BAB 30

Romance Completed 68960

Syed Ariff tenang memandu di dalam kereta.Azhani pula melemparkan pandangannya ke luar tingkap.Geramnya masih bersisa dengan sikap Syed Ariff yang memaksanya untuk berbincang.Keadaan di dalam kereta sunyi sekali.Mamat ni bukan nak bukak radio ke atau apa-apa.Azhani mendengus di dalam hati.Azhani memandang sekilas ke arah Syed Ariff yang sedang memandu.Mungkin aku yang patut cakap dulu.Fikir Azhani.Apabila Azhani mula membuka mulut untuk berkata tiba-tiba lelaki itu memberhentikan kereta di hadapan sebuah cafe.Azhani menjenguk ke luar tingkap.Lelaki tu nak bincang dekat dalam cafe ke?

Azhani membuka pintu kereta untuk keluar.”Eh,kau nak pergi mana?”Muka Syed Ariff berkerut.”Dalam cafe tu la.Bukan kita nak bincang dekat sana ke?”.Tanya Azhani.”Tak payah bincang dekat cafe.Kita bincang dalam kereta je.”Kata Syed Ariff sambil membuka seat belt nya.Azhani menutup pintu kereta dengan kasar.Ceh,kalau macam tu lebih baik tak payah berhenti depan cafe ni terus.Sengaja je mamat ni.”Jadi,jelaskanlah apa yang awak nak cakap tadi.Tentang awak dengan Melena.”Azhani menyilangkan tangannya.

“Pasal aku dengan Melena.Aku memang keluar dengan dia,tapi itu tak macam yang kau fikirkan..”

“Tak macam yang saya fikirkan?.Habis macam apa lagi.Dah terang-terang yang awak keluar dengan dia kan.”Azhani tidak tahu kenapa hatinya menjadi baran.Aku cemburu ke?.

“Boleh tak kau senyap dan bagi aku jelaskan semuanya dulu!.”Marah Syed Ariff

“Ok.Saya berhenti bercakap.”Azhani mula menutup mulutnya.

“Ya,aku dengan Melena memang keluar.Tapi aku keluar dengan dia bukan sebab aku cintakan dia atau apa-apa.”Terang Syed Ariff

“Habis,awak keluar dengan dia kenapa?.”

“Sebab aku geram.”

“Geram?!.”Azhani pelik.Apa yang mamat ni nak katakan?

Syed Ariff memandang tepat pada anak mata Azhani.Hati Azhani mula berdebar.”Aku geram dengan kau sebab tu la aku keluar dengan dia.”Syed Ariff berkata tenang.Sebab aku?.Jadi dia geram dengan aku ke?.”Sa..saya tak faham.Awak geram dengan saya,jadi awak keluar dengan Melena?.Apa yang awak nak jelaskan ni?.”Azhani makin tak faham.Syed Ariff mengeluh.Aduh,susahnya aku nak terangkan dekat minah ni.

“Okla.Cuba awak terangkan dekat saya satu persatu.”Kata Azhani.Syed Ariff memandang Azhani.Dia merenung wajah gadis itu.Entah sejak bila dia mula merasa rindu pada wajah itu.Azhani semakin tidak selesa.Aduh,kenapa mamat ni renung aku macam tu.Tiba-tiba Syed Ariff mendekatkan wajahnya kepada Azhani dan mencium pipi gadis itu.Azhani terkedu.”Ish,kenapa dengan awak ni?!.”Azhani menolak dada Syed Ariff namun lelaki itu terus memeluknya.”Aku cintakan kau.Kau jangan lari lagi.”Kedengaran lembut suara Syed Ariff di telinga Azhani.Azhani terpaku.Eh,betul ke apa yang baru aku dengar?.Syed Ariff cintakan aku.Aku?.”Err..Awak jangan la main-main..”Azhani kalut.”Kalau aku main-main.Aku takkan cari kau macam orang gila tadi.”Syed Ariff mengeratkan lagi pelukannya.Azhani terkejut.Jadi dia betul-betul cintakan aku?.Azhani merungkaikan pelukannya.

“Betul ke awak sukakan saya?.”Azhani memandang tepat anak mata Syed Ariff.”Aku cintakan kau.aku sukakan kau.Aku sayang kau.Kau nak aku cakap apa lagi..”Syed Ariff tersenyum.Azhani bagaikan tidak percaya.Dia tidak menjangka selama ini dia dan Syed Ariff saling menyukai.Kegembiraan di hatinya sukar digambarkan.Setitis air matanya mengalir.

“Azhani,kau sukakan aku?.”Soal Syed Ariff sambil menyeka air mata Azhani yang turun di pipi.Dia pasti gadis itu pun amat menyukainya.Azhani tersenyum.”Tak.Siapa suka orang macam awak.”Azhani berlagak sombong.”Kau tak payah nak tipu boleh tak.Cepat cakap!.”Syed Ariff mencubit-cubit pipi Azhani.”Ok!Ok!..Saya suka awak!.Puas!.”Azhani menjerit.Syed Ariff tersenyum senang dan melepaskan pipi Azhani.Azhani memegang pipinya yang kemerahan akibat Syed Ariff.”Sakitla awak ni.Tak pasal-pasal saya pakai ‘blusher’ free sebab awak!.”Marah Azhani.”Salah kau la tak nak mengaku.”Syed Ariff ketawa.

Syed Ariff mencium pipi Azhani buat kali kedua.Azhani terpaku.Lalu Syed Ariff kembali memakai seat beltnya bersiap sedia untuk memandu.Azhani memalingkan wajahnya ke luar tingkap kerana mukanya merona kemerahan.Dia masih malu dan tidak biasa dengan tindakan Syed Ariff.Syed Ariff kembali memandu di jalanraya.Azhani dapat merasakan Syed Ariff memegang tangannya.Dia hanya membiarkan sahaja memandangkan dia dan Syed Ariff sudah mengakui perasan masing-masing.

“Kau jangan lari dari aku lagi.”

“Emm.saya janji.”

Syed Ariff mengeratkan lagi pegangannya dan tanpa disedari,mereka berdua tersenyum bahagia.

Tiba sahaja di rumah,Azhani terus merebahkan badannya di sofa ruang tamu.Badannya terasa letih kakinya juga terasa sakit.Ini mesti kes sebab aku lari dengan mamat tu dekat perhentian bas tadi.Aduh,melecet pulak kaki aku ni.Azhani bangun.Dia melihat Syed Ariff sedang melonggarkan tali lehernya dan meletakkan di atas meja.”Awak,saya masuk bilik dulu ye.Badan saya dah letih sangat ni.Selamat malam.”Azhani tersenyum dan ingin berlalu ke biliknya.Syed Ariff sempat memegang lembut tangan Azhani.”Azhani,malam ni kita tidur sama jom.”Kata Syed Ariff sambil menguntumkan senyuman menggoda.”Ti..tidur..sama.”Mata Azhani terus membulat.Emergency!!.Mak tolong aku!Aku tak bersedia lagi!.Azhani bagaikan menjerit di dalam hati,debaran di hatinya bertambah.”Err.Awak..Saya bukan tak sukakan awak..Ta..tapi.Saya masih tak..Errr..masih tak..”Azhani kalut.Syed Ariff tersenyum melihat perlakuan Azhani.”Azhani,aku takkan paksa kau.Aku akan tunggu bila kau dah bersedia.Aku cuma nak tidur dengan isteri aku je malam ni.Boleh?”.Soal Syed Ariff.”Oh,macam tu.Bo..boleh..heh.”Azhani tersipu malu.”Thanks sayang!.”Syed Ariff mengelus pipi Azhani dan berlalu pergi ke tingkat atas.Fuh!.Azhani mengeluh lega.Argghh!.Tapi malam ni aku mesti tidur dengan Syed Ariff dan malam yang seterusnya dan seterusnya.Aku harap hati aku takkan buat kacau!.

Azhani keluar daripada bilik mandi selepas dia selesai menyalin baju.Dia melihat sekeliling bilik Syed Ariff.Eh,mamat ni takdek dalam bilik?Dia pergi dapur kut.Azhani menyidai tualanya dan merebahkan dirinya di atas katil Syed Ariff.Hatinya berdegup kencang apabila memikirkan malam ini dia akan tidur bersama Syed Ariff.Aku tak pernah sangka Syed Ariff akan sukakan perempuan macam aku.Terasa bahagia apabila memikirkan aku dan Syed Ariff saling mencintai selama ni.Ini ke dinamakan takdir?.Bunyi terbuka pintu menyedarkan Azhani daripada lamunannya.

Syed Ariff membaringkan badannya di sisi Azhani.Hati Azhani mulalah membuat kacau.”Azhani.Why you’r face are so red.”Syed Ariff memegang pipi Azhani.Aduh,kalau mamat tu dah kata macam tu memang sahla muka aku lagi merah!.

“Ermm..Ma.mana ada muka saya merah.Awak ni..”Azhani kalut.

Syed Ariff meletakkan jarinya di bibir Azhani.”Shh..Azhani.Boleh tak kau panggil aku abang mulai dari sekarang.”

“Abang?”.

“Ye,abang.Kita kan suami isteri .”

“Baiklah.A..abang.Azhani cuba akan panggil a..abang mulai sekarang.”Azhani rasa kekok dan lidahnya terbelit.Selama ini dia tidak pernah memanggil mana-mana lelaki dengan panggilan abang kecuali ahli keluarga terapatnya.Dia tahu panggilan itu harus dibiasakan.

Syed Ariff tersenyum melihat Azhani menyebut panggilan abang dengan muka yang berkerut.Syed Ariff ketawa.”Sayang,susah sangat ke nak cakap panggilan abang tu?.”

“Bukan susah,Azhani cuma rasa segan je.”

Syed Ariff memandang anak mata Azhani dengan mendalam.”Azhani,abang betul-betul minta maaf kalau selama ni abang sakitkan hati Azhani.Abang betul-betul rasa bodoh keluar dengan Melena sebab nak sakitkan hati sayang.”Syed Ariff berkata lembut.Azhani memandang Syed Ariff.Terpancar keikhlasan pada wajah lelaki itu.”Abang,memang betul Azhani sakit hati.Tapi,itu semua abang buat sebab abang cintakan Azhani kan.Azhani pun ada banyak buat salah dekat abang tanpa Azhani sedar.Jadi,kita anggaplah benda tu semua dah lepas ye.”Senyum Azhani kepada Syed Ariff.Syed Ariff memeluk erat tubuh isteri yang dicintainya.Ahh,bodohnya dia pernah sakitkan hati orang yang disayangi.

Azhani merungkaikan pelukan itu perlahan-lahan.”Tapi,abang janganla hiraukan Azhani lagi.Sedih Azhani tau.”Kata Azhani dalam nada merajuk.”I’m sorry sayang.Abang janji takkan hiraukan Azhani lagi.Ok!.”Senyum Syed Ariff membuatkan Azhani menganggukkan kepalanya.Ah,senyuman Syed Ariff selalu mencairkan hatinya.Secara tiba Syed Ariff mendekatkan wajahnya dan mencium bibir Azhani lama.Terkejut hati Azhani dibuatnya.”Sayang tidurla kalau letih.”Kata Syed Ariff dengan lembut sambil mengusap pipinya .Azhani akur melelapkan mata.Dia dapat merasakan Syed Ariff sedang seronok menyisir rambutnya dan buat kali pertamanya dia merasa terbelai dengan tindakan Syed Ariff dan akhirnya dia tertidur lena.Kini,Azhani merasa syukur kepada Tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience