BAB 36

Romance Completed 68960

selesai sahaja meletakkan semua barang di dalam bilik.Azhani membuka tudung di kepalanya.Fuh,panas jugak angkat barang.Syed Ariff pula meletakkan kereta kuncinya di atas meja kemudian merebahkan dirinya di atas katil.Mungkin penat sangat kot memandu dari rumah tadi sampai ke Perak.Azhani duduk di sebelah suaminya.”Penat ke bang?”Soal Azhani.Syed Ariff mengambil tangan Azhani kemudian meletakkan di dahinya.”Penatla jugak.Abang mengantuk sikit.”Jawab Syed Ariff dan melelapkan matanya.Azhani tersenyum.Kesian suami aku,penat sangatla tu.Kemudian Azhani menarik tanganya dan bangun dari katil.”Sayang nak pergi mana?”Soal Syed Ariff.”Az nak pergi tolong mak dekat dapur sekejap.Abang rehat la dulu.”Jawab Azhani.Syed Ariff hanya tersenyum dan melelapkan matanya.Azhani keluar daripada bilik dan menuju ke dapur.

Azhani melihat Mak Cik Yah bagaikan sedang mencari sesuatu di almari bawah.”Mak cari apa ni mak?”Soal Azhani.Pelik benar dia melihat situasi maknya.”Mak cari tepung ni ha.Seingat mak,mak ada letak dekat bawah ni.”Kata Mak Cik Yah yang masih mencari-cari tepung di bawah almari.”Mak nak guna tepung buat apa?”

“Ish,kamu ni Azhani.Kan mak dah kata tadi mak nak buat kuih.Itu pun kamu lupa ke.”Jawab Mak Cik Yah.Azhani menepuk dahinya.”Heheh,,Sorry la mak.Az lupa pulak.”Sengih Azhani.”Dah,daripada kamu terjegat dekat situ lebih baik tolong mak cari tepung dekat almari sana.Mana tau entah-entah tepung tu ada dekat sana.”Arah Mak Cik Yah.Azhani terus membuka almari di hujung dan mencari tepung.Dekat sini pun tak ada.Entah-entah dah habis kut.”Mak,Az rasa tepung dah habis la mak.Tak ada pun dekat dalam ni.”Kata Azhani.Kemudian Mak Cik Yah teringat semula.”Eh,betulla kata kamu Az.Tepung memang dah habis,mak lupa.”Kata Mak Cik Yah.

“Haih mak.Itu pun boleh lupa ke.”

“Mak kan dah tua.Boleh tak kalau Az tolong mak pergi beli tepung dekat kedai Pak Osman.Kalau tak macam mana mak nak buat kuih untuk suami kamu tu.”

“Bolehla mak.Kedai Pak Osman pun dekat jer kalau jalan kaki.Mak nak berapa tepung?”

“Kamu belila dalam dua ke.”

“Ok mak.”

Azhani terus menuju ke bilik untuk mengambil tudung dan dompetnya.Buka sahaja pintu bilik sudah kelihatan Syed Ariff yang tidur nyenyak di katil.Azhani mencapai tudung dan melihat wajah suaminya.Ah,lenanya suami aku tidur.Comel pulak aku tengok!.Azhani terus menggeleng-gelengkan kepalanya.Ah,sudah-sudah la tu Az kau ushar wajah suami kau,baik kau pergi kedai sekarang.Azhani terus menuju keluar daripada bilik.”Mak,Az pergi dulu ye.”Jerit Azhani.”Hati-hati tau Az,tengok kereta!”Laung Mak Cik Yah dari dapur.”Baik mak.”Balas Azhani kemudian keluar daripada rumah.

Sawah yang terbentang luas,pemandangan yang kehijauan dan cuaca langit yang cerah redup.Memang hari yang sesuai untuk berjalan! Azhani betul-betul merindukan pemandangan kampungnya.Sudah lama dia menetap di bandar sehingga lupa suasana di kampung.Azhani menghirup udara yang segar.Setibanya dia di kedai runcit Pak Osman,Azhani terus meluru ke kaunter.Kelihatan Pak Osman ralit meneliti harga stok barang.

“Assalmmualaikum Pak Osman! Pak Osman sihat?”Azhani tersenyum manis.Pak Osman terkejut dengan kedatangan Azhani.

“Waah,Azhani! Lama dah Pak Osman tak nampak sejak Azhani kahwin.Suami mana?”

“Suami Az dia ada dekat rumah mak Az.Dia penat sikit.”Terang Azhani.Sudah lama juga dia tidak melihat Pak Osman.Lelaki di hadapanya kini semakin tua dimamah usia.Namun masih ada kudrat untuk menjaga kedai runcitnya.

“Ooo..Pak tengok Azhani sekarang makin berseri-seri.Ni mesti sebab dah kahwin kan.Iyerla,orang dah kahwin kan kena sentiasa cantik depan suami.”Pak Osman tersenyum lebar.

“Ish,aperrla Pak Osman ni.Az ni biasa jer la.Tak makin berseri-seri pun.Makin gemuk ada la.Tengok pipi Az ni,dah makin tembam dah!” Azhani mencubit-cubit pipinya.

“Tembam ok lagi.Comel.Suami masih sayang.”Kata Pak Osman.Azhani hanya tersengih.

“Pandai Pak Osman bodek Az kan.”

“Mestila Pak pandai bodek.Az kan pelanggan tetap dekat kedai ni.Az nak beli apa ni?”

“Az nak beli tepung.Mak nak buatkan kuih untuk suami Az.Ada tak Pak Osman?”

“Owh,tepung je ke.Semua tepung ada dekat belakang sudut tu.Az cari la.Pak rasa mesti ada tepung yang tinggal lagi.”Kata Pak Osman.

“Ok Pak.Terima kasih ya.”Senyum Azhani.

“No problem!”Jawab Pak Osman.

Terkejut Azhani mendengar ayat asing dari mulut Pak Osman.Ambooi,siap speaking lagi Pak Osman.Kampung ni pun dah advance nampak! Azhani terus menuju ke sudut belakang.Nasib baik apa yang dikatakan Pak Osman adalah betul.Masih ada lima tepung yang tinggal di rak.Fuh,selamat aku.Azhani mengambil dua tepung seperti yang disuruh oleh ibunya.Berpaling sahaja kebelakang untuk membuat bayaran Azhani terus menjerit kecil.Terkejut Azhani apabila ada sebuah tubuh yang berada tepat dibelakangnya.Dia mengamati wajah perempuan itu.Macam kenal je?

“Asyikin ke ni?” Azhani mula rasa tidak percaya.Asyikin mula tersenyum lebar apabila Azhani mengecam wajahnya.Terus dia memeluk Azhani dengan erat.

“Waah! Azhani.Dah lama aku tak nampak kau!” Asyikin berkata riang.Azhani tergamam.Nurul Asyikin Bt. Mohtar.Siapala yang tak kenal dengan gadis kepoh dan paling becok dekat kampung ni.Asyikin pernah menjadi jiran Azhani semasa Azhani masih di sekolah menegah.Namun,apabila ayah Asyikin mendapat pangkat tinggi.Mereka sekeluarga terus pindah ke rumah yang lebih besar.Asyikin ni apa lagi,hidung tinggi la dia.Tambahan pula Azhani mendengar cerita bahawa Asyikin baru sahaja ada kekasih yang merupakan doktor yang ternama.Haih,macam-macam jer la minah ni.

“Err..ye.Dah lama jugak aku tak nampak kau syikin.Kau macam mana?” Soal Azhani.

“Well,aku ok jer sekarang.Plus,kau tau kan aku ada boyfriend doktor yang kaya.Aku happy gila tau tak.”Asyikin berkata bangga.Bagai naik muak Azhani mendengar perkataan daripada Asyikin.Gadis di hadapannya betul-betul bersifat riak.

“Ermm..Yeke.Baguslah untuk kau.Harap kau bahagia dengan kekasih kau.”Azhani tersenyum paksa.

“Well.Of course.”Asyikin tersenyum lebar.

“Oklah.Aku nak buat pembayaran dekat kaunter sekejap.”Azhani ingin beredar.Malas betul dia ingin melayan Asyikin.Buat tipis iman je! .”Eh,tunggu sekejap.Takkan la kau dah nak pergi kot.Kita pun jarang jumpa kan.Apa kata kita bual-bual dulu ke?”Kata Asyikin.Muka Azhani berkerut.Sejak bila pulak minah ni suka sangat lepak dengan aku.Dulu-dulu dia hiraukan aku ada la.Azhani menggaru tudungnya yang tidak gatal.Aduh,nak cakap apa ni?

“Errmm..Kalau macam tu.Lepas aku buat pembayaran kita cakap dekat luar kedai aje la.Ok?”

“Ok!.Aku tunggu kau kat luar tau!”Kata Asyikin gembira kemudian terus berlalu keluar kedai.

Azhani mengeluh.Huh,layan je la minah tu.Benda dah jadi.Kemudian Azhani menuju ke kaunter pembayaran.Selepas membuat pembayaran,Azhani mengucapkan salam terlebih dahulu kepada Pak Osman sebelum dia beredar.Keluar sahaja daripada kedai,Azhani sudah melihat Asyikin terpacak di hadapan kedai.Azhani mengeluh berat perlahan kemudian dia memaksa dirinya untuk tersenyum.”Jadi,apa yang asyikin nak borak dengan Az ni?” Azhani menghampiri asyikin kemudian tersenyum manis.Namun senyuman itu hanya plastik.Mata Asyikin melirik kepada beg plastik yang berisi tepung di tangan Azhani.Kemudian mukanya berkerut.

“Az,ko nak buat apa dengan tepung dekat tangan kau tu?”

“Tepung? Oh,tepung ni.Tepung ni aku beli sebab mak aku nak buat kuih.”

“Kuih? Buat apa? Sambut kepulangan kau sebab balik dekat kampung ni ke?” Soal Asyikin.

“Eh,tak.Bukan macam tu.Kuih ni mak aku nak buatkan untuk suami aku nanti.”Terang Azhani.

Muka Asyikin bagaikan kerut seribu.Dia seperti tidak percaya apa yang didengarinya tadi.Azhani makin pelik?

“Suami, kau kata? Cuba kau ulang balik ayat tadi.”

“Aku cakap,mak aku nanti nak buatkan kuih untuk suami aku.Faham.”Jelas Azhani.

“What?!!.Az,kau dah kahwin?! Bila? Aku tak tahu pun! “ Asyikin bagaikan tidak percaya.

Kini,giliran Azhani pula berkerut.Aiikk,minah ni tak tahu ke aku dah berkahwin? Macam tak tahu langsung je? Tapi time aku kahwin aku rasa satu kampung datang.Ish,pelik betul.”Kau langsung tak tau ke syikin yang aku ni dah kahwin?” Soal Azhani.”Hello! Kalau aku tau aku takkan terperanjat macam ni.Cakap la dengan aku bila kau kahwin.Sanggup kau tak jemput aku kan.” Asyikin mula membuat muka monyot.”Eh,Asyikin.Serius aku tak tau pun yang ko tak tau yang aku dah kahwin! Kau mesti tak datang ni masa aku menikah.”Kata Azhani.”Kau menikah bila?” Soal Asyikin.”Ermm,awal bulan dua aku rasa.”

Secara tiba Asyikin menepuk tangannya.”Patutla,bulan dua aku pergi bandar!Mesti sebab tu la mak bapak aku tak bagitahu aku.” Asyikin membuat spekulasinya sendiri.Azhani hanya menganggukkan kepalanya.Hmmm,dia tak datang rupanya masa aku menikah.Patutla muka nampak macam jakun sangat tadi.Buat aku terkejut je.Ish,minah ni.”Asyikin,kita jalan sambil berborakla.Sebab aku nak balik cepat ni.Nanti mak aku bising pulak.”Kata Azhani.”Fine.” Asyikin kata sepatah.Azhani dan Asyikin mula berjalan kaki di tepi jalanraya.Jarak rumah mereka dekat sahaja daripada kedai Pak Osman.Guna kaki pun dah boleh sampai, tak payah guna kenderaan.Tambah pencemaran udara adalah!

“So,syikin dengan buah hati syikin macam mana?” Soal Azhani.Tak nak rasa janggal pula berjalan dengan keadaan sunyi menyepi ni.

“Well,kau tau tak Az.”

“Tak.Apa dia? “ Aduh,minah ni.Memang sahla aku tak tau tentang dia dan buah hati dia.

“Boyfriend aku kata kan,nanti bila lepas kita orang get’s married.Nanti dia nak belikan rumah big banglo besar untuk aku.Aku teruja gila! Aku dah bayang semua benda dah.Nanti dekat rumah tu aku nak buat swimming pool and then aku nak letak perabot import.Mesti vogue gila!” Terang Asyikin dengan mata bersinar.Dia seakan-akan boleh membayang rumah impian di hadapannya.

“Oh,yeke.Boyfriend ko tak marah ke kau guna duit dia banyak-banyak.” Duga Azhani.Jengkel betul dengar minah ni banyak cakap.

“Ala,dia bagi punyalah! Dia kan doktor,gaji mesti lah berpuluh ribu.Tak jadi masalah langsung .No worry-worry la.” Asyikin merasa begitu bangga mengucapkan itu kepada Azhani.

Tsk,tak jadi masalah konon.Entah-entah pakwe dia bosan dengar permintaan dia yang melangkau sampai ke langit ni! Azhani mencebik di dalam hati.”So,Az.Since you’r married.Boleh kau describe dengan aku macam mana wajah suami kau tu.Aku kan tak sempat datang time kau kahwin.Cuba kau told aku sikit.”Soal Asyikin.Kadang-kadang percakapan inggeris Asyikin boleh membuatkan Azhani tergelak kerana ayat dia yang tak kena dengan bahasa Melayu.Kenapalah minah ni nak guna bahasa inggeris jugak kalau dia tak reti cakap.Eksyen la tu!

“Az,ko dengar tak apa aku cakap ni?” Soal Asyikin.Dia melihat seperti Azhani sedang berangankan sesuatu.Azhani tersedar daripada lamunannya.Ish,itula aku! Kutuk minah ni sangat.”Eheh..Aku dengar,aku dengar.Errm..Macam mana ek nak cakap tentang wajah suami aku tu..” Azhani berfikir.Wajah Syed Ariff macam mana ek di mata aku.Bagi aku dia hensem gila! Tapi takkanla aku nak cakap macam tu,nanti minah ni tak caya pulak.Macam mana ye?Ermm..Ah,cakap je la.

“Wajah suami aku tu...”

“Wait!.Sebelum kau cakap dengan aku.Biar aku fikir sendiri wajah suami kau tu.” Kata Asyikin.Dia memandang Azhani atas bawah.Kemudian dia mengangguk-anggukkan kepalanya.Persis Einstein sedang berfikir.

“Hmm,,Mengikut teori aku yang bijak lagi bernas ni.Aku dah dapat bayang dah rupa suami kau macam mana.Aku rasa mesti betul.” Asyikin tersenyum.

“Apa yang kau bayang tentang muka suami aku tu?” Soal Azhani.Macam manala minah ni boleh describe wajah suami aku padahal dia tidak pernah sekalipun berjumpa.Ah,dengar je la.

“Ok.Daripada pengamatan aku dari segi pemakaian kau.Aku dah dapat agak yang suami kau ni mesti miskin.Mungkin,kerja jual sayur,nelayan or whatever it is!.So,wajah suami kau mungkin botak,banyak berkedut,rambut beruban dan tua kan! Betul tak?” Teka Asyikin sambil tersenyum sinis

Azhani membuat reaksi bagaikan tidak percaya.Tua?! Botak?! Beruban?!.Dia ingat aku kahwin dengan Pak Mat jiran sebelah aku ke apa! Minah ni sindir aku ke atau maki aku?

“Syikin,suami aku bukan macam tula.Suami aku muda lagi dan dia bukan nelayan,penjual sayur atau apa-apa je lah yang kau cakap tadi.Walaupun,macam mana kau tau suami aku tu miskin?” Duga Azhani.”Azhani,kau tak payah kelentong aku pun aku dah boleh tau la.Tengok dari pemakaian kau dengan standard sijil kau sekarang.Kau mana layak kahwin dengan orang ternama macam aku ni kan.Tak payahla malu Az,mengaku je la kau kahwin dengan orang tua.”Asyikin membuat gaya gediknya sambil memerhati kukunya yang berkilat.Darah Azhani mula mendidih.Tahap kesabaran dan kebaikannya sudah lama hilang.Kenapala semua wanita yang aku kenal suka sangat judge aku dengan pemakaian aku ni! Aku rasa aku ni orang normal yang dilahirkan oleh ibu aku dan diberikan dengan pendidikan yang sempurna.Tak berbeza dengan orang lain! “Asyikin,kau ni kenapa sebenarnya.Mula-mula kau tegur aku walaupun dulu-dulu time kita sekolah menengah sampai la hingga aku kerja,kau buat aku macam tuli je.Sekarang kau hina pulak pemakaian aku dan tuduh aku ada suami tua pulak.Kau nak apa sebenarnya?” Kata Azhani tegas.Minah hadapan aku ni dah mereng agaknya.

Asyikin mencebik.”Az,kau tak payah nak tukar topik boleh tak.Kau patut bersyukur dapat perhatian daripada aku selepas selama bertahun-tahun aku malas nak layan kau.Mengaku jer la kau jeles dengan aku dan yang sebenarnya suami kau tu miskin dan tua!”Jerit Asyikin.Azhani geram.Ieee!!~Minah ni aku luku jugak kang! Aku dah kata aku tak ada suami tua tu tak ada la!

“Syikin,kau faham tak yang aku kata aku tak ada lelaki tua.Aku kata tak ada,tak ada la!” Jerit Azhani.Minah ni memang gila.Asyikin terkejut kerana buat pertama kalinya Azhani menjerit di hadapan mukanya.”Kau...Berani kau menjerit depan muka aku ye! Kau ni memang....”Jerit Asyikin.”Minah kolot.Aku dah tau dah.”Potong Azhani.Selalu sangat orang cakap macam tu dekat aku.Eh,aku rasa Melena je kot.Sekarang tambah lagi satu Asyikin yang mereng ni pulak!

“Huh,tau pun yang kau ni minah kolot.Jadi sedarla diri tu sikit!”

“Buat apa aku nak sedar diri aku.Patutnya kau la yang patut sedar.Kau tu dahla sombong! Lepas tu asyik cerita tentang kekayaan kau je memanjang! Lepas tu,bila dah ada kekasih kaya sikit je,dah kepoh satu kampung!”Azhani meluahkan isi hatinya selama ini.

“Ieee!!! Geramnya aku dengan kau! Kau ni memang sia...”

Secara tiba sebuah kereta berhenti di sisi mereka membuatkan Asyikin dan Azhani terkejut sekaligus membantutkan pertikaman lidah mereka.Asyikin meneliti kereta itu dengan muka berkerut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience