BAB 31

Romance Completed 68960

sinar cahaya matahari yang menerangi bilik Syed Ariff membuatkan Azhani membuka matanya.Aduh,panasnya matahari ni!.Terkejut Azhani apabila membuka mata mendapati Syed Ariff sedang memeluknya semasa tidur.Tangan lelaki itu pun masih erat memegang pinggangnya.Laa...Patutla semalam aku tidur rasa sempit semacam.Rupanya mamat ni peluk aku.Azhani memandang muka Syed Ariff yang sedang tidur.Wah,comelnya muka tidur dia!.Azhani mengamati segenap inci di muka Syed Ariff.Cahaya sinar dari belakang Syed Ariff menampakkan rambut lelaki itu perang coklat.Muka mamat ni putih,mata pulak sepet tapi still nampak besar .Plus,kalau dia pakai kot,betul-betul macam artis korea!.Memang patutla ramai perempuan gilakan dia.Tak sangka betul dia ni suami aku.”Emm...”Secara tiba-tiba Syed Ariff mengeratkan lagi pelukannya membuatkan wajahnya dengan Azhani semakin rapat.

Ish,mamat ni nak peluk aku sampai patah tulang ke?!.Aku dahla tak solat subuh lagi,matahari dah meninggi.Eh,tunggu.Aku kan cuti hari ni.Ehehe..Boleh lupa pulak.”Awak..Bangunla..”.Azhani menolak lembut dada Syed Ariff.Eh,lupa.Aku kan kena panggil dia abang.Itu la Azhani,pagi-pagi lagi otak dah lembab.”Abang,bangunla!..Nanti kan nak pergi kerja.Abang dah la tak solat subuh lagi!.”Azhani cuba mengejutkan Syed Ariff.Syed Ariff membuka matanya dengan mamai.Dia memandang Azhani lama.”Abang ni kenapa pandang Azhani macam tu?..Abang,pergi qadak solat subuh sekarang!.”Syed Ariff hanya memandang Azhani lama.Kemudian Syed Ariff tersenyum.Azhani pelik.”Abang ni tersenyum pulak?!..Az suruh abang pergi solat sekarang!.”Azhani mengarahkan Syed Ariff.Kemudian Syed Ariff memeluk Azhani dengan erat semula.

“Ish,apa ni bang asyik peluk Azhani je!.Pergi solatla!.”Azhani menolak-nolak dada Syed Ariff.Namun seperti pelukan lelaki itu terlalu erat.

“Abang malasla nak bangun.Tak puas lagi nak peluk Azhani ni.”

“Abang,abang tu dahla tertinggal solat subuh.Dosa tau tak!.Lepaskan Az sekarang jugak!.”

“Nantila...”Syed Ariff bermalas-malasan.

“Abang!.Bangun sekarang jugak!.”Kali ini Azhani menjerit.

Syed Ariff mengeluh.”Haih,Iyerla..Dah isteri kesayangan abang ni suruh abang bangun.Abang nak bangunla ni.”Syed Ariff merungkaikan pelukannya.Dia mencium dahi Azhani.Muka Azhani apa lagi,merah macam pakai blusher satu muka.Kemudian Syed Ariff bangun dan berlalu ke bilik air.Fuh,best betul bila suami aku ni buat apa yang aku suruh.Ni yang best dalam bab perkahwinan ni.Azhani tersenyum bangga.Ish,apa punya fikiran la aku ni.Azhani bangun daripada birai katil kemudian menuju ke dapur.

Dia mengeluarkan bahan-bahan memasak daripada peti sejuk.Hmm,aku nak masak apa ek untuk mamat tu?.Masak nasi goreng jelah!.Azhani terus mengambil bawang dan memotongnya.Memandang sekarang aku ni seorang isteri,kena la masakkan untuk suami..Kikikih.Selepas selesai,Azhani memasukkan nasi goreng itu di dalam bekal.Wah,dah macam bento orang jepun je.”Az,abang pergi kerja dulu ye.Dah lambat ni!”.Syed Ariff yang telah lengkap berpakaian pejabat terus menuju ke pintu rumah.Azhani mendapatkan Syed Ariff.

“Eh,abang tak nak sarapan dulu ke?.Az dah masakkan untuk abang ni.”

Syed Ariff memakai kasutnya kemudian berdiri.“ Tak apa la Az.Nanti abang sarapan dekat pejabat je.Maaflah tak dapat sarapan dengan Az.”

“Oklah,Takpelah kalau macam tu.Abang dah bawak sapu tangan?”.

“Dah”

“File?”Azhani menyoal.

“Dah.”

“Briefcase?”.Azhani menyoal lagi.

“Dah!.”Syed Ariff mula rimas.

“Ok,nah bekal!.”Azhani menghulurkan bekal nasi gorengnya kepada Syed Ariff.

“Bekal?!.Az,abang bukan budak sekolah lagi nak bawak bekal ke pejabat.Malu la..”

Azhani menjeling dengan geram.

“Ok,Fine!Kalau abang tak nak bekal yang Azhani..”

Syed Ariff mengucup bibir Azhani secara tiba-tiba.Azhani terkejut.

“Az,you’r not my mother.You’r my wife.Lain kali Azhani tak payah susah payah sediakan bekal untuk abang.Abang tak nak susahkan Azhani.”Syed Ariff memandang mata Azhani.

“Okla,abang pergi dulu.Bye!.”Syed Ariff merampas bekal daripada tangan Azhani kemudian mencium pipi Azhani lalu masuk ke dalam kereta.Kereta itu meluncur keluar.Azhani masih terkejut dengan tindakan Syed Ariff.Mamat ni suka-suka je cium aku dekat tempat luar macam ni!.Kalau jiran nampak tak ke jadi free show nanti!.Azhani mengunci pintu kemudian masuk ke dalam.Azhani tersenyum.Walaupun kata-kata Syed Ariff tadi mengecilkan hatinya,namun dia masih gembira lelaki itu mengambil bekal yang dibuatnya.

Syed Ariff tiba di pejabatnya.Dia mengeluarkan fail dan pembentangan yang akan dibincangkan di mesyuarat nanti.Kemudian matanya tertancap kepada bekal Azhani di atas meja.Syed Ariff tersenyum.Entah mengapa dia merasa gembira tentang bekal itu.Wajah Azhani terlayar di mindanya.Ah,baru beberapa minit aku keluar rumah dah rindu dengan minah tu.Aku ni betul-betul dah angau dengan isteri sendiri.Tanpa membuang masa Syed Ariff terus membuka laptopnya dan membuat kerja.Kemudian pintu pejabatnya dibuka.Melena masuk ke dalam pejabat.

Syed Ariff mengeluh melihat Melena.Dia merasa bosan melihat gadis itu.Dia dapat merasakan gadis itu akan cuba sedaya upaya untuk memujuknya.Melena meletakkan assignment yang dibuatnya ke atas meja.

“Nah,I dah siapkan assignment yang you nak.”

Syed Ariff menyemak assignment itu dan meletakkanya di atas meja.”Good.Awak boleh pergi sekarang.”Syed Ariff kembali menyambung kerjanya.Melena mendengus.

“ Ariff,you betul-betul nak tinggalkan I ke?!.”Soal Melena tidak berpuas hati.Lelaki itu berlagak seperti tiada apa yang berlaku.Syed Ariff memandang Melena.

“Bukan I dah kata ke antara kita dah tak ada apa-apa.You nak I cakap apa lagi.”

“Tapi I tak puas hati,I love you!.It’s unfair!.”

“I’m sorry.Tapi I tak rasa apa-apa pun bila dengan U.”

“So that it!.Jadi selama ni you pergunakan I la?!.”

“You can say it like that.”Syed Ariff berkata selamba.

Melena geram.Dia merasakan dirinya hanya seperti batu sahaja di depan Syed Ariff.Mata Melena mula tertancap kepada bekal yang berada di atas meja Syed Ariff.Kemarahan di dalam hatinya bertambah.

“Oh,wait.Tolong jangan cakap dengan I yang you dah jatuh cinta dengan isteri you sendiri?!.”

“Kalau I kata ye kenapa.”Syed Ariff tersenyum.

“Wh..what?!.Syed Ariff,you kidding right!..”

“No,I tak bergurau.I betul-betul sayangkan isteri I sekarang.Jadi,I tak nak ada apa-apa lagi dengan you.”Syed Ariff berkata tenang.

“But sayang,I love u!.”

“Kalau you sayang kan I.Kenapa U terima cek seribu ringgit tu?.”

Melena mati akal.Dia mula menggelabah.Apa aku nak cakap ni?.

“Well,itu sebab I...err.I...”

“Yes,macam yang I dah agak.You cuma kejar harta I je kan.Sama macam perempuan lain.So,antara kita dah tak ada apa-apa.”

Muka Melena berserabut.Fikir Melena,fikir.Aku tak boleh hilang anak datuk dalam genggaman aku.

“Oh ya.One more thing,I dah tukarkan jawatan you kepada kak Sumayyah.Mulai dari sekarang kak Sumayyah yang akan jadi PA I.You bekerja di bawah jawatan kak Sumayyah sekarang.That it,You boleh pergi sekarang.”

Melena terkejut.Dia mula tidak berpuas hati.Dia menghentakkan kakinya kemudian berlalu keluar daripada pejabat itu.Dia merasa amat marah.Semuanya kerana kau Azhani!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience