BAB 51

Romance Completed 68960

Zakaria tekun menatap komputer ribanya.Kali ini dia mengambil lebih fokus kepada projek baru yang dilancarkan oleh syarikatnya dengan syarikat Mazlan Holding.Dia mengambil data dan kertas kerja di atas meja lalu meneliti pada setiap nombor.Kemudian,tanganya laju menaip.

Jarinya terhenti apabila Zaty,setiausahanya masuk ke dalam ruang kamar itu.Zakaria mendongak melihat setiausahanya.Mulut Zaty seperti teragak-agak untuk menyatakan sesuatu.

“Boss.Ermm...” Tutur Zaty perlahan.

“Apa dia Zaty?”

“Emm.Cik Elisya,dia...”

Mendengar nama itu,terus sahaja Zakaria mendengus dengan kuat.Apa lagi yang perempuan tu nak?!.Zakaria meraupkan rambutnya kebelakang dan bangkit daripada kerusi.

“Tak apa Zaty.Benarkan dia masuk.” Arah Zakaria.Zaty hanya menganggukkan kepalanya lalu keluar daripada pejabat itu.Tidak sampai sesaat,Elisya dengan wajah gembira sudah menapak ke dalam pejabat itu.

“Pagi sayang!” Senyum Elisya lalu mendekati Zakaria.

“Apa yang U nak Elisya?” Soal Zakaria dengan serius.

“Well,semalam I rindu sangat U tak datang dekat kelab malam semalam.So,I buat surprise datang awal pagi macam ni!” Balas Elisya.Senyuman masih kekal di bibir.

Zakaria sudah malas mahu melayan sikap Elisya yang tidak reti dan faham bahasa.Zakaria menatap mata wanita itu dalam-dalam.

“Elisya,dengar sini.Aku rasa daripada hari tu lagi aku dah cakap dengan kau,kita dah tak ada hubungan.Dan kau,tak dibenarkan lagi masuk ke dalam pejabat ni.Faham.” Putus Zakaria dengan nada serius.Elisya merenung wajah Zakaria.

“Zack,tak mungkin I boleh tinggalkan U.I sayang U.Can U consider my feeling?” Elisya mempamerkan wajah sayunya.

“Tolonglah Elisya! Jangan ganggu aku lagi.Aku akan bagi apa je yang kau nak.Duit? Baju? Beg? Cakap je.Just get out from my sight!” Marah Zakaria.

Hati Elisya merasa tercabar.

“Just U that I want Zack! Hanya kau.Susah sangat ke kau nak terima cinta aku dalam hati kau Zack!” Lirih Elisya.

“Maaf Elisya.Tapi hati aku tak boleh langsung terima kau.Sekarang keluar.” Zakaria membuka pintu pejabatnya.

Elisya mencebik kemudian tersenyum sinis.

“I got it.Ni semua mesti kerana perempuan Azhani tu kan.” Elisya merenung tajam wajah Zakaria.

“Hal kita tak ada kena mengena dengan dia!”

“Habis kenapa U tak boleh terima I?! Licik jugak ye perempuan tu,dah ada suami pun still nak tackle U jugak.”

Darah Zakaria mula menyirap.

“Elisya,aku nak kau keluar daripada bilik ni sebelum aku hilang kawalan.Keluar!” Jerit Zakaria.Terpampan Elisya mendengar Zakaria menjerit pada mukanya.

“Keluar dan aku tak nak jumpa kau lagi.” Keras amaran daripada Zakaria.

Elisya ketawa kecil lalu jalan mendekati Zakaria sehingga jarak diantara muka mereka begitu rapat.

“Tak pernah lagi dalam hidup I,U menjerit pada I Zack.U akan menyesal.” Nada sinis terdengar dalam suara Elisya lalu dia keluar daripada bilik itu.Zakaria menghempas pintu dengan kasar lalu duduk ke atas sofanya dengan nafas turun naik.Elisya betul-betul sudah melampau.Sekali lagi,Zakaria meraupkan rambutnya kebelakang.

Dengan hentakan tapak kasut tumi tingginya,Elisya keluar daripada syarikat itu dengan perasaan geram.Air matanya diseka kasar.Tak pernah ada orang yang akan tinggikan suaranya pada aku.Susah sangat ke kau nak terima cinta aku?! Ini semua perempuan tak guna tu punya pasal.

Kalau tak ada dia daripada awal lagi,mungkin ini semua takkan terjadi.Disebabkan perempuan tu,Zack mula tak pandang aku lagi.Kau memang tamak Azhani! Sudah ada suami,Zack aku juga yang kau nak ambil.Aku akan pastikan,kau dapat balasan sebab buat aku macam ni! Dengan perasaan dendam membara,Elisya memasuki keretanya dan meluncur pergi.

Pagi itu,disebabkan hari cuti.Azhani hanya duduk berkurung di dalam biliknya.Dia malas untuk keluar dan bertembung dengan Syed Ariff.Selesai sahaja menyiapkan sarapan,lekas-lekas Azhani naik ke atas.Disebabkan tiada aktiviti lain,Azhani ingin menyambung membaca novel yang tidak dapat dihabiskanya.Hari ni,aku kena tau jugak penamatan cerita ni! Gembira Azhani.Dia baring di atas katilnya.

Tidak sempat pun membaca sepatah ayat di dalam buku itu,pintunya telah diketuk berkali-kali.Azhani mencebik.Menyibuk betul lah! Malas untuk melayan,Azhani membuat bodoh.

Kali ini,pintu Azhani sudah diketuk dua kali ganda kuat dan hampir bergegar pintu itu dibuatnya.Dengan keluhan berat,Azhani bangkit juga daripada katil.Kenapa la mamat ni tak nak ketuk sampai roboh je pintu aku ni!Dengan malas,dia memulas tombol pintu.Wajah bengang Syed Ariff sudah terpampang di hadapan matanya.

“Apasal lambat sangat kau bukak pintu ha? Pekak ek!” Marah Syed Ariff.

Azhani hanya merenung dengan membuat muka tidak bersalah.

“Abang nak apa?” Soal Azhani.

Geram betul Syed Ariff dengan perlakuan Azhani.Hey,sabar je la aku dengan minah ni.Syed Ariff cuba mengambil nafas panjang sebelum berkata.

“Aku nak kau keluar sekarang.Buat air.” Arah Syed Ariff.

“Air? Untuk siapa?”

“Kau ni memang banyak tanya kan.”

“Iyerla,Az kena la tahu jugak Az buat air untuk siapa.Itupun nak marah.”Gerutu Azhani.

Syed Ariff merenung wajah Azhani.

“Tadi kawan aku call.Diorang kata nak datang rumah aku nanti.”

“Diorang? Ramai ke kawan abang?”

“Bolehla...”Balas Syed Ariff.

Apa maksud dia dengan ‘bolehla’? Mana tahu dia bawak kawan dia satu ofis ke.Cuba la bagi maklumat terperinci sikit.

“Kawan abang tu,lelaki ke perempuan?” Azhani menyoal lagi.

Syed Ariff mula rimas.Minah ni mulut dia memang keluar soalan je kan.Banyak tanya betul!.

“Perempuan ada,lelaki pun ada! Dah,kau jangan banyak cakap,sekarang ni turun bawah lepastu buatkan air untuk kawan aku.Kejap lagi diorang sampai.” Arah Syed Ariff lalu terus melangkah ke biliknya meninggalkan Azhani yang kebingungan.

Azhani menggaru rambutnya yang tidak gatal.Lelaki ada? Perempuan pun ada? Dia nak buat reunion apa dekat dalam rumah ni.Azhani mengeluh.Nampaknya,tak dapat la aku habiskan novel tu hari ni.Mengacau betul la kawan Syed Ariff ni.

Dengan malas,Azhani mencapai tudung bawal lalu turun ke bawah untuk menyediakan air.Mulutnya tidak berhenti membebel semasa menuju ke dapur.Hari rehatnya terganggu begitu sahaja disebabkan kawan suaminya ingin menjengah ke rumah mereka.Kenapala aku malas sangat hari ni?

Tidak sempat membuka kabinet atas,pintu utama rumah mereka telah diketuk berkali-kali.Alamak,diorang dah datang ke? Cepatnya! Dengan kalut Azhani mencapai tudung lalu disarungkanya di kepala.Syed Ariff dengan pantas menuruni tangga.Dia mengerling kepada Azhani.

“Kau dah buat air belum?”

“Err..”

Azhani menggelengkan kepalanya dengan malu.Itulah,tadi banyak membebel je mulut aku ni!

“Buat sekarang.” Arah Syed Ariff sambil merenung tajam.Azhani menelan air liurnya.Dengan tergesa-gesa,dia mengeluarkan jug .

Syed Ariff membuka pintu rumah dengan senyuman.

“Cepatnya U guys sampai! Masukla!” Ajak Syed Ariff dengan ramah.

Sekumpulan kawanya mula tersenyum dan masuk melangkah ke dalam rumah.Azhani yang mendengar riuh suara daripada ruang tamu hanya dapat mengintai daripada dapur.Dengar suara macam ramai orang? Azhani meneliti sekumpulan yang dikatakan kawan Syed Ariff itu.Terdapat tiga orang perempuan dan empat orang lelaki.Tujuh orang rupanya yang datang.

Wah,nampak macam kawan sekerjanya.Semuanya kelihatan elegan dan berkarisma.Lalu, mata Azhani difokuskan juga pada tiga wanita yang bertandang ke rumahnya.

Perrgh,seksinya kawan perempuan Syed Ariff ni.Semua baju tak cukup kain.Azhani berkata dalam hatinya.Dapat dia melihat senyuman Syed Ariff yang tidak lekang daripada bibir.Lalu Azhani mencebik.Dengan kawan dia,bolehla senyum macam tu.Dengan aku,haram!

“Duduk la Amir.” Pelawa Syed Ariff.

Mata Azhani meneliti pula pada rakan yang digelar oleh suaminya.Amir duduk di sofa dengan selesa.

“Kenapa korang nak datang rumah aku ni? Bukan korang pernah datang ke dulu?” Soal Syed Ariff dengan tawanya.

Pernah datang? Kalau diorang pernah datang,buat apa lagi nak datang rumah ni? Pelik?Azhani tidak putus mengintai daripada jarak jauh.

“Itu dulu Ariff.Kali ni pun,nana yang beriya nak datang.Kononya rindu sangat nak tengok rumah kau.” Kata Firdaus,pemuda yang duduk bersebelahan dengan Amir.

“Is that true nana?” Soal Syed Ariff kepada wanita duduk berhadapan denganya yang memakai pakaian ‘dress’ elegan bawah lutut.

Nana hanya tersenyum manis.Dia tidak dapat menyorokkan perasaan gembiranya apabila melihat wajah Syed Ariff.Syed Ariff pula hanya membalas dengan senyuman.

“Thats true.Mungkin rumah U ni lawa sangat kot Ariff.” Balas Nana.

Kemudian mereka semua ketawa beramai-ramai.Azhani yang hanya dapat melihat daripada jarak jauh tidak berhenti mengutuk di dalam hati apabila melihat cara reaksi wajah Nana memandang Syed Ariff.Amboi,apa yang lawak sangat dekat sana? Jelesnya aku tengok cara Syed Ariff layan perempuan tu.Diorang ni tak tau ke Syed Ariff dah berkahwin?

Eh,mungkin juga.Ayah pernah beritahu aku yang perkahwinan kami tidak diketahui sangat oleh kakitangan Mazlan Holding.Inikan apatah lagi kawan Syed Ariff.Ah,kenapa la aku rasa ‘frust’ pulak dalam hati.

Yang aku ni,daripada tadi tak berhenti cakap pasal orang,tugas aku sendiri pun tak siap.Karang bising mamat tu ,mati aku! Cepat-cepat Azhani membancuh air di dalam jug.Selesai meletakkan gelas di atas dulang,Azhani melihat Syed Ariff sudah menuju ke arahnya.

“Mana air? Lambat gila kau siapkan.” Marah Syed Ariff dengan nada berbisik.

Kan dah cakap! Itulah,daripada tadi asyik jadi pengintip tak berbayar!

“Ni,Az baru habis siapkan.” Kata Azhani lalu mengangkat dulang.

“Ok,hidangkan dekat depan.” Kata Syed Ariff lalu membawa beberapa gelas di tanganya dan menuju ke ruang tamu.Azhani menapak perlahan-lahan di atas lantai ke ruang tamu.Entah mengapa hatinya rasa gelabah dan takut apabila bersemuka dengan rakan Syed Ariff nanti.

Apa agaknya nanti diorang fikir? Yang aku ni perempuan simpanan Syed Ariff? Cepat-cepat Azhani menggeleng-gelengkan kepalanya.Azhani,jangan berfikiran negatif.Aku yakin Syed Ariff akan terangkan siapa aku nanti pada rakanya.

Muncul sahaja di ruang tamu.Semua mata beralih kepada Azhani.Syed Ariff pula telah meletakkan beberapa gelas dalam genggamanya di atas meja lalu duduk semula di sofa.Azhani mula gelisah.Aiseh,jangan la tenung aku macam nak telan!

“Wow.Siapa perempuan ni Ariff?” Soal seorang daripada rakan Syed Ariff.

“Tolong jangan cakap yang ni girlfriend U Ariff?” Soal Nana.Terpancar kecemburuan pada wajahnya.

Azhani yang teragak-agak masih berdiri di hadapan mereka.

“Err...Saya buatkan air.Minumlah.” Kata Azhani lalu meletakkan dulang di atas meja lalu hendak menuangkan air ke dalam gelas

“Ariff,bagitahu la kitaorang.Tiba-tiba je ada perempuan cun dalam rumah kau ni.” Bisik Amir sambil ketawa.Azhani mula rasa tidak enak apabila Amir mengata tentangnya.

“Oh,dia ni just orang gaji I je.” Jawab Syed Ariff.Nana pula melepaskan nafas lega dengan gembira.

“Comel orang gaji U.” Puji Firdaus dengan senyuman menawan.

“Ooo,just orang gaji rupanya.” Kata Nana dengan senyuman sinis.

Mendengar sahaja perkataan ‘orang gaji’ daripada mulut Syed Ariff,membuatkan perlakuan Azhani terhenti.Apa?! Dia kata aku orang gaji! Perasaan amarah mula menyelubungi diri Azhani.Dengan kasar, Azhani menghentakkan jug itu di atas meja.Seluruh yang berada di dalam ruang tamu itu terkejut termasuk Syed Ariff.

Azhani mengambil nafas panjang.Mamat ni memang melampau!Kemudian,dia menoleh perlahan-lahan kearah Syed Ariff.Mereka melihat sahaja perlakuan pelik Azhani itu.Azhani tersenyum sinis lalu membuka mulut untuk berkata.

“Baiklah Encik Syed Ariff.Memandangkan saya ni,orang gaji awak! Saya ada banyak kerja nak buat daripada hidangkan kawan-kawan awak ni air.Saya rasa diorang boleh buat benda ni sendiri.Jadi,saya minta diri dulu ke atas.”

Kata Azhani merenung tajam ke arah Syed Ariff lalu terus melangkah ke tingkat atas meninggalkan rakan-rakan Syed Ariff yang terpinga-pinga dengan situasi itu.Tidak meyangka Syed Ariff bahawa Azhani akan berlakuan sebegitu di hadapan rakanya.Apa diorang kata nanti?! Siap kau Az!

“Perggh,berani gila orang gaji kau Ariff” Kata Amir sambil ketawa.

“Ariff,I rasa orang gaji U memang melampau.U kena pecat perempuan tu!” Marah Nana.

Syed Ariff bangkit daripada sofa.

“Korang bual-bual dululah.Aku nak pergi atas sekejap.” Pinta Syed Ariff lalu terus pergi ke tingkat atas.Dia terlalu bengang dengan sikap Azhani tadi.Firdaus yang senyap duduk di sofa hanya memerhati tindakan Syed Ariff naik ke tingkat atas.Tak mungkin perempuan tu hanya sekadar orang gaji?Bisik hatinya.

Dengan kasar,Syed Ariff menolak pintu bilik Azhani.Dia memandang sekeliling,namun bayang Azhani masih tidak dapat didapatinya.Mana pulak pergi perempuan ni?

“Abang cari Az ke?”

Laju Syed Ariff menoleh melihat Azhani berdiri di muka pintu biliknya.Syed Ariff terus mendekati gadis itu dan merentap kasar lenganya.

“Hei,apa masalah kau ha? Kau memang sengajakan malukan aku depan kawan aku tadi!” Mata Syed Ariff mencerlung merenung Azhani.Azhani dapat membaca perasaan amarah dalam mata lelaki itu.Namun,kali ini dia seperti tidak boleh bersabar.

“Memang Azhani ada masalah! Az ni isteri abang tau,sanggup abang kata Az ni hanya orang gaji je dekat rumah ni.” Marah Azhani.Syed Ariff ketawa kecil mendengar perkataan daripada mulut Azhani lalu merenung kembali wajah gadis itu dengan riak seriusnya.

“Kau betul-betul fikir kau ni isteri aku ke.Dah banyak kali aku bagitau kau,kita ni hanya suami isteri atas kertas.Kau buat hal kau,aku buat hal aku!”

“Ok,abang nak sangat Az buat hal Az kan! Az akan buat.Tapi ingat,Az takkan fikir pasal abang langsung!”

“Fine!”Jerit Syed Ariff.

“Fine!” Balas Azhani.

Terus sahaja Azhani memusingkan badanya lalu masuk ke dalam bilik dan menghempaskan pintu.Syed Ariff masih tidak percaya Azhani yang difikirkan seorang gadis kampung yang lembut baru menjerit padanya.Baiklah,kalau perempuan tu nak buat cara dia,aku pun akan buat cara aku! Aku takkan kalah! Dengan baran,Syed Ariff pergi ke bawah dan berlakon seperti tiada apa-apa yang terjadi.

Azhani menghempaskan badanya di atas katil dengan perasaan marah membuak-buak.Boleh pulak mamat tu kata aku ni orang gaji! Itu aku memang tak boleh terima.Azhani menyembamkan wajahnya di dalam bantal.Dia geram dengan Syed Ariff.Dia seperti rasa termometer kesabaranya sudah meletup.Aku nak mogok!

Malam itu,perut Azhani telah membuat bunyi bermacam-macam lagu untuk mengisikan perutnya yang kosong.Mana tidaknya,daripada petang tadi sehingga selesai solat maghrib,dia tidak langsung keluar daripada bilik.Semuanya gara-gara tidak mahu bertembung dengan Syed Ariff.Azhani mengusap-usap perutnya yang berkeroncong.

Laparnya,nak makan sesuatu.Tapi,nanti aku mesti nampak muka lelaki batu tu! Walaupun,kalau aku turun bukanya ada makanan untuk dimasak.Barang dapur semua dah habis.Nak makan apa ni? Ah,makan Maggie je lah.Ini pun dah dikira kes darurat.

Azhani membuka pintu perlahan-lahan dan mengeluarkan kepalanya.Dia memerhatikan ke kiri dan ke kanan dahulu.Bagus,radar aku mengatakan mamat tu tak ada dekat sini.Azhani tersenyum kemudian dengan terhinjut-hinjut dia menuju ke tangga.

Mesti mamat tu dekat dalam bilik.Inilah masa yang sesuai untuk aku turun.Azhani merasa yakin.Dia menuruni tangga perlahan-lahan.Turun sahaja ke bawah,terkejut dibuatnya apabila melihat kelibat Syed Ariff yang sedang melihat siaran HBO di televisyen.

Musnah terus semua rancanganya tadi.Aduh,dia lepak dekat bawah pulak.Aku ingat dia berkurung dalam bilik tadi.Huh,tak apa Az.Kau berlagak macam biasa je,bayangkan mamat tu hanya tunggul.Gerutu hati Azhani.

Syed Ariff yang melihat bayang Azhani di tangga hanya memandang sekilas kemudian matanya kembali menatap di kaca televisyen.Syed Ariff tersenyum sinis.

“Turun jugak ye kau,aku ingat kau nak duduk je dalam bilik tu sampai bila-bila.”Perli Syed Ariff.

Azhani hanya mencebik.Malas mahu melayan Syed Ariff dia terus pergi ke dapur.Laju sahaja tanganya mencapai Maggie Cup di dalam kabinet lalu terus menuangkan air panas.Sepuluh minit telah berlalu,Azhani mengambil Maggie Cup nya lalu makan di atas meja.

Fikiran Syed Ariff sejak daripada tadi tidak boleh fokus pada siaran di televisyen,matanya asyik dikerlingkan ke dapur untuk melihat apa yang isterinya buat di dapur.Perempuan tu masak ke? Syed Ariff cuba menghidu sesuatu,namun dia tidak dapat mendapati apa-apa aroma masakan pun daripada dapur.Apa yang perempuan tu buat dekat dapur?Aduh,aku pun sebenarnya lapar ni.Nak makan dekat luar macam ni malas pulak nak gerak.Baik aku pergi tengok.

Syed Ariff bangkit daripada sofa dan menuju ke dapur.Perutnya pun sudah meronta-ronta.Kemudian,dapat dia melihat Azhani yang sedang enak menghirup kuah Maggie karinya.Oo,makan Maggie rupanya.

Azhani yang perasan kelibat Syed Ariff hanya berlagak seperti biasa.Ish,menyibuk betul mamat ni! Mata Azhani dilirikkan pada Syed Ariff seketika.Dia melihat seperti lelaki itu sedang tercari-cari Maggie yang dimakanya.Mamat tu pun lapar ke? Macam cari Maggie je?

Tidak jumpa satu pun paket Maggie,Syed Ariff cari pula di kabinet bawah.Azhani tersenyum.Dia takkan dapat jumpa punyalah,Maggie yang aku makan ni Maggie yang terakhir.Azhani bersorak keriangan dalam hati.Hahah..

Tak ada pun! Mana perginya semua Maggie yang aku beli minggu lepas?! Syed Ariff menutup kabinet dengan geram.Dia sudah masuk lapar tahap gila dah ni.Sudahla dalam peti ais pun tiada makanan.Dia nak makan apa?!

Saat itulah telinga Syed Ariff menangkap satu bunyi.Slurrp.Sengaja Azhani kuatkan lagi bunyi dia menghirup kuah Maggie.Selesai sahaja makan,Azhani membuat gaya gembira.

“Ahhh,kenyangnya.Sedap betul Maggie kari ni.” Azhani mengesat mulutnya lalu menuju ke singki.

Syed Ariff merenung tajam wajah polos itu.Nampaknya minah ni sengaja nak cabar aku.Bengang pula dia melihat kelakuan Azhani.Azhani masih tenang membasuh sudu di singki.

“Hei,mana perginya semua Maggie dekat dalam rumah aku ni ha?” Soal Syed Ariff

Azhani tidak mengendahkan soalan itu.Dia berlagak seperti menyanyikan sesuatu.

“Kau ni dah pekak agaknya?! Aku tanya ni,mana semua Maggie aku pergi.Aku dah lapar tahu tak!” Bentak Syed Ariff.

Mamat ni dari dulu lagi tak pernah berubah,mesti nak guna cara melenting dia jugak.Gerutu Azhani dalam hati.Bertambah membara amarah Syed Ariff apabila melihat Azhani hanya berlagak bodoh.Dengan kasar,dia merentap tangan gadis itu membuatkan sudu di tanganya terjatuh atas lantai.Azhani merenung mata Syed Ariff dengan geram.

“Abang ni kenapa!” Marah Azhani.

“Aku cakap dengan kau,kau buat aku macam batu je kan.Sekarang jawab soalan aku tadi!” Balas Syed Ariff.

Azhani menahan kemarahan di dadanya serta mengambil nafas panjang.

“ ‘Kau buat hal kau,aku buat hal aku’.Bukan itu ke abang cakap dekat Az pagi tadi.” Azhani menaikkan keningnya lalu memandang anak mata suaminya tepat-tepat.Syed Ariff terdiam.Dengan kuat,Azhani melepaskan tangan Syed Ariff lalu terus berlalu ke tangga.

Dengan geram,Syed Ariff menendang kabinet bawahnya dengan kasar.Tak guna betul!

“Aku pun tak hingin nak makan la malam ni!” Jeritan Syed Ariff bergema satu rumah.

“Baguslah kalau macam tu!”

Syed Ariff terdengar balasan jeritan Azhani daripada tingkat atas.Cis,sempat lagi dia balas jeritan aku pulak tu.Malas untuk berdiri di dapur,laju Syed Ariff menuturkan langkahnya ke ruang tamu semula dan menghempaskan kasar tubuhnya di atas sofa.Aku dah lapar gila ni,perempuan tu sempat lagi nak uji kemarahan aku.Damn!

Tutup sahaja pintu biliknya,Azhani terus menghamburkan tawanya yang ditahan sejak daripada tadi.Memang lawak! Nasib baik aku tak tergelak terguling-guling tadi.Sempat pula Azhani mengesat air matanya akibat terlalu banyak ketawa.

Eh? Tapi aku tak melampau sangat ke? Alah,walaupun mamat tu yang mulakan semua ni.Salah dia lah.Aku hanya ikut arahan je.Hehe..

Pagi itu,selesai bersiap untuk bekerja,Azhani terus keluar daripada rumah untuk membeli nasi lemak di warung berdekatan.Maklumlah,stok bekalan rumah mereka sudah kosong.Pada mulanya dia agak berkira untuk membelikan nasi lemak untuk Syed Ariff.

Tapi,bila difikirkan semula.Terpaksa jugalah dia membelikan untuk suaminya yang tersayang itu.Aku ni bukanya kejam sangat ok! Tiba sahaja di rumah,terus dia meletakkan nasi lemak itu di atas meja dan naik ke tingkat atas.Azhani mengetuk pintu Syed Ariff dengan kuat.

“Abang,Az ada beli nasi lemak dekat bawah.Keluarla.” Kata Azhani.Namun ketukannya tiada sahutan.

“Kalau abang tak nak keluar,Az makan nanti.”Ugut Azhani.

Namun bilik Syed Ariff masih sunyi di dalam.Muka Azhani sudah berkerut.Mamat ni tak lapar ke? Semalam bukan main marah lagi dekat aku? Didekatkan pula telinganya pada pintu kayu Syed Ariff.Tidur ke?

Azhani menggaru tudungnya yang tidak gatal.Biarlah,kalau dia lapar nanti mesti dia turun.Malas untuk membuang masa,Azhani terus turun ke tingkat bawah.Perutnya pun mesti diisi.Tidak sempat menjejak ke dapur,Azhani perasan bahawa televisyen di ruang tamunya masih terpasang.

Ish,mamat ni mesti lupa nak padamkan tv semalam.Tahu la dia ada duit banyak,tapi jangan la sampai nak bazirkan elektrik pula.Dengan merungut Azhani mengambil alat kawalan di atas meja.Terkejut hatinya apabila menangkap susuk tubuh Syed Ariff yang sedang enak terlantar di atas sofa.

Laa...Dekat sini rupanya mamat tu tidur semalam.Patut la aku ketuk pintu bilik dia tidak menyaut.Lantas Azhani menekan punat pada alat kawalan dan meletakkan kembali di atas meja.Azhani menghampiri Syed Ariff yang sedang enak tidur di atas sofa.Azhani duduk di atas lantai memerhatikan wajah lena itu.

Dah lama aku tak tengok wajah dekat dia macam ni.Comelnya! Azhani tersenyum sendiri.Kemudian,satu keluhan keluar daripada mulutnya.Huh,sampai bila lah agaknya hubungan aku dengan dia nak jadi macam ni? Azhani termenung.Dalam renunganya,entah kenapa terbit pula rasa hatinya ingin menyentuh rambut Syed Ariff yang kelihatan lembut dan keperangan-perangan itu.

Tangan Azhani teragak-agak ingin menyentuh rambutya.Aiish,sejak bila kau jadi miang ni Az?! Tapi,aku cuma nak sentuh je.Tak salah kan? Jarak jarinya hampir dekat pada Syed Ariff.Hati Azhani masih teragak-agak.Nak pegang ke tidak ye?

“Ermmm...”

Terkejut Azhani apabila Syed Ariff menggaru rambutnya dan mengiringkan badanya ke kiri.Cepat-cepat dia bangkit daripada lantai.Syed Ariff yang sedar mula membuka mata.

Fuh.Selamat tak kantoi.Lega hati Azhani.Syed Ariff merenung wajah Azhani dengan mamai.

“Errr...Selamat pagi abang.” Senyum Azhani dengan janggal.

Syed Ariff mengerutkan wajahnya.

“Dah pagi ke?”

Syed Ariff bangun daripada sofa.

“Matahari dah meninggi dah pun.”

Dapat Azhani melihat lelaki itu meraupkan rambutnya kebelakang dan menguap.

“Yang kau ni buat apa dekat sini?”

“Ha? Oh,Ermm.Az ingat nak kejutkan abang.Az ada beli nasi lemak tadi dekat warung sana.”

“Nasi lemak?”

Azhani menganggukkan kepalanya.Kemudian,mata Azhani tertangkap pada jam dinding di rumahnya.Saat itu baru dia tersedar apabila melihat jarum jam menunjukkan angka 8.40.Aku dah lambat! Laju sahaja dia membuka langkah ke dapur lalu mengambil bungkusan nasi lemaknya.Makan dekat sana je la,dah tak sempat ni! Terus Azhani pergi ke muka pintu.

“Abang,mungkin Az balik lambat sikit hari ni.” Kata Azhani semasa memakai sandalnya.

Syed Ariff merenung wajah isterinya tanpa reaksi.Kemudian dia mempaling dan menuju ke dapur.

“Bukan hal aku pun.”Balas Syed Ariff.

Geram Azhani mendengar perkataan itu.Mamat ni bukan nak reti cakap terima kasih pun dekat aku sebab belikan dia sarapan hari ni.Menyesalnya belikan untuk dia tadi,Arrghh! Terus sahaja Azhani menghempas pintu dan keluar daripada perkarangan rumah.Hari ini dia tidak menggunakan keretanya kerana semalam dia terlupa untuk mengisikan minyak.Terpaksa la Azhani menaiki teksi.Kalau nak isi minyak pun tak sempat.Kata hatinya.

Syed Ariff membuka bungkusan nasi lemaknya perlahan-lahan.Aromanya betul-betul menaikkan seleranya.Sudahla semalam dia tak makan,naik gila jadinya sehingga tertidur di ruang tamu sofa.Syed Ariff tersenyum.Baik jugak minah tu belikan aku makanan.Entah apa yangjadi dengan pergaduhan mereka semalam.Ah,lupakan je lah.Dengan gembira,terus Syed Ariff menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

Azhani menapak masuk ke dalam kedai tempat kerjanya.Bulat matanya apabila terlihat dua tubuh susuk yang berdiri tegak di hadapanya.Kak Farihah dan Putri yang menunggu lama kedatangan Azhani hanya tersenyum nakal.Azhani bingung.Apabila kak Farihah sudah tersengih-sengih lebar sejak daripada tadi.Barulah Azhani sedar apa maksud diorang berdiri di hadapanya sekarang.

Satu keluhan Azhani lepaskan.Aduh,ini tak lain tak bukan mesti nak tembak aku dengan soalan pasal semalam la nieh! Laju sahaja kak Farihah dan Putri lari kearah Azhani.Azhani sudah mengangkat tanganya awal-awal membuatkan pergerakan kak Farihah dan Putri terhenti.

“Kalau korang nak tanya pasal suami aku semalam.Ok,awal-awal lagi aku nak cakap yang aku dah tak larat nak jawab soalan korang berdua.So,Harap maklum ye.” Terang Azhani dengan memuncungkan mulutnya.

Kak Farihah dan Putri hanya tergelak kemudian dengan secara tiba memeluk Azhani dengan erat.Pelik Azhani dibuatnya.Ish,apa kena dengan diorang ni?Salah makan ke pagi tadi?

“Az,ko jangan risau.Kitaorang dah give up dah pun nak tanya kau soalan.”Kata Putri.

“Sekarang ni,kitaorang cuma nak cakap...”

“Tahniah sebab dapat suami hebat!”

Jerit mereka serentak.Bingung Azhani dibuatnya.

“Tunggu? Apa maksud korang ni?” Soal Azhani sambil membetulkan tudungnya yang sudah senget-senget akibat pelukan mereka berdua tadi.Makin lebar pula Azhani melihat senyuman di bibir mereka.

“Eleh,buat tak tahu pulak minah ni.” Senyum kak Farihah.

“Seriously,Az tak tahu apa maksud korang ni?” Kata Azhani.

“Putri,cuba citer sikit pada kawan kita ni apa yang kita nampak dekat internet semalam.”Kata kak Farihah.Putri sudah tersenyum lebar.

“Semalam kan,aku dengan kak Farihah macam rasa something dengan suami kau tu.So,kitaorang search la dekat internet pasal suami kau.”Terang Putri.

“Korang apa?!”

“Sanggup kau tak beritahu kitaorang yang suami kau tu sebenarnya anak Datuk Mazlan yang jutawan tu.Kau tau tak kitaorang dah terkejut beruk dekat CyberCafe hari tu.” Kata Kak Farihah.

Kini,giliran Azhani pula tersengih lebar.

“Hehe..Bukan Az tak nak bagitahu.Walaupun,benda macam tu buat apa nak kepoh dekat orang lain kan.”Kata Azhani.

“Memang la kau tak nak kepoh.Tapi at least bagitahu la kitaorang ni.”Muncung Putri.

“Sorry la korang.Jangan la ambil hati ye.Aku cuma tak nak besarkan hal ni je.”Luah Azhani.

“Alah,ko jangan la cakap macam tu.Kitaorang sengaja je tadi.Apa-apa pun,suami kau memang perfect gila lah!” Senyum kak Farihah.Putri pula hanya tersengih sejak daripada tadi.Azhani ketawa.Memang gila jadinya kalau dia ada kawan seperti mereka ini.

“Korang ni memang sukakan stalk hidup aku?” Senyum Azhani.

“Eleh,apa salahnya.Stalk kawan sendiri tak salahkan,Putri?” Soal kak Farihah.

“Yes! Tak salah langsung.”Sambung Putri.

Azhani mencebik.

“Banyak lah korang punya tak salah.Dah,jom sambung kerja!” Kata Azhani lalu ingin melangkah.

“Eh,tunggu sekejap!” Tahan kak Farihah.

“Apa lagi kak?” Soal Azhani

“Lain kali,kalau kau nak balik.Suruh je suami kau jemput kau dekat dalam kedai ni.Kitaorang pu nak tengok muka dia nanti..” Kak Farihah tersenyum nakal.

“Hei,gatal ye korang!” Jerit Azhani.

Kak Farihah dan Putri sudah ketawa mengekek dan berlalu pergi kebelakang.Azhani tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya.Memang seronok berkawan dengan dua orang budah nih!.

Tengahari itu itu,selesai tamat kerja.Azhani terus meminta diri untuk pulang.Disebabkan tiada kereta,Azhani ingin cepat balik menunaikan solat Zuhur di rumah.Laju sahaja dia melangkah pada perhentian bas berdekatan.Meliar matanya mencari teksi di jalanraya.Aduh,aku tak nampak mana-mana teksi pun? Gerutu hatinya.Sekali lagi matanya tertancap pada jam tangan.Waktu Zuhur dah nak habis pulak tu.Ya Allah,tolonglah bagi aku nampak satu teksi.Mohon hati Azhani.Dia resah sendirian di perhentian bas itu.

Sedang sibuk mencari teksi di jalanraya,mata Azhani menangkap sebuah kereta BMW berwarna hitam berhenti dihapanya.Azhani tidak berganjak malah mengintai siapa pemandu di dalam.Siapa pulak ni?

Cermin kereta diturunkan.Terkejut Azhani apabila mendapati Zakaria yang berada di dalam kereta itu sambil tersenyum kearahnya

“Zakaria? Kenapa awak ada dekat sini?!” Soal ˜zhani.

“Tadi saya ingat nak pergi kedai bunga mama saya sekejap,alih-alih nampak awak dekat sini.Az tunggu siapa ni?” Kata Zakaria

“Saya tak tunggu siapa-siapa.Cari teksi je.”Balas Azhani.

“Kalau macam tu tak apalah saya boleh hantarkan.”Senyum Zakaria.

Azhani tidak tahu bagaimana mahu menjawab pelawaan Zakaria.Tak apa ke untuk aku naik kereta dia?

“Ermm.Tak apa lah Zakaria,saya tak nak susahkan awak,walaupun saya nak cepat balik rumah ni.Saya takut tak sempat pula tunaikan solat Zohor nanti.”

“Az,sebab awak tak sempat la saya nak tumpangkan.Walaupun jarang ada teksi dekat kawasan ni.”

“Err..”

Azhani mati akal.Dia bukan tidak mahu tapi dia takut tidak manis sahaja.Tapi aku betul-betul dah terlewat nak tunaikan solat.Tak apa ke ni?

“Az,tolonglah.Anggap je lah ini pertolongan antara kawan.Saya janji.Now please get in the car.”Sambung Zakaria.

Azhani memandang wajah Zakaria kemudian tersenyum.Tak elok juga aku tolak pelawaan ikhlas dia.Mungkin,ini rezeki aku.Azhani terus membuka pintu kereta itu dan melabuhkan punggunya di kerusi.

“Thanks Zakaria.” Ucap Azhani lalu memakai tali pinggang keledar.

“Tak ada hal lah.”Balas Zakaria kemudian memusingkan stereng.

“Ermm.Kalau boleh,awak turunkan je saya dekat surau nanti.Saya rasa tak sempat nak tunaikan dekat rumah.Tak apa,balik nanti saya cari je teksi dekat kawasan sana.”Kata Azhani.

“Az,tolonglah.Saya yang sudi hantar awak jadi saya la kena bertanggungjawab hantar awak ke rumah dengan selamat.”

“Zakaria,tak perlu...”

“Please Az.Walaupun saya nak tunaikan solat dekat surau nanti.”Rayu Zakaria.

Azhani sudah putus asa.Walaupun sudah dikira baik pemuda ini menumpangkanya.

“Betul ni? Saya takut awak sibuk je.”Ragu Azhani.

“Percaya la Az,hari ni saya ada banyak masa free.”

“Sekali lagi,terima kasih Zakaria sebab sudi bantu saya.” Kata Azhani

“Itulah gunanya kawan,kan?” Kata Zakaria dengan tersenyum lebar.

Azhani hanya ketawa kecil.Kemudian,kereta Zakaria diparkirkan di hadapan masjid yang berdekatan dengan kawasan perumahan.

Jarum jam menunjukkan pukul 2.07.Disebabkan Syed Ariff telah mengambil cuti hari ini,dia berfikir hanya mahu meluangkan seluruh masanya di dalam rumah.Syed Ariff membawa komputer riba bersama fail ke laman rumahnya.Dia merasa tenang apabila membuat kerja semasa dirinya dekat dengan mesra kehijauan.Syed Ariff duduk di kerusi kemudian membuka failnya.Dia meneliti setiap perkataan bertaip yang tertulis.

Kemudian,matanya dikerlingkan pada jam tanganya.Dah petang ni,minah tu tak balik lagi?.Nampaknya dia betul-betul balik lewat.Fikir Syed Ariff.Aduh,aku fikir pasal minah tu lagi! Cepat-cepat Syed Ariff mengusir nama Azhani dalam fikiranya.Lalu,dia merenung lama jam tangan Rolex nya.Entah mengapa dia seperti rasa sesuatu apabila melihat jam itu.Dia menyepi cuba berfikir.

Kemudian,satu peristiwa datang menjalar dalam akalnya.Ya,sekarang dia sudah ingat! Aku pernah baling jam tangan aku ni pada Azhani.Sebab dia pernah rosakkan jam kesayangan aku nih! Jadi betul lah peristiwa tu pernah berlaku.Pantas Syed Ariff memicit-micit dahinya yang pening.Apasal pening sangat pulak ni?! Syed Ariff masih berkeras mahu mengingati kembali memori dia bersama Azhani.Namun,denyutan di kepalanya membataskan semua.

Secara tiba,bunyi kereta enjin berhenti di hadapan pagar rumahnya membuatkan perlakuan Syed Ariff terhenti.Lantas dia bangkit dan melihat kereta BMW berwarna hitam berhenti di hadapan pagar rumahnya.Kereta siapa tu? Syed Ariff menghampiri pagar.

Cepat sahaja Azhani membuka tali pinggang dan membuka pintu kereta untuk keluar.Aku kena pastikan Zakaria pergi sebelum Syed Ariff keluar!Getus hati Azhani.

“Terima kasih ye Zakaria sebab sudi tolong saya banyak benda hari ni.”Senyum Azhani kemudian keluar daripada kereta.Zakaria pun turut begitu.

Muka Azhani sudah berkerut.Eh?Yang mamat ni turun kereta sekali apa kes?

“Kenapa awak...”

“Az,saya tau awak akan marah saya sebab ni.Tapi saya betul-betul teringin nak tahu siapa suami awak.” Luah Zakaria dengan wajah serius.Lalu matanya dikerlingkan pada rumah belakang Azhani.Boleh tahan juga besar rumah Azhani ni.Tak mungkin suami Azhani adalah orang biasa.Bisik hati Zakaria,dia sudah nekad untuk tahu.

Pucat muka Azhani mendengar itu.Zakaria ni dah gila ke apa?!Aku ingat hal tentang ni dah selesai.Takkanlah aku nak bawak Zakaria jumpa Syed Ariff macam tu je?! Macam mana dengan reaksi Syed Ariff nanti? Oh,no! Aku takkan benarkan Zakaria jumpa Syed Ariff.

Azhani?! Terkejut Syed Ariff apabila melihat perempuan yang keluar daripada kereta itu adalah isterinya.Kemudian matanya fokus pula pada pemuda sebelah Azhani.Itu macam....Zakaria?! Partner bisnes aku! Apa hubungan diorang sampai dia hantar Azhani balik ke rumah? Kebetulan apa ni?

Entah mengapa hati Syed Ariff menjadi panas pula apabila mengetahui Azhani rapat bersama lelaki selain dirinya.Wah,nampaknya minah tu pura-pura alim je depan aku,belakang aku sebenarnya ada lelaki lain.Hipokrit betul! Berang Syed Ariff.Laju sahaja dia menuju ke pagar.

Azhani tidak tahu untuk berkata apa.Dia geram dengan sikap Zakaria yang tak tahu nak bincang awal tentang hal ini dengan dirinya terlebih dahulu.Arggh,menyesal pulak aku terima pelawaan Zakaria tadi.Rungut hatinya.Dia tidak sangka Zakaria betul-betul mahu mengetahui suaminya.

“Zakaria,saya bukan tak nak bagi awak jumpa suami saya,tapi...”

“Azhani,sampai bila awak rasa nak rahsiakan hal ni daripada saya.Saya hanya nak tahu je siapa suami awak.Salah ke?” Potong Zakaria.

“Tapi ini bukan waktu yang sesuai untuk...”

“Sayang ke tu?”

Serentak Azhani dan Zakaria terkejut dengan satu suara yang menyapa mereka daripada belakang.Mereka menoleh.Bulat mata Azhani apabila mengetahui siapa pemilik suara itu.Syed Ariff?! Azhani menelan air liurnya ke dalam kerongkong.

Syed Ariff dengan riak tampak tenang membuka pagar dan keluar.Dia mendekati Azhani lalu memeluk bahu gadis itu.Azhani terlalu resah dan takut untuk melihat wajah suaminya.Kenapa aura mamat ni macam marah je dengan aku? Aduh,apa aku nak buat ni?

“Abang risau sangat bila tunggu sayang tak balik lagi.Kenapa tak bagitahu abang sayang balik lambat hari ni?” Soal Syed Ariff dengan nada mesra.

Aiik,bukan pagi tadi aku dah beritahu dia ke yang aku balik lewat ke? Dia sendiri kata bukan hal dia.Memang pandai berlakon suami aku nih!

“Oh,maaf abang.Azhani terlupa nak call tadi.”Sengih Azhani.Ikut sahajalah rentak mamat ni.

Zakaria pula pada waktu itu sudah tergamam dan terkejut.Dia terkejut sekali apabila melihat Syed Ariff yang keluar daripada rumah Azhani.Jadi betul lah selama ni yang hantar mesej kepada Syed Ariff adalah Azhani?! Susah Zakaria ingin menelan kenyataan itu.Jadi selama ini Syed Ariff dan Azhani adalah pasangan suami isteri.

“Syed Ariff,awak ke suami Azhani?” Soal Zakaria masih tidak percaya.Azhani pula sudah tertunduk malu.Sekarang,Zakaria sudah pun tahu rahsianya.

“Oh? Zakaria?! What a coincidence! Apa awak buat dekat sini?” Soal Syed Ariff berlakon seperti tidak mengerti apa-apa.Namun dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa membaranya marah Syed Ariff pada pemuda dihadapanya.

“Errmm,saya tolong hantarkan Azhani balik rumah tadi.Saya tak sangka pulak yang awak ni suami kepada Azhani.” Balas Zakaria dengan ketawa kecil,cuba melindungi perasaan kecewa dalam hatinya.

“Oh,yeke.Saya pun tak sangka awak ada hubungan dengan isteri saya.Kenapa sayang tak pernah bagitahu abang pun?” Kata Syed Ariff memandang tajam kepada isterinya.Namun nada mesra masih dikawal.Azhani sudah kecut dalam hati,tengok riak sahaja dia tahu Syed Ariff seperti mahu menelanya.

“Hehe..Az ingat abang tak kenal dengan Zakaria.Sebab itulah Az tak pernah sebut.Walaupun,Az dengan Zakaria ni kawan je.” Sengaja Azhani menekan perkataan ‘kawan’ kepada Syed Ariff.

“Really? Kawan je?” Senyum Syed Ariff sambil mengeratkan lagi pelukan di bahu.

“Mestilah kawan.Apa lah abang ni.” Azhani sengaja ketawa.Aduh,mamat ni harap aku jawab apa dekat dia nih?!

“So,Zakaria.Saya just nak ucapkan thanks sebab tolong hantar isteri kesayangan saya ni balik rumah dengan selamat.Tapi lain kali,kerja tu saya boleh buat sendiri.I just don’t want my wife bothering you.”Kata Syed Ariff berbaur amaran.Senyuman tidak ikhlas masih kekal di bibirnya.Kerja Azhani pula hanya diam,dia tidak tahu hendak berkata apa dengan keadaan janggal begini. Zakaria tersenyum tawar.Dia dapat menangkap riak cemburu pada Syed Ariff.

“Oh,Azhani tak pernah menganggu saya.Saya je yang beriya ikhlas sangat nak tumpangkan dia tadi.”Senyum Zakaria.

“Wow,baik betul awak ye?” Kening Syed Ariff terangkat.

“Oklah,kalau dah tak ada apa-apa lagi.Saya nak minta diri dulu.Isnin ni saya harap dapat jumpa awak lagi dekat Mazlan Holding .”Kata Zakaria kemudian membuka pintu keretanya.

“Sure.Nanti saya inform dekat setiausaha saya.”Balas Syed Ariff.

Lalu,kereta Zakaria meluncur ke hadapan meninggalkan Azhani dan Syed Ariff yang masih berada di luar rumah mereka.Syed Ariff menoleh kepada Azhani dengan merenung tajam.Susah benar untuk mentafsir renungan itu.Azhani yang masih tidak berani menatap wajah lelaki itu hanya menunuduk daripada tadi.

Azhani rela tunduk sepanjang masa daripada melihat wajah bengang suaminya.Gerun pula hatinya.Lalu,Azhani dapat menangkap cebikan yang diluahkan oleh Syed Ariff dan pemuda ituterus memasuki ke dalam rumah.Cepat-cepat Azhani mengejar pemuda itu daripada belakang.

Syed Ariff memasuki ke dalam ruang tamu lalu melepaskan cebikan kali kedua.Kenapa lah dalam banyak-banyak lelaki,Zakaria juga yang Azhani kenal.Nampaknya minah ni bukanlah jenis budak kampung yang alim sangat! Entah berapa ramai lagi lelaki yang dia bergaul belakang aku.Syed Ariff tergelak kecil.Dia tidak menyangka hatinya akan menjadi geram sebegini.

“Abang,itu bukan macam apa yang abang sangkakan.Zakaria tu cum..” Jelas Azhani.

“Cuma apa? Kawan! Kau ingat dengan gaya korang tadi aku nak percaya yang korang ni hanya kawan,macam tu!” Gertak Syed Ariff.Dia merenung wajah gadis itu dengan bengang.

Terkejut Azhani mendengar tengkingan lelaki itu.Mata lelaki itu pun sudah menjelaskan bahawa dia amat marah pada dirinya.Tapi,apa yang disangka oleh Syed Ariff memang salah,Azhani harus membetulkanya.

“Dia cuma tolong hantar Az balik je bang.Semua tu tak ada maksud apa-apa!”

Syed Ariff meraupkan rambutnya kebelakang lalu melepaskan keluhan.Dia cuba mengemaskan kembali fikiranya yang berserabut.Kenapa dengan perasaan aku ni? Kenapa aku marah sangat kalau diorang ada hubungan? Arrgh! Syed Ariff menjerit dalam hati.Sekarang ini perasaan dia pun sudah bercampur baur.

“Abang,tolonglah dengar apa yang Az nak jelaskan..”

“Cukup! Aku dah tak nak dengar dah.Macam yang aku cakap,benda ni tak ada kena mengena dengan aku!”

Jerit Syed Ariff kemudian terus menuju ke atas.Kuat Azhani dengar bunyi hempasan pintu daripada pintu bilik pemuda itu.Azhani terduduk,dia melepaskan keluhan yang berat.Dia tidak menyangka Syed Ariff akan marah sebegitu padanya.Kenapa lah dia tak percayakan aku? Teruk sangat ke aku pada dia? Air mata yang menitis cepat-cepat Azhani seka.Sejak bila kau asyik jadi perempuan yang menangis ni Az?

Tapi entah kenapa air matanya seperti tidak mahu berhenti.Dia sedih Syed Ariff tidak mahu langsung mendengar penjelasan daripadanya.Dengan lemah,Azhani bangun kemudian mengangkat kaki menuju ke bilik.Dia seperti rasa ingin menghamburkan semuanya dalam bilik.Otak Azhani bagaikan letih untuk berfikir,kepalanya pun semakin berdenyut.Lalu,Azhani memasuki bilik bersama perasaan yang sayu.

Syed Ariff menghentak katil kayunya dengan kuat.Perasaan marahnya masih belum reda.Nafasnya turun naik.Hipokrit! Perempuan tu memang hipokrit.Kalau awal-awal dah ada jantan lain,kenapa tak nak beritahu aku! Getus hatinya.

Malas untuk berfikir lagi,dia merebahkan badanya ke atas katil dengan kasar.Dia malas untuk berfikir,semuanya menyesakkan fikiran.Secara tiba,deringan telefon bimbitnya membuatkan Syed Ariff terkejut.Dia mencapai telefon bimbitnya dengan geram.Siapa lah yang hantar mesej pada waktu macam ni?!

Syed Ariff membaca mesej yang diterima.Mesej itu daripada kawanya,Firdaus.

Bro,petang ni aku datang rumah kau.Ada benda yang aku nak bincang.

-Firdaus.

Syed Ariff mengeluh membaca mesej itu.Dia malas ingin menerima tetamu pada hari ini,dengan emosinya yang terganggu lagi.Tapi,mungkin Firdaus ada benda penting nak bincang? Ah,bagi je lah dia datang.Syed Ariff membalas mesej itu lalu terus mencampakkanya ke atas kerusi.Dia meletakkan tanganya di dahi dan cuba melelapkan mata.Tapi entah kenapa imej Azhani dan Zakaria asyik menjalar ke dalam akalnya.

“Masuklah Daus.” Pelawa Syed Ariff membuka pintu .Firdaus yang memakai baju kemeja berwarna putih tersenyum kemudian memasuki rumah itu.Mereka berdua duduk di sofa ruang tamu.

“So,benda apa yang kau nak bincang dengan aku ni?” Soal Syed Ariff

Firdaus menyandarkan badanya ke belakang.

“Bro,jangan ambil hati ek.Sebelum tu,kau buatkan aku air sejuk boleh tak? Aku haus pulak.”Pinta Firdaus sambil tersenyum.

Syed Ariff tergelak kecil.Apa-apa je lah dengan perangai Firdaus ni.

“Kau,kalau datang rumah aku mesti sah akan mintak sesuatu kan.”Kata Syed Ariff lalu bangkit daripada sofa.

“Aku minta air pun berkira.”

“Iyerlah,aku nak pergi dapur kejap.”Kata Syed Ariff lalu berlalu ke dapur.

Firdaus tersenyum gembira.Memang daripada tadi keluar daripada rumah dia tidak meneguk satu air pun.Alang-alang sudah berada dekat rumah kawanya,lebih baik dia minta.Bosan menunggu seorang diri di ruang tamu,Firdaus bangun berlegar di segenap rumah.Dia memerhati perabot dan dekorasi rumah itu.Boleh tahan juga rumah Syed Ariff ni.

Apabila memaling,mata Firdaus tertarik kepada tangga rumah itu.Terbit rasa ingin menjengah apa yang berada di atas.Sementara dia buat air,aku nak pergi atas sekejap la.Fikir Firdaus lalu terus melangkah ke tangga atas.

Tiba sahaja ke tingkat atas,mata Firdaus meliar memerhatikan ruang atas itu.Kemudian,matanya menangkap pintu bilik yang terkuak dan tidak tertutup.Firdaus pelik.Apa yang ada dekat dalam bilik tu? Laju sahaja dia melangkah lalu dengan perlahan-lahan,dia menolak pintu itu kebelakang.

Terkejut Firdaus apabila melihat Azhani yang sedang tertidur lena di atas katil.Dia memerhatikan bilik itu.Ada perempuan dalam rumah ni?! Firdaus mendekati katil Azhani.Ini bukan ke perempuan orang gaji yang dimaksudkan oleh Syed Ariff.Kenapa dia tidur dekat sini pula,fikir Firdaus.

Oh,aku faham.Aku dah agak perempuan ni bukan orang gaji biasa,mesti dia ada hubungan dengan Syed Ariff.Kalau tak,kenapa perempuan ni boleh tertidur dekat rumah kawanya.Wow,hebat juga ye kau Syed Ariff,aku tak sangka yang kau ni jenis bawak perempuan balik rumah macam aku.

Firdaus tergelak kecil.Gelakanya membuatkan wajah Azhani berkerut dan memalingkan badanya ke kanan menghadap Firdaus.Firdaus tidak putus memandang wajah itu.Perasaan halus mula datang pada perasaanya.Dia mengelus pipi Azhani yang lembut.

Nafsu lelakinya mula berkocak apabila melihat tubuh Azhani yang terbaring di atas katil.Pandai kau pilih perempuan ni ya,Syed Ariff.Firdaus tersenyum.Azhani yang merasa sesuatu menyentuh pipinya mula membuka mata.Saat itu kepalanya pening berpinar-pinar.Siapa pulak yang sentuh pipi aku ni? Syed Ariff?

Buka sahaja mata,Azhani terkejut melihat pemuda yang tidak dikenali berada di hadapanya.Lantas Azhani bangun dan cepat-cepat mengambil selimut untuk menutupi rambutnya yang terdedah.

“A..Awak ni siapa?! Kenapa awak masuk bilik ni? Mana Syed Ariff?!” Soal Azhani dengan panik.Ya Allah,sudah lah lelaki ni ternampak aurat aku!

Firdaus tidak membalas namun tersenyum nakal.Hatinya telah tergoda dengan melihat wajah resah Azhani.

“Aku rasa kau tak perlu tahu aku siapa.” Balas Firdaus lalu mengenggam tangan Azhani.

“Lepaslah!” Jerit Azhani sambil bergelut untuk melepaskan tanganya.

“Jadi,kau ni perempuan simpanan Syed Ariff la ye.Comel jugak.”Kata Firdaus lalu matanya melirikkan pada baju Azhani.

“Saya bukan perempuan simpanan! Saya nak awak keluar sekarang!” Hanya Allah sahaja tahu betapa takutnya hatinya sekarang.Dia dapat menghidu lelaki itu akan membuat sesuatu kepadanya.Ya Allah,mana Syed Ariff saat aku betul-betul perlukanya!

“Janganlah takut sayang...”Balas Firdaus dengan senyuman penuh makna.

Tangan Azhani sudah terketar-ketar.Dia betul-betul takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience