BAB 11

Romance Completed 68960

Datuk Mazlan terkejut dengan apa yang dilihatnya.Adegan dua orang di dihadapanya benar-benar mencurigakan.”Apa yang kamu berdua buat ni ha,Ariff?”Datuk Mazlanmula bertanya.Azhani cepat-cepat menarik tanganya dan menjarakkan sedikit tubuhnya dari Syed Ariff.”Datuk,tolong jangan salah faham.Kami berdua bukan...”Tidak sempat Azhani membuat penerangan terus katanya dipotong oleh Syed Ariff.”Kami bergaduh.”Kata Syed Ariff dengan muka selamba.Azhani terkejut.Iee..mamat ni pandai-pandai jer bagi alasan macam tu.

“Bergaduh?,Kenapa pula kamu berdua bergaduh?.pasal apa?.”Soal Datuk Mazlan dengan pelik.Betul-betul mencurigakan.”Kami sebenarnya bergaduh pasal cincin perkahwinan.”Terang lagi Syed Ariff.Azhani bagaikan mahu terlopong tidak percaya dengan lakonan lelaki yang menjengkelkan dihadapanya.”Cincin perkahwinan?.Jadi selama ni Ariff bercinta dengan PA Ariff sendiri la ye?!”.Soal Datuk Mazlan dengan pelik.Dia betul-betul terkejut.Tidak tahu anaknya ada teman wanita yang bertudung,selalunya seksi-seksi sahaja yang dipilih oleh anak bujangnya..”Ya,sebenarnya kami baru bercinta,tapi sejak akhir-akhir ni kami sering bergaduh tentang perkahwinan”.Syed Ariff meneruskan pembohongan tanpa riak bersalah membuatkan Azhani semakin kalut.

Datuk Mazlan mula merasa ada sesuatu yang tidak kena.Boleh percaya ke anak aku ni?.”Betul ke itu apa yang berlaku Azhani?”.Datuk teruskan pertanyaan untuk kepastian.Dia mendapat tahu nama Azhani daripada ‘tag’ nama di tudung wanita itu.Azhani mula kalut.Err..er..sebenarnya...”.Syed Ariff mula menghadiahi Azhani jelingan yang amat tajam.

Aduui,apa yang aku nak cakap ni?.Aku nak sangat tolak percakapan Ariff.Tapi,kenapa muka Datuk Mazlan macam berharap sangat dekat aku ni?.Aduh,ni yang aku lemah ni!.Datuk Mazlan dan Syed Ariff mula menanti-nanti ayat dibibir Azhani.Akhirnya dengan hati yang sangat berat dia meluahkan juga apa yang perlu dikatakan.”Ya,apa yang encik Ariff katakan tu memang betul.Kami memang bercinta.”Datuk Mazlan terkejut sementara Syed Ariff pula bersorak di dalam hati.Huh,Azhani.Kenapala kau dengar sangat cakap mamat hampeh ni.Sekarang habisla seluruh hidup kau dikawal dengan mamat gila ni.Azhani mengeluh dalam hati.

“See,ayah.I told you we are lover”.Syed Ariff tersenyum.Azhani pula tersenyum sumbing.Datuk nak ke terima aku?.Ish,apa la yang kau fikir ni Azhani.Kau sepatutnya menyesal!.Azhani berperang di dalam hati.Datuk Mazlan memandang Azhani dengan lama membuatkan Azhani tidak selesa.Hmm,ada yang tak kena ni.Datuk Mazlan berkata dalam hati.”Ariff,come to my office now.”Kata Datuk Mazlan kemudian keluar dari ofis Syed Ariff.Syed Ariff pula terus berpaling ke Azhani.”Good job,sayang.Akhirnya nak jugak kau kahwin dengan aku ye.”Syed Ariff tersenyum.Azhani mula meluat dengan senyuman Syed Ariff.

“Bos,tolonglah.Mesti beribu perempuan yang nak kahwin dengan bos dalam dunia ni.Kenapa mesti saya jugak!.”Azhani mula merayu.Dia betul-betul tidak sanggup kahwin dengan lelaki di hadapanya.Memanglah Syed Ariff ni pakej lengkap tapi bukan pada diri Azhani.Sekali pandang,dia tahu Syed Ariff tidak boleh membimbing dia dalam kehidupan perkahwinan.

“Well,aku tak kisah.Yang pasti kau sendiri yang dah cakap dekat datuk yang kita kekasih.So,kau jugakla yang kena tanggung.”Syed Ariff tersenyum kemenangan dengan gembira.”Bos,bos lupa ke bos ada kekasih.Kenapa bos nak kahwin dengan saya daripada kekasih bos sendiri.”Azhani masih tidak mengalah.Kata-kata Azhani teringatkanSyed Ariff kepada peristiwa di restoran semalam.”Macam mana awak tahu saya ada kekasih?.”Kata Syed Ariff sengaja menduga Azhani.”Er.er..se.sebab saya nampak bos dengan kekasih bos dekat restoran semalam..”Azhani berkata dengan kalut.”Aku pun nampak kau dalam restoran tu semalam”.Syed Ariff berjujur.

“Bos nampak saya semalam?.”Azhani mendongak bagai tidak percaya.Aku ingat aku seorang je yang tengok bos.Tak sangka bos pun tengok aku sekali.Ish,ish,ish...

“So,saya pun nak tanya awak,siapa lelaki yang awak berbual semalam tu ha?.”Asal teringatkan peristiwa itu sahaja,hati Syed Ariff mula berang.Ish,mamat ni kenapa nak tahu sangat pasal aku dengan Harris.Dia pun dua kali lima jugak!.Azhani mencebik di dalam hati.

“Apa kena mengena lelaki semalam dengan topik kita sekarang?.”Azhani melawan dengan muka bersahaja.Syed Ariff pula yang melihat muka Azhani yang bersahaja mula naik darah.

“Mestila kena mengena.Aku tak nak bakal isteri aku menggatal dengan lelaki lain!.”

“Habis,kalau bos tahu saya ni gatal.Kenapa bos masih nak kahwin dengan saya!.”

“Argghh,apa-apa jer la.Yang penting apa yang kau buat dah tak boleh patah balik.Aku tak peduli!.”Kemudian Syed Ariff terus keluar dari ofis.Azhani mengeluh sendirian.Azhani,Azhani..Apalah yang kau buat dengan hidup kau ni.

‘Tok,tok,tok’

”Masuk”.Datuk Mazlan terus memusingkan kerusinya.

Syed Ariff memasuki ofis Datuk Mazlan dan duduk dihadapan ayahnya.”Apasal lambat sangat kamu masuk ofis ayah ni?”.Soal Datuk Mazlan.”Sorry ayah,tadi Ariff berbincang sikit dengan Azhani.”

“Cakap pasal Azhani.Betul ke apa yang kamu cakap tadi,ayah nak betul-betul nak kepastian diantara kamu berdua.”Soal Datuk Mazlan dengan serius.”Ya,ayah.Ariff kata perkara yang betul.Ariff dengan Azhani betul-betul serius buat masa sekarang.”Syed Ariff cuba menyakinkan ayahnya.”Betulke?,.Kamu pasti ke antara kamu dengan Azhani tidak ada kaitan dengan pilihan yang ayah katakan semalam.”Datuk Mazlan cuba memancing anaknya.Keningnya terangkat.Gulp!.cepatnya ayah tangkap tentang hal ni.”Ayah,Ariff memang betul-betul cintakan Azhani.”.Betul ke aku cintakan Azhani?.Syed Ariff mula menannya dirinya pula.

“Betul?.”

“Betul,ayah.Percayala dekat Ariff.”Datuk Mazlan menganggukkan kepalanya.Kali ini dia benar-benar yakin,walaupun Azhani pun telah mengaku tentang hubungan mereka.”Baiklah,ayah percaya dengan kamu kali ni.”Kata Datuk Mazlan.Syed Ariff tersenyum riang.Fuh,nasib baik ayah percaya.”Tapi.”Sambung Datuk Mazlan.Syed Ariff terus mendongak.”Ayah tak nak kamu mempermainkan Azhani macam semua teman wanita yang kamu keluar.Ayah lihat Azhani tu berbeza,wanita yang baik.Sesuai sangat untuk membimbing kamu.Ingat pesan ayah.”Datuk Mazlan memberi nasihat.”Baik ayah,Ariff akan ingat.”Wah,ayah pun bela Azhani nampak!.”Baiklah,kamu boleh keluar sekarang.”Datuk Mazlan terus menyambung kerjanya kembali dan Syed Ariff berlalu pergi.Tiba-tiba peristiwa di pejabat tadi mula terbayang di otak Datuk Mazlan.Datuk Mazlan tersenyum apabila mengingatkan Azhani.Ahh, mereka nampak sepadan.Kata hati Datuk Mazlan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience