BAB 55

Romance Completed 68960

Angin yang bertiup di tanah perkuburan itu membuatkan hati Azhani damai semasa membaca ayat suci Yasin.Selesai membaca,Azhani menutup Yasin itu dan menarik nafas panjang.Dia mencapai jug air dan siram di atas tanah.

Azhani memegang batu nisan itu dan merenung panjang.Kemudian satu senyuman terukir di bibirnya.Pada hari yang lapang sebegini,Azhani ingin menziarahi tanah perkuburan sahabat lamanya,Lia.

“Semoga kau sentiasa tenang dan dapat cahaya di sana,Lia.Sejak kau tiada,banyak perkara yang berubah antara Syed Ariff dengan aku.Kadang-kadang aku terasa juga ingin putus asa.Tapi,aku bersyukur kerana aku datang pada kubur kau hari ni sebab ingin mengatakan yang aku bahagia,Lia.Aku bersyukur kerana sehingga sekarang,Allah menetapkan kehidupan aku bahagia dengan Syed Ariff.”

Kata Azhani kemudian dia mengenang kembali peristiwa Syed Ariff yang terkena tikaman Elisya dua tahun yang lalu.

Dua tahun lepas, di hospital.

Sejurus sahaja keluar daripada ambulans,para doktor dan jururawat terus memasukkan Syed Ariff di dalam bilik kecemasan.Azhani yang ingin memasuki ke dalam bilik itu dihalang oleh doktor.

“Maaf puan,kami tidak boleh benarkan puan masuk ke dalam bilik semasa pembendahan sedang dilakukan.” Tegas doktor.

“Ta..Tapi doktor,keadaan suami saya teruk ke?!” Soal Azhani dengan risau.

“Itu kami tidak boleh tentukan lagi.Tapi ye,sekarang ni keadaan dia agak kritikal kerana tikamanya betul-betul dalam.”

“Tolong doktor,selamatkan suami saya!”

“Puan,kami cuma mampu buat apa yang terdaya.” Kata doktor muda itu lalu menolak pintu dan masuk ke dalam.

Azhani masih risau,dia tidak boleh duduk diam.Dia mundar-mandir di koridor hospital,tanganya yang masih mempunyai kesan darah pun tidak dibasuh lagi.Dalam hatinya tidak berhenti berdoa.

“Azhani!”

Azhani menolehkan kepalanya apabila melihat Datin Fatimah,Datuk Mazlan dan ibunya Mak Cik Yah lari kearahnya dengan wajah gusar.

“Ariff macam mana Az? Ariff ok ke?!” Soal Datin Fatimah dengan takut.

“Tadi doktor kata,tikaman di perut abang Ariff dalam ,jadi keadaanya masih kritikal.”Terang Azhani.

“Ya Allah,anak kita bang…”Menangis Datin Fatimah.

“Sabar Mah..Sabar …” Datuk Mazlan memeluk isterinya perlahan-lahan.Hatinya pun takut apa yang akan menimpa kepada anak lelakinya.

“Az,sabar nak…Kita semua patut doa pada Allah.Dia yang tentukan segala-galanya.”Kata Mak Cik Yah dengan suara yang serak dan memeluk anaknya.

“Az takut mak…Az takut..” Menangis Azhani dalam pelukan ibunya.

“Az kena kuat..Mak yakin Ariff selamat.” Kata Mak Cik Yah perlahan.

Mereka semua menunggu Syed Ariff di luar bilik kecemasan dengan debaran di dada.

“Anak awak kami dapat selamatkan.Dan sekarang,keadaanya stabil.Tapi kami nasihatkan,dia tak boleh banyak bergerak buat pada masa ni,sebab kesan tikamanya masih belum sembuh dengan sempurna.” Senyum doktor yang berukuran 40-an itu.

“Alhamdulillah!” Keluar juga perkataan itu daripada mulut Datin Fatimah dengan gembira.

“Doktor,boleh saya lihat suami saya sekarang?” Soal Azhani.

“Boleh,silakan.” Kata doktor itu kemudian berlalu pergi.

Laju sahaja mereka semua memasuki ke dalam wad itu.Syed Ariff yang terbaring kaku di atas katil serta wayar yang banyak di badanya membuatkan mereka merasa pilu melihatnya.Datin Fatimah mencium lama dahi anaknya.

“Alhamdulillah,syukurlah pada Allah kamu dah selamat Ariff.”Kata Datin Fatimah dengan mata yang berlinang.

Azhani menghampiri suaminya dan memegang erat tangan lelaki itu.Air matanya yang ingin menitis cepat diseka.Azhani senyum tidak terkata melihat wajah tidur lelaki itu.Dia bersyukur pada yang Maha Esa kerana memberikan suaminya peluang untuk hidup.Lalu Mak Cik Yah memegang lembut bahunya.

“Az,mak ingat nak buat sujud syukur.Az nak ikut.?” Senyum Mak Cik Yah.

“Bagus cadangan kamu Yah,aku pun nak ikut sekali.” Sambung Datin Fatimah dengan gembira.

“Az pun sama.”Sahut Azhani.

“Baiklah,mari kita semua pergi ke surau.”Kata Datuk Mazlan.

Mereka semua keluar daripada kamar itu.Sebelum keluar,sempat lagi Azhani menoleh untuk melihat keadaan Syed Ariff sekali lagi.Kali ni Azhani tersenyum lebar.

Selesai menunaikan solat di surau hospital,Datin Fatimah dan Datuk Mazlan meminta diri terlebih dahulu untuk pulang ke rumah,mereka berjanji akan melawat Syed Ariff sekali lagi pada esok pagi.

“Mak,mak pun nampak penat.Apa kata mak bermalam je dekat rumah Az dengan Ariff malam ni.”Kata Azhani kepada Mak Cik Yah lalu memberikan kunci kepada ibunya.

“Tak apa ke mak tidur dekat sana?” Ragu Mak Cik Yah.

“Apa mak cakap ni? Itu kan rumah Az,bermaksud itu rumah mak juga.Walaupun mak nampak penat ni,tak elok untuk kesihatan mak.”Risau Azhani.

“Kamu tak nak ikut mak?”

“Az ingat nak temankan abang Ariff malam ni.Maaf ye mak.”

“Tak apa.Mak faham Az tengah lakukan tanggungjawab seorang isteri.Jaga Ariff baik-baik ye nak.”

“Baik mak,Az akan.” Senyum Azhani.

Kemudian mereka berpelukan seketika lalu Azhani menemani ibunya sehingga di luar hospital.Selepas memastikan ibunya menaiki teksi,Azhani masuk kembali ke dalam bangunan hospital yang besar itu.

Jarum jam menunjukkan pukul tiga pagi,namun Azhani masih berjaga menunaikan solat sunat.Selesai solat,Azhani membaca pula Al-quran dan Yasin untuk suaminya.Azhani mencium Al-quran apabila habis membaca ayat suci tersebut.Dia membuka telekungnya perlahan-lahan.

Azhani melipat sejadah lalu duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Syed Ariff.Dia merenung wajah itu dengan kasih.Azhani mengusap-usap tangan lelaki itu lalu menciumnya.Azhani melentokkan kepalanya bersebelahan dengan Syed Ariff.Dia menarik nafas.

“Lepas abang bangun nanti,Az akan beritahu abang perasaan sebenar Az.Jadi abang cepat la bangun ye.Az akan selalu teman abang dekat sini.”Kata Azhani seorang diri.Keadaan sunyi seketika.Hanya Azhani,Syed Ariff dan bunyi jam dinding yang berdetik.

“Az...”

Terkejut Azhani mendengar suara itu.Laju Azhani menegakkan badanya dan melihat wajah Syed Ariff dengan tidak percaya.

“Ab..Abang dah sedar?!” Terkejut Azhani.

Syed Ariff cuba membuka matanya perlahan-lahan.Dapat dia melihat wajah Azhani yang gusar melihat keadaanya.

“Az..”Sebut Syed Ariff sekali lagi.

“Shhh.Abang jangan bercakap.Az ada dekat sisi abang,abang jangan risau.” Senyum Azhani memegang erat tangan lelaki itu.Hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya hati dia melihat keadaan Syed Ariff.

“Mak dengan ayah mana?” Soal Syed Ariff dengan lemah.

“Mak dengan ayah dah lama balik.Tapi mereka janji esok mereka akan datang tengok abang.Mereka mesti gembira bila tahu abang dah sedar.”Kata Azhani.

Syed Ariff cuba membangunkan badanya.Mukanya berkerut menahan sakit.Aduh,pedih juga luka tikaman aku ni.

“Abang,doktor kata jangan....”

“Tak apa Az,abang nak cuba bangun.”Kata Syed Ariff dan menegakkan badanya perlahan-lahan.Azhani yang risau akhirnya akur dengan permintaan suaminya dan menolong Syed Ariff perlahan-lahan. Syed Ariff lega akhirnya badanya dapat ditegakkan.Dia melihat wajah Azhani disebelahnya.

“Az menangis ke? Kenapa mata nampak sembap ni?” Soal Syed Ariff memegang wajah isterinya.

Azhani menepis dengan kasar.

“Abang ingat Az menangis untuk siapa ha! Kenapa abang buat macam tu!” Marah Azhani,air matanya mula ingin menitis lagi.

“Abang buat apa pada Az?” Syed Ariff memegang tangan isterinya dengan wajah berkerut.

“Apa yang abang buat? Abang selamatkan Az sampai abang cedera macam ni! Az tak suka!” Jerit Azhani.

Syed Ariff tersenyum lebar.

“Jadi Az risau tentang abang lah ni?”

“Tak! Az malas nak layan abang.” Azhani memaling cuba menyorokkan air matanya.

Syed Ariff menarik wajah gadis itu dan menyeka air matanya.Dia menatap dalam anak mata gadis itu lama.

“Abang tahu Az risau dan sayangkan abang.” Senyum Syed Ariff.

Azhani tidak menjawab namun matanya dikerlingkan kebawah.Merajuk lah kata kan.

“Az,look at me.”Pinta Syed Ariff.

Mata mereka bertatapan.

“Abang minta maaf sangat sebab buat Az risau.Tapi abang sendiri pun tak sanggup kalau Az cedera sebab abang lambat nak selamatkan Az.Abang pun akan merana tau macam tu.”

“Jadi Az tak merana la.”Balas Azhani dengan geram.

Syed Ariff menarik Azhani ke dalam pelukanya.Kali ini,dia betul-betul sayangkan isterinya.

“Kalau Az tak nak maafkan abang jugak.Abang ada sediakan hadiah untuk Az.”Kata Syed Ariff.

“Hadiah? Abang bergurau ye sekarang?”

“Serious! Abang ada sediakan hadiah.”Kata Syed Ariff dengan serius.

“Apa dia?” Soal Azhani dengan ragu.

Jari Syed Ariff yang menunjukkan pada kepalanya sendiri membuatkan Azhani semakin bingung.

“Ingatan abang dah kembali.”Senyum Syed Ariff.

Bulat mata Azhani mendengar kata itu.Ya Allah,betulkah?!

“Abang tipu!”

“Ya Allah,abang tak tipu Az!”

“Buktikan!” Kata Azhani.

Syed Ariff berfikir lama lalu dia merenung tajam wajah isterinya.Azhani sudah pelik.

“Kenapa pandang Az macam tu?”

Tanpa menjawab,jari Syed Ariff terus mencubit pipi isterinya yang lembut.

“Auuch,sakit la bang! Kenapa ni?” Azhani menepuk-nepuk tangan Syed Ariff agar melepaskan pipinya yang merah.Syed Ariff hanya ketawa kecil.

“Az nak buktikan,inilah buktinya! Abang ingat lagi dulu-dulu abang selalu suka sentuh pipi Az.”Gelak Syed Ariff.

“Itu mana boleh jadi bukti!” Protes Azhani.

“Oooo,tak nak percaya.” Kata Syed Ariff masih lagi menarik pipi isterinya.

Azhani yang sudah sakit menahan kesakitan sudah mengalah.

“Ok,ok! Az percaya!” Putus Azhani.

Lalu Syed Ariff melepaskan pipi isterinya perlahan dengan ketawa.Azhani mengusap pipinya lalu memandang wajah suaminya dengan geram.

“Sakit la.”Rajuk Azhani.

Syed Ariff mengelus pipi isterinya perlahan.

“Sorry.Tapi itu je bukti yang abang boleh beri pada Az.Az percayakan abang?”

Azhani diam seketika.

“Abang ingat lagi tak kita bernikah dekat rumah siapa?”

“Abang ingat,dekat rumah mak Az kan.”Jawab Syed Ariff dengan yakin.

Azhani tersenyum lebar.Sekarang dia sudah pasti ingatan Syed Ariff sudah kembali.

“Az percaya abang sekarang.”Kata Azhani.Ya Allah,aku bersyukur tidak terluah kepada Mu.

Gembira Syed Ariff mendengar kata itu.Laju dia menarik dan memeluk gadis itu semula.

“Tunggu? Tapi macam mana abang tahu Az dalam bahaya?” Soal Azhani lalu merungkaikan pelukan itu.Dia baru tersedar tentang perkara itu.

“Zakaria yang beritahu abang.”

“Zakaria? Macam mana dia pulak yang tahu?”

“Elisya hantar mesej pada dia tentang Az.Sejak tu,Zakaria rasa ada sesuatu yang tidak kena dan terus beritahu dekat abang.”

Azhani mula memikirkan tentang Elisya.Walaupun marah,namun dia merasa kasihan pada gadis cantik itu.Kalaulah Elisya tidak mempunyai cinta bayang pada Zakaria,mungkin sekarang Elisya akan lebih gembira.Apabila kita menyukai sesuatu namun kita masih memaksanya untuk menyukai kita,itu bukan cinta namanya tapi obsesi.Elisya obses pada Zakaria.Sedih Azhani apabila memikirkan itu.

“Apa jadi pada Elisya? Kalau abang jumpa dia,abang nak saman dia terus!” Marah Syed Ariff apabila teringatkan gadis yang ingin mencederakan isterinya.Azhani tersenyum.

“Abang,Az tak rasa kita patut buat macam tu pada dia.”

“Az,abang tak boleh biarkan dia lepas macam tu je!”

“Masalahnya bang,Az rasa Elisya dah sedar daripada kesilapanya.Waktu abang dalam perjalanan ke hospital,Zakaria sempat telefon Az.Dia kata Elisya sendiri serahkan diri dia pada polis.”Tutur Azhani perlahan.

“Serious?! Dengan sukarela?” Kata Syed Ariff tidak percaya.Azhani hanya menganggukkan kepalanya.

Syed Ariff terdiam memikirkan perkara itu.Nampaknya kehidupan ini mempunyai banyak penyelesaian dengan cara tersendiri.

“Tunggu? Kenapa pulak Az ada nombor telefon Zakaria?” Soal Syed Ariff merenung tajam.

“Az yang minta masa dia tolong abang waktu tu.”

“Delete!” Laju Syed Ariff berkata.

“Kenapa? Abang tau tak Zakaria tu pun selamatkan nyawa abang tau.”

“Ok,fine.Mungkin abang over sikit.Tapi abang tak nak Az contact dia tanpa sebab.”Kata Syed Ariff dengan nada keras.

Tergelak Azhani melihat reaksi wajah Syed Ariff.Nampaknya dalam dunia ni lelaki pun makhluk yang kuat cemburu juga ye.

“Abang ni suka sangat jeles,Abang tak percayakan Az ek?”

“Abang bukan tak percaya Az,abang just tak boleh tengok ada lelaki lain rapat dengan Az selain abang.”

“Itulah jeles la namanya!Abang,abang cuba jangan risau sangat.Hati Az hanya untuk abang sorang je.”Senyum Azhani.

“Iyeke?”

“Iye!” Yakin Azhani.

“Ok,kalau macam tu cuba peluk abang sekarang,”Kata Syd Ariff dengan kening terangkat.

Azhani sudah kalut.Dia teragak-agak.Alamak,aku tak pandai buat bab-bab macam ni? Muka Azhani sudah merona merah.

“Errr..Sekarang dekat hospital lah bang.Nanti la Az buat ye.”Sengih Azhani.

“Hospital pun kita dekat dalam wad kan.Mana ada orang nampak.”Syed Ariff senyum nakal.

“Az malulah! Abang suka buat Az macam ni kan.”Muncung Azhani.

Syed Ariff tergelak kecil lalu mencium lama dahi isterinya.Azhani sudah malu.

“Abang sayang Az.” Kata Syed Ariff.

“Az pun sama.Sayang abang jugak.”Senyum Azhani.

Cukuplah dengan kata itu,membuatkan hati gembira dan percaya pada lelaki di hadapanya.

Di tanah perkuburan.

Pelukan di belakang yang mengejut membuatkan lamuan Azhani terhenti.

“Mama!” Jerit seorang budak kecil lelaki dengan gembira.

Azhani menoleh kebelakang dan tersenyum.

“Najmi? Kenapa datang sini? Bukan Najmi tunggu dekat dalam kereta dengan ayah tadi?” Soal Azhani kepada anaknya.

Azhani melihat wajah anaknya,Syed Najmi yang mempunyai raut wajah seperti Syed Ariff.Mata dan hidung juga dapat daripada ayahnya.Memang comel.

“Tadi ayah kata dengan Najmi nak teman mama duduk dekat sini.Itulah Najmi lari nak potong ayah.”Ketawa Najmi.

Azhani ketawa kecil.

“Mana ayah?” Mata Azhani meliar mencari Syed Ariff.

“Itu!” Tunjuk Najmi.

Syed Ariff tersenyum menghampiri Azhani.

“Sayang ok?” Soal Syed Ariff kepada isterinya.Dia risau jika Azhani masih bersedih dengan pemergian sahabatnya

“Az ok je bang.” Balas Azhani.

Syed Ariff mula mendukung Najmi dan mereka bersama berjalan keluar daripada tanah perkuburan itu dan masuk ke dalam kereta.

“Mama,Najmi lapar la.”Rengek Najmi memegang perutnya.

“Lapar? Abang,anak awak ni lapar.Macam mana ni?” Kata Azhani melihat Syed Ariff.

“Najmi lapar? Kita makan dekat rumah nenek dengan atuk nak?” Kata Syed Ariff

“Yeay! Bestnye.Najmi rindu dengan nenek.”Kata Najmi dengan gembira.

Syed Ariff dan Azhani tersenyum melihat perlakuan anaknya.

“Az sini sekejap.” Minta Syed Ariff.

“Apa dia?” Kata Azhani mendekatkan wajahnya.

Satu ciuman hinggap di bibir Azhani membuatkan muka Azhani merona merah.Dia menampar lengan Syed Ariff.

“Apa abang ni? Najmi nampak nanti.” Bisik Azhani dengan malu.

Syed Ariff ketawa.Azhani geram dengan perlakuan suaminya.

“Oh,ya.Az lupa nak beritahu abang.Minggu ni Az dapat banyak jemputan kahwin tau.”Kata Azhani dengan gembira.

“Siapa yang kahwin?”

“Asyikin dan Putri.”Kata Azhani teringatkan dua orang sahabatnya.

“Iyelah,abang lupa.Zakaria nak berkahwin dengan kawan Az kan,Putri.”

Azhani menganggukkan kepalanya.

“Tapi Asyikin nak berkahwin dengan siapa pula?” Soal Syed Ariff.

“Azhani pun tak tahu.Tapi Asyikin kata dia lelaki yang baik.Az tak sabar nak tengok muka dia.”Riang Azhani.

Syed Ariff mula geram.

“Amboi,nak menggatal la tu.”

“Az gurau je la.” Sengih Azhani.

“Oooo.Mama dengan papa berbincang tak ajak Najmi ye.”Sampuk Najmi menunjukkan muka rajuknya.Syed Ariff dan Azhani ketawa bersama.Lalu,kereta mereka meluncur ke jalanraya meniti perjalanan kehidupan bersama.

-Tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience