas dia melihat jam tangannya.

“Eh? Aku kena pergi pasar lepas ni! Adoi,macam mana boleh lupa.Syikin,aku balik dulu ye.Esok aku datang balik!” Kata Azhani kemudian menyandang begnya.

“Kau nak beli apa dekat pasar?”Soal Asyikin.

Ish,banyak tanya betul la dia ni.

“Mak aku suruh aku beli buah pagi tadi.Aku terlupa sebab nak singgah dekat rumah ni.Aku pergi dulu ye.Bye!”

Azhani bergegas keluar daripada rumah sewa itu dan menaiki keretanya.Dari luar dia dapat melihat Asyikin melambaikan tanganya dan mengunci grill.Azhani tersenyum dan keretanya terus keluar daripada perkarangan rumah itu.

Selesai membeli barang,Azhani singgah di masjid Al-furqan yang berdekatan dengan kawasan perumahan.Sewaktu membeli barang,mujur Azhani sedar dia sudah terlewat untuk menunaikan solat Asar.Cepat-cepat dia mencari surau yang berdekatan.Lega hatinya apabila menjumpai masjid berhampiran.

Selesai mengambil wuduk,dia menunaikan dulu solat tahiyatul Masjidkemudian baru menunaikan solat Asar.Seperti biasa,selepas solat dia berzikir dan bertahmid kepada Allah dan Rasulnya yang tercinta.Sungguh khusyuk dia memuji nama Allah yang mendekatkan dirinya kepada tuhan yang esa.Kemudian,dia berdoa dan mengadu segala yang tersimpan di dalam hatinya kepada Sang Pencipta.Itulah sahaja ketenangan yang dia perolehi jika mendoa kepada-Nya.Kata orang,doa adalah senjata kepada orang muslim.

Azhani menghembus nafas lega,lalu dia bangun dan menanggalkan kain serta melipat telekungnya dengan kemas.Ketika hendak meletakkan telekung itu di dalam almari surau,Azhani terlihat sekumpulan wanita duduk membuat bulatan seperti ada ceramah atau tazkirah.Terdapat seorang wanita yang kelihatan alim di tengah-tengah mereka.

Ceramah ke? Hati Azhani berbisik.Dia cuba mendekati kumpulan wanita itu.Tidak mahu disedari,Azhani duduk di belakang sekali namun masih dapat mendengar apa yang mereka bualkan.

“Ustazah,adakah islam tidak benarkan ruang langsung untuk cinta?Mengapa walaupun kita melihat mata lelaki lebih 3 saat dikira zina mata?”

Seorang gadis berukuran remaja memberanikan dirinya untuk bertanya soalan kepada ustazah itu.Semua mata kini tertumpu pada wanita yang duduk di tengah mereka yang digelar ustazah.Wanita yang warak itu dengan tenang dan memandang gadis remaja itu yang duduk sedikit ke belakang.Ustazah itu tersenyum kemudian membuka mulutnya.

“Tidak,naluri adalah sebahagian daripada sifat kesempurnaan manusia.Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki adalah fitrah suci manusia.Kalau naluri itu tidak ada pada manusia,itu tidak normal namanya.Islam bukan hendak suruh kita membunuh naluri cinta itu seperti paderi atau sami yang tidak boleh berkahwin.Jangan hapuskan naluri itu dan janganlah pula kita membohong diri sendiri.” Hurai ustazah itu.

“Jadi,bagaimana dengan ruang cinta ustazah?”Soal gadis remaja itu.

“Itu adalah fitrah.Bukanlah salah atau dosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.Cuma kawal diri itu supaya patuh kepada perintah Allah.Allah ciptakan kita semua sebagai manusia,dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu manusia.”

Gadis remaja itu menganggukkan kepalanya seperti mengerti apa yang diperkatakan.Kemudian,seorang wanita berumur-20 an pula mengangkat tanganya untuk bertanyakan soalan.Ustazah itu hanya senyum mempersilakan.

“Jadi ustazah,bagaimana pula kita hendak bercinta secara islam?Tentu ada caranya.”Soal wanita itu.

“Cinta dalam islam hanya satu,iaitu perkahwinan.Cinta selepas perkahwinan adalah satu cinta yang suci dan diredai Allah.Itulah juga cinta qudus,cinta yang bermaruah.Cinta itu tidak setanding seperti cinta jalanan dan murahan.Ia terlalu mulia.Sabda Rasulullah’Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.’ “Kata ustazah itu.

Entah mengapa kata-kata itu membuatkan Azhani tersenyum.Dia bersyukur kerana Allah menentukan dia dan Syed Ariff saling menyukai selepas perkahwinan mereka sehingga cinta mereka melestari.

“Ustazah.Ermm,boleh tak kalau saya bertanya tentang soalan lain pula?” Tanya wanita yang berumur-20 an itu lagi.

“Silakan.”Kata ustazah itu.

“Bagaimanakan pula keadaan wanita selepas berkahwin.Bagaimanakah patut seorang isteri melayan suami dan apakah hukumnya.Saya ingin mengetahuinya.”

“Keadaan bagi seorang isteri selepas berkahwin adalah isteri pembimbing dan tulang belakang bagi seorang suami.Untuk mentaati suami adalah wajib hukumnya dan amat dititikberatkan bagi wanita.Ini kerana,hanya isteri sahaja yang mampu memuaskan niat seorang suami.Isteri dan suami amat memerlukan antara satu sama lain.Wanita memerlukan lelaki,dan lelaki juga begitu.Maka,lengkaplah kehidupan ini.”

“Jadi,maksud ustazah wanita hanya perlu menturuti sahaja semua perintah suami tanpa protes walaupun sedikit bantahan.”Tanya wanita itu dengan wajah kebingungan.

“Ya,dan itu adalah wajib selagi perintah seorang suami tidak melanggar hukum-hukum syariat islam.Islam juga amat mengambil berat tentang hak seorang wanita.Cuma,kita juga perlulah menjadi seorang isteri yang terbaik untuk suami.Dengan melanggar perintah suami,itu adalah dosa terbesar yang Allah akan berikan kepada kita.Malah,keluar daripada rumah tanpa izin suami juga dikira satu dosa yang besar.”Terang Ustazah itu dengan tekun.

Semua wanita itu mula memahami apa yang dibincangkan.Tetapi tidak pada Azhani,entah mengapa hatinya terasa seperti disusuk dengan kata-kata ustazah itu.Seperti kata itu untuk dirnya.Azhani mula mengimbau waktu semasa dia meninggalkan rumah Syed Ariff tanpa izinya kerana Syed Ariff keluar bersama Melena.Ya Allah,ampunkanlah dosa hamba mu ini,terlalu banyak dosa ku hingga tidak tertanggung hati ini.Namun,kenapa aku masih begini?Azhani merasa sebak di dalam hati.Dia ingin sahaja mengucup tangan Syed Ariff dan memohon ampun.Tetapi bagaimana? Syed Ariff juga sedang menjauhkan diri kepadanya.Bagaimana dia hendak menjadi seorang isteri solehah?

Kemudian Azhani melihat jam tanganya.Jarum jam menunjukkan pukul 5.38 petang.Dah lewat ni.Baik aku balik,nanti mak risau pulak.Kata hatinya.Bingkas Azhani bangkit kemudian menuju keluar daripada rumah Allah yang mulia itu dengan niat kembali lagi.

Seminggu kemudian...

Azhani merenung jam dinding di biliknya.Kini,sudah hampir satu jam dia memegang surat khabar itu sehingga renyuk jadinya.Matanya kembali meniti setiap perkataan cetakan di surat khabar itu.Aduuh,takkan tak ada kerja yang sesuai.Azhani menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Naik serabut otak dia begini.

Sudah hampir seminggu Azhani pindah dan tinggal serumah dengan Asyikin di dalam rumah sewanya yang baru.Kini,cuma ada satu sahaja masalah yang menimpa hidupnya.Pekerjaan!

Ya,Azhani amat memerlukan pekerjaan.Baru dia tersedar,takkan la dia hendak menganggur sahaja hidupnya macam ni.Itu tidak boleh jadi! Aku kena cari pengalaman baru.Tidak kisahla kerja apa-apa pun.Asalkan halal dan sah dalam islam.

Argghh! Azhani keluh dalam hati.Kenapala semua kerja dalam suratkhabar ni tak sesuai dengan aku.Takkanla aku nak kerja dekat syarikat Mazlan Holding semula?Itu takkan berlaku.Selepas Melena tahu aku isteri Syed Ariff.Aku dah dapat agak apa yang akan berlaku dalam ofis nanti.Takkan!

Sudah mengalah meneliti surat khabar itu.Azhani bangun dan membenamkan dirinya di atas katil.Ya Allah,apa la kerja yang aku nak buat ni?.Rintih hatinya.

Ketukan di pintu mematikan kata hatinya.Dia bangkit dengan gaya malas dan membuka pintu.Wajah Asyikin dengan membawa mug tampil dihadapan Azhani.

“Kau nak apa ni?” Soal Azhani.

“Aku bukan nak apa-apa la.Ni,dari tadi aku tengok kau terperap dalam bilik.Kau tak nak makan ke?” Soal Asyikin.Azhani melihat tuala masih dililit di atas kepala rambut Asyikin. Baru selesai mandi kot minah ni.

“Aku rasa aku tak nak makan la.Kau habiskan la semua lauk tu.”

“Hello,aku ni seorang yang jaga badan tau.I cannot eat at night.So,kau kena makan jugak.Habis,siapa yang nak habiskan semua lauk tu.”Leter Asyikin.

“Alaa,kau simpan je la lauk tu dalam microwave.Pagi nanti aku makan.”Azhani memuncungkan bibirnya.

“Iyerlah..Yang kau ni,buat apa dalam bilik lama-lama.Kau tengok video tak elok ek?”Asyikin meneka.

“Ish,kau ni memang suka cakap tanpa berfikir ek.Aku tak buatla benda-benda macam tu.Kau ingat umur aku ni berapa?! Aku tengah sibuk cari kerja dekat suratkhabar la.”Kata Azhani.

“Cari kerja? Bukan dulu kau kerja dekat syarikat..apa ye? Shazlan Holding ek?”

“Mazlan Holding lah sayang..Bukan Shazlan.”

“Whateverla..So,apasal kau nak cari kerja?”

“Haih,kau ni memang banyak tanya kan.Aku dah berhenti kerja dekat sanala.Itula nak cari kerja baru ni.”Kata Azhani masih dengan gaya malas.

“Oh,ya! Bila kau cakap pasal kerja.Baru aku teringat sesuatu.Ada satu kedai ni kan,dekat sebelah tempat kerja aku,dia tengah cari seorang pekerja.Aku rasa sesuai dengan kau Az.”

Mata Azhani bersinar mendengar kata Asyikin.

“Dekat mana tu?! Kerja apa?”

“Well,kedai tu sebenarnya kedai florist.Diorang cari pekerja tambahan untuk cashier dengan orang untuk jaga bunga.Kau nak kerja dekat situ ke? Gaji dia bolehla.”

Azhani memegang lengan Asyikin dengan gembira.Nasib baik tidak tertumpah air kopi di dalamnya.

“Aku nak! Nak sangat!.Asyikin kau kena bawak aku pergi tempat tu esok.Janji!”

“Ok,fine! Aku janji.Stop pegang tangan aku boleh tak.Karang tertumpah kopi ni siapa nak buat ha?”

“Ehehe..sorry.Terlebih ecxited pulak..heh.”Azhani tersenyum sumbing.

Asyikin hanya mencebik.

“Apa-apa pun thanks yer Asyikin.Tak sangka rezeki pekerjaan aku boleh datang dari kau.”Senyum Azhani.

“I take that as a compliment.Well,aku memang bijak.Dah,sekarang aku nak pergi tengok drama.”Asyikin berlalu dan duduk di sofa.Azhani menutup pintu dan tersenyum lebar.Alhamdulillah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience