BAB 52

Romance Completed 68960

“Sial kau Firdaus!” Itulah perkataan pertama yang keluar daripada mulut Syed Ariff apabila menterjah masuk ke dalam bilik Azhani.Hatinya membara melihat perlakuan kawanya kepada Azhani.Syed Ariff laju meluru kearah Firdaus lalu mengenggam kolar lelaki itu dengan kasar.

“Bro ,aku tak...”

Tidak sempat Firdaus berkata,satu tumbukan kuat dilepaskan oleh Syed Ariff membuatkan Firdaus jatuh terdorong ke lantai.Azhani yang melihat masih kaku di katil dan tidak berganjak.Badanya masih bergetar dan Azhani masih terkejut dengan apa yang berlaku.

“Aku nak kau keluar daripada rumah aku sekarang!” Jerit Syed Ariff.

“Wei,masalahnya dia yang goda aku dulu tau tak!” Marah Firdaus lalu bangun mengesat darah di bibirnya.Geram Syed Ariff mendengar perkataan itu.

“Aku tak kira,yang penting mulai daripada sekarang kau bukan kawan aku lagi.Keluar atau lagi teruk kau kena dengan aku!” Marah Syed Ariff memandang tepat anak mata Firdaus.

Firdaus tergelak kemudian memandang kembalik wajah rakanya.

“Huh.Perempuan macam tu pun aku boleh dapat sendiri la!” Gertak Firdaus kemudian laju keluar daripada bilik itu.

Syed Ariff meraupkan mukanya.Dia tidak menyangka Firdaus yang dia kenali selama ini akan membuat perkara begitu pada Azhani.Melihat situasi mereka tadi itu pun sudah membara kan amarahnya.Tak guna kau Firdaus!

Mata Syed Ariff dilirikkan pada Azhani.Dia seakan-akan terlupa Azhani juga berada di dalam bilik itu.Amarahnya terlalu menguasai diri pada saat itu.Syed Ariff mendekati birai katil.

“Kau ok ke?” Soal Syed Ariff.

Azhani yang menunduk hanya menggelengkan kepalanya.

“Dia sempat buat apa-apa dekat kau?”

Sekali lagi Azhani hanya menggeleng.Wajah Syed Ariff berkerut.

“Cuba cakap sesuatu?Kau betul-betul ok ke ni?”

Syed Ariff memegang bahu gadis itu.Terkejut hatinya apabila mendapati tubuh Azhani masih mengigil.

“Macam mana saya nak ok?! Saya takut sangat tadi.Saya takut sebab kawan awak tu buat saya macam tu.Saya takut bila fikirkan awak tak selamatkan saya tadi.Memang tipulah kalau saya kata saya tak takut!”Jerit Azhani dengan nada teresak-esak.Dia sudah tidak dapat menahan sebak dan kemarahan di dada.

Syed Ariff melepaskan keluhan.Dia merasa bersalah.Aku tak patut bagi lelaki keji tu masuk rumah aku tadi.Dengan perlahan-lahan dia menarik Azhani ke dalam pelukanya.Azhani yang menangis tersedu-sedan terkejut dengan perlakuan Syed Ariff.

“Apa yang ...”

“Senyap je la.Aku dah ada dekat sini.Kau tak perlu takut lagi.” Kata Syed Ariff.

Azhani tidak tahu untuk berkata apa,hanya tangisan esakan yang dilepaskan.Syed Ariff tidak kisah berapa lama dia harus begini,asalkan dia dapat mententeramkan semula hati Azhani yang takut.

“Az,aku minta maaf sebab marahkan kau tadi....”

Kata Syed Ariff diantara dengar dan tidak dengar.

Syed Ariff membuka matanya perlahan-lahan.Aku tertidur ke? Dia cuba mengangkat tubuhnya namun seperti ada sesuatu yang memeluknya.Syed Ariff terkejut melihat Azhani tidur di sisinya sambil mengenggam kuat bajunya.Azhani? Aku tertidur dekat bilik dia ke tadi?

Syed Ariff mengalihkan jari Azhani perlahan-lahan kemudian menegakkan badan.Dia merenung wajah Azhani yang tidur lena.Nampaknya lepas kejadian tadi aku dengan dia terus tertidur.Syed Ariff menyisir perlahan-lahan rambut Azhani yang menutupi wajah gadis itu.Dia meneliti lama cara gadis itu tidur dengan nyenyak.Satu senyuman terbit dari bibirnya.Comelnya.

Kemudian,imej Firdaus terlayar sekilas dalam akalnya.Kalau aku nampak makhluk keji tu lagi,tahu la apa yang aku nak buat.Hati Syed Ariff marah.Dia mula bersalah memarahi Azhani tadi.Melihat Azhani menangis di pangkuanya,baru dia tersedar yang selama ni Azhani juga wanita yang mempunyai perasaan dan emosi.Kejam sangat ke aku pada dia selama ni?

Syed Ariff merenung lama lagi wajah itu.Entah mengapa hadir rasa ingin menyentuh wajah gadis itu.Ish,apa yang aku fikir ni? Tapi aku ni kan suami dia,jadi tak salah kan? Syed Ariff mula mendekatkan wajahnya perlahan-lahan.Dekat sehingga dia dapat mendengar deru nafas gadis itu.

Azhani yang merasa sesuatu mula mengerutkan wajahnya dan membuka mata perlahan-lahan.Laju sahaja Syed Ariff menarik mukanya kembali dan berdiri tegak semula.Fuh,nasib baik dia tak nampak.Azhani yang baru tersedar turut bangun.Dia memandang sekelilingnya.

Eh? Kenapa Syed Ariff ada dalam bilik aku.Azhani merenung lama wajah suaminya.Lelaki itu merasa pelik.

“Kau ni kenapa pandang aku macam tu?” Soal Syed Ariff.

Azhani menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal.

“Bukan,saya cuma pelik.Macam mana awak boleh tidur dekat atas katil saya pulak ni?” Soal Azhani dengan bingung.Dia cuba mengingati balik ingatanya.Hei,kalau baru bangun tidur macam ni,memang otak aku ‘loading’ lambat gila.

Syed Ariff ketawa kecil.Minah ni memang dasar pelupa!

“Kau ni memang lembap ek.Takkan kau tak ingat apa yang terjadi tadi.” Soal Syed Ariff sambil tersenyum.

“Memangla saya ingat apa yang kawan awak nak buat dekat saya tadi.Ingat sangat! Tapi yang saya tak faham macam mana awak boleh tertidur dekat sini?”

“Kau kata aku yang tertidur? Ok,meh sini aku bagitahu kau sesuatu.Kau rasa siapa la minah yang peluk aku sambil menangis tak berhenti sampai tertidur.Hmm?” Kening Syed Ariff terangkat.

“Ha?”

Azhani ‘blur’ seketika.Kemudian perkara tadi mula terbit dalam fikiranya.Dia teringat dia memeluk Syed Ariff sampai tertidur.Ya Allah,malunya! Muka Azhani sudah merah secara automatik.Aduh,kenapa la perangai aku macam tu tadi!

“Macam mana,dah ingat?” Syed Ariff tersenyum sinis.

“Err..Tak! Saya tak ingat langsung!”Pantas Azhani menggeleng dan menyorokkan separuh mukanya ke dalam selimut.Aduh,malu gila kut.

Syed Ariff ketawa.Di matanya Azhani memang manusia yang tidak reti menipu.

“Aku tau kau ingat.Kau nak sangat peluk aku tadi kan,meh la sini.” Sakat Syed Ariff sambil menepuk-nepuk dada bidangya.Lalu dia ketawa.

Azhani mencebik.Nampak gaya lelaki itu sudah suka mengenakanya.

“Perasan! Peluk abang bukanya best sangat pun!” Balas Azhani.

“Kata tak best,tapi yang kau peluk aku macam tak nak lepas tu apa kes.”Ungkit Syed Ariff lagi.

“Ieee,berhenti cakap pasal benda tu boleh tak!” Geram Azhani.Walhal,mukanya telah tebal dengan malu.

Syed Ariff ketawa lagi lalu bangkit daripada birai katil.

“Errm.Apa-apa pun,terima kasih sebab selamatkan Az tadi.” Ucap Azhani perlahan-lahan.Dia tersedar dia terlupa untuk mengucapkan perkataan itu kepada Syed Ariff.

“Tak payah terima kasih.Salah aku pun sebab bawak dia masuk rumah ni.Tapi satu je aku tak puas hati dengan kau,kau ni kalau tidur memang tak reti tutup pintu ek.Lain kali alert sikit! Kalau jadi macam ni kan dah susah.Kau tu dah la perempuan.”Syed Ariff tidak berhenti bercakap.

Ieee,membebel pulak mamat ni.Aku tahu la salah aku,tapi dia pun salah jugak! Siapa suruh buat aku menangis tengahari tadi sampai aku tidur lupa nak tutup pintu.Tengok,kebanyakanya adalah salah mamat ni.Huh!

“Az tahu la salah Az sebab lupa nak kunci pintu.Tapi time tu Az penat sangat,mana ada masa nak fikir semua tu.Abang pun lagi satu,kalau ajak kawan tu inform la dekat Az dulu.”Balas Azhani.

“Ha,menjawab!” Geram Syed Ariff.Aku kata sikit,dia balas banyak.Banyak mulut betul perempuan zaman sekarang.

Azhani kekal dengan riak selamba.

“Lagi satu,Az betul-betul nak nasihatkan abang.” Kata Azhani.

“Kau nak nasihatkan aku?” Syed Ariff seperti tidak percaya.

“Boleh tak kalau abang pilih kawan yang baik sikit.Ini kawan macam lelaki tadi,bahaya betul! Entah-entah perangai pun nak hampir sama.”Ucap Azhani perlahan.Membuntang mata Syed Ariff mendengar.Amboi,minah ni siap sama kan aku dengan mamat keji tadi apa hal! Dia lupa agaknya siapa yang selamatkan dia tadi.

“Hei,kau ni memang tak sayang mulutkan.Aku kawan dengan dia tak hampir setahun pun,mana lah aku tahu perangai dia macam tu.”Gerutu Syed Ariff.

“Iyalah tu...”Tutur Azhani perlahan.

Terus sahaja Syed Ariff merenung tajam.

“Dah,bangun cepat!” Arah Syed Ariff lalu menarik selimut daripada tangan Azhani.

“Nak buat apa?” Soal Azhani bingung.

“Tadi kita tertidur lama gila tahu tak.Lepas maghrib ni aku nak kau ikut aku pergi pasar raya.Rumah kita ni dahla tak ada makanan,kau nak aku kebulur sampai bila ha.”

“Bukan awak kata saya buat hal saya,awak pulak buat hal....”

“Ah,aku tak kira! Lepas maghrib ni aku nak kau bersiap.Ke,kau nak aku yang siapkan kau.”Syed Ariff tersenyum nakal kemudian menghampiri Azhani.

“Ieee,Az boleh siap sendiri la,gatal!”

Syed Ariff ketawa kemudian keluar daripada bilik itu.Azhani mencebik dan satu senyuman terbit dari bibirnya.Ya Allah,aku bersyukur kerana kau selamatkan aku pada saat genting tadi.Azhani mengucapkan syukur kepada tuhan,sekali lagi dia diselamatkan daripada bala.Hanya kepada Allah mengucapkan syukur.

Lantas mata Azhani menoleh pada jam loceng di sebelah katilnya.Dah pukul 6.57! Lama jugak kitaorang tertidur tadi.Kemudian peristiwa dia memeluk dan tertidur di pangkuan Syed Ariff terlayar kembali di ingatan.Wajah Azhani sudah merah padam.Arrggh! Tak nak ingat lagi lah benda tu.Baik aku ambil whuduk cepat,nanti mamat tu bising lagi.

Rungut Azhani kemudian bangun daripada birai katil.Dia melipat selimutnya kembali.Dalam hati,entah mengapa Azhani rasa gembira.Kini,dia dan Syed Ariff seperti sudah mengenali antara satu sama lain.Azhani tersengih panjang.Aduh,aku berangan lagi.Laju sahaja Azhani memasuki bilik air untuk mengambil whuduk.

Azhani bergegas turun ke tangga menuju ke pintu rumah dengan terkocoh-kocoh.

“Cepatlah,kau dah siap ke belum!” Jerit Syed Ariff di tepi kereta.

Ish,mamat ni tak tau sabar betul lah! Gerutu Azhani.

“Az dah siap lah ni.”

“Kunci pintu sekali.Lain kali siap tu jangan lambat sangat.”Arah Syed Ariff lalu memasuki badanya ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.

Azhani mengunci mangga dengan mulut terkumat-kamit.Aku lambat sikit pun nak bising,itu pun sebab aku selalu solat lambat.Entah-entah dia tak solat Maghrib pun tadi.Huh! Selesai mengunci grill,laju sahaja Azhani membuka pintu dan kereta Syed Ariff keluar daripada perkarangan rumah.Azhani melihat jam tanganya.Jarum jam menunjukkan pukul 8.00 malam.Awal lagi sebenarnya.

“So,kita nak pergi beli barang dekat mana?” Soal Syed Ariff yang masih fokus memandu.

“Dekat Tesco je lah.Dekat sikit dari sini.”

“Kau dah list kan barang apa yang tak ada?”

“Tak payah nak buat list.Rumah kita tu memang tak ada makanan.”Jawab Azhani dengan selamba.Syed Ariff hanya mengangguk kemudian membelokkan keretanya ke kanan.

Selepas mengambil troli,Azhani terus menolak troli itu ke bahagian makanan.Dia mengambil roti,beberapa paket makanan dan juga tak ketinggalan satu bungkus Maggie kari kesukaan Syed Ariff.Terkejut Azhani apabila Syed Ariff memasukkan satu lagi bungkus Maggie ke dalam troli itu.

“Kenapa abang nak ambil Maggie ni banyak-banyak?” Soal Azhani.

“Apasal? Salah ke kalau aku ambil banyak?”

“Bukan salah,tapi Maggie ni tak berkhasiat sangat kalau makan selalu.Ambil satu bungkus pun dah cukup.”

“Aku ambil banyak-banyak ni sebab kau tau tak.Siapa suruh habiskan Maggie aku.”Jawab Syed Ariff lalu terus menuju ke hadapan.

Sabar Azhani,sabar.Perangai mamat ni memang dari dulu macam ni.Dengan geram Azhani menolak trolinya ke hadapan.

“Az,aku nak pergi dekat bahagian snek sekejap.”Kata Syed Ariff.

“Ok,nanti abang cari je Az dekat bahagian makanan basah.”Balas Azhani lalu Syed Ariff terus pergi ke bahagian snek.

Sampai sahaja di bahagian makanan basah,kedinginan makanan berbeku dapat dirasai oleh Azhani sehingga ke kulit.Sejuknya,kenapa la aku tak pakai ‘cardigan’ je tadi.Bisik hati Azhani.Dia perlu mengambil satu French fries,nugget,fishball dan hotdog.

Baru sahaja tanganya ingin mencapai French fries,satu tangan telah mengambil bungkusan itu terlebih dahulu.Lantas Azhani mendongak melihat pemilik tangan itu.

“Harris?!” Kata Azhani dengan tidak percaya melihat pemuda yang memegang French fries itu.

“Azhani?” Harris juga mempamerkan reaksi sama.

“Ya Allah,dah lamanya saya tak jumpa dengan awak.Kebetulan pulak jumpa dekat sini.”Kata Azhani dengan gembira.Dapat dia menangkap beberapa perubahan ketara pada wajah lelaki itu.Harris hanya tersenyum.

“Saya pun tak sangka.Ingatkan kita takkan berjumpa lagi.Azhani dengan suami macam mana sekarang?”

Aku dengan Syed Ariff? Nak kata baik tak jugak,nak kata teruk pun tak jugak.Haih,nak jawab apa ye?

“Azhani dengan Ariff ok je sekarang.Harris pulak,macam mana?” Soal Azhani cuba untuk menukar topik tentang dirinya.

“Saya Alhamdulillah ok je,sekarang ni saya dah....”

Tidak sempat Harris berkata,satu suara menyapa mereka daripada belakang.

“Abang,mira dah jumpa roti yang abang nak.”Seorang gadis yang berukuran 20-an datang meluru kearah Harris dengan senyuman manis.Muka Azhani berkerut.siapa perempuan ni?

“Dah jumpa?Pandai Mira cari.” Balas Harris.

Dapat Azhani melihat terpancar kemesraan pada wajah Harris.Mungkinkah perempuan ni....

“Oh,lupa pulak.Mira kenalkan ni kawan abang Azhani.Azhani,ni isteri saya,Amira.”Kata Harris.Amira memandang Azhani dengan senyuman di bibir.

“Selamat berkenalan,saya Amira.” Kata Amira menghulurkan tangan.

Azhani terkejut.Harris dah berkahwin?! Ya Allah,tak sangkanya.Isteri dia pun nampak seperti lemah lembut.Lantas Azhani menyambut huluran tangan itu.

“Ya Allah Harris,saya tak sangka awak dah kahwin?Bila korang adakan majlis?” Balas Azhani dengan teruja.

Amira hanya tersipu-sipu malu memandang suaminya.

“Boleh dikatakan bulan lepas jugaklah.Maaf ye saya tak jemput awak,sebab keluarga kami buat kecil-kecilan je.” Mohon Harris.

“Eh,tak apa.Saya tak kisah.Sekarang ni saya betul-betul gembira dapat tengok awak bahagia dengan isteri awak.”Balas Azhani

Harris dan Amira hanya membalas dengan senyuman ikhlas.Dalam hati,Azhani bersyukur akhirnya Harris dapat mencari juga jodoh yang ditetapkan olehnya.Tercalit sedikit rasa cemburu melihat kemesraan diantara mereka berdua.Kalau nak dibandingkan kemesraan aku dengan Syed Ariff.Memang macam langit dengan bumi.Keluh Azhani dalam hati.

“Azhani,datang sini seorang diri ke?” Soal Amira.

“Oh,tak.Saya datang sini dengan suami saya,dia pergi bahagian lain sekejap.”

“Dah lama jugak saya tak nampak suami awak,Az.”Sambung Harris.

Azhani hanya mempamerkan senyuman.Dia teringat kembali pertemuan diantara Syed Ariff dan Harris yang tidak berapa senang dengan diri masing-masing.Waktu itu pun Syed Ariff siap bagi amaran pada Harris.Haih,malunya aku dengan Harris sekarang.

“Sekarang awak tak bekerja ke Az?”Soal Harris.

“Eh,saya masih bekerja.Tapi bekerja dekat kedai bunga je la.Tak berapa sangat pun.”Senyum Azhani.

“Oklah tu,saya pun suka bunga tau.Azhani bekerja dekat kedai mana?”Balas Amira dengan mesra.

“Ermm,awak tahu tak ‘Florist Mariah’? Dekat je daripada sini.”

“Oh,kedai tu.Saya pernah lalu dekat kawasanya.Nanti kalau ada masa saya singgah.”

“Baguslah,kalau awak datang nanti saya bagi diskaun untuk setiap bunga.Setuju?”

Amira menganggukkan kepalanya dengan gembira.

“Hei,nampaknya semua perempuan dekat sini dah lupa agaknya ada seorang lagi makhluk lelaki dekat sini.”Kata Harris dengan nada rajuk.Kemudian Azhani dan Amira tergelak bersama.

“Azhani!”

Azhani menoleh apabila mendengar satu suara memanggilnya daripada belakang.Dia melihat Syed Ariff laju meluru ke arahnya.

“Oklah,kalau macam tu saya dengan Amira nak pergi dekat bahagian lain.Semoga saya jumpa awak lagi Azhani.”Kata Harris dengan senyuman.

“Baiklah,semoga kita berjumpa lagi.”Balas Azhani.

Kemudian pasangan itu menolak troli mereka ke bahagian lain.Harris cuba elakkan jumpa dengan Syed Ariff ke?Laju Azhani menggelengkan kepalanya.Ish,tak baik fikir macam tu pasal Harris tau Az!Lalu Azhani menoleh memandang Syed Ariff yang sudah meletakkan beberapa bungkus makanan ringan ke dalam troli.

“Abang beli apa ni?” Soal Azhani melihat bungkusan di dalam troli.

“Siapa diorang tadi?” Soal Syed Ariff matanya masih meliar melihat kelibat mereka daripada belakang.

“Siapa?”

“Tadi la,yang kau berborak tadi.Aku nampak la,dua orang.” Kata Syed Ariff melihat wajah isterinya.

“Oh,itu kawan Az.Harris,dia dah berkahwin.Yang perempuan tadi isteri dia.”Terang Azhani.

Syed Ariff menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal.

“Aku macam pernah nampak muka lelaki tadi...”

Azhani yang mendengar hanya tergelak kecil.Memang abang kenal pun siapa Harris dulu.Tidak mahu membuang masa,Azhani terus menolak troli meninggalkan Syed Ariff di belakang.

Amira memegang lengan suaminya dengan erat.

“Itu ke Azhani yang abang maksudkan?” Soal Amira.

Harris melihat wajah isterinya.Mencari reaksi cemburu pada wajah itu namun tiada satu pun ditangkapnya.

“Errm,itu lah Azhani yang abang cerita dekat sayang dulu.”

“Nampak baik jugak cinta pertama abang tu.”Balas Amira dengan senyuman.

Harris memegang tangan isterinya dan memandang anak mata gadis itu.

“Azhani memang wanita yang baik,tapi bagi abang sekarang Amira lagi penting.Ok?” Kata Harris.

Amira tersenyum bahagia.

“Ok.”

Selesai menunaikan solat isyak sejurus sahaja balik daripada beli makanan tadi,Azhani terus sahaja mengeluarkan dan menyusun barang ke dalam kabinet.Kemudian dia mengeluarkan rempah ratus yang diperlukanya dalam laci.

Azhani melihat Syed Ariff yang memakai baju T-shirt biasa dan boxer paras lutunya mula menghampiri Azhani.

“Kau nak masak apa malam ni?”

“Tom yam je,ok tak?”

“Bolehlah.Pastikan sedap,kalau tak aku nak kau masakkan untuk aku semula.”Arah Syed Ariff.

Azhani mencebik.Demanding betul! Bukan dia nak tolong aku masak pun.

“Kalau abang rasa Azhani masak tak sedap,tak payah makan! Biar Az makan seorang diri.Lagi bagus.”Jawab Azhani kemudian mengambil kiub Tom Yam dalam peti sejuk.

“Ceh,aku ada hak tau nak makan.Semua barang yang kau beli ni guna duit aku.So,pastikan kau masak sedap-sedap.”

“Az tak suruh pun abang beli barang semua ni guna duit abang.”Jawab Azhani.

“Tengok,aku kata kau menjawab lagi.”Geram Syed Ariff.

Azhani yang sudah malas mahu melayan karenah lelaki dihadapanya hanya mengambil nafas panjang.

“Baiklah,tuan besar.Memandangkan tuan suruh saya masak yang sedap-sedap ikut cita rasa tuan,jadi tolonglah jangan menyibuk dekat sini.Az nak masak pun tak boleh concentrate tahu tak!”

Syed Ariff ketawa kecil kemudian berlalu ke ruang tamu lalu melihat siaran berita di televisyen.Azhani mencebik.Nampak je macam seorang naib presiden yang berkarisma,tapi dalam rumah yang mamat ni tahu makan dengan tengok tv je.Kutuk Azhani dalam hati.

Syed Ariff menyandarkan badanya di kerusi dengan hati yang senang.Memang kenyang pemuda itu malam ini.Hampir habis Tom Yam yang dibuat oleh Azhani dimakan oleh Syed Ariff.Habis sahaja menghirup kuah Tom Yam di dalam mangkuk,Syed Ariff menolaknya ke tepi.

“Sedap jugak kau masak malam ni.Boleh tahan.”Kata Syed Ariff.

“Bukan boleh tahan.Memang bagus pun Az masak.!” Azhani rasa bangga dalam hati.Itulah,tadi tak percayakan aku sangat.Tengok malam ni mamat ni yang banyak makan daripada aku.

“Baru aku puji sikit,dah perasan.”

“Suka hatilah.”Azhani buat gaya sombong.

Syed Ariff tersenyum sinis.

“Oklah,memandangkan kau ni expert sangat dalam masak memasak ni kan.Tolong basuhkan pinggan aku ni.” Kata Syed Ariff lalu bangun daripada kerusi.

“Ha? Apasal pulak,abang yang makan abang la yang kena basuh.”Azhani tidak puas hati.Sudahlah aku dah tolong masak,ni pinggan dia pun aku kena cuci.

“Aduh,basuh pinggan pun kau nak buat macam isu besar.Basuh je lah,bukan susah sangat pun.”Kata Syed Ariff dengan malas.

“Kalau tak susah,abang pergi la basuh sendiri.Az tak nak.”Kata Azhani dengan nekad lalu mengangkat piringnya untuk menuju ke singki.Syed Ariff mendekati Azhani.

“Setahu aku,kalau isteri tu tak nak dengar cakap suami.Dosa ganjaranya.Gadis alim macam kau ni nak dapat dosa ke?” Kening Syed Ariff terangkat dengan senyuman bibir.

Membara hati Azhani melihat senyuman itu.Ieee,sejak bila lah lelaki ni suka sangat ungkit hukum-hakam dalam agama.Setahu aku,mamat ni solat pun jarang.Geramnya!

“Tapi Azhani dah masak lagi...”

“Aku tak kisah.” Putus Syed Ariff lalu menuju ke ruang tamu dengan ketawa.

Azhani menghentak kaki.Geram benar dia dengan perlakuan Syed Ariff.Macam mana la aku boleh jatuh cinta dengan lelaki malas macam ni?! Dengan geram bersisa Azhani mengambil piring dan mangkuk Syed Ariff lalu dibawa ke singki.Dia menyental pinggan-pinggan itu dengan kasar sambil bibirnya tidak berhenti membebel tentang Syed Ariff.

Syed Ariff melihat perlakuan Azhani itu daripada jauh.Dia tersenyum lebar.Entah kenapa hatinya merasa gembira Azhani sanggup memasakkanya untuk malam ini malah sanggup membasuh pinggan untuknya walaupun dipaksa.Dia suka mengenakan Azhani.

Azhani mengelap tangannya dengan kain bersih selepas selesai membasuh semua pinggan di atas meja.Dia menjeling tajam kearah Syed Ariff yang berada di ruang tamu.Geramnya masih bersisa.Dengan malas,Azhani menuju ke tangga untuk naik ke atas.

Mata Syed Ariff dikerlingkan ke tepi.

“Nanti dulu.”Kata Syed Ariff.

Terbantut langkah Azhani yang ingin menuju ke tangga.Dia menoleh kearah Syed Arif yang duduk di sofa.

“Apa lagi?”Dengus Azhani.

Syed Ariff bangkit daripada sofa dan mula menghampiri Azhani.Azhani yang mula pelik dengan tindakan Syed Ariff menapak sedikit kebelakang.Kenapa pulak dengan mamat ni?Syed Ariff tidak bersuara malah merenung tajam wajah gadis itu.Hati Azhani sudah berdegup kencang.

“Ada apa?”Soal Azhani lagi.

Syed Ariff tidak mengendahkan soalan itu malah jarinya mula ingin memegang wajah itu.Azhani sudah menelan air liurnya sedalam boleh.Ish,apa kena ni?! Kini,Syed Ariff sengaja pula mendekatkan wajahnya sehingga Azhani dapat mendengar deru nafas lelaki itu.Hati Azhani sudah bergelonjak laju,takut untuk melihat reaksi lebih lelaki itu lagi.Azhani memejam matanya dengan rapat.

“Ada sabun la dekat pipi kau.Kau basuh pinggan ke kau mandi dekat singki tadi.Haha.”Syed Ariff ketawa sambil mengesat buih sabun cuci pinggan di pipi Azhani.Azhani membuka matanya kembali dengan nafas lega.La...Aku ingat dia nak buat apa tadi.

“Oh,yeke.Terima kasih.”Balas Azhani sambil memegang pipinya yang merona merah.

Syed Ariff tersenyum nakal memandang wajah isterinya.

“Apasal kau tutup mata?Kau ingat aku nak buat apa tadi.”Galak senyuman Syed Ariff

“Ma..mana ada lah!”

“Eleh,aku tahu kau fikir bukan-bukan kan tadi.Tengokla muka tu,blusher satu muka.”Syed Ariff ketawa.

“Hish,senyapla! Az nak tidur.”Jerit Azhani dengan geram kemudian laju menaiki tangga.Tak habis-habis nak sakat aku!

Syed Ariff menggeleng-gelengkan kepalanya kemudian merebahkan kembali punggungnya di atas sofa.Nampaknya,hari-hari lah dia akan usik Azhani.

Azhani mencapai jam locengnya yang berbunyi daripada tadi dan menggosok matanya yang berat.Dia menguap besar.Bisingnya jam ni! Dengus Azhani kemudian melihat nombor yang ditunjukkan jarum jam.8.42!

Ah,lambat lagi! Dengan rambut yang berserabai Azhani lantas bangun daripada katil lalu mencapai tuala kemudian terus lari ke kamar mandi.Teruknya aku! Boleh pecahkan rekod kalau asyik lambat macam ni! Jerit hati Azhani.

Selesai mengenakan baju yang sesuai,Azhani mengambil beg tasnya kemudian terus meluru ke tangga dengan terkocoh-kocoh.Syed Ariff yang sudah bersiap-sedia untuk menuju ke pejabat membuka pintu keretanya untuk meletakkan briefcasenya di belakang.Azhani mengunci pintu dan grill lantas memakai sandalnya dengan ala kadar.

“Abang,sorry tak siapkan sarapan tadi.Az terbangun lewat.”Kata Azhani.

“Aku dah agak dah kau bangun lewat tadi.”Balas Syed Ariff kemudian menghidupkan enjin keretanya.

“Habis tu,apasal tak kejutkan Az!”Geram Azhani.

“Aku lupa kut.”Balas Syed Ariff dengan selamba lalu keluar daripada kereta.

Ingat aku nak percaya dia lupa! Kalau sesaat aku tak geram dengan mamat ni mesti tak sah.Marah Azhani dalam hatinya.

“Oklah,Az pergi kerja dulu.” Kata Azhani kemudian terus membuka pintu keretanya.

Syed Ariff datang mendekati Azhani lalu mengambil beg daripada tangan gadis itu.Muka Azhani berkerut.

“Apa ni bang,bagi lah beg Az.Az dah lambat tahu tak.”

“Aku hantar.”Kata Syed Ariff kemudian meletakkan beg Azhani ke dalam keretanya.

“Apa?”Azhani seperti tidak percaya.

“Aku kata aku hantar,susah sangat ke nak faham.Cepatlah masuk kereta,aku pun dah lambat tau.”Arah Syed Ariff kemudian memasuki ke dalam perut kereta.

Biar betul mamat tu nak hantar aku?Azhani yang mash tidak percaya cepat-cepat membuka pintu kereta.Masuk sahaja ke dalam,Azhani memandang wajah Syed Ariff dengan riak yang serius.

“Berhenti pandang aku macam tu boleh tak.”Kata Syed Ariff.

Azhani tidak menjawab namun meletakkan tanganya ke atas dahi lelaki itu.Muka Syed Ariff berkerut.

“Kau nak buat apa ni ha?” Kata Syed Ariff menepis tangan gadis itu.

“Az pelik.Abang nampak macam tak sakit.”

“So?”

“Jadi,kenapa abang baik sangat dengan Az hari ni.Abang salah makan ubat ek?Ke sebab Az salah masak Tom Yam semalam?Pelik.”Balas Azhani.

Syed Ariff mencebik.Sabar je la aku dengan perangai minah ni.

“Kau ni memang suka fikir ikut kau je kan.Aku hantar kau ni sebab aku kesian tengok kau setiap hari lambat pergi kerja sebab bila kau drive memang lambat kalahkan siput.Jadi,dikira baik aku bagi kau tumpang naik kereta aku.I’m genius.” Balas Syed Ariff kemudian keretanya keluar daripada perkarangan rumah.

Naik meluat Azhani mendengar perkataan daripada mulut Syed Ariff.Lelaki ni memang dilahirkan dengan sikap perasan dan sikap tu memang tak boleh ubah!

“Bukan hal abang pun kalau Az drive lambat.”Bisik Azhani sendiri.

“Aku boleh dengar la.”Kata Syed Ariff

Azhani tidak menjawab namun terus membuangkan pemandanganya ke luar tingkap.Lebih banyak mereka bertekak nanti,aku pulak yang tak ada mood nak masuk kerja lepas ni.Baik aku diam.Syed Ariff tersenyum melihat perlakuan Azhani yang menyepi.Dah putus asa la tu.

Tiba sahaja di hadapan kedai ‘Florist Mariah’,laju sahaja Azhani keluar daripada kereta Syed Ariff.Cepat-cepat Azhani melihat jam tanganya.Bagus,lambat beberapa minit je.Alhamdulillah.Azhani mengetuk tingkap kereta itu,lalu cermin diturunkan oleh Syed Ariff.

“Abang,terima kasih ye sebab hantar Az.”Kata Azhani dengan senyuman.

“Apa-apa lah.Balik nanti aku ambil kau.So,tunggu je aku dekat dalam kedai.”

“Tak apa la bang,balik nanti Az naik teksi je.”Balas Azhani.Mana tahu,lelaki tu ada meeting ke apa.Fikir Azhani.

“Apasal? Kau nak Zakaria tu hantar kau balik lagi?” Syed Ariff merenung tajam.

“Bukan macam tu lah! Kan Az dah cakap yang....”

“Aku tak kira.Balik nanti tunggu je aku dekat dalam kedai tu.”Putus Syed Ariff kemudian menaikkan kembali tingkap keretanya.Azhani mengeluh.

Kereta Syed Ariff meluncur di jalanraya dan hilang di pandangan Azhani.Nampaknya lelaki tu masih tak percayakan aku lagi! Tanpa membuang masa,Azhani memasuki kedai dibelakangnya.

Elisya yang memerhatikan Azhani memasuki ke dalam kedai ‘Florist Mariah’ dalam keadaan jarak jauh tersenyum sinis.Boleh tahan jugak suami kau Az.Kalau kau dah ada suami hebat,kenapa la Zack jugak yang kau nak jadikan mangsa.

Dasar perempuan tamak.Api dendam membara sekali lagi di dalam hati Elisya.Dia mengeluarkan telefon bimbit daripada tas tangan mahal miliknya,lalu mendail nombor telefon Daniel,lelaki yang diupah untuk mengintip Azhani.

“Daniel,aku nak kau bagi aku alamat rumah perempuan tak guna tu.”Kata Elisya.

“Perempuan tak guna? Siapa cik Elisya?” Kedengaran suara bingung Daniel di talian.

“Bodoh,aku maksudkan Azhani la tak guna!” Herdik Elisya.

“Oh,iyeke.Err..Maaf ye cik.Baiklah,nanti saya sms kan alamatnya.”Kata Daniel denga malu.

Elisya tersenyum puas.

“Bagus.Pastikan kau hantar dekat aku nanti.Bye.”Kata Elisya kemudian terus mematikan talian.

Dalam akalnya sudah tersedia satu benda yang akan diberikan kepada Azhani nanti.Tengoklah Az,orang yang terakhir kau lihat nanti adalah aku.Kau akan menyesal! Lalu Elisya memakai kembali cermin matanya yang berjenama dan beredar daripada kawasan itu.

Azhani mengkibaskan tanganya pada pada apron yang dipakai selepas selesai menggubah bunga yang ditempah oleh pelanggan.Dia tersenyum puas melihat gubahan yang dibuat.Boleh tahan jugak aku gubah bunga ye.Azhani bangga sendiri.

Kemudian dia mengerling pada jam di dinding kedai.Opps,dah tiba masa untuk aku balik.Lantas dia membuka ikatan apron dan meletakkanya di atas meja.Dia menuju ke kaunter.

“Akak,tolong bagi beg Az.”Kata Azhani.

Kak Farihah yang ralit membaca majalah mendongak melihat Azhani.

“Az dah nak balik ke?”Soal kak Farihah kemudian menghulurkan beg Azhani.Azhani menyambut huluran itu.

“Yup.Cuba la tengok jam tu sikit.Shift Az dah habis.”Kata Azhani kemudian memakai begnya.

Mata kak Farihah dikerlingkan pada jam dinding.Terus sahaja dia menutup majalahnya lalu keluar daripada kaunter.

“Kau balik sendiri ke suami kau ambil?”Soal kak Farihah.

“Ariff yang ambil nanti.”Azhani memandang kak Farihah.

“Yes! Pastikan dia masuk dalam kedai ni tau.”Kata kak Farihah dengan girang.

“Amboi,takkan tak puas lagi nak tengok muka suami Az tu? Dah gatal sangat dah.” Perli Azhani.

“Ala,kamu jangan la jeles Az.Akak just pantang sikit nampak lelaki handsome and gentleman macam suami kamu tu.Akak yang patut jeles tau.”Celoteh kak Farihah.

Gentlemen? Syed Ariff gentlemen? Memang buat lawak betul lah kak Farihah ni.Ketawa Azhani dalam hati.Mata Azhani mengintai di luar kedai.Dia dapat menangkap kereta ‘Mini Cooper’ Syed Ariff di luar.

“Eh? Ariff dah sampai lah kak.Az keluar dulu ye.Assalammualaikum.” Lambai Azhani lantas keluar daripada kedai itu dengan tergesa-gesa.

“Ala...kenapa suami Az tak masuk..”Muncung kak Farihah.Tiada rezeki lah dia hari ni nampaknya.

Putri yang melihat situasi itu menghampiri kak Farihah.Dia menampar lengan gadis itu.

“Sudah-sudah lah tu kak.Itukan suami orang,akak yang dah ada suami pun pergilah pandang sikit abang Ijai akak tu.” Kata Putri.

Kak Farihah memberikan jelingan pada Putri.

“Eleh,mengata akak.Dia pun sama.Ingat akak tak tau kamu pun nak tengok suami Az tu.”Cebik kak Farihah.

“Ala,Putri cuma nak tengok buat kali terakhir je.”

“Akak pun sama.Sebab tu lah akak nak tengok jugak muka lelaki Az tu hari ni.”Balas kak Farihah.

“Nampaknya kita berdua la yang tak ada rezeki hari ni.”

Serentak mereka berdua berkata kemudian melepaskan keluhan panjang.

Azhani membuka radio cuba untuk memecahkan kesepian antara mereka di dalam kereta.Kemudian dia menyandarkan kembali badanya kebelakang dan menjeling kearah Syed Ariff yang fokus memandu.

Apasal mamat ni senyap je daripada tadi? Bad mood ke? Aku tengok muka dia ok je,tak ada tanda-tanda bad mood pun.Ke,dia marahkan aku? Ish,takkanlah.Aku mana ada buat salah hari ni.Nak cakap apa ek? Azhani cuba berfikir untuk memulakan perbualan,dia tidak betah dengan situasi sepi macam ni.

“Errm..Abang nak Az masak apa hari ni?” Sengaja Azhani ingin memulakan perbualan.

“Suka hatila.”Balas Syed Ariff.

“Abang nak Az masak...”

“Az,aku bukan tak nak cakap,tapi aku tak ada mood sekarang.So,just keep quiet ok.”Balas Syed Ariff matanya masih dilemparkan ke jalan raya.

“Ok.”

Balas Azhani kemudian terdiam.Dia malu apabila ditegur begitu.Lelaki tu marah ke?Mata Azhani cuba menjeling pada Syed Ariff yang senyap fokus memandu.Azhani melihat lelaki itu seperti sedang cuba berfikir sesuatu berbanding menunjukkan tanda-tanda marah di muka.Lalu Azhani mendengar Syed Ariff melepaskan satu keluhan berat.Muka Azhani sudah berkerut dan hatinya sudah menunjukkan tanda tanya.Syed Ariff fikir apa agaknya?

Syed Ariff membuka pintu rumah lalu terus menuju ke ruang tamu.Dia merebahkan badanya ke atas sofa dan melepaskan keluhan kecil.Penat juga dia bekerja hari ini.Rimas dengan pakaian pejabat,Syed Ariff berniat untuk tukar baju biasa di dalam biliknya.Dia mengeluarkan telefon bimbit Samsung Galaxy nya lalu diletakkan di atas meja kemudian terus menaiki tangga.

Azhani yang baru sahaja menjejak pintu ke dalam rumah cuba untuk membuka sandalnya sambil memerhatikan perlakuan Syed Ariff.Dia membuka tudung yang seharian menutupi rambutnya kemudian melangkah ke ruang tamu.Azhani duduk di sofa melepaskan kepenatan bekerja pagi tadi.Kemudian matanya tertangkap pada telefon bimbit Syed Ariff yang berada di atas meja sejak daripada tadi.Apasal pulak mamat ni tinggalkan telefon bimbit dia dekat sini?Pelik Azhani.

Terkejut hati Azhani dibuatnya apabila telefon itu bergegar dan berbunyi menandakan satu mesej yang diterima.Eh?Berbunyi pulak telefon bimbit ni.Nak beritahu Syed Ariff ke tidak ye?Azhani memerhatikan Samsung Galaxy itu dengan lama.

Bulat matanya apabila melihat nama si pengirim mesej itu.Nana? Perempuan yang kutuk aku jadi orang gaji tu ke?! Terbayang imej Nana yang manis dan berpakaian ‘dress’ tahap bawah lutut di dalam fikiran Azhani.Dia memandang nama itu dengan geram.Rapat jugak Syed Ariff dengan Nana.Agaknya apa mesej yang Nana hantar.Hati Azhani meronta ingin tahu.

Geramnya,kenapa lah Syed Ariff tak nak beritahu je yang aku ni isteri dia! Tengoklah sekarang siapa yang susah,diri aku jugak yang tak habis-habis kena jangkit dengan virus jeles dalam diri aku nih! Marah Azhani dalam hati.Mahu sahaja dia membuka mesej itu dan baca apa yang dihantar oleh Nana.

“Woi,kau buat apa dengan telefon aku tu!” Jerkah Syed Ariff semasa menuruni tangga membuatkan Azhani terjerit kecil.

Laju sahaja Azhani bangkit daripada sofa.Syed Ariff menghampiri Azhani lalu mengambil telefon bimbitnya di atas meja.

“Ma..mana ada Az buat apa-apa.Tengok je.”Balas Azhani cuba membuat riak tidak bersalah.

“Betul ke ni?” Kata Syed Ariff kemudian memandang telefon bimbitnya.Dia mendapati terdapat satu mesej yang tiba daripada Nana.

“Betul,janji.Az tak buat apa-apa.”Yakin Azhani.

“Apa-apa lah.”Balas Syed Ariff malas untuk berkata lagi.Dia merenung lama membaca mesej yang dihantar oleh Nana.Kemudian jarinya laju menekan skrin untuk membalas mesej itu.

Azhani yang teringin mengetahui mesej yang dihantar oleh Syed Ariff mengintai-intai daripada belakang.Aduh,apa agaknya yang Syed Ariff balas ye?Kenapa la mamat ni tinggi sangat! Aku tak nampak langsung apa yang dia tulis.Azhani melepaskan keluhan berat.

Syed Ariff yang sedar dengan perlakuan Azhani memandang gadis itu dengan wajah berkerut.

“Kau ni kenapa? Daripada tadi tercongok je belakang aku.Dah tak ada kerja bagus yang nak dibuat dah?”Perli Syed Ariffmemandang tajam kearah gadis itu.

Azhani tersengih panjang kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Hehe..Tak ada apa-apa lah.Sengaja je Az duduk dekat sini nak cari udara baru.Hehe..”Dalih Azhani kemudian terus melangkah ke tangga dan naik ke tingkat atas.

Syed Ariff mengangkat sebelah keningnya.Cari udara baru dekat sini?Minah tu ok ke hari ni? Fikir Syed Ariff kemudian terus merebahkan punggungnya di atas sofa.Dia merenung lama mesej yang dihantar oleh Nana.

Azhani yang melihat Syed Ariff daripada tingkat atas hanya mengigit bibir.Ish,aku nak tau apa mesej yang Nana tu hantar dekat Syed Ariff.Diorang ada hubungan ke? Azhani bagaikan ingin menjerit di dalam hati.Kusut fikiranya sebab memikirkan tentang Syed Ariff.Dengan muka monyok dia menuju masuk ke dalam bilik.

Malam itu,selesai menunaikan solat Maghrib seperti biasa Azhani turun ingin menyediakan makan malam.Dia mengikat rambutnya kemudian melangkah ke dapur.Azhani membuka peti sejuk lalu mengeluarkan empat biji telur.Kemudian matanya memandang Syed Ariff yang menuruni tangga.Ada sesuatu tentang perwatakan Syed Ariff yang membuatkan Azhani berasa pelik malam ini? Kenapa mamat tu tak pakai baju T-shirt dengan boxer dia macam biasa.Entah kenapa baju Syed Ariff pada malam mini tampak seperti sopan.Hati Azhani sudah bingung.

Syed Ariff yang menuruni tangga terus melangkah ke dapur dengan laju.Dia mendekati Azhani yang sedang memecahkan telur ke dalam mangkuk.

“Az,kau tak payah masak malam ni.”Kata Syed Ariff merenung wajah gadis itu.

Azhani memandang Syed Ariff dengan tidak puas hati.

“Apasal pulak?Ni,Az dah prepare nak masak dah ni.”Kata Azhani sambil menunjukkan telur di dalam mangkuk.

“Lain kali kalau nak masak tu tanya aku dulu.Aku tak kira,yang penting aku tak nak makan malam ni.”Kata Syed Ariff dengan tegas.

Azhani masih tidak puas hati.Mamat ni memang suka ikut hati dia je kan.Perut aku yang lapar ni siapa yang nak tanggung.

“Suka hatila.Tapi Az nak masak jugak,Az lapar lah.Kalau abang tak nak makan pergi la duduk jauh-jauh.”Cebik Azhani kemudian memecahkan lagi satu telur ke dalam mangkuk.

Syed Ariff mendengus dengan kasar lalu merampas telur itu di dalam tangan Azhani.

“Hei,Az nak masak la!” Marah Azhani

“Kalau aku arahkan tu ikut je la!Aku suruh kau jangan masak malam ni sebab aku ada ajak seorang tetamu datang.”Kata Syed Ariff merenung tajam.

“Tetamu?Malam ni jugak? Siapa?” Soal Azhani bertalu-talu.

“Kau tak perlu tau lah.”Balas Syed Ariff malas untuk menjawab.Minah ni kerja dia memang tanya soalan je dekat aku.Kutuk Syed Ariff di dalam hati.

“Ala,please.Tolonglah bagitahu siapa yang nak datang?Saya kan duduk dekat rumah ni jugak.”Rayu Azhani.Hatinya sudah tertanya-tanya insan mana yang diajak oleh Syed Ariff malam ni.

“Masalahnya ni bukan hal kau.Jadi aku rasa kau tak perlu tau.”Tegas Syed Ariff.

“Tolonglah,Az just nak tau siapa je.Yang lain Az tak nak ambil tahu.”Janji Azhani.

Syed Ariff memandang anak mata gadis itu tepat-tepat.Hatinya berkira-kira sama ada ingin memberitahu atau tidak.Lalu,dia mengambil nafas panjang.Azhani sudah tersenyum lebar apabila Syed Ariff mula membuka mulut.

“Aku ajak Nana datang malam ni.”Balas Syed Ariff dengan nada selamba.

“Nana?!” Terbeliak mata Azhani mendengarnya.

Kenapa Syed Ariff ingin mengajak Nana yang datang malam ni? Virus cemburu mula menyelebungi dalam hati Azhani.Geramnya!

“Kenapa Nana? Awak nak bincang apa nanti dengan dia?” Soal Azhani dengan nada hampa.Hatinya memang tidak boleh terima.

“Tadi kau kata tak nak tanya lebih.”Kata Syed Ariff dengan menduga.

“Memanglah.Tapi...”

“Tapi apa?Apa yang kau nak cakap ni?” Syed Ariff melihat wajah gadis itu.

“Tapi kenapa awak nak ajak dia jugak datang malam ni?”Kata Azhani dengan tidak rela.

“Salah ke aku nak ajak.Walaupun dia kawan aku.”Balas Syed Ariff tanpa perasan.

Ieee,geramnya aku dengan mamat ni!Tak boleh ke dia prihatin sikit dengan perasan aku ni.Isteri mana yang tak marah kalau suami sendiri ajak kawan perempuan yang istimewa datang ke rumah malam-malam.

“Saya tahula dia kawan sekerja awak,tapi.....”

Tidak sempat Azhani menghabiskan katanya,pintu rumah mereka sudah kedengaran ketukan daripada luar.Syed Ariff melihat daripada dapur.

“Nana mesti dah sampai.Sudah,sekarang ni aku nak kau pergi atas.Jangan sampai dia nampak kau!”Arah Syed Ariff kemudian menolak Azhani ke tangga.

“Kenapa? Biarla Az duduk bawah,Nana kan tetamu saya jugak!”Protes Azhani.

“Kau ikut je cakap aku boleh tak.Hal aku dengan dia ni tak ada kena mengena dengan kau.Jadi,aku nak kau duduk dalam bilik senyap-senyap.Jangan turun sampai aku panggil.”

“Tapi kenapa? Az pun nak..”

“Azhani,go upstairs now!”Kata Syed Ariff meninggikan nadanya.

Azhani merenung geram wajah itu dan dengan marah menghentakkan kakinya pergi ke tingkat atas.Syed Ariff terus meluru ke pintu dan membukanya.Wajah ceria Nana sudah tampil di matanya.Syed Ariff tersenyum mesra.

“Hi Ariff.I happy sangat akhirnya U sanggup ajak I datang rumah U malam ni.”Kata Nana dengan ramah.Walhal,dalam hatinya sudah berbunga-bunga ria kerana lelaki idamanya mengajak dirinya secara privasi datang ke rumahnya pada waktu malam.

“Hi,U masukla dulu rumah I.”Pelawa Syed Ariff.

Nana memasuki rumah itu dan berlalu ke ruang tamu.Azhani yang melihat daripada tingkat atas hanya mengetap bibir.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa membaranya hati Azhani melihat Nana dan Syed Ariff pada saat ini.Arrgh,nak je aku muncul depan Nana tu.!

Syed Ariff yang perasan kelibat Azhani di tingkat atas hanya membuat isyarat menyuruh gadis itu memasuki biliknya.Azhani mendengus.Iyalah,aku nak masuk bilik la nih! Geram Azhani kemudian terus melangkah laju ke dalam bilik.Dia menghempaskan pintunya.Biar,perempuan dekat bawah tu boleh dengar aku hentak pintu!

Nana terkejut mendengar bunyi kuat itu.

“Bunyi apa tu Ariff? Macam daripada atas.Ada orang ke rumah U ni?”Soal Nana dengan curiga.

“Ermm,nevermind.Mungkin jiran sebelah kut.”Selindung Syed Ariff.Memang nak kena minah ni!Marah Syed Ariff pada Azhani.

Nana hanya menganggukkan kepalanya.Syed Ariff yang duduk berhadapan dengan gadis itu cuba mengambil nafas sebelum berkata.

“Nana,saya nak beritahu awak sesuatu yang penting.”Kata Syed Ariff memandang mata gadis itu.

Nana mendongak melihat wajah Syed Ariff dengan serius.Dalam hatinya sudah berfikir apa perkara yang ingin diluahkan oleh Syed Ariff padanya.Mungkinkah perkara yang sudah lama yang diharapkan oleh hati kecilnya?

Azhani mundar-mandir di dalam bilik seperti cacing kepanasan.Dia mengigit jarinya dengan resah.Hatinya tidak tenang selagi Nana berada di dalam rumah itu.Kenapa Syed Ariff tak bagi aku turun bawah? Penting sangat ke halnya sampai aku kena sorok dalam bilik macam ni?Bermacam-macam persoalan yang keluar dalam benaknya.

Penat dengan bermundar-mandir,Azhani terus merebahkan badanya di atas katil.Dia memegang dadanya yang berdebar-debar.Syed Ariff dengan Nana ada hubungan istimewa ke? Kalau betul ada,jadi kenapa Syed Ariff ajak Nana datang malam ni? Diorang nak buat benda tak elok ke? Cepat-cepat Azhani mengusir pemikiran itu.Azhani! Jangan fikir perkara macam tu lagi,kau tak ada bukti.Lagipun,kalau diorang nak buat perkara tak elok,dah lama Syed Ariff halau aku daripada rumah ni.

Azhani menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal sehingga kusut-masai jadinya.Arghh,jadi apa dia?! Kenapa Syed Ariff ajak Nana datang malam ni?! Pening berfikir,Azhani mengguling-gulingkan badanya di atas katil.

Mendengar sahaja ketukan di pintu,terus Azhani menegakkan badanya.Azhani yang terkejut terus melangkah dan membuka pintu.Wajah Syed Ariff sudah berada di hadapanya.Muka Azhani berkerut seribu.

“Eh?Kenapa abang....”

“Kau jangan banyak tanya.Ikut je aku!” Kata Syed Ariff kemudian terus merentap tangan gadis itu dan membawa Azhani menuju ke tangga.

Azhani sudah bingung.Kenapa dengan lelaki ni?Tadi beriya-iya sangat suruh aku menyorok.Sekarang,dia pulak yang nak bawak aku dekat bawah? Sudah sesak dada Azhani dengan pelbagai soalan.

Syed Ariff dengan riak serius terus menarik Azhani sehingga ke ruang tamu kemudian mereka berdua berdiri dihadapan Nana.Azhani sudah terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.Syed Ariff melepaskan tangan Azhani kemudian merenung wajah Nana dalam-dalam.

Nana yang mempamerkan reaksi terkejut terus bangkit daripada kerusi dengan perasaan tidak puas hati.

“You kidding right!” Kata Nana dengan nada tajam.

“I’m not.Perempuan di sebelah I ni adalah isteri I sendiri.Nama dia Azhani.”Terang Syed Ariff masih kekal memandang wajah Nana di hadapanya.

Azhani yang masih bingung dengan situasi itu hanya mendiamkan diri.Takut untuk dia bersuara.

“But when your married Ariff?! How can I not know that?!” Jerit Nana.

“I’m sorry Nana.Tapi perkahwinan kitaorang memang I tak nak beritahu kepada orang ramai terutamanya pada kakitangan Mazlan Holding.”Sambung Syed Ariff dengan nada mendatar.

Nana mendengus kecil kemudian memandang wajah Syed Ariff dengan tajam.Dahi Azhani sudah berpeluh akibat daripada ketegangan situasi itu.Patut ke aku masuk campur hal diorang berdua ni? Fikir benak Azhani.

“How could U.” Tutur Nana perlahan kemudian air mata gadis itu mula berlinang.Azhani yang memerhati sudah terkejut tidak menyangka Nana akan menangis di hadapan mereka.Syed Ariff pula hanya melepaskan keluhan kecil dan menundukkan wajahnya ke bawah.

Tidak sampai sesaat,Nana terus menyeka air matanya lalu tergelak kecil.Dia memandang kembali dua insan yang berdiri tegak di hadapanya.

“Don’t contact me again.”Putus Nana kemudian terus berlalu keluar daripada rumah.

Azhani sudah buntu.Ya Allah,apa yang terjadi ni sebenarnya? Kemudian dia menoleh memandang Syed Ariff yang kekal di sebelahnya tadi.Dapat dia melihat lelaki itu mengambil nafas panjang.

“Abang,apa yang jadi sebenarnya ni?” Soal Azhani dengan wajah berkerut.

Syed Ariff memerhati wajah gadis itu dengan riak yang tiada perasaan.Tanpa menjawab soalan Azhani,terus sahaja dia mengaturkan langkahnya ke dapur lalu membuka peti sejuk dan mengeluarkan air botol mineral.Azhani mengikuti lelaki itu daripada belakang.

“Abang! Cuba la jelaskan dekat Az apa yang jadi? Bukan selama ni abang tak nak orang tau yang Az ni isteri abang? Jadi apa cerita dengan Nana tadi?” Soal Azhani dengan tidak puas hati.

“Sejak bila aku cakap yang aku tak nak mengaku kau isteri aku?” Kata Syed Ariff lalu meneguk air mineral itu.

“Memangla abang tak cakap.Tapi yang abang kata Az orang gaji depan kawan abang tu,apa kes? Tiba-tiba malam ni abang tarik Az depan Nana lepastu mengaku depan dia tentang perkahwinan kita.Ish,Az tak fahamlah!” Sambung Azhani.Dia geram dengan sikap Syed Ariff yang tidak berterus terang.

Syed Ariff tidak mengendahkan kemarahan Azhani namun terus menyimpan kembali air mineral itu di dalam peti sejuk.Lalu dia menghampiri Azhani kemudian menatap wajah itu.

“Aku tak suruh pun kau faham situasi tadi.”

“Memangla tapi...”

“Aku bagitahu Nana tentang kita sebab aku tak nak Nana fikir yang aku ni jenis simpan perempuan dalam rumah.Buruk la imej aku nanti,faham!” Terang Syed Ariff.

Azhani memandang wajah lelaki itu dengan curiga.Dia masih tidak berpuas hati.Seperti ada sesuatu perkara yang disorokkan oleh lelaki itu.

“Takkan itu je sebabnya.Habis kenapa Nana nampak macam kecewa sangat tadi? ” Soal Azhani perlahan-lahan.

“Itu kau jangan tanya aku.”

“Ke abang dengan Nana pernah ada hubungan sebelum ni?” Soal Azhani lalu memandang tepat anak mata lelaki itu untuk mendapatkan kepastian.Entah mengapa hatinya akan menjadi sakit kalau benar mereka mempunyai hubungan sebelum ini.

“Itu kau tak perlu tahu.”Keluh Syed Ariff perlahan kemudian terus berlalu ke tangga meninggalkan Azhani dengan pelbagai persoalan di dapur.

Azhani hampa.Dia tahu ada perkara yang Syed Ariff tidak ingin memberitahunya.Lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan Nana.Itulah yang membuatkan hati Azhani sedih pada saat ini.Tak boleh ke dia cuma beritahu aku apa hubungan diorang berdua dengan jelas? Keluh Azhani kemudian dengan perasaan yang murung terus menaiki tingkat atas untuk menuju ke bilik.

Tutup sahaja pintu biliknya,Syed Ariff terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi.Dia memicit-micit kepalanya yang pening.Walaupun sejujurnya hatinya menjadi lega setelah menjelaskan segalanya kepada Nana,tetapi terdapat sekelumit perasaan bersalah kepada gadis itu.Peristiwa tengahari tadi menjalar dalam fikiranya sewaktu Nana dan dirinya makan tengahari di restoran.

“Ariff,I ada satu pengakuan nak cakap pada U.” Kata Nana dengan gembira setelah mereka selesai memesan makanan kepada pekerja restoran.

Syed Ariff memandang Nana dengan wajah berkerut.Pengakuan?

“Apa maksud U?” Soal Syed Ariff.

Nana tersenyum lebar kemudian mengambil nafas panjang sebelum membuka mulutnya untuk berkata.

“Ok,benda yang I nak cakap ni mungkin boleh buat U terkejut.Tapi,I just tak sanggup lagi untuk tanggung perasaan ni.So,I buat keputusan untuk luahkan dekat U jugak.”Kata Nana.

Syed Ariff masih bingung.Dia tidak dapat menangkap langsung maksud yang tersirat dalam ayat Nana.

“Ok,I rasa I dah bersedia untuk mendengar pengakuan U.So,what is it?”

Nana tersenyum.

“I tak kisah kalau U nak kata yang I ni seperti perigi cari timba pun tak apa.I take that as a nothing.But,i just want to say that I Iove you so much.Ever since the day I met you.”Luah Nana dengan serius.Akhirnya,perasaan setelah sekian lama yang terbuku di hati perempuanya terluah juga.

Syed Ariff terkedu.Akalnya seakan-akan berhenti beputar,dia tidak dapat mencari kata yang sesuai untuk membalas luahan Nana.Dia tidak menyangka gadis itu akan berani meluahkan perasaanya pada waktu sebegini.Memandang anak mata gadis itu,Syed Ariff tahu Nana betul-betul bersikap serius dan bukan sekadar buat gurauan.

“U terkejut kan?”Duga Nana.

“Yeah.I’m speechless.” Balas Syed Ariff.Baginya,perasaan dia pada Nana hanya tidak lebih daripada sekadar kawan.Walaupun dia mengaku dengan sikap kasanovanya,tapi entah mengapa perasaan istimewa itu tidak pernah terlekat pada Nana.

Dia mengenali Nana lebih daripada tiga tahun dan mereka juga merupakan kawan sekerja yang agak rapat.Mungkin disebabkan itulah perasaan cinta tidak beralih pada gadis dihadapanya.

“Ok,disebabkan I tak nak situasi sekarang jadi janggal.I just nak cakap, I betul-betul maksudkan apa yang I luahkan tadi.Dan,I tak nak pressure U.So,I harap U bagi jawapanya bila U boleh terima I.”Senyum Nana.Dalam benaknya,dia terlalu yakin bahawa lelaki itu akan menerimanya.Dia kenal Syed Ariff dan dia pasti lelaki itu akan menerimanya.

Syed Ariff tidak tahu hendak menjawab apa.Dia tahu selama mana pun dia berfikir,hatinya takkan tertarik kepada Nana.Entah mengapa bayang Azhani pula yang muncul dalam fikiranya sekarang.Syed Ariff melepaskan keluhan kecil.

“Nana.”

“Yes?”

“I don’t want to hurt you because you are my friend.Tapi I minta maaf sangat.I tak boleh terima U.”Luah Syed Ariff.Dia rasa inilah jawapan yang terbaik supaya dapat memberhentikan perasaan gadis itu.

Muka Nana kelihatan terkejut,hatinya mula kecewa.

“What?Ariff,I bagi U masa untuk berfikir.Mungkin U tak sedar sekarang,tapi mungkin bila lama-lama U akan sedar yang U sebenarnya cintakan I!” Rintih Nana.

“Nana,I takkan rasa itu akan terjadi.I cuma tak boleh terima U Nana!”

“But why? Mesti ada sebab U tak boleh terima I Ariff!” Bentak Nana

Syed Ariff mati akal.Dia tidak mahu terlalu berterus terang kerana dia tahu hati gadis dihadapanya akan terlebih luka.

“Nana,U tau kan yang I ni kasanova,I mungkin akan selalu bawa perempuan balik rumah! U boleh tahan ke semua tu!” Duga Syed Ariff.

“I sanggup Ariff.Demi untuk U!”

“Tak,Nana! Ada lebih sebab I tak boleh terima U.”

“Ariff,dengar sini! I tak kisah kalau U tak sayangkan I,tapi I akan tetap cintakan U.Dan itu muktamad untuk perasaan I.”Putus Nana kemudian terus bangkit daripada kerusi dan berlalu keluar daripada restoran.

Syed Ariff meraupkan wajahnya dan melepaskan keluhan.Semuanya terlalu rumit tentang perasaan Nana.Dan sewaktu di dalam kereta bersama Azhani pun,dia memberitahu Azhani supaya jangan menganggunya kerana fikiranya sesak cara untuk menyelesaikan masalah itu.Balik sahaja daripada rumah,Nana menghantar mesej padanya yang berbunyi.

I masih tak puas hati tentang hal kita tengahari tadi.I nak jumpa U,we need to talk!

-Nana

Terima sahaja mesej itu,Syed Ariff terus membuat keputusan untuk memberitahu Nana tentang statusnya dan siapa Azhani pada dirinya.Dia perlu beritahu segalanya.Jadi,Syed Ariff pun membalas mesej itu dengan berbunyi.

Fine.Datang rumah I malam ni.

-Syed Ariff.

Malam ini,tiba sahaja Nana ke rumah mereka.Syed Ariff terus memberitahu Nana perkara sebenar tentang statusnya yang telah berkahwin.Tapi Nana yang sukar untuk menerima pengakuan itu membuatkan dia terpaksa mengheret Azhani ke bawah dan membabitkan gadis itu dalam hal ini.

Setelah itu,barulah Nana keluar daripada rumah ini.Syed Ariff berfikir panjang.Dia tahu Nana tidak akan mahu berjumpa denganya,tapi dia tidak kisah.Kerana hatinya sudah bebas dan lega memberitahu Nana perkara yang sebenar.

Wajah Azhani yang terbayang di dalam akalnya membuatkan Syed Ariff berfikir lama.Antara Nana dan Azhani,dia tahu Nana lah yang paling cantik dan mempunyai pakej lengkap tentang semua jenis perempuan yang diinginkanya.Tetapi entah kenapa sejak akhir ini sukar sekali dia ingin membuang Azhani daripada kotak fikiranya.Dia bingung pada setiap masa dia berfikir dan risau tentang gadis itu.Aku sayangkan Azhani ke sampai aku tak boleh terima cinta Nana?

Azhani terus merebahkan badanya di atas katil.Dia masih tidak puas hati dengan sikap Syed Ariff.Hatinya sekarang pun tidak berhenti memikirkan hubungan Syed Ariff dan Nana yang seakan-akan mempunyai hubungan intim.Syed Ariff cintakan Nana ke? Fikir Azhani.

Dan kalaulah perkara itu menjadi kenyataan,Azhani akan terasa seperti hendak meraung sekarang.Dia takut Syed Ariff akan mula menjauhkan diri padanya.Tetapi apabila memikirkan bahawa Nana tidak akan bertemu dengan Syed Ariff lagi selepas peristiwa yang terjadi malam ini,hatinya merasa sikit bahagia.

Bukan mahu bersikap jahat atau tamak,tapi itulah hakikatnya.Hakikat bahawa hatinya merasa lega apabila Nana mengetahui siapa dirinya pada Syed Ariff membuatkan Azhani gembira.Terbentuk satu senyuman pada bibir Azhani kemudian gadis itu terus memeluk bantal peluknya dengan erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience