BAB 20

Romance Completed 68960

keesokan harinya,Syed Ariff bergegas ke luar rumah.Hari ni dia sudah terlambat untuk masuk ke pejabat.Aduh,aku harap ayah tak bising!.Syed Ariff memakai kasutnya dan terus membuka pintu kereta.”Awak, Tunggu sekejap!.”Jerit Azhani.”Apa lagi,aku dah lambat ni.”Kata Syed Ariff dengan menggelabah.”Err....”.Azhani kalut.Dia tidak tahu bagaimana untuk bercakap pada Syed Ariff tentang temujanjinya dengan Harris.”Kau ni kenapa?.Aku dahla nak cepat ni.Cepat cakap!.”Syed Ariff menggesa.Dia betul-betul sudah lewat.”Boleh tak awak izinkan saya berjumpa dengan Harris untuk hari ni!.”Kata Azhani sedikit menjerit.”Apa?!”.Syed Ariff terkejut.”Saya tau kita ada buat perjanjian.Ta..tapi saya dah janji dengan Harris untuk berjumpa dengan dia petang ni.Dan mungkin ni perjumpaan terakhir kitaorang.”Terang Azhani.Syed Ariff meraupkan wajahnya.Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Azhani pada waktu situasi dia lambat begini.

Syed Ariff berpaling melihat Azhani.”Kau cintakan dia ke?.”Soal Syed Ariff dengan nada serius.Dia memandang tepat pada anak mata Azhani untuk mendapat kepastian.”Tak! Bukan sebab saya cintakan dia.Cuma sa..saya ada hal sedikit dengan Harris.”Azhani berpaling daripada bertentang mata dengan Syed Ariff.Debaran di hati Azhani bertambah.”Awak,bolehla wak.Lepas ni saya takkan jumpa dia lagi.Harris pun takkan ganggu saya lagi.Please~”.Rayu Azhani.Dia menyusun sepuluh jari.Syed Ariff senyap dan memandang tajam ke wajah Azhani.Dia sudah tidak tahu hendak berfikir apa lagi.Jauh di sudut hatinya berasa pedih apabila Azhani sering menyebut nama Harris.

Kemudian Azhani terdengar bunyi keluhan daripada Syed Ariff.”Suka hati kaula.”Kata Syed Ariff.Azhani bagaikan tidak percaya dengan kata Syed Ariff dan terus mendongak.”Eh,betul ke awak bagi ni?.Betul ke?.Betul ke?.”Soal Azhani dengan tersenyum lebar.”Ye.Kau jangan nak bagi aku ubah fikiran.”Kata Syed Ariff.”Wah,terima kasih awak! Nanti saya...”Tidak sempat Azhani menghabiskan ayatnya Syed Ariff terus memasuki kereta dan keluar daripada perkarangan rumah.Azhani mengeluh melihat pemergian Syed Ariff.Dia tahu dalam hal ni dialah yang bersalah.Namun dia sudah berjanji dengan Harris dan akan berjumpa dengannya untuk memohon maaf.

Jam menunjukkan pukul 2.00 petang.Azhani sudah bersiap sedia untuk pergi ke Taman Setia jaya dengan menaiki teksi.Azhani keluar daripada rumah dan mengunci pintu rumahnya.Ketika memakai sandal, Azhani mula mengeluh.Aduh,kenapa la aku rasa bersalah sangat dalam hal ni.Bukanya aku curang atau apa.Ah,tak apa Azhani.Walaupun ini akan jadi last time kau jumpa dengan Harris.Azhani bangun dan keluar daripada perkarangan rumah.

Sampainya ke Taman Setia Jaya,Azhani keluar daripada teksi dan membuat pembayaran.Azhani melihat sekelilingnya.Di taman itu terdapat tasik yang luas dan terdapat beberapa orang pasangan sedang berjoging pada petang itu.Dia melihat jam tanganya.Pukul 2.17 minit.Awal lagi aku datang,Harris pun aku tak nampak.Aku duduk dulu la dekat taman ni.Saat Azhani ingin duduk di atas bangku tiba-tiba telefonnya menerima panggilan.Syed Ariff menelefonnya.Apasal mamat ni call aku pulak?.Azhani mengangkat talian.

“Salam.Kenapa awak call ni?.”

“Kau dekat mana ni?.”Tiba-tiba Syed Ariff menyoal.

“Apa?.Kenapa awak nak tau?.”Azhani pelik.

“Aku tanya tu jawab je la.Jangan banyak cakap!.”Marah Syed Ariff.

“Saya sekarang dekat Taman Setia Jaya.”

Tiba-tiba talian diputuskan oleh Syed Ariff.Azhani terkejut.Tidak mengerti dengan sikap pelik Syed Ariff.Mamat ni telefon aku dahla tak bagi salam lepastu cakap terus matikan talian.Dah sewel agaknya.Azhani membebel di dalam hati.Kemudian,dia menyimpan semula telefon bimbitnya di dalam beg.Tiba-tiba Azhani terdengar suara jeritan daripada belakangnya.”Azhani!.”

Azhani terkejut dan berpaling kebelakang.Siapa pulak jerit nama aku dekat taman ni?!.Dia melihat ada tubuh yang sedang menghampirinya.Alangkah terkejutnya Azhani apabila mendapati Syed Ariff sedang meluru ke arahnya.Tak mungkin!.Macam mana mamat tu boleh ada dekat sini.Bukan tadi dia baru call aku ke?!.Azhani bagaikan tidak percaya.Syed Ariff menghampiri Azhani.”A..awak macam mana boleh ada dekat sini?.Bukan awak kerja ke sekarang?.”Azhani kalut.”Tak payahla buat muka terkejut macam tu.Aku datang ni nak pastikan kau dengan jantan tu tak dating pulak dekat mana-mana.”Kata Syed Ariff dengan selamba.Azhani mendengus.Takkan la pasal tu je mamat tu sanggup datang dekat sini.”Awak,awak jangan risau sangat boleh tak.Macam yang saya cakap ini pertemuan terakhir saya dengan Harris.Awak tak payahla menyibuk dekat sini.”Jawab Azhani.Syed Ariff hanya mengangkat bahu.”Well,aku tak kisah.Aku cuma nak tengok reaksi buah hati kau tu bila dia nampak aku.”Kata Syed Ariff.Azhani menggeleng-gelengkan kepalanya.Pening kepalanya memikirkan sikap Syed Ariff.Kenapa la dia marah sangat dengan Harris.

Azhani ternampak Harris daripada jauh.Apabila Harris mula mendekati mereka, secara tiba Syed Ariff memegang tangan Azhani dengan erat membuatkan hati Azhani terkejut.Harris juga tersentak namun cuba berlagak dengan tenang.Iee..mamat ni suka sangat pegang tangan aku tanpa kebenaran.Gerutu hati Azhani.Dia tidak menyukai Syed Ariff memegang kulitnya sesuka hati.”Assalammualaikum.”Harris memberi salam.”Waalaikummussalam.”Azhani menjawab namun Syed Ariff pula hanya memandang Harris dengan jelingan tajam.Harris juga melihat Syed Ariff namun kembali melihat Azhani .”Azhani,boleh tak saya cakap dengan awak dekat tempat privacy sikit.”Kata Harris.”Err..bo..boleh.”Jawab Azhani.Dia merasa kekok apabila berada di tengah antara dua orang lelaki.”Abang,boleh abang pergi sana sekejap.Saya nak berbincang dengan Harris.”Kata Azhani memandang wajah Syed Ariff yangtiada perasaan.Dia memandang Harris dengan tajam.”Abang bagi Azhani masa 10 minit je.”Kata Syed Ariff dan berlalu pergi ke tepi tasik.Ish,mamat ni.Bagi masa 10 minit je,pada-pada la sikit.Kemudian Harris mula mendekati Azhani.”Awak sihat.”Soal Harris.”Saya sihat.”Kata Azhani.Dia mula membuka mulut.”Awak,saya tahu hati awak masih lagi sakit.Sebelum tu saya betul-betul nak minta maaf dekat awak kerana merahsiakan status diri saya.Saya bukan nak mempermainkan perasaan awak.Saya cuma..” Harris tersenyum membuatkan Azhani terkedu.”Azhani,dari awal lagi saya tahu awak takkan permainkan hati saya.Jadi awak tak perlu la minta maaf.”Kata Harris.”Habis kenapa awak nak jumpa saya?.”Soal Azhani.Harris memandang wajah gadis di hadapanya dengan sayu.”Saya mengaku selepas peristiwa di parkir kereta minggu lepas hati saya betul-betul sakit bila dapat tahu yang awak ni dah berkahwin.Tapi bila lama saya fikir,saya dapat tahu mungkin kita berdua memang tidak ada jodoh.Jadi Azhani,awak jangan risau.Saya akan cuba lupakan awak walaupun sesusah mana.”Kata Harris dengan lemah.Azhani memandang Harris dengan sayu.Sungguh dia tidak sangka dia boleh menyeksa hati seorang lelaki sebaik Harris.Azhani tersenyum.”Saya harap awak boleh dapat jodoh yang baik.Awak berhak dapat perempuan yang lagi baik dari saya.”Kata Azhani.Kemudian mereka berdua tersenyum.”Azhani..”.Azhani mendongak.”Ye?.”

“Awak sayangkan suami awak?.”Soal Harris.Azhani terkedu.Alamak,kenapa Harris soal aku dengan soalan macam ni pulak.”Err..Sa..sayang.Mestila saya sayang suami saya.”Kata Azhani dengan kalut.Hatinya mula berdegup bila nama Syed Ariff dikaitkan.”Bertuahnya lelaki tu kan kalau awak sayang dia.Tapi Azhani,kalau dia tak sayang awak lagi.Awak sentiasa dialukan di pangkuan saya.”Kata Harris dengan senyuman nakal.Azhani terkejut.Mamat ni biar betul.”Azhani,awak tak payahla buat muka macam tu.Saya gurau jer la.”Kata Harris sambil ketawa.”Oooh..macam tu.Saya ingat apalah tadi..haha..”Azhani tersipu malu.Syed Ariff melihat mereka dari jauh.Tahap kesabarannnya mula habis.Amboi,siap senyum-senyum lagi diorang ni.Dah lebih 10 minit ni!.Syed Ariff meluru kearah mereka.Azhani mula terkejut apabila Syed Ariff tiba-tiba merentap tangannya.”Dah lebih 10 minit dah ni.Jom balik!.”Syed Ariff menarik Azhani.Iee..Mamat ni menganggu betulla.”Harris,saya balik dulu ye.Saya harap awak akan sentiasa sihat.”Kata Azhani dan tersenyum.”Saya pun harap awak macam tu jugak.”Senyum Harris.Syed Ariff mula muak dengan perbualan mereka dan terus menarik Azhani.Harris melihat mereka dari belakang.Hatinya dipagut sayu.Dia tidak menafikan hatinya masih tidak boleh melupakan Azhani.Semoga senyuman terakhir awak akan mengubati hati saya kelak.Harris pun berlalu pergi.

Semasa di dalam kereta,Azhani hanya menyepi.Dia memandang pandangan di luar kereta manakala Syed Ariff pula tenang memandu.

“Jadi,kau dengan mamat tu dah tak ada apa-apa lagi la.”Syed Ariff bersuara.

“Saya kan dah kata tadi ini pertemuan terakhir kitaorang.Awak nak saya ulang berapa kali.”Kata Azhani.Dia tiada ‘mood’ untuk bercakap.

“Ok.”Kata Syed Ariff dan meneruskan tumpuan memandunya.Azhani termenung di luar tingkap.Syed Ariff memandang sekilas kearah Azhani.Dia tersenyum.Hati Syed Ariff kini betul-betul tenang.Fikiran Azhani kosong ketika termenung.Wajah Harris terbayang di minda.Azhani mengeluh di dalam hati.Maafkan saya Harris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience