BAB 15

Romance Completed 68960

huh.Azhani mengeluh untuk kesekalian lagi.Azhani mundar mandir di ruang tamu seperti cacing kepanasan.Kemudiannya matanya sekali lagi tertancap di jam dinding.2.20 pagi.Ish,lamanya mamat tu keluar?.Dah malam buta macamni tak balik-balik lagi.Azhani merungut di dalam hati.Sekejap?,kenapa aku susah-susah risau pasal mamat tu.Sebab aku isteri dia ke?.Tapi aku hanya isteri dia di atas kertas.Ah lantakla.Aku kena ambil tahu pun sebab datuk dah suruh aku bimbing dia.Semasa Azhani bermonolog bersendirian.Tiba-tiba pintu rumah terbuka.Azhani terus berpaling.Syed Ariff memasuki rumah dengan terumbang-rumbing kerana mamai.Kemudian Syed Ariff bersandar di sofa.Azhani pergi berdekatan Syed Ariff,dia melihat lelaki itu terlalu mabuk sehingga tertidur.Mamat ni nak tidur dekat sini ke.Aduh,tak pasal-pasal aku kena angkat dia masuk bilik,dengan bau araknya lagi.Yaks.Azhani membebel di dalam hati.”Awak,bangunla.tidur dalam bilik.”Azhani menggoyang-goyangkan badan Syed Ariff.”Errmm..malasla..”Syed Ariff berkata dengan mabuk.”Awak,bangunla.Takkanla awak nak tidur dekat sini!.”Azhani memegang tangan Syed Ariff dan menggoyangkanya.”Awak,bangunla!”Azhani mula menjerit.Syed Ariff mulai bengang lalu menolak gadis itu menyebabkan Azhani terdorong di lantai.Syed Ariff meletakkan tapak tanganya di lantai menyebabkan Azhani terperangkap.Azhani takut.

“A..awak..Awak tengah mabuk ke ni?”.Ish,Azhani kau ni bodoh sangat kenapa.Dah sah-sah mamat ni mabuk!.”Awak tepila!.Saya nak bangun ni!.”Azhani menolak-nolak tubuh Syed Ariff tetapi hanya sia-sia.Syed Ariff yang masih mabuk mula membuka butang baju Azhani.Azhani terkejut.Dengan langkah drastiknya,Azhani menolak tubuh Syed Ariff sekuat hati dan menendangnya membuatkan tubuh Syed Ariff terdorong kebelakang.Syed Ariff mengaduh kesakitan namun Azhani pula terus memasuki biliknya dan mengunci pintu biliknya.Nafas Azhani turun naik.Dia masih terkejut dengan apa yang terjadi.Sungguh,sekarang dia betul-betul takut dengan Syed Ariff.Azhani terduduk.Air matanya mula mengalir.Dia tidak tahu sebab apa dia menangis.Tujuannya untuk mengangkat Syed Ariff ke bilik terbantut kerana tindakan lelaki itu.Hatinya berasa kesal dengan perbuatan Syed Ariff.

Azhani mengenakan baju ‘peach’ lengan panjang dan berseluar jeans.Pagi itu dia sudah berjanji untuk keluar bersama Lia.Apabila dia membuka pintu,dia melihat Syed Ariff sedang menunggunya di sofa ruang tamu.Azhani terus mempercepatkan langkahnya namun Syed Ariff bangun dan sempat menahan Azhani keluar dari rumah.Muka lelaki itu kelihatan sungguh sungul.”Azhani...”.Azhani senyap.Inilah kali pertama lelaki ni panggil nama aku.Ingat dia tak ingat dah nama aku.”Pasal aku mabuk semalam,aku tak sengaja.Aku..”.Tiba-tiba Azhani mengangkat tanganya tanda menyuruh Syed Ariff berhenti bercakap.”Tolong berhenti bercakap.Saya tak nak dengar.”Kemudian Azhani terus berlalu ke luar rumah.Hatinya masih sebal dengan sifat Syed Ariff semalam.

Syed Ariff meraupkan wajahnya.Dia terduduk disofa.Dia tidak tahu mengapa dia kelihatan gelisah apabila Azhani tidak mahu melayan dirinya.”Azhani,aku minta maaf...”Kata Syed Ariff.Namun Azhani sudah jauh pergi.

Azhani dan Lia singgah di kedai buku Kinokuniya.Azhani menyelak buku di tanganya sementara menunggu Lia memilih buku di bahagian novel.Azhani meyelak-nyelak buku itu dengan fikiran yang menerawang.Macam mana aku nak teruskan hubungan aku dengan Syed Ariff kalau keadaan kekal macam ni.Aku memang takut dengan dia pasal hal semalam tapi itu tak bermakna aku masih tak suka kan dia.Boleh ke hubungan macam ni berkekalan?.Azhani mengeluh memikirkan masalahnya.”Beb..”.Azhani terperanjat,rupanya Lia yang berada di belakangnya.”Eh,kau dah habis pilih novel dah ke?.”Azhani menanya.Lia hanya menunjukkan beberapa buah novel di tanganya.Selepas membuat pembayaran mereka keluar dari kedai itu.Lia memandang tepat muka sahabatnya itu.Azhani pelik.”Kenapa kau pandang aku macam tu?.”Azhani menannya.

“Az,aku tau kau ada masalah.Cuba cerita dekat aku.”Kata Lia

“Macam mana kau tau aku ada masalah?”

“Beb,kita dah kawan sejak sekolah menengah.Tengok muka kau pun aku dah tau.So,cuba cerita dekat aku.”

Azhani merenung sahabatnya lama.Kemudian dia tersenyum.Aku memang tak boleh sorokkan apa-apa dari kau Lia.”So,cepatlah bagitau aku apa masalah kau?”.Lia menggesa.

“Sebenarnya masalah aku macam ni...”Secara tiba, kata Azhani terpotong oleh sapaan orang di belakang mereka.”Hai Azhani.”.Mereka berdua berpaling kebelakang.Azhani bagai nak terkejut beruk.”Harris?!..ma..macam mana awak tau saya ada dekat sini?.”.Kenapala aku asyik terserempak dengan mamat ni je.Dia ekori aku ke?!.Harris menaikkan bahunya.”Entah.Sebenarnya saya nampak awak dari dalam restoran dekat sana.Tak sangka nampak awak pulak dekat sini.Jodoh kita memang kuat betul!”.Harris tersenyum lebar.Azhani pula tersenyum paksa.

Lia menyiku tangan Azhani.”Kau tak nak kenalkan aku dengan mamat hensem depan kita ni ke?.”Lia berbisik kepada Azhani.Azhani tersenyum.Lia,Lia.Pantang nampak lelaki hensem.”Harris,ini kawan saya Lia.Lia ni Harris.”Azhani memperkenalkan Harris kepada Lia.Mereka berdua tukar senyuman.Kemudian mereka bertiga memasuki sebuah restoran.

“Jadi Harris,Awak bekerja di tingkat berapa dalam syarikat Mazlan Holding?.”Lia memulakan perbualan.Harris tersenyum paksa.”Sebenarnya saya tak kerja pun dekat sana.”Azhani dan Lia pelik.”Kalau awak tak kerja dekat sana?.Kenapa masa tu awak ada dalam syarikat pulak?.”Azhani bertanya.Tiba-tiba Harris mengeluh.”Boleh tak saya bagi tahu korang sesuatu.”Azhani dan Lia bingung.”Apa dia?.”Serentak mereka berdua bertanya.”Korang kenal tak Datuk Azman Talib kawan baik kepada Datuk Mazlan?”.Harris menannya.Mereka berdua cuba berfikir.”Oh,ya.Aku ingat.Datuk Azman Talib.Dia la yang ada selalu buat meeting dekat syarikat kita.”Lia berkata.”Tapi,apa kena mengena Datuk Azman Talib dengan hal ni?.”Azhani pelik.Harris mengeluh buat kali kedua.Apasal lelaki ni mengeluh jer?.Susah sangat ke nak cakap dengan kitaorang?.Azhani berkata di dalam hati.

“Sebenarnya,Datuk Azman Talib tu ayah saya.”Harris berkata dengan lemah sambil tersenyum.Azhani dan Lia tercengang.Biar betik?!.”Ja..jadi awak ni anak Datuk la ye?.”Azhani terkejut.”Iya.saya la anak datuk”.Harris berkata dengan tenang.Azhani dan Lia berpandangan sesama sendiri.”Mesti korang tak percaya kan.”

“Tak,bukan kitaorang tak percaya.Tapi tak sangka..hehe..”.Azhani memberi keterangan.

“Tapi Azhani,saya nak awak tau yang perasaan saya dekat awak tak pernah berubah.”Kata Harris.Lelaki itu menguntumkan senyuman.

Lia kebetulan yang sedang meneguk air pada waktu itu tersedak.Azhani dan Harris terkejut.Perlu ke mamat ni luahkan perasaan dia sekarang pada aku dekat depan Lia.Aduh,apa aku nak jawab dengan Lia nanti?.Azhani kalut .”Lia,awak ok ke?”.Harris berkata.Lia mengambil tisu yang tersedia dan mengelap meja lalu Lia memandang Harris.

“Harris,awak suka Azhani ke?.”Lia mula bertanya.

“Bukan suka tapi cinta.”.Harris berkata dengan jujur malah bangga.Azhani mula berasa tidak sedap hati.

“Maaf Harris saya rasa awak dah terlambat”.

“kenapa?.”Harris terkejut dengan keterangan Lia.

“Sebab,sahabat saya ni dah kahwi..”.Dengan pantas Azhani menekup mulut Lia daripada terus bercakap.Aduh Lia ni,takleh cover line betulla!.Azhani tersenyum sumbing.”Awak sekejap ye saya nak cakap dengan Lia sikit dekat luar restoran.”Azhani tersenyum sumbing dan menarik Lia keluar daripada restoran.

“Lia boleh tak kau rahsiakan daripada Harris yang aku dah kahwin.”

“Apasal pulak?.”Muka Lia berkerut.

“Cuba kau tengok keadaan sikit.Harris tu dia suka aku.Jadi buat masa sekarang aku tak nak dia tahu aku dah kahwin.Kesian aku tengok dia kalau dia kecewa gila.”Azhani memberi penerangan.

“Az,lambat laun mamat tu kena tau jugak yang kau dah kahwin.Kau nak mainkan perasaan dia ke?”.

“Bukan!.Aku bukan nak mainkan perasaan dia.Aku sedar aku ni isteri orang.Cuma aku tak nak bagitahu dia sekarang.Aku nak tunggu masa yang sesuai.”Azhani berkata lemah.Lia mengeluh.Huh,macam-macamla sahabat aku ni.

“Ok,aku akan ikut cakap kau.Tapi kau kena janji dengan aku yang kau akan cakap dengan mamat tu yang kau ni isteri orang.Paham!.”Lia memberi keterangan,tidak ubah seperti guru mengajar murid.Azhani tersenyum.”Ok,aku janji.Aku akan ikut semua cakap kau mahaguru Lia.”Lia tersenyum.Kemudian mereka berdua memasuki restoran semula.

“Apa yang korang bincangkan dekat luar tadi.Lamanya..”Harris berkata.”Kitaorang buat mesyuarat agung sikit.”Lia memberi jawapan.Azhani pula hanya tersengih.Selepas selesai,mereka bertiga keluar daripada restoran.Azhani dan Harris tunggu di luar restoran sementara Lia membayar duit parkir kereta.”Emm..Azhani.”.Azhani mendongak memandang Harris.”Ye?”.

“Pasal yang Lia cakap tadi.Kenapa dia cakap yang saya dah terlambat.”Harris bingung.

Aduuh, aku nak cari alasan apa ni?!.”Er..yang pasal tu..”.Azhani kalut.”Ye..”Harris pula menanti kata-kata di mulut Azhani.”Awak ingat tak yang pasal saya kata dekat awak yang hati saya dah suka seseorang.Mungkin Lia cakap pasal tu kot.hehe..”Azhani berbohong sambil tersengih.

“oowhh...”Harris mebuat muka selamba.

”Azhani,boleh saya minta nombor telefon awak.”Kata Harris.Azhani terkejut.Mamat ni nak nombor telefon aku la pulak.Kalau Syed Ariff tahu macamana?!.Ah lantakla.”Oh..Bo..boleh..”.Mereka berdua bertukar nombor telefon.Harris tersenyum riang.Kemudian Lia mula menghampiri mereka.”Beb,jom balik.Aku dah habis bayar ni.”Kata Lia.”Oh,ok.Harris kami berdua balik dulu ye.Assalammualaikum.”Harris tersenyum.”Waalaikummussalam.Azhani,saya akan cuba call awak.”Kemudian Harris berlalu pergi.Lia pelik.”Call?.Kau bagi dia nombor telefon kau ke?.”Lia menannya.

“Ah,itu tak penting.Jom balik!.”Azhani cuba mengelak.Kemudian mereka berdua keluar daripada pusat beli belah itu.Ish,macam mana la aku nak bagitahu Harris tentang status aku sedangkan perasaan dia dekat aku betul-betul ikhlas.Ya allah peningnya kepala aku fikirkan semua ni!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience