BAB 53

Romance Completed 68960

Zakaria meneguk air ‘cola’ di dalam gelas kaca itu dengan rakus.Suasana muzik yang bingit di dalam kelab itu tidak sekalipun mengalihkan perhatianya.Hatinya masih hampa dan sedih.Kecewa apabila mengetahui diri Azhani sudah berpunya dan pemiliknya adalah rakan seperkerjaanya sendiri,Syed Ariff.Dia masih tidak dapat menerima hakikat itu.Baginya Azhani masih terlalu istimewa.

Malas untuk berfikir,Zakaria merenung gelas kaca itu dengan lama.Bertuah Syed Ariff yang dapat memiliki hati Azhani.Kenapa lah aku tak dapat jumpa dengan dia dahulu.Patut ke aku salahkan takdir?

Hari ini pun disebabkan terlalu murung,akhirnya Zakaria melepak juga dalam kelab malam setelah sekian lama tidak pergi ke tempat itu sejak berkenalan dengan Azhani.Iman yang cuba dipertubuhkan itu seperti roboh begitu sahaja.

Zakaria terkejut apabila ada tangan yang melingkar pada bahunya.Dia menoleh untuk melihat gadis mana yang membuat perlakuan itu.

“Wow,Zack.Apasal U tiba-tiba ada dekat sini malam ni.I ingat U takkan datang tempat-tempat macam ni.”Ketawa Elisya kemudian merapatkan wajahnya mereka.

Zakaria mendengus kasar kemudian menepis tangan gadis itu.Dia rimas diperlakukan sebegitu.Nampaknya perempuan ini masih tidak reti faham bahasa.

“Elisya,I tak ada masa nak tengok muka U sekarang.” Balas Zakaria dengan malas.Malam ini dia terlalu melayan perasaan sedihnya.

“Why? Because I terlalu cantik ke?” Elisya mempamerkan senyuman menggodanya

Zakaria tidak mengendahkan Elisya.Dia sudah malas mahu melayan gadis itu,Elisya seakan-akan tidak serik dan tidak kenal erti putus asa.Zakaria melemparkan pandanganya pada ‘dance floor’.

Dia merenung sahaja lelaki dan wanita yang menari di atas lantai tanpa teringatkan dunia dan seperti tiada hari esok.Secara tiba terbit pula rasa tidak enak dalam benaknya.Dia merasa ada sesuatu yang tidak kena.Apa aku buat dekat sini sebenarnya? Duduk di sini bukan dapat menyelesaikan masalah aku? Duduk di sini pun bukan macam Azhani kembali pada aku? Jadi apa aku buat ni?

Secara tiba dia teringat sesuatu perkataan yang Azhani pernah memberitahunya.

Allah akan sentiasa jaga saya.Sebab itula saya takkan takut

Tuhan.Zakaria tidak pernah terfikir tentang agamanya.Sejak berjumpa dengan Azhani,itulah kali pertama dia merasa rendah diri pada seorang perempuan.Sejak berkenalan dengan Azhani juga,dia ingin lebih mendekatkan diri dan mengenali ajaran agamanya.Jadi mengapa dia jadi begini sekarang? Adakah disebabkan Azhani tidak dapat terima dirinya bermaksud dia akan terus kembali pada cara hidup lamanya?Cara hidup yang tiada matlamat dan terus ingin berseronok dan berfoya-foya.

Tanpa membuang masa,Zakaria terus menolak gelas kaca itu ke tepi dan bangun daripada kerusi panjang.Elisya yang duduk di sebelah sisinya terkejut.

“U nak pergi mana Zack? Tak nak minum dengan I dulu?” Pujuk Elisya.

“I buat kesilapan besar sebab datang sini.I nak keluar.”Kata Zakaria

“Maksud U,U takkan datang tempat ni lagi? Kenapa U ni tiba-tiba berubah Zack? Mana perginya Zack raja hiburan dan selalu pergi ke kelab setiap hujung minggu.I miss U!” Luah Nana.

“Stop it Elisya! I tak perlukan semua tu lagi.Oh,lagi satu.Jangan panggil I Zack lagi.I tak suka.”Kata Zakaria kemudian terus berlalu keluar.

Elisya mengenggam erat tanganya dengan perasaan geram.Dia tahu perubahan yang terjadi pada Zakaria adalah disebabkan Azhani.Siapa lagi kalau bukan minah sial tu!

Kemudian Elisya tersenyum lebar.Tapi sekarang aku tak kisah,sebab Azhani si tak guna tu akan dapat jugak balasan dia daripada aku.Sorak hati Elisya kemudian terus memesan minuman keras daripada kaunter.

Azhani menuruni tangga dalam keadaan mamai selepas bangun daripada tidur pagi itu.Dia menutup mulutnya yang menguap lalu menuju ke dapur untuk mengambil segelas air mineral.Dia merasa haus pula apabila bangun daripada tidur tadi.

Lalu sahaja di depan ruang tamu,terkejut Azhani apabila melihat Syed Ariff yang berada di sofa dan terdapat bagasi besar di sebelahnya.Azhani menggaru rambutnya yang serabai akibat bangun daripada tidur pagi itu.Mamat ni nak pergi mana bawak beg besar-besar macam tu? Syed Ariff yang ralit melihat telefon bimbitnya tersedar dengan kehadiran Azhani di ruang tamu itu.Laju sahaja dia meluru kearah Azhani.

“Baguslah kau dah bangun.Sekarang pergi mandi cepat,hari ni kita nak keluar.”Kata Syed Ariff.

“Keluar? Pergi mana?”

“Aku dah fikir masak-masak semalam.Kalau aku nak tahu siapa diri kau,aku mesti pergi ke rumah kau.Lagipun sampai sekarang aku tak kenal mak mentua aku.”Kata Syed Ariff merenung wajah Azhani.

“Nak pergi rumah Az? Pagi ni jugak?!” Terkejut Azhani.Baru bangun daripada tidur,dia sudah dikejutkan dengan berita sebegini.Patutlah terdapat beg besar dekat sebelah lelaki itu tadi.

Syed Ariff tidak membalas tapi hanya menganggukkan kepalanya.

“Tapi,perlu ke pagi ni abang? Kampung Az tu jauh tau tak,dekat Perak! Lepastu hari ni Az ada kerja lah.”Balas Azhani dengan geram.

“Kau ni cuba la pakai otak kau tu sikit,cakap la dekat kawan kau tu yang kau sakit ke hari ni.”Arah Syed Ariff.

“Tapi bukan semudah tu.Tambahan lagi Az tak kemas baju lagi.”Rungut Azhani.

Syed Ariff melepaskan keluhan dan memandang wajah gadis itu dengan tajam.Geram Syed Ariff dengan sikap Azhani yang tidak boleh berhenti bercakap.Lalu dia merapatkan wajahnya pada Azhani membuatkan gadis itu terkejut.

“Kau yang nak sangat aku pulihkan ingatan aku kan.Sekarang ni aku cuba try,kau pulak yang bising.Aku tak kira,aku nak kau bersiap lepastu turun bawah dalam masa tiga puluh minit ni.”Kata Syed Ariff memandang tepat anak mata gadis itu.Hati Azhani sudah berdegup laju.

“Tapi abang tahu ke kampung Az dekat mana?”Sambung Azhani lagi.

“Cuba kau fikir sikit apa gunanya aku bawak kau.Nanti kau tunjukkanlah aku jalanya!”

Kata Syed Ariff kemudian terus berlalu ke dapur.Azhani mendengus kasar lalu menghentakkan kakinya.Benci betul lah!

Mamat ni suka buat aku macam ni!Semua perkara dia yang tentukan tanpa bincang dengan aku. Apa yang aku nak bagi alasan dekat Putri ye? Arggh,pagi-pagi dah kusut macam ni! Dengan perasaan sebal dalam hati,Azhani menuju kembali ke tingkat atas.

Selesai mengemas baju,Azhani terus menuruni tangga membawa bagasinya yang besar.Baru sebentar tadi dia menghubungi Putri tentang pengambilan cutinya hari ini.Nasib baiklah Putri mempercayai alasanya bahawa dia mempunyai selesama yang teruk sehingga tidak dapat bangun daripada katil.Itupun Azhani terpaksa menggaraukan suaranya.

Azhani betul-betul merasa bersalah terpaksa menipu pada Putri.Ini semua Syed Ariff punya pasal.Tak pasal-pasal tambah dosa aku hari ni! Gerutu Azhani semasa mengheret bagasinya ke luar rumah.Dia mengangkat beg yang berat itu dan memasukkanya ke dalam bonet kereta Syed Ariff.

Syed Ariff yang sudah tersedia di dalam kereta mula menghidupkan enjin.Azhani memasuki kedalam kereta lalu kereta itu keluar meluncur di atas jalanraya.Tidak sampai sesaat di dalam kereta,Azhani menyedari sesuatu.Mungkin dia patut menghubungi ibunya dahulu tentang perjalanan mereka ke kampung.Azhani mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Kau nak telefon siapa tu?” Soal Syed Ariff.

“Az nak telefon mak.Mungkin mak patut tahu perjalanan kita ke sana.”Balas Azhani lalu mendail nombor telefon Mak Cik Yah.

Lama dia menunggu tapi ibunya masih tidak mengangkat talian.Mak keluar ke pada waktu macam ni? Teka Azhani.Apabila talian masih tidak dijawab,Azhani terus mematikanya.Mungkin ibu keluar.Teka Azhani.

“Macam mana?” Suara Syed Ariff.

“Mak tak angkat,mungkin keluar kut.”Balas Azhani dan terus menyimpan semula telefon bimbitnya di dalam tas.

Untuk seketika mereka menyepi di dalam kereta.Azhani pula yang malas untuk membuka radio pada waktu ini hanya termenung ke luar tingkap.

“Aku pernah pergi ke sana ke?” Kata Syed Ariff menghilangkan kesepian.

Azhani menoleh kearahnya.

“Maksud abang kampung Az dekat Perak?” Soal Azhani.

“Ha’ah.”

“Pernah.”Balas Azhani sepatah.

Syed Ariff diam seketika.

“Kalau macam tu,mungkin aku dapat ingatkan balik ingatan aku dekat sana.”Sambung Syed Ariff kemudian terus fokuskan penglihatanya di atas jalanraya.

Azhani tidak menjawab dan terus melemparkan pandanganya ke luar tingkap.Satu senyuman terbentuk di bibir.Az pun harap macam tu.

Tiba sahaja di perkarangan rumah Mak Cik Yah,mereka berdua terus keluar daripada kereta.Mak Cik Yah yang kebetulan sedang mengait buah rambutan terkejut dengan kepulangan anaknya serta menantu kesayanganya.

“Assalammualaikum mak! Az dah balik!” Jerit Azhani girang kemudian meluru ke arah ibunya.

Mereka berdua berpelukan seketika.Syed Ariff yang baru keluar daripada kereta hanya memerhatikan perlakuan anak beranak itu.

“Kenapa tak beritahu mak nak datang tadi?” Soal Mak Cik Yah yang kelihatan terkejut.

“Az dah call mak tadi,mak yang tak jawab.Mak buat apa pagi tadi?” Soal Azhani.

Mak Cik Yah cuba berfikir.

“Oh,patutlah.Kamu telefon mak pagi-pagi buat apa,mak keluar pergi kedai.”Sambung Mak Cik Yah.

“Ohh..”

“Ni yang nak datang rumah mak ni kenapa? Kamu tak kerja ke?”

“Az minta cuti hari.Az dah lama tak datang rumah mak,itulah fikir nak datang hari ni.Walaupun ni semua abang Ariff yang suruh.”Kata Azhani sambil tersenyum.

“Ariff? Mana dia!” Soal Mak Cik Yah matanya meliar mencari menantu lelakinya.

Syed Ariff yang baru selesai mengeluarkan bagasinya mula menghampiri mereka berdua.Mak Cik Yah tersenyum lebar melihat Syed Ariff.

“Alhamdulillah,gembira mak lihat kamu Ariff.Dah lama mak tak nampak kamu sejak kamu tinggalkan Azhani.Kamu berdua dah berbaik ke ni?”Kata Mak Cik Yah dengan gembira.

“Boleh dikatakan macam tu lah mak.”Senyum Azhani.

“Ya Allah,syukur mak dengar.”

Aku tinggalkan Azhani?Syed Ariff bingung mendengar percakapan Mak Cik Yah.Matanya tidak putus memerhatikan wanita yang berusia separuh abad yang berada di hadapanya.Jadi inilah mak mentua aku.Kenapa aku macam tak ingat apa-apa bila tengok wajahnya?

“Mak cik ni ke….”

Tidak sempat Syed Ariff ingin bertanya,Azhani sudah menyiku lengan lelaki itu dengan laju.Mak Cik Yah sudah pelik melihat situasi mereka.

“Sekejap ye mak,Az nak cakap dengan Ariff sekejap.”Sengih Azhani kemudian menarik Syed Ariff jauh sedikit daripada Mak Cik Yah.

“Abang,mak tak tau lagi yang abang ni hilang ingatan.Jadi berlakon je la macam abang ni kenal dekat mak!” Bisik Azhani.

Syed Ariff melihat wajah Azhani dengan muka berkerut.

“Kenapa kau tak nak beritahu je pasal ni dekat mak kau.Aku mana boleh berlakon kalau mak cik itu pun aku tak tau!” Geram Syed Ariff.

“Mak cik?! Hei,itu mak mentua abang tau! Sekarang ni Az cuma mintak supaya abang berlakon depan mak.Az tak nak mak risau,nanti keadaan akan jadi lagi rumit.”

“Ariff,Azhani? Kamu berdua ada masalah ke?” Suara Mak Cik Yah yang kedengaran daripada jauh mengejutkan mereka berdua.

“Fine,kau nak aku berlakon.Kali ni aku ikut.”Serius Syed Ariff berkata kemudian terus meluru kearah Mak Cik Yah.Dia menyalam tangan wanita tua itu.

“Mak,Ariff pun dah lama tak nampak mak.Itula ingat hari ni nak datang.”Senyum Syed Ariff.

Azhani sudah tersenyum lebar.Mamat ni kalau bab berlakon dia la juara.

“Mak pun rindu kamu berdua.Siang malam tak putus berdoa supaya kamu berdua berbaik semula.”

Sekali lagi Syed Ariff pelik.Azhani tidak pernah sekali pun memberitahunya tentang dia meninggalkan Azhani? Kenapa aku tinggalkan dia?

“Mungkin ini berkat doa mak,Az dengan abang Ariff dah bersatu semula.”Sambung Azhani.

“Sudah,mak tak nak buang masa dekat sini.Sekarang ni kamu berdua pergi letak beg dalam bilik,nanti mak siapkan makanan.”Kata Mak Cik Yah.

“Eh,tak apa lah mak.Kitaorang tak lapar pun.”Tolak Syed Ariff.

“Mana boleh macam tu.Kamu berdua ni datang daripada jauh.Kalau tak nak makan pun,mak nak pergi siapkan kuih kegemaran Azhani tu.Pergi masuk dalam,panas dekat luar ni.”Arah Mak Cik Yah kemudian terus pergi kebelakang pintu rumah.

Azhani dan Syed Ariff membawa beg mereka masing-masing memasuki ke dalam bilik.Letak sahaja beg di atas lantai,Syed Ariff terus merebahkan badanya di atas katil.Melepaskan lelah memandu sebentar tadi.Azhani pula membuka tudungnya.

“Jadi,abang ada ingat apa-apa tak? Ingat mak lagi?” Soal Azhani lalu duduk di birai katil.Dia ingin mendapatkan kepastian.

Syed Ariff menegakkan badanya.

“Aku tak dapat ingat apa-apa pun.Aku cuba untuk ingat mak kau,tapi aku tak dapat apa-apa.Aku cuma memang tak dapat ingat apa pun tentang rumah ni.”Keluh Syed Ariff memandang wajah Azhani.

Azhani cuba menyorokkan perasaan hampanya di dalam hati.Dia berharap sangat ingatan Syed Ariff akan pulih setelah kembali ke rumah ini.

“Tak apa lah.Mungkin ingatan abang tu mengambil masa sikit.”Kata Azhani kemudian ingin bangkit daripada katil.Namun pantas sahaja lelaki itu merentap tanganya.

“Tunggu,aku nak tanya kau satu perkara.”Suara Syd Ariff.

“Apa dia?”

“Apa maksud mak tadi,bila dia kata aku pernah tinggalkan kau? Kenapa aku tak pernah tau?” Syed Ariff memandang tajam wajah isterinya.

Azhani terdiam.Terlalu rumit untuk dia menceritakan itu kepada Syed Ariff.

“Ke,kau yang tak nak beritahu aku?” Renungan Syed Ariff masih tajam.

Azhani masih diam tidak berkutik.Dia berfikir mungkin yang terbaik Syed Ariff tidak mengetahui perkara itu.Peristiwa itu pun adalah peristiwa yang pahit baginya.

“Apa yang mak cakap tu sebenarnya tak ada apa-apa.Baik abang jangan fikir sangat.Az nak keluar dulu.”Dalih Azhani kemudian melepaskan pegangan itu dan keluar daripada bilik.

Syed Ariff tidak puas hati.Dalam benaknya,dia tahu ada perkara yang Azhani tidak mahu memberitahunya.Dan seakan-akan dialah seorang yang tak tahu tentang hal itu di dalam rumah ini.Syed Ariff mendengus kasar.Dia marah dengan situasinya sendiri.Tak guna,bila lah ingatan aku ni nak kembali!

Azhani menuju ke dapur untuk mendapatkan emaknya.Dia melihat ibunya sedang sibuk menggoreng ikan di kuali.

“Mak,kan tadi abang Ariff kata kitaorang tak lapar.Kenapa mak masak ni?” Kata Azhani menghampiri Mak Cik Yah.

“Mak kesian dekat kamu berdua.Mak tau sebenarnya kamu laparkan.”Kata Mak Cik Yah tanpa memandang anaknya.Azhani hanya tersengih,walaupun hakikatnya Syed Ariff tidak lapar.Namun sebenarnya dirinya sendiri yang kebulur.

Lalu Mak Cik Yah meletakkan ikan goreng itu di atas pinggan dan menutup api.Dia menatap wajah anaknya dalam-dalam.Lalu dia memeluk anaknya erat.Azhani sudah pelik dengan perlakuan ibunya.

“Kenapa ni mak?” Soal Azhani.

Mak Cik Yah merungkaikan pelukanya.

“Tak ada apa-apa.Mak cuma rindu je dengan Az.Dan mak gembira sangat bila tengok Az balik dengan Ariff tadi.Gembira mak tidak terkata bila lihat kamu bersama balik selepas lama Ariff tinggalkan kamu.”Senyum Mak Cik Yah.

Azhani hanya tersenyum pahit.Dia merasa bersalah kerana tidak memberitahu hal sebenarnya kepada Mak Cik Yah tentang amnesia Syed Ariff.Berat hatinya melihat senyuman itu sedangkan situasi dia dan Syed Ariff bukanlah seperti yang dibayangkan oleh ibunya.

“Ariff mesti betul-betul sayangkan kamu.Mak tak nak tengok lagi kamu berdua bergaduh,ok?”

Azhani hanya menganggukkan kepalanya dengan tersenyum.Lantas Mak Cik Yah menutupkan ikan itu di dalam tudung saji.

“Oklah,mak nak keluar sekejap.Hari ni ada perjumpaan persatuan kampung dekat rumah Pak Ayob.”Kata Mak Cik Yah.

“Mak terlibat dalam persatuan kampung? Az tak tahu pun?”

“Kenapa? Kamu ingat mak ni tak aktif lagi.Mak masih boleh bergerak,jadi apa salahnya mak tolong kampung kita ni sikit.”Balas Mak Cik Yah.

Azhani ketawa.Nampaknya ibunya bukanlah jenis wanita yang sering duduk di rumah seperti sangkaanya.

“Kamu dengan Ariff jaga rumah ye.Kalau ada orang nak jumpa mak,cakap je mak pergi rumah Pak Ayob.”

“Ok,ma’am!” Azhani ketawa kecil.

Mak Cik Yah mencapai tudungnya lalu keluar daripada rumah.Azhani mengemas dapur lalu masuk kembali ke dalam biliknya.Seperti yang dia duga,Syed Ariff sudah tertidur di atas katil.Azhani tersenyum.Letih benar nampaknya lelaki tu memandu tadi.

Lalu dia mendekati Syed Ariff dan membuka jam yang berada di pergelangan tangan lelaki itu perlahan-lahan.Azhani meletakkan jam itu di atas meja solek kemudian melangkah keluar daripada bilik.Tidak tahu hendak membuat apa,Azhani duduk di sofa dan melihat siaran yang berada di kaca televisyen.

Tiada satu pun rancangan yang menarik minatnya,hatinya mula berasa bosan berada seorang diri di ruang tamu.Dia berfikir hendak makan,tetapi entah mengapa hatinya menyuruh dia menunggu Syed Ariff sehingga lelaki itu sedar daripada tidur.Disebabkan itu,mata Azhani tidak putus merenung kaca televisyen.

“Assalammualaikum,Mak Cik Yah ada tak?”

Terkejut Azhani apabila mendengar suara seorang lelaki memberi salam.Lantas dia memasuki bilik dan mengambil tudung lalu disarungkan ke dalam kepala.Dia melihat sekilas Syed Ariff yang baring di atas katil.Lelaki itu masih tidur dengan nyenyak.Sejurus itu Azhani terus meluru ke muka pintu.

“Eh,Az?!” Terkejut pemuda itu apabila melihat Azhani yang berada di muka pintu.

“Zaid?!” Azhani juga turut memberikan reaksi sama.

“Wah,banyak kau berubah Az.Dah lama aku tak nampak kau sejak kau pindah ke bandar.”Kata Zaid dengan mesra.

“Cakap orang dia pun sama.Muka kau pun aku rasa dah banyak berubah.”Senyum Azhani.Terlalu lama mereka tidak berjumpa sehingga Azhani tidak dapat mengecam wajah pemuda itu.Zaid kawan lama sekampungnya memang sudah berubah seperti lelaki yang berkerjaya.

“Alah,sama je lah kita berdua.Aku dengar kau dah berkahwin? Iyeke?”Soal Zaid dengan teruja.

Azhani ketawa kecil.Nampaknya Zaid ini pun tidak mengetahui tentang Syed Ariff.Dengan perlahan-lahan dia menganggukkan kepala.

“Wah,aku tak sangka kau berkahwin awal daripada aku.Tahniah la ye!” Kata Zaid dengan gembira.

“Terima kasih.Aku dengar kau pun dah dapat kerja baru dekat bandar.Betul ke?”

Zaid memegang leher belakangnya lalu mengangguk perlahan.

“Aku dapat jadi Manager.”Luah Zaid.

“Alhamdulillah,berbaloilah jugak tu.Jadi,kau datang ni nak jumpa Mak Cik Yah ke?”

“Ha’ah.Mak aku nak pulangkan bekas lauk yang Mak Cik Yah pernah beri dekat dia.”Kata Zaid lalu menghulurkan bekas plastik ditanganya.

“Oh,mak aku pergi hadir persatuan kampung.Terima kasih ye sebab pulangkan…”

Tidak sempat Azhani mengambil bekas itu,terdapat satu tangan yang telah mengambil huluran itu terlebih dahulu.Terkejut Azhani dibuatnya.

“Oh,terima kasih la ye sebab pulangkan.”Kata Syed Ariff sambil tersenyum sinis.

Azhani melihat lelaki itu dengan tidak percaya.Sejak bila pulak lelaki ni ada dekat sebelah aku?! Tadi baru aku lihat dia tidur atas katil? Zaid mempamerkan riak terkejut dengan kehadiran Syed Ariff.

“Awak ni suami Az ke?” Soal Zaid.

“Yes.Saya la suaminya.”Kata Syed Ariff sambil merangkul pinggang Azhani.

Azhani yang sudah merasa tidak selesa mula berasa malu berada di hadapan Zaid.

“Jadi,Zaid.Saya dengar,awak ni kawan rapat kepada isteri saya.Iyeke?”Soal Syed Ariff

Eh?Macam mana dia tahu nama Zaid?Pelik Azhani.Zaid sudah tersenyum.

“Boleh dikatakan macam tu lah jugak.Baiklah,saya nak minta diri dulu.Tak nak dikatakan menganggu masa kamu berdua pulak.Assalammualaikum.

“Eh,mana ada….”Suara Azhani

“Waalaikummussalam.”Laju Syed Ariff menyambungnya.

Apabila bayang Zaid hilang daripada penglihatan,terus Azhani menoleh kearah Syed Ariff dengan tajam.Hish,apa lah agaknya masalah lelaki ni! Malu aku dengan Zaid tadi.Laju sahaja Azhani melepaskan rangkulan Syed Ariff.

“Abang ni kenapa nak peluk bagai Az dekat depan Zaid tadi.Malu lah dia tengok.”Geram Azhani.

“Apa aku kisah kalau dia tengok.”Selamba Syed Ariff.Walaupun dalam hati dia marah pada Azhani.

“Lagi satu,macam mana abang tahu nama Zaid? Abang curi dengan perbualan kitaorang tadi ek!” Duga Azhani.

“Tak ada kerja aku nak dengar perbualan tadi.Korang yang cakap kuat sangat sampai aku dapat dengar dalam bilik tadi!”

“Eh,iyeke?” Pelik Azhani.Setahu aku kitaorang mana cakap kuat sangat tadi.

“Az,sebenarnya kau ni memang jenis playgirl ek.Berapa banyak lelaki kau kenal belakang aku ha.Lepas Zakaria,budak Zaid tu pulak yang kau ada!” Herdik Syed Ariff.Dirinya dikuasai cemburu.Dia tidak boleh melihat Azhani berkata dengan lelaki lain semenjak peristiwa Firdaus di dalam rumahnya.Firdaus yang telah melihat aurat Azhani membuatkan dia merasa tidak puas hati.Dia tidak mahu Azhani bergaul dengan lelaki lain selainya.

Marah Azhani mendengar kata itu.Ingatkan hubungan mereka sudah bertambah baik,rupanya lelaki ini masih tidak mempercayai dirinya.Mereka berdua merenung tajam sesama sendiri.Lalu Azhani mengambil nafas panjang lalu membuka mulut untuk berkata.

“Az dah putus asa.Abang fikir la macam mana yang abang nak.Zaid tu cuma kawan Az je.”Terang Azhani.

Syed Ariff tidak menjawab namun hanya mencebik.Macam aku nak percaya mereka berdua ni hanya sekadarkawan.Dengan Zakaria pun minah ni kata benda yang sama.

“Suka hati abanglah.Tak habis-habis nak jeles.Hmmph!”

Membulat mata Syed Ariff mendengar perkataan itu.Aku jeles dengan Zaid?!

“Woi,lelaki macam aku ni mana ada pernah jeles!”Marah Syed Ariff.

“Tak payah lah nak sorok-sorok.Tengok muka pun Az dah tau.”Azhani tersenyum sinis.

Geram Syed Ariff melihat senyuman itu.Apabila Azhani ingin berlalu,laju sahaja Syed Ariff menangkap lengan gadis itu.

“Apa lagi ni?”Rimas Azhani.

“Sediakan aku makanan.Aku lapar.”Arah Syed Ariff dengan nada selamba.

“Lah,tadi abang kata dekat mak tak lapar?”

“Hei,seburuk-buruk aku pun sebagai kasanova,aku tau hormat orang tua tau tak.Aku tak nak la susahkan mak kau pulak.”Balas Syed Ariff.

“Ooo,tak nak susahkan mak Az.Habis tu,susahkan Az tak apa la ye!” Geram Azhani.

“Memanglah.Habis aku nak susahkan siapa lagi selain kau.Cepatlah sediakan makanan!”Kata Syed Ariff lalu terus melangkah ke dapur.

Marah Azhani terpaksa ditahan.Sabar je la Az sebab dapat suami pelik macam ni.Dengan malas Azhani menuju ke dapur kemudian mengambil piring.Dia meletakkan piring itu dihadapan Syed Ariff.

“Lauk ikan ada dekat dalam tudung saji tu.”Kata Azhani kemudian ingin berlalu ke bilik.

“Aku nak air sejuk.”Pinta Syed Ariff.

Azhani mengambil nafas panjang.Sekali lagi dia terpaksa menahan amarahnya lalu menuju kembali ke dapur.Dengan merungut,Azhani membuat air sirap bandung untuk Syed Ariff.

Syed Ariff melihat perlakuan Azhani sambil menyorokkan senyumanya.Dia gembira apabila dapat berada berdua-duan sahaja bersama Azhani.Syed Ariff berharap kalaulah masa ini dapat dikekalkan.

Malam itu,selesai makan malam.Syed Ariff duduk di kerusi luar rumah.Bayu sejuk yang menampar pipinya hanya dibiarkan sahaja.Dia menutup mata untuk merasai kedinginan malam.Setahu hidupnya,dia tidak pernah tinggal di kampung.Walaupun dirinya sebelum amnesia pernah duduk di sini bersama Azhani,tetapi dia tidak mengingati apa-apa memori pun daripadanya.Jadi ini boleh dikira kali pertama dia merasa tenang sebegini duduk di kawasan kampung.

Syed Ariff membuka mata perlahan-lahan memerhatikan kepekatan malam.Semuanya terlalu pening untuk dia memahami semua situasi kerana ada satu benda yang Syed Ariff pasti Azhani tidak mahu memberitahunya.Kenapa dia nak merahsiakan sangat hal tu?

Syed Ariff tidak pernah tahu yang dia pernah meninggalkan Azhani.Sebab apa aku tinggalkan dia?Azhani minta cerai pada aku ke? Pelbagai persoalan yang membelengu akalnya.

Syed Ariff melepakan nafasnya apabila sudah malas mahu berfikir.Mungkin betul kata Azhani,ingatanya mengambil masa sedikit untuk kembali.Tetapi berapa lama ? Berapa lama lagi dia dan Azhani akan berkeadaan sebegini?

Wajah Azhani terlayar di dalam ingatanya.Seorang gadis yang naïf dan cepat resah dalam satu situasi.Perkara itulah yang menarik minatnya.Seakan-akan semua perlakuan Azhani menarik dirinya.Syed Ariff sedar akan hal ini semenjak perasaan cemburu hadir dalam dirinya.

Setiap hari mindanya mula memikir tentang Azhani dan risau tentang keselamatan gadis itu.Adakah diri aku yang lama pun merasa begini?Aku dah suka dekat dia ke? Syed Ariff melepaskan keluhan dan meraupkan wajahnya.Dia sendiri bingung mengapa dia memikir begini.

“Ariff.”

Laju Syed Ariff menoleh apabila mendengar suara Mak Cik Yah yang berada di belakangnya.Syed Ariff melihat wanita itu memegang secawan kopi di atas dulang lalu diletakkan di atas meja.

“Kopi tu untuk Ariff ke?”

Mak Cik Yah tersenyum lalu menghulurkan kopi itu.Syed Ariff mengambil kopi itu dan menghirup perlahan.Dia memandang wajah Mak Cik Yah kembali.

“Terima kasih mak,sedap kopi ni.”Puji Syed Ariff.

“Sengaja je mak buatkan untuk kamu.Ariff buat apa duduk sini seorang diri.?”Soal Mak Cik Yah dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

“Saja je.Nak ambil udara dekat luar.”

Mak Cik Yah hanya menganggukkan kepala.

“Azhani mana? Mak tak nampak dia pun tadi lepas makan malam?”

“Dalam bilik kut mak.”Jawab Syed Ariff.

Mereka menyepi seketika.Hanya kedengaran cengkerik dalam situasi.Lalu Mak Cik Yah mengambil nafas dan membuka mulut.

“Ariff,mak cuma nak cakap.Mak gembira akhirnya Ariff balik pada Azhani semula.Semasa kamu tinggalkan Az,dia rasa sedih sangat.Mak terkejut sangat bila kamu melutut depan emak untuk tinggalkan Az.Mak dengan ayah kamu pun sama.”Cerita Mak Cik Yah mengenang kembali peristiwa itu.

Aku tinggalkan Azhani sampai melutut depan mak dan ayah?!

“Mak tak marah Ariff ke sebab buat Az macam tu?” Soal Syed Ariff perlahan.

“Macam mana mak nak marah.Mak tahu kamu pun susah untuk lepaskan Az masa tu.Mak faham situasi kamu.”Sambung Mak Cik Yah.

Syed Ariff merenung wajah ikhlas wanita tua dihadapanya.

“Ariff cuma nak cakap,yang Ariff nak minta maaf sebab tak boleh menjadi menantu yang baik.Mungkin Ariff tak bagus untuk Az.”Kata Syed Ariff walaupun tidak memahami cerita sebenar.Tetapi entah mengapa ayat itu kedengaran ikhlas dalam hatinya.

Mak Cik Yah tersenyum lalu memegang lembut tangan menantu lelakinya.

“Mak tak pernah marah Ariff.Malah semua yang Ariff buat untuk Az,mak bersyukur sangat dapat Ariff dalam keluarga.”Luah Mak Cik Yah.

Mendengar kata itu membuatkan hati Syed Ariff gembira tanpa sebab.Dia membalas senyuman wanita itu dengan kasih.Mak Cik Yah bangkit daripada kerusi.

“Oklah,mak nak masuk dalam dulu.Kamu jangan duduk luar ni lama sangat.Banyak nyamuk ni.”Pesan Mak Cik Yah.

Syed Ariff hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum kemudian Mak Cik Yah memasuki ke dalam rumah.Syed Ariff menyepi seketika memikir dan menganalisa semula perbualan dia bersama Mak Cik Yah tadi.Kemudian dia bangun.Dia sudah letih untuk memikirkan hal ini seorang diri.Dia perlu memaksa Azhani untuk memberitahunya hal sebenar.

Laju Syed Ariff melangkah ke dalam rumah dan menolak pintu biliknya.Azhani yang sedang tekun membaca novelnya terkejut melihat Syed Ariff semakin menghampirinya.Azhani meletakkan novelnya ke tepi lalu bangun daripada katil.

“Kenapa abang? Cari Az ye.”Duga Azhani namun lelaki itu tidak menjawab.

Syed Ariff semakin langkah kehadapan membuatkan Azhani terpaksa menapak kebelakang sehingga bahu belakangnya menyentuh dinding.Syed Ariff meletakkan tapak tanganya di dinding dengan pandangan yang serius.Azhani terperangkap.Ish,apa kena dengan mamat ni?!

“Ke..kenapa abang ni?’ Soal Azhani.Nada resah cuba disorokkan.

Syed Ariff mendekatkan wajahnya.Terlalu dekat sehingga Azhani dapat mendengar deru nafas lelaki itu.Mata Azhani terpaksa dikerlingkan di bawah.Hati perempuanya sudah berkocak laju.

“Aku tau ada perkara yang kau tak nak beritahu aku kan?” Kening Syed Ariff terangkat.

“Ma..mana ada.”Selindung Azhani.

“Jangan nak tipu.Aku nak kau jelaskan pada aku balik sebab apa aku tinggalkan kau dulu!”Paksa Syed Ariff.

“Kan Azhani dah kata,hal tu tak ada apa-apa.Buat apa nak cerita balik.”

“Tapi aku tak rasa macam tu.Aku tak kira penting ke tak,aku nak kau ceritakan dekat aku apa yang jadi!”Desak Syed Ariff.

“Itukan hal lama,buat apa nak ungkit.”Azhani masih berkeras.

“Kalau kau tak nak.Aku akan paksa kau dengan cara yang kau tak suka.Make a choice.”Ugut Syed Ariff sambil merenung tajam anak mata gadis dihadapanya.

Hati Azhani sudah kecut.Dia tahu Syed Ariff tidak bergurau.

“Apa yang abang akan buat?” Soal Azhani perlahan.

“Aku akan buat....” Syed Ariff tidak menghabiskan ayatnya namun sengaja dia mendekatkan nafasnya pada tengkuk leher Azhani.Azhani sudah terkejut.

“Ok! Az akan cerita!” Jerit Azhani.

Syed Ariff sudah senyum kemenangan.Dia tahu Azhani akan mengalah.Azhani mengambil nafas panjang lalu membuka mulut.

“Ada suatu hari tu,masa abang kerja.Az pergi pasar beli barang.Masa tu tanpa Az sedar,Az kena culik dengan rakan seperniagaan musuh syarikat ayah.Az hampir kena rogol masa tu,tapi nasib baik abang bawa polis dan sempat selamatkan Az.”

Azhani mencari nafasnya semula.

“Tapi masa penculikan,Az kena pukul teruk.Az tak tahu kenapa,tapi bila Az bangun daripada hospital.Ayah terus bagi kertas yang menyatakan abang nak tinggalkan Az.Az marah sangat pada abang masa tu.Hampir setahun abang jauhkan diri daripada Az lepastu abang pulang pada Az macam tu je.”Kata Azhani sambil memalingkan kepalanya.Dia cuba menahan sebak di dada apabila teringatkan peristiwa gerun semasa dia keculikan.

Syed Ariff memandang wajah Azhani dengan terkejut.Dia tidak menyangka terlalu banyak kesusahan yang dilalui oleh Azhani.Syed Ariff terkedu.

“Az dah ceritakan dekat abang.Jadi tolonglah lepaskan Az sekarang.”Pinta Azhani.

“Maafkan aku,aku tak tau yang...”

“Tak apa,Az tak marahkan abang.Walaupun ingatan abang belum pulih lagi untuk ingat semua tu.”Azhani tersenyum pahit.

Syed Ariff geram.Sekarang dia betul-betul berharap agar ingatanya kembali.Dia tidak boleh melihat wajah sedih Azhani.Dia tahu dalam hati gadis itu sedang menangis.Mereka menyepi seketika,Azhani masih terperangkap dalam Syed Ariff.

“Sekali lagi,boleh abang lepaskan Az?” Rayu Azhani melihat mata lelaki itu dengan mengharap.

Syed Ariff tidak menjawab namun dia hanya merenung segenap wajah itu.Dia rasa sayang dan tidak mahu lepaskan wajah itu.Dengan perlahan,jarinya menyisir rambut Azhani kebelakang telinga gadis itu.Muka Azhani sudah merona merah cuba menahan debaran di dada.Entah mengapa satu perasaan hadir membuatkan dia ingin menyentuh wajah itu.Wajahnya yang sudah dekat cuba dihampirikan lagi.Azhani menutup mata dengan gelisah dalam hati.Tidak sempat Syed Ariff mendekatkan bibir mereka.

“Az! Tolong mak kemas dapur sekejap!”

Suara Mak Cik Yah di luar pintu membuatkan perlakuan mereka terhenti.Syed Ariff menjarakkan kembali wajah mereka apabila sedar dia terlalu mengikut kata hatinya tadi.Muka Azhani pula sudah menebal.

“Err...O..Ok..Az nak keluar ni.”Jerit Azhani lalu laju keluar daripada bilik.Dia sudah melihat Mak Cik Yah dihadapanya.

“Az tolong kemas meja tu.Mak nak pergi solat isyak sekejap.”Kata Mak Cik Yah lalu memasuki ke dalam biliknya.

Azhani pergi ke dapur lalu duduk di kerusi.Dia memegang dan merasa dadanya yang berdegup kencang.Apa yang Syed Ariff nak buat tadi? Kenapa aku macam rela je?! Azhani menggeleng-gelengkan kepalanya dengan laju.Malu dia teringatkan peristiwa itu semula.Aku patut hati-hati lain kali! Kata hatinya lalu terus mengemas meja dan cuba melupakan perkara tadi.

Azhani terus menunaikan solat isyak di dalam bilik ibunya selepas selesai mengemas dapur.Dia sengaja tidak mahu memasuki ke dalam bilik dan bersemuka dengan Syed Ariff.Hati malunya masih tidak hilang dalam diri.

Azhani melipat telekung dan meletakkanya di atas katil.Dia merenung wajah ibunya yang sudah terlena sejak daripada awal lagi.Azhani tersenyum.Sejak ayah meninggal ibu lah orang yang paling banyak menyokongnya daripada belakang.Apa yang ibu buat semuanya kerana ingin memastikan dia berjaya.Azhani tahu dia tidak dapat membalas jasa seorang ibu walaupun dia sudah dalam keadaan berjaya.Dengan perlahan dia mencium dahi ibunya dengan kasih.

“Selamat malam mak...”

Bisik Azhani lalu keluar daripada bilik.Dia menuju ke biliknya dan berhenti di hadapan muka pintu.Dalam hati dia berat ingin memasuki bilik itu.Kalau diberikan pilihan,dia rela tidur di ruang tamu atau di sofa.Azhani mengeluh,dia tidak tahu hendak buat apa jika bersemuka dengan Syed Ariff.Ah,kau buat macam tak ada apa-apa yang berlaku je Az! Just acting cool.Azhani mencari nafas lalu menolak pintu bilik.

Masuk sahaja ke dalam bilik,Azhani cuba menahan getaran di dada.Azhani melihat Syed Ariff duduk di katil dengan gaya sandarnya bersama ‘not’ di riba lelaki itu.Mata Syed Ariff dikerlingkan pada Azhani.Renungan Syed Ariff yang tidak putus melihatnya membuatkan Azhani merasa kekok untuk mengeluarkan baju daripada bagasi.

“Lamanya kau kemas dapur?”Sengaja Syed Ariff menyoal.

“Lepas kemas Az terus solat isyak tadi.”Azhani cuba menjawab dengan tenang.

“Apasal kau tak solat dalam bilik je.”Syed Ariff tersenyum.

“Ermm,Az lebih suka solat dalam bilik mak.”

“Kenapa?Kau malu dengan aku ek?” Syed Ariff tersenyum sinis.

Azhani cuba menahan geramnya.Dah tau tu,sengaja je nak tanya aku lagi!

“Mana ada! Az solat dekat bilik mak sebab nanti Az nak borak lama dengan mak.Hmmph!”

“Iyalah tu.”Ketawa Syed Ariff.

Azhani meletakkan baju yang hendak dipakai esok ke dalam almari.Kemudian dia mengeluarkan comforter.

“Kau nak tidur dekat bawah ke?”Kening Syed Ariff terangkat.

“Ha’ah.Kenapa?” Azhani telah mengeluarkan comforter dalam almari.

“Tak payah.Aku nak kau tidur atas katil je malam ni.”Arah Syed Ariff selamba lalu menutup ‘not’ nya dan diletakkan di atas meja tepi katil.Lalu dia membaringkan badanya.

“Abang serius?”Soal Azhani seperti tidak percaya.

“I meant it.”Kata Syed Ariff lalu menepuk tilam itu

“Az cuma takut abang tak selesa je.Tak apa,Az tidur dekat bawah pun boleh.”

“Az,aku tak suka cakap ulang dua kali.Sekarang simpan balik comforter tu.”Arah Syed Ariff merenung tajam.

Aduh,apa kena lah pulak dengan mamat ni?! Dengan akur Azhani menyimpan kembali comforter itu di dalam almari lalu pergi ke birai katil.Dia memandang wajah Syed Ariff dengan curiga.

“Kenapa Az rasa abang macam pelik je malam ni?” Soal Azhani.Entah penyakit apa tiba-tiba dia suruh aku tidur sekatil dengan dia.

Syed Ariff mengangkat bahunya.

“Well,lelaki pelik ni adalah suami kau.Jadi kau kena la patuh arahan aku.”Syed Ariff tersenyum sinis.

Menyampah Azhani mendengarnya.Lelaki ini suka sangat gunakan kuasa dia sebagai suami.Dengan malas,Azhani baring di sebelah Syed Ariff dan memalingkan badanya daripada lelaki itu.

“Cuba baring menghadap aku.”Suara Syed Ariff.

Azhani sudah geram.

“Buat apa? Az nak tidurla.”

“Buat je la.”Keras nada Syed Ariff kedengaran.

Azhani mengeluh dan memusingkan badanya menghadap lelaki itu.

“Dah! Puas hati?” Geram Azhani.

Senyuman Syed Ariff membuatkan Azhani terpanar seketika.Tanpa disedari,tangan lelaki itu melingkar di pinggangya.

“Baru puas!”Senyum Syed Ariff.

Azhani terkejut dengan perlakuan itu cuba meregangkan pelukan Syed Ariff.

“Lepaslah! Perlu ke buat macam ni?” Muncung Azhani.

“Senyap.Aku nak tidur.”Kata Syed Ariff lalu menutup matanya.

Azhani mendengus geram.Macam mana aku nak tidur dengan keadaan macam ni?! Deru nafas Syed Ariff dapat dirasai di bahagian kepalanya.Azhani hanya dapat mendengar degupan laju jantungnya yang tidak terkawal.

Haih,susah la aku nak tidur malam ni.Azhani cuba menutup matanya yang terasa sukar akibat Syed Ariff yang terlalu menghampiri tubuhnya.Dalam senyap,Syed Ariff tersenyum panjang.Saat inilah yang dirasakan bahagia bersama Azhani.

Azhani mencapai telefon bimbitnya lalu mematikan ‘Alarm’ yang disetkan.Dia melihat jam pada telefon bimbitnya dengan mata separuh terbuka.Sudah pukul 6.42,maksudnya sudah lama Subuh masuk tadi.Kemudian dia cuba mengeliatkan badanya,apabila terasa sukar dia memandang ke sebelah sisi.Wajah Syed Ariff yang tidur lena membuatkan jantung Azhani hampir berhenti.

Lupa pulak aku tidur dengan mamat ni semalam.Azhani mengetuk kepalanya.Dia merenung wajah Syed Ariff sambil tersenyum.Dia pelik dengan sikap lelaki itu semalam,sudah lama mereka tidak tidur sebegini sampai kekok Azhani jadinya.

Ish,kau tu dahla tak solat lagi! Azhani cuba mengingatkan akalnya.Dengan perlahan-lahan dia mengalihkan tangan Syed Ariff yang melingkar di pingganya dan turun daripada katil.Selesai mengambil wuduk,Azhani menuju semula ke katil untuk mengejutkan Syed Ariff.

“Abang,bangun solat subuh!”Kejut Azhani.

Muka Syed Ariff berkerut.

“Emmm...Malasla...”

“Bangun cepat! Nanti waktu habis!” Jerit Azhani sekali lagi.

Syed Ariff menggaru-garu rambutnya lalu terus menghumbankan wajahnya ke dalam bantal.

“Kau pergi la solat dulu,lepastu kejutkan aku balik...”Kata Syed Ariff lalu terus menyambung lenanya.

Tak nak bangun ye.Tengokla apa aku nak buat! Azhani tersenyum nakal.Lalu dia mendekatkan mulutnya pada telinga lelaki itu.

“Abang, rumah terbakar!!”

Jerit Azhani membuatkan Syed Ariff terkejut lalu menegakkan badanya dalam keadaan mamai.

“Ha?! Mana api?!” Kata Syed Ariff dengan risau.

Azhani sudah ketawa panjang.Memang menjadi ‘plan’ aku hari ni! Lucu Azhani melihat reaksi Syed Ariff yang benar-benar percaya rumah mereka terbakar.Apabila sedar dia sudah dikenakan,Syed Ariff mendengus lalu merenung tajam wajah gadis dihadapanya.

“Ooo,kau kenakan aku ek!”Marah Syed Ariff.

“Haha...memang pun!” Gelak Azhani masih bersisa.Geram Syed Ariff mendengarnya.

“Kalau dah bangun tu,pergi ambil whuduk cepat.”Kata Azhani lalu ingin mengambil telekung.

Tidak sempat melangkah,tangan Azhani sudah direntap kasar kemudian laju sahaja Syed Ariff mencium bibir gadis itu.Azhani tergamam dengan riak terkejut.

“Siapa suruh kenakan aku tadi.Balasan!” Gelak Syed Ariff lalu bangkit daripada katil dan menuju ke bilik air.

Azhani masih terkejut.Allah,batal sudah air whuduk aku!Ieeee,geramnya aku dengan mamat ni!Tak apa,nanti aku kenakan dia balik! Dengan cebikan Azhani keluar daripada bilik untuk mengambil whuduknya semula.Tetapi dalam hatinya,terdapat sedikit kegembiraan sebenarnya.

“Hati-hati tau dalam perjalanan tu.”Risau Mak Cik Yah.

Azhani tersenyum kecil di dalam kereta.

“Insyaallah kitaorang ok mak.Panas ni,baik mak masuk rumah cepat.”Kata Azhani di tingkap.

“Kalau ada masa nanti kitaorang datang lagi.”Sambung Syed Ariff.

Mak Cik Yah tersenyum lalu mencium lama dahi anaknya terlebih dahulu.

“Ariff pandu elok-elok ye!”Kata Mak Cik Yah.

Syed Ariff menganggukkan kepalanya lalu Mak Cik Yah tersenyum lega dan melangkah masuk ke dalam rumah.Kemudian kereta Syed Ariff keluar daripada perkarangan kampung itu.Azhani masih menoleh ke belakang melihat rumah kampungnya yang semakin menjauh.Dia pasti akan rindu ibunya semula.

“Baru balik dah rindu dah ke?”Sakat Syed Ariff.

Azhani merenung Syed Ariff.Dia tu bukan perempuan,macam mana dia nak faham hati gadis macam aku ni! Kutuk Azhani dalam hati.

“Suka hatila.”Balas Azhani kemudian merenung ke luar tingkap.

Syed Ariff hanya ketawa kecil kemudian fokus pada pemanduanya.Bagi Syed Ariff pula,dia seperti seorang lelaki yang mempunyai perasaan baru selepas keluar daripada kampung itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience