BAB 8

Romance Completed 68960

Waktu menunjukkan pukul 11.36 pagi,Azhani masih terbaring di atas katil.Otaknya sudah letih memikirkan apa yang patut dia buat hari ini.Hari ni hari minggu,Azhani mula berasa bosan bersendirian di rumah.Semua kerja aku dah buat,nak buat apa lagi ek?.Azhani berfikir di dalam hati.Ha,Lia!~kenapala aku tak terfikir tentang dia.Bolehlah aku ajak dia keluar jalan-jalan dengan aku.Sejak menjadi PA kepada Syed Ariff,Azhani jarang berjumpa dengan Lia kerana kesibukan masa.Semuanya disebabkan mamat miang tu la!.Azhani mengambil henfon nokianya lalu mendail nombor Lia.Panggilannya dijawab.

“Assalammualaikum,Lia jom kite out hari ni!.”Azhani terus menanyakan soalan kepada Lia di talian.Mungkin dia rasa terdesak kerana bosan.

“Amboi,bila bosan baru nak ingat aku.Dekat pejabat tak nampak pun batang hidung kau.”Lia berpura-pura merajuk.

“Ala Lia,janganla macamni.Kau tau kan bos aku tu macamana.Setiap masa aku bekerja untuk dia sampai tak ada masa untuk kau,kau salahkan Syed Ariff tu la.Ala,jomla keluar Lia.”Azhani memujuk sahabatnya.”Ermm,,yerla.Aku pun geram dengan bos kau tu jugak.Sebenarnya aku baru habis buat kerja.Aku jumpa kau dekat Restoran Mangga Emas pukul 12 okey.Aku kena pergi ni,bye!.”Lia meletakkan gagangnya.Yes!.Tak adala aku bosan sangat hari ni.

Pukul 12 sudah berlalu,Azhani masih menunggu ketibaan Lia di restoran Mangga Emas.”Ish,mana perginya Lia ni.”Azhani merungut sambil memandang jam tangannya.Azhani duduk di meja paling hujung di bahagian restoran itu.Semasa melilau matanya mencari Lia,matanya tertangkap kepada seorang lelaki yang sedang melambai tangan kepadanya.Lelaki tu lambai aku ke?.Tapi aku tak kenal pun lelaki tu?.Ish,saper mamat tu lambai-lambai kat aku pulak.Azhani pelik,dia mula rasa tak selesa.Apabila lelaki itu menghampiri mejanya.Barulah Azhani dapat mengecam tuannya punya wajah.

“Harris?!”.Azhani terkejut kerana terserempak Harris di restoran ini.

“Hey,awak Azhani kan?.Tak sangka dapat jumpa awak kat sini.Boleh saya duduk?.”Kata Harris.

“Sure”.Azhani tersenyum paksa walaupun dia berasa pelik mengapa lelaki itu mahu berduduk dengannya.Sudahla baru kenal minggu lepas,itupun bersapa dan bertukar nama sahaja.Berani betul lelaki ni.Harris menarik kerusi dan duduk di hadapan Azhani.Harris betul-betul ingin berjumpa semula dengan Azhani.Hatinya berbunga riang.Harris senyum kepada Azhani.Wah,boleh tahan jugak senyuman dia.Azhani berkata di dalam hati.”So,awak tengah tunggu seseorang ke.”Soal Harris.”Haah,saya memang tengah tunggu seseorang”.Kata Azhani.”Awak tengah tunggu boyfriend awak ke,kalau macamtu saya tak nakla mengganggu yer.”Harris ingin bangun dari kerusi.Namun ditahan oleh Azhani.

“Oh,no..Saya tengah tunggu kawan saya la..Saya mana ada boyfriend”.Kata Azhani.Tidak mahu pula membuat Harris tidak selesa.Harris tersenyum dan berduduk semula.Hatinya berasa lega apabila Azhani menyatakan bahawa dia tiada orang istimewa.Aku ada peluang ni.”So,awak single and avaible la ye?.”Soal Harris.

“Ish,mana ada macamtu..Saya ni single,tapi avaible tu dah hilang.”Kata Azhani dengan jujur.Memang di dalam hatinya ada seseorang.Mr Bos,hehe..

“Owh,macamtu.Siapa yer lelaki bertuah tu?.”Harris cuba menyangkal jawapan Azhani.

“Mestila rahsia,takkanla hendak diberitahu.”Azhani bertunduk memandang lantai,cuba berahsia.

“Okey,tak apa.Tapi Azhani..”

“Ye?.”Azhani medongak.Wah,beraninya Harris ni panggil nama aku walaupun baru kenal.

“Saya cuma nak tanya.Kalau saya menyukai awak,saya masih ada peluang kan?”.Tanya Harris tanpa segan silu sementara muka Azhani sedang merah mendengar soalan Harris.

Biar betul mamat ni.Rilek je dia kata dia minat aku.Kut ye pun bagitahu la bila dah lama kenal sikit ke.Azhani menggumam di dalam hati.Dia menggaru tudung kepalanya yang tidak gatal.Tidak tahu bagaimana mahu menjawab soaln yang diajukan.”It’s okay if you don’t have the answer right now.Saya takkan paksa awak,tapi saya takkan putus asa.”Kata Harris sambil tersenyum.Memang benar dia telah jatuh cinta kepada Azhani sejak Azhani meguntumkannya senyuman.”Eh,awak..Tak payahla paksa diri.Saya ni biasa-biasa saja.Tak kaya pun.Saya rasa mesti lagi ramai gadis cantik nak dekat awak daripada saya.”Kata Azhani ingin menghalang lelaki itu daripada terus berharap.”Azhani,saya tak paksa diri saya.Saya memang nak berusaha okey.Awak janganla risau.”Harris berkata dengan gembira.Azhani mengeluh.Huh,susahnya nak lumpuhkan perasaan lelaki ni.

Akhirnya Azhani dan Harris mula berbual mesra sementara menunggu Lia.Daripada perbualan Harris,Azhani mendapat tahu bahawa Harris adalah seorang yang pemurah senyuman.Setiap kali bercakap mesti tersenyum.Tak penat ke mamat ni asyik senyum je.Ish,tak baik tau kau ni Azhani fikir macamtu.Senyuman tu kan sedekah.Azhani menepis sangkalannya yang buruk.Semasa perbualan,tiba-tiba dia tertangkap sepasang pasangan sedang menarik kerusi dan duduk di meja tidak jauh dari Azhani dan Harris.Ya,dia mengecam siapa pasangan lelaki itu.Lelaki itulah yang membuatkan debaran di hatinya hadir.Azhani melihat Syed Ariff dan seorang wanita yang cantik memakai dress berwarna merah tidak jauh duduk berdekatan dengan mereka.

Mereka kelihatan mesra sekali manakala pada waktu itu Syed Ariff meletakkan tanganya melingkar di pinggang perempuan itu.Mata Azhani tidak terkelip memandang pasangan itu,hatinya bagaikan disirih pedih.Harris yang rancak berbual dapat mengesan perubahan riak di muka Azhani.Dia ingin berpaling untuk melihat apa yang Azhani lihat. Namun Azhani cepat menghalang.”A..awak nak order air apa?”.Kata Azhani cuba menahan kesedihannya di dalam hati.Tidak mahu Harris menduga apa difikirannya.”Oh,ermm..tak apa saya tak nak order air.”Kata Harris.”Oh,tidak apa la kalau macamtu”.Kata Azhani dan berpaling memandang pandangan di luar.Hatinya betul-betul sakit dan berharap dapat keluar dari tempat ini sekarang juga.Harris melihat Azhani dan mula merasa sesuatu tidak kena.

Syed Ariff dan teman wanitanya yang sedang rancak bermanja terhenti apabila Syed Ariff ternampak Azhani dan seorang lelaki tidak jauh dari mereka.”Hei,kenapa dengan you ni?”.wanita itu mula pelik dengan perubahan reaksi Syed Ariff.Syed Ariff memandang Azhani dan lelaki itu dengan lama.Tiba-tiba hadir perasaan tidak puas hati dan geram menimpa hati.Kenapa dengan aku ni,apasal aku marah sangat nampak Azhani dengan lelaki lain.Syed Ariff mula bertanya diri.Apabila Syed Ariff ternampak Azhani menguntumkan senyuman kepada lelaki itu,geramnya mula menggunung.Dia mula bangun dan beredar dari restoran itu dan teman wanitanya terpinga-pinga mengejarnya dari belakang.

Azhani yang melihat Syed Ariff yang telah meninggalkan restoran juga ingin meminta diri untuk pulang.Tak sabar untuk pulang ke rumah dan menangis.Harris yang terpinga-pinga dengan kepamitan Azhani hanya menguntumkan senyuman.Dia melihat pemergian Azhani sehingga hilang di parkir kereta.Harris mengeluh.Apa yang ada di dalam hati awak,Azhani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience