BAB 50

Romance Completed 68960

Awal pagi lagi Azhani sudah turun ke dapur untuk menyediakan sarapan.Sarapan kali ini dia telah menyediakan nasi goreng dan air teh ‘o’.Selesai semua benda,dia menghidangkan makanan kemas di atas meja.Dia tersenyum puas.Pagi ni aku kena bersarapan dengan Syed Ariff.Mana tahu hubungan kami akan bertambah erat selepas berbual dan bermesra.Itulah yang difikirkan oleh Azhani pada saat itu.Semangatnya naik.

Saat seperti rasa terlalu lama,mata Azhani dikerlingkan pada jam dinding.Ish,mana pulak mamat ni tak turun-turun? Aku dah nak lambat ni! Azhani mundar-mandir di hadapan tangga mengharapkan bayang Syed Ariff akan turun.Masih tidak puas hati,matanya tertancap pula pada jam tanganya.Tidur lagi ke mamat ni? Ah,baik aku pergi tengok sajalah.

Tidak sempat menjejak tangga,Azhani sudah melihat Syed Ariff dengan pakaian lengkap pejabat menuruni tangga sambil membetulkan kolarnya.Azhani terpukau seketika,sudah lama benar dia tidak melihat Syed Ariff memakai pakaian kemas sebegini.Az,kau dah lambat pergi kerja lah!

“Abang,jom sarapan sama-sama.Az dah lambat ni.”Pelawa Azhani.

“Aku tak nak makan.” Kata Syed Ariff selamba sambil membetulkan pula butang di lenganya.

“Tapi Az dah masakkan abang sarapan.Kita makan sekejap je.” Azhani masih cuba bersabar.

“Aku tak suruh pun kau masakkan untuk aku.Mungkin dulu aku selalu makan dengan kau tapi sekarang tak.” Balas Syed Ariff kemudian mengambil briefcase nya.

“Habis,abang tak nak makan sarapan la pagi ni? Takkan makan sarapan Az pun susah!” Geram Azhani.Syed Ariff tidak melayan,dalam hati dia suka mengenakan Azhani.Biar dia rasa susah tinggal dekat sisi aku! Haha..

Tidak mengendahkan Azhani,Syed Ariff terus berlalu ke pintu dan memakai stoking nya.

“Aku makan dekat luar je lah.Cepat la siap,lepas ni aku kena hantar kau pergi rumah sewa lagi.Aku dah lambat ni.”Rungut Syed Ariff kemudian membuka pintu keretanya.

Arggh.geram! Penat-penat aku masak,dia nak makan dekat luar yang mahal tu jugak.Tak apa,tahap ni aku boleh bersabar lagi.Azhani mengetap bibirnya lalu menyimpan nasi goreng di dalam peti sejuk.Kalau mamat tu tak nak makan,sudah! Biar aku je yang makan balik nanti.Selepas selesai mengunci pintu dan grill,Azhani masuk ke dalam kereta Syed Ariff lalu kereta itu keluar daripada perkarangan rumah mereka.

Kereta Syed Ariff berhenti di hadapan rumah sewa Azhani.Kelihatan daripada tingkap,Asyikin sudah membuka pintu rumah menunggu kedatangan sahabatnya.

“Ini ke rumah sewa kau?” Soal Syed Ariff sambil matanya meneliti seni bina rumah itu.

“Yup,ini lah dia.Abang pernah datang dekat sini dulu.”Terang Azhani sambil tersenyum.Berkata tentang Syed Ariff yang dulu sentiasa membuatkan hatinya gembira.

“Apa-apa lah.Aku nak kau letak semua barang kau dekat bonet elok-elok.Lepastu tolong cepat sikit,aku dah lambat masuk ofis ni.” Arah Syed Ariff kemudian melemparkan pandanganya ke luar tingkap.

“Iyalah!”

Rungut Azhani kemudian keluar daripada kereta dan memasuki rumah sewanya.

“Assalammualaikum,Asyikin! Aku datang nak ambil barang nih!” Jerit Azhani sejurus sahaja memasuki rumah itu.Dia juga perlu cepat kerana waktu untuknya pergi ke kerja pun sudah singkat.Kelihatan Asyikin dengan lengkap berpakaian t-shirt serta tuala yang berada di bahunya keluar daripada tandas.

“Oh,Az.Kau dah sampai.”

“Aku sampai awal sikit.Ariff dekat luar,dia suruh cepat sikit sebab dia dah lambat pergi kerja.Mana barang aku Syikin?” Soal Azhani.

“Aku dah pindahkan semalam barang kau dekat bawah.Tu,dekat tepi meja je tu.” Asyikin menjuihkan bibirnya menunjukkan beg dan kotak barang Azhani sudah berada di ruang tamu.Azhani tersenyum,Alhamdulillah.Senang sikit kerja aku,tak payah bawak barang daripada atas ke bawah.

“Thanks Asyikin! Sayang kau.Aku pergi dulu ye,nanti ada masa aku call kau.”

Kata Azhani kemudia mengangkat kotak dan begnya.

“Berat ni,biar aku tolong kau bawa.” Kata Asyikin kemudian mengambil kotak besar itu daripada tangan Azhani.

“Thanks!”

Kata Azhani gembira lalu menuju ke luar rumah.Asyikin pula hanya tercegat di kaki pintu kerana dia tidak memakai tudung.Tidak kuasa dia mahu keluar rumah! Dengan pantas Azhani melangkah ke kereta Syed Ariff dan mengetuk tingkap cermin kereta lelaki itu.

“Abang,bukak bonet.Az nak letak barang ni.”

Syed Ariff menurunkan tingkapnya.

“Aku dah bukak.Cepat la letak barang.” Kata Syed Ariff.

Lantas Azhani memasukkan begnya ke dalam bonet lalu pergi semula kepada Asyikin untuk mengambil kotaknya.Selesai meletakkan semua barang,Azhani masuk ke dalam rumah untuk berterima kasih kepada a Asyikin.Keluar sahaja,Syed Ariff sudah memanggilnya melalui tingkap kereta,lantas Azhani pergi ke suaminya.

“Kenapa bang?” Kata Azhani sambil mengelap peluh di dahinya.Penat juga dia angkat barangnya yang berat tadi.Tambah pula dengan siang panas terik macam ni.

“Tadi ayah call aku.Meeting dah nak start,jadi aku tak dapat hantar kau pergi kerja.Barang kau tinggal je lah dalam bonet tu.”

Terbeliak mata Azhani dibuatnya.Habis aku nak naik apa pergi kerja ni?! Aku pun dah lambat tau!

“Habis,Az nak naik apa pergi kerja?! Kereta Az kan kena tinggal dekat rumah tadi.Tak boleh ke abang hantar Az sekejap je?” Rayu Azhani.

“Salah kau la,ambil barang lambat sangat!”

“Mana ada la!” Marah Azhani.

Mereka berdua merenung tajam.

“Ok lah,aku tak ada masa nak bergaduh time macam ni.Tapi aku tak boleh hantarkan kau pergi kerja.Balik ni je aku ambil kau,nanti kau sms kan dekat aku alamat tempat kerja kau.” Putus Syed Ariff.

“Ini tak adil! Az nak naik apa pergi kerja nanti?!”

“Kau ni,otak memang lembap kan.Tu,aku nampak la kereta kawan kau tu.Suruh la dia hantar.Oklah,aku gerak dulu.”

Kata Syed Ariff kemudian terus meluncurkan keretanya di atas jalanraya.Azhani sudah mendengus kasar.Iee,suami aku ni memang tak gentleman langsung! Tadi janji nak hantar.Mamat hati batu betul,kalau boleh nak aje aku patahkan stereng tu! Geram Azhani sudah membara.Dia kena berhenti fikir pasal hal itu kerana waktu ini dia sudah lambat untuk menuju ke ‘Florist Mariah.’

Dengan laju,Azhani memasuki kembali rumah sewanya.Asyikin hanya melihat reaksi bengang sahabatnya.Dia juga pelik melihat sikap Syed Ariff.Dulu-dulu sweet,sekarang ni lain cerita pulak.Peningnya kepala aku tengok suami Azhani ni.

“Asyikin,tolong aku! Hantarkan aku...”

“Az,berhenti bercakap.Aku nampak tadi suami kau sibuk,sebab tu lah takleh hantarkan kau pergi kerja kan? Kejap,aku nak ambil tudung lepas tu kita gerak dekat tempat kerja kau.”Balas Asyikin sambil tersenyum.

Azhani melihat wajah Asyikin dengan terharu.Waa,bahagianya aku dapat sahabat yang memahami macam ni.Ini semua mamat batu tu punya pasal! Geramnya!

“Aku sayang kau berjuta-juta kali Syikin.Bahagianya aku dapat sahabat macam ni!” Kata Azhani lalu memeluk sahabatnya.Asyikin ketawa kecil dan menggeleng-gelengkan kepalanya.Macam-macam perangai Azhani nih.

“Iyela-iyela.Tepi sikit,kata nak cepat!”

“Baik boss!”

Kata Azhani dengan sengihan lebar.

Syed Ariff laju memandu di jalanraya agar cepat sampai ke syarikat ayahnya.Namun,dia terfikir sesuatu.Patut ke aku tinggalkan minah tu tadi? Dia pun dah lambat pergi kerja kan? Entah mengapa Syed Ariff terfikir pula tentang Azhani semasa dia sedang memandu.Ah.lantak la! Peduli apa aku.Aku sendiri pun dah lambat nak attend meeting.Pandai-pandai la perempuan tu.Malas untuk menyesakkan fikiranya lagi,Syed Ariff sengaja memandu dengan had laju.

Azhani menolak kasar pintu kedai sejurus sahaja dia sampai.

“Maafkan Az sebab lambat!” Jerit Azhani apabila menjejak ke dalam kedai itu.

Kak Farihah dan Putri yang duduk di kaunter terkejut dengan kedatangan Azhani.Laju sahaja Azhani meluru ke mereka.

“Haih,lagi sekali kamu lambat Az.Dah macam perkara biasa pulak bagi kitaorang.” Kata kak Farihah.

“Ala,akak jangan la cakap macam tu.Macam Az ni orang yang tak tepati masa pulak.” Muncung Azhani.

“Masalahnya,itu fakta tau Az.Kau memang sentiasa lambat.” Sampuk Putri.

“Maaf..” Kata Azhani dengan perlahan.Dia tau memang salah dia kerana sering tidak tepati masa.Mujurlah dia ada kawan sekerja seperti Putridan kak Farihah yang sering memberinya peluang untuk membetulkan kesalahanya.Tetapi entah mengapa perkara itu tidak membuatkan dirinya rasa lebih baik.

Kak Farihah dan Putri yang dapat mengesan wajah murung Azhani hanya berpandangan sesama sendiri dengan terbit senyuman nakal di bibir mereka.Akal di dalam otak mereka sudah bersatu.Peluang sudah terbuka!

“Ehem.Kalau Az rasa nak tebus kesalahan Az datang lewat selama ni.Akak rasa ada satu cara.” Kata kak Farihah dan sengaja mempamerkan wajah seriusnya.Putri pula tidak kurang dengan hanya menganggukkan kepala.

“Apa dia kak?” Azhani merasa ingin tahu.

“Akak cuma nak Az bagitahu kitaorang sebab apa Az tak boleh terima Zakaria dan siapa Az tunggu semalam.Itu je.” Putus kak Farihah.

“Cakap yang sejujurnya tau!” Sambung Putri.

Muka Azhani sudah berkerut dan rasa tidak percaya.

“Ya Allah ya tuhan ku! Korang masih tak puas hati ke tentang Zakaria tu?” Kata Azhani dengan keluhan. Memang tidak menyangka sampai ke tahap ini keterdesakan kak Farihah dan Putri.

“Yup! Kitaorang tak puas hati! Cepat la cerita.”Gesa Putri.

“Please Az.Kitaorang betul-betul nak tau.” Kak Farihah mempamerkan wajah lirih simpatinya.

Dengan keluhan Azhani memandang wajah rakanya yang meminta simpati itu.Cerita saja lah Az.Lama-lama rahsia kau akan terbuka juga.Walaupun aku rasa bersalah kalau sentiasa menipu diorang.

“Korang betul-betul nak tau ni?” Soal Azhani.

“Iye,dah banyak kali kitaorang cakap.” Balas Putri.

“Ok,baiklah.” Kata Azhani.

Mengambil nafas yang panjang,Azhani mula membuka mulut.

“Aku tau Zakaria tu baik orangnya walaupun perangai dia tu buaya sikit.Tapi,aku tak boleh terima dia kerana benda tu salah untuk aku.” Terang Azhani.

“Salah? Salah apa?” Kak Farihah tidak mengerti.

“Salah la.Sebab aku dah kahwin!” Luah Azhani.Hatinya menjadi lega sedikit dapat menyatakan kebenaran tentang dirinya selama ini.

“What?!”

Bergema kedai itu dengan jeritan suara kak Farihah dan Putri.Seperti yang sudah diagak oleh Azhani,mereka mempamerkan wajah tidak percaya.Habislah aku lepas ni,mati aku kena tembak dengan soalan mereka nanti.

“Bila kau kahwin?!”

“Kenapa tak bagitahu kitaorang?!”

“Dengan siapa?!”

“Namanya?!”

“Muka dia macam mana?!”

Sudahh,aku dah agak ini akan berlaku.Pening kepala aku fikir soalan dia orang nih!

“Berhenti! Macam mana korang expect aku nak jawab soalan korang yang macam machinegun tu hah?” Jerit Azhani apabila mula rimas.Iye pun,tanya la satu persatu.

“Ya Allah,Az.Aku tak sangka langsung rupa-rupanya kau dah berkahwin.Selama ni aku ingat kau ada buah hati je.” Kata Putri dengan terkejut.

“Itu lah! Apasal Az tak nak beritahu kitaorang ha?” Soal kak Farihah.

Sekali lagi,mata mereka merenung wajah Azhani untuk mendapat jawapan.

“Sorry la.Bukan niat aku untuk rahsiakan daripada korang.Cuma waktu tu,aku ada masalah sikit dengan suami aku.”Jelas Azhani.

“Masalah apa?” Terus sahaja Putri menyoal.

“Errmm..Masalah la! Aku mana boleh bagitahu.Inikan hal rumah tangga.” Balas Azhani.

Lebih baik aku rahsiakan je lah hal yang lalu.Nanti lagi meletup otak aku nak jawab soalan daripada mulut diorang nih.Bukan boleh gerenti sangat.

“Ok,pasal masalah hal rumah tangga Az akak faham.So,akak takkan tanya.But,just one thing I curious.Siapa suami Az?” Soal kak Farihah dengan rasa ingin tahu.

Azhani menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Adoi,nak bagitahu ke tak ye? Takkan la aku nak cakap yang aku ni berkahwin dengan anak Datuk Mazlan si jutawan tu? Aku tak nak orang cakap aku riak.

“Ala,tak payah tahu la kak.Kalau Az cakap pun akak dengan Putri bukannya kenal.” Selindung Azhani.

“Ok,kalau itu kau tak nak beritahu.Suami kau kerja apa?” Soal Putri pula.

Pulakk.Kalau aku cakap yang Syed Ariff tu naib presiden syarikat Datuk Mazlan.Gerenti diorang tahu siapa Syed Ariff.Macam mana ni?

“Ieee,korang ni banyak tanya lah! Apa kata tengahari nanti,kau tanya je suami aku puas-puas.Ok?” Dalih Azhani.

“Suami kau nak datang.Yeke?” Soal Putri.

“Yup.Nanti dia nak jemput aku balik.So,waktu tu kau interview la dia habis-habis.Dah,sana sikit! Aku nak susun bunga.” Kata Azhani kemudian melangkah ke bahagian belakang kedai.Tak mahu dia menjawab soalan mereka lagi.Tapi nanti Syed Ariff tak marah ke tiba-tiba sahaja kak Farihah dan Putri soal dia nanti? Huh,lantak la.Aku pun tengah bad mood dengan mamat tu hari ni! Azhani terus memulakan tugasnya.

“Akak,tak sabarnya saya nak tengok suami Az tu macam mana!” Senyum Putri sambil menepuk lengan kak Farihah.

“Itulah,akak pun excited semacam nih! Pandai jugak budak Az tu sorokkan status dia daripada kita kan.Bertuah betul budak tu.” Balas kak Farihah.

“Alah kak.Az mesti ada alasan dia yang tersendiri.Macam yang dia cakap,hal rumah tangga dia baik kita jangan campur.Yang penting,Putri nak tengok muka suami Az macam mana.Hehe.” Gembira Putri.

“Hmmm,entah-entah abang Ijai akak lagi hensem daripada suami Az.Mana tahulah kan.” Kak Farihah memikir sendiri.

“Akak ni memang perasan tahu tak.Dahla,Putri pun nak buat kerja!”

Kata Putri kemudian membuka buku dokumen kedai untuk memeriksa bunga yang dipesan.Kak Farihah juga tidak membuang waktu terus sahaja menggembur tanah pokok.Namun,dalam hati mereka tidak sabar untuk melihat siapa lelaki yang dimaksudkan oleh Azhani.

Mata Syed Ariff tidak putus tertancap di skrin komputernya manakala jarinya pula laju menaip.Sejak balik daripada mesyuarat tadi,dia terus pulang ke ofisnya untuk menyiapkan projek baru yang ditugaskan oleh ayahnya. Selepas beberapa minit berlalu.Syed Ariff mula menyandarkan tubuhnya di kerusi cuba untuk berehat seketika.

Banyak lagi kerja yang aku tak siap ni.Tengahari nanti nak ambil perempuan tu lagi.Terfikir pasal Azhani,entah mengapa Syed Ariff terus memikirkan perwatakan gadis itu.Azhani ni boleh dikategorikan sebagai gadis yang agak manis dan pandai menjaga auratnya.Lain benar dengan gadis yang selama ini dia kenal,yang sering memakai baju tanpa lengan mendedahkan kulit mereka yang cerah dan lembut.Tetapi Azhani amat menjaga auratnya dan sering bersabar dengan karenah Syed Ariff.Dia teringat lagi wajah geram Azhani apabila dia sengaja tidak mahu memakan masakan sarapannya.Boleh tahan comel jugak.Entah mengapa memikirkan itu membuatkan Syed Ariff tersenyum kecil.

Ish,parah ni! Apasal pulak aku fikirkan minah pelik tu waktu kerja macam ni?! Sedar la Syed Ariff! Perempuan tu macam perempuan biasa je.Korang ni hanya suami isteri atas kertas je la.Cepat-cepat Syed Ariff menggeleng-gelengkan kepalanya untuk mengusir bayang Azhani daripada akalnya.Secara tiba,kak Sumayyah memasuki bilik pejabatnya.

“Kenapa kak Sumayyah?”

“Maaf menganggu bos,tapi encik Zakaria sudah tiba untuk membincangkan hal projek Datuk Mazlan tu dengan bos.” Beritahu kak Sumayyah.

“Oh,ok.Silakan dia masuk.” Kata Syed Ariff lalu bangkit daripada kerusi dan membetulkan sutnya.

Kemudian,seorang pemuda mula memasuki ruang kamar itu.Syed Ariff tersenyum lalu berjabat tangan dengan Zakaria.Zakaria pula sebegitu.

“Thanks sebab datang untuk perbincangan bagi projek kali ni.Saya betul-betul berminat dengan presentation awak tadi.” Kata Syed Ariff merenung pemuda yang berada di hadapanya.

“Saya betul-betul berbesar hati dapat bekerjasama dengan anak Datuk Mazlan sendiri.Saya ada bawak beberapa material.Nak kita bincang sekarang?” Soal Zakaria.

“Baiklah.Mari kita mulakan.”

Kata Syed Ariff lalu mempelawa Zakaria duduk di ruang sofanya.Kemudian kepala Syed Ariff beralih kepada kak Sumayyah yang masih berada di dalam bilik itu.

“Akak,tolong sediakan latte untuk saya dan encik Zakaria.” Pinta Syed Ariff

Kak Sumayyah hanya menganggukkan kepalanya dan dengan akur keluar daripada bilik itu.Sebelum memulakan perbincangan dengan Zakaria,sengaja Syed Ariff meletakkan telefon bimbitnya di atas meja sekali untuk mengetahui jika mesej daripada Azhani akan tiba.Minah tu kata nanti nak sms kan alamat kerja dia.Getus hati Syed Ariff.

Perbincang yang mengambil masa beberapa jam itu akhirnya selesai jua.Syed Ariff dan Zakaria dapat mencapai kata sepakat dan kopi latte di cawan mereka juga hampir habis semasa perbincangan tadi.

“So,kita dah sure untuk gunakan site ni sebagai tempat projek.Dan mungkin kalau tak busy saya akan turun sendiri untuk tengok jika site tu betul-betul bagus atau tak.” Kata Syed Ariff kemudian menghirup lagi kopi latte nya yang makin sedikit.

“Right.Saya pula akan terus telefon bagi pihak kakitangan.Oh,ya.Kalau awak nak turun site.Tolong call saya sekali.”Pinta Zakaria.

“Baiklah.It’s a deal.” Balas Syed Ariff.

Selesai semua benda,mereka berjabat tangan buat kali kedua sebelum Zakaria meminta diri untuk beredar.Zakaria mengemas kertas-kertas kerjanya di atas meja.

“ Zakaria,saya nak keluar sekejap ambil fail dekat setiausaha saya.Kalau ada apa-apa dokumen,tinggalkan sahaja di atas meja ni.Gembira dapat jumpa dengan awak,kalau saya perlukan apa-apa lagi.Nanti saya inform awak.” Kata Syed Ariff.

“Baiklah.Saya akan ingat.” Senyum Zakaria.

Lantas Syed Ariff melangkah ke pintu dan menuju ke luar.Zakaria terus mengemas kertas dan bahan projeknya di atas meja tanpa membuang masa.Semasa mengemas,Zakaria dikejutkan dengan telefon bimbit Syed Ariff yang bergetar tanda satu mesej masuk.Zakaria meneliti telefon bimbit itu tanpa menyentuhnya.

Paparan nama penghantar itu di telefon bimbit Syed Ariff membuatkan Zakaria terkedu.Nama Azhani di telefon bimbit itu direnung lama dengan wajah berkerut.Azhani?! Syed Ariff kenal Azhani ke? Mata Zakaria masih tajam merenung nama itu.Mindanya penuh tanda tanya.

Mungkinkah ini Azhani yang lain.Banyak nama Azhani dalam dunia ni.Tak mungkinlah Azhani yang aku kenal ada berhubung dengan Syed Ariff.Terlalu mustahil.Malas untuk mengambil pusing.Zakaria terus mengemas bendanya dan keluar daripada pejabat itu.Namun hatinya masih tidak tenteram.Adakah Azhani kenal Syed Ariff?

Sejurus mendapat fail,Syed Ariff terus memasuki pejabatnya semula.Dia mendapati Zakaria sudah tiada di dalam bilik itu.Dah balik kut.Fikir hatinya.Langkahnya terus pergi ke ruang sofa tadi dan mengambil telefon bimbitnya di atas meja.Satu mesej?

Sebaik sahaja membuka mesej itu,Syed Ariff terus pergi ke mejanya lalu mencapai briefcase.Sudah hampir waktu untuk aku jemput perempuan tu.Tanpa membuang masa,Syed Ariff terus keluar daripada pejabat itu.

Daripada tadi,kak Farihah dan Putri tidah berhenti terhinjut-hinjut meninjau di luar tingkap kedai.Azhani yang berada di kaunter hanya merenung perbuatan mereka.Malas untuk masuk campur dengan tabiat mereka.

“Az,mana suami kau ni? Kata nak datang?” Soal Putri dengan tidak puas hati.

“Haah la Az.Dah lambat ni?” Kata kak Farihah.

Azhani melepaskan keluhan kecil.

“Korang ni bawak bersabar boleh tak.Aku yang nak balik,korang pulak yang macam tengah tunggu suami aku.Nanti dia datang la tu.” Balas Azhani dengan malas.

“Aduh,masalahnya aku ecxited sangat nak jumpa suami kau ni!” Dengus Putri.

“Entah,lambat bebenor suami kau ni.” Sambung kak Farihah.

Malas untuk mendengar mereka berceloteh,Azhani terus memalingkan pandanganya ke luar tingkap melihat manusia berpusu-pusu melakukan aktiviti mereka.Daripada tadi hampir bosan Azhani mendengar mereka membebel itu dan ini.Kali ini pun,suara mereka tenggelam di minda Azhani ketika mereka bercakap padanya.Azhani teringatkan Zakaria.

Hari ini,pemuda itu tidak muncul pun di dalam kedai ini.Nampaknya Zakaria betul-betul mengotakan janjinya.Terlalu jahat ke aku? Daripada mata Zakaria,aku boleh lihat hati dia betul-betul ikhlas dengan aku.Tapi,semua ini terlalu cepat dan aku tahu perkara ini mungkin tak adil bagi Elisya.

Elisya yang sudah lama setia di sisi Zakaria lebih sesuai dan sebati dengan pemuda itu.Buat kali kedua,aku terpaksa menolak cinta Zakaria seperti Harris kerana Syed Ariff.Nampaknya Syed Ariff betul-betul banyak mengubahkan hidup aku.Dan sekarang,perkara yang aku takuti ialah jika hati Syed Ariff tertutup dan lupakan aku selama-lamanya.Kalau itu berlaku,apa aku nak buat?

Malas Azhani mahu berfikir lagi.Terlalu banyak masalahnya tentang Syed Ariff.Azhani memicit-micit dahinya yang pening.Dia perlu tenangkan diri sementara daripada semua masalah yang berkerumun dalam mindanya.Aku nak pergi ambil whuduk sekejap la.Keluh hati Azhani lalu keluar daripada kaunter.

“Korang,aku nak pergi tandas sekejap.” Kata Azhani.

“Eh? Nanti suami kau datang macam mana?” Soal Putri.

“Alah,aku pergi sekejap je la.Bukanya aku nak mandi pun dalam tu.Nanti kalau suami aku datang,kau ajak je la dia masuk ye.”

“Masalahnya ,muka suami kau pun kitaorang tak kenal.” Soal kak Farihah.

“Suami aku kan,muka dia hensem sangat.Gerenti korang dapat tangkap punyalah.” Gurau Azhani dengan ketawa kecil.

“Ceh,perasan!” Perli kak Farihah.

“Hehe..Aku nak masuk tandas dulu,pandai-pandai korang lah ye!” Kata Azhani lalu menuju ke tandas.

Selesai mengambil whuduk,Azhani menutup perlahan-lahan pintu tandas.Ya Allah,semoga kau permudahkan aku menjalani ujian Mu.Doa Azhani kemudian meraupkan tapak tangan ke wajahnya.

“Az!!” Jerit Putri.

Hampir terloncat Azhani mendengar jeritan Putri yang tidak semena-mena itu.Si Putri ni pun apa kes terjerit jerit ni? Terus Azhani menuju ke kaunter.

“Kenapa Putri? Apa terjadi?” Soal Azhani bertalu-talu.

Putri dan kak Farihah yang sedang terjegat di pintu terus meluru lari kearah Azhani.

“Az,ada lelaki hensem cari kau dekat luar!” Kata Putri dengan teruja.

“Hensem dengan perfect gila la Az!” Sokong kak Farihah.

“Dia dekat luar? Siapa?” Berkerut wajah Azhani mendengar.

Tunggu? Hensem? Perfect? Macam aku kenal je siapa mamat tu.Mungkin kah....

Tingg! Loceng di pintu berbunyi dan secara tiba pintu di buka.Syed Ariff menapak masuk ke dalam kedai itu dan matanya meliar mencari Azhani.Azhani sudah melepaskan nafas lega.Oh,Syed Ariff ke maksud diorang.

“Itulah orangnya!” Kata Kak Farihah.

“Siapa tu Az? Tadi dia cari kau!” Soal Putri.

Azhani menggeleng-gelengkan kepalanya.Haih,sabar je la dengan diorang ni.

“Korang ni pelupa ye? Tadi kata nak tunggu sangat tengok suami aku.Itu lah suami aku!” Kata Azhani membuatkan mulut mereka berdua melopong.Akhirnya,mata Syed Ariff dapat juga menangkap tubuh susuk Azhani di dalam kedai.

“Az,penat abang cari Az dalam kedai tadi.” Kata Syed Ariff denagn senyuman lalu menuju ke isterinya.Sengaja Syed Ariff melakonkan wataknya di luar rumah.Kak Farihah dan Putri sudah membeku di sisi Azhani.Mereka tidak terkata melihat wajah Syed Ariff.

Kening Azhani terangkat.Abang? Sejak bila dia bahasakan diri dia ‘abang’ dengan aku? Oh,pandai jugak berlakon mamat ni ye.Azhani sudah mengutuk dalam hati.

“Ahaha,sorry bang.Tadi Az masuk dalam tandas sekejap.”

“It’s ok.Jomlah balik,abang dah lapar ni.” Kata Syed Ariff.Bibirnya masih tidak lokek dengan senyuman kepura-puraan.

“Ok,tapi sebelum tu.Az nak kenalkan dekat abang kawan sekerja Az.Ini kak Farihah dan yang ini pula adalah Putri.” Kata Azhani lalu menunjukkan wajah mereka berdua.

“Nice to meet you.Saya Syed Ariff,suami kepada Azhani.Terima kasih sebab sudi menjaga isteri saya selama korang bekerja.” Kata Syed Ariff lalu memeluk bahu Azhani.

Terkejut Azhani dengan perlakuan Syed Ariff yang terlebih bagus itu.Amboi,siap peluk-peluk lagi! Ni nak buat drama apa pulak ni? Getus hati Azhani.Pada waktu itu juga,mata kak Farihah dan Putri masih membulat.Aduh,buat rekasi terkejut la pulak diorang berdua ni.

“Eh? Sa..Sama-sama.” Balas Putri dengan teragak-agak.

“Kalau macam tu.Kami beredar dulu ye.”Pamit Syed Ariff.

“O..Ok..Hati-hati memandu ye.” Kata Kak Farihah.

“Terima kasih.” Balas Syed Ariff dengan senyuman lagi.

“Esok aku janji tak datang lambat lagi tau.Bye!” Kata Azhani kemudian dia beriring keluar bersama Syed Ariff daripada kedai itu.Sempat lagi Azhani ketawa kecil melihat reaksi kak Farihah dan Putri tadi.Mesti diorang tak sangka.Hehe..

Laju sahaja kak Farihah menampar lengan Putri di sebelahnya.

“Kau nampak tak tu Putri?! Ya Allah,bergayanya suami dia!” Kata kak Farihah masih tidak percaya.

“Itulah kak.Tengok gaya pun dah dapat tau suami Az ni kerja tinggi-tinggi.Karisma betul!” Balas Putri dengan teruja.

“Huish,tak sangka betul Az ada suami macam tu.Kenapa lah dia tak nak terus terang dengan kita je kan?” Kata kak Farihah.

“Mungkin Az tak nak hebohkan kot.”

“Ish,kalau akak kan.Dah lama mengaku tu suami akak.Hehe..”

“Iee,akak ni riak la!”

“Ish,akak gurau jer la.Kamu ni serius sangat.” Balas kak Farihah.

Akhirnya mereka berdua tersenyum lebar.Entah mengapa mereka yang gembira benar.

Azhani hanya merenung lebuh raya daripada tingkap kereta.Ingatanya masih teringat perlakuan kak Farihah dan Putri yang terkejut tadi membuatkan bibirnya senyum seketika.Lawak benar muka diorang tadi.Azhani ketawa lagi dalam hati.

“Kenapa dengan kawan kau tadi?”

Tegur Syed Ariff memecahkan kesunyian antara mereka di dalam kereta itu.Azhani memandang Syed Ariff.

“Kenapa dengan kawan Az pulak?” Soal Azhani.

Mata Syed Ariff masih fokus pada jalan raya di hadapanya.

“Aku tengok kawan kau tadi tengok aku semacam je.Kau ada beritahu diorang apa-apa ke?”

Azhani cuba menyorokkan senyuman daripada bibirnya.Ada la,sikit-sikit aku beritahu kak Farihah dan Putri.

“Kak Farihah dengan Putri tu memang macam tu.Mungkin itu kali pertama diorang nampak abang kut.” Sengaja Azhani memberi alasan.

Syed Ariff tidak menjawab namun lebih kepada menyepi.

“Pandai abang berlakon tadi.” Sengaja Azhani berkata.

“Mestilah.Kalau nak berlakon kena la nampak real.”

Azhani hanya mendengus.Jadi lain kali lebih baik mamat ni jadi pelakon je.

“Hari ni,aku ada terfikir jugak sesuatu.” Kata Syed Ariff.

“Fikir apa?”

Syed Ariff membelokkan keretanya ke simpang sebelah kanan terlebih dahulu sebelum menjawab soalan Azhani.

“Aku terfikir,selama kau hidup dengan aku ni.Apa yang kau tahu tentang aku.” Kata Syed Ariff.

“Apa yang Az tahu tentang abang?”

Azhani mula resah.

“Iya.Kita dah berkahwin agak lama.Mustahil kau tak tahu satu pun benda tentang aku.”

Syed Ariff tersenyum sinis.Sengaja dia mahu menguji Azhani.

“Errmm..Az tahu..”

Azhani kalut.Apa yang dia tahu tentang Syed Ariff selama ni?Aduh,fikir Az! Syed Ariff ni suami kau.Bodohla kalau satu pun kau tak tau.Ish,apa yer? Dalam hati,Azhani tahu lelaki itu sekadar mahu menguji hatinya.

“Apasal senyap? Maksudnya,kau tak pernah tahu apa-apa la tentang aku.” Senyum Syed Ariff.

“Az tahu la! Tengah fikir la ni.”

Apa tentang Syed Ariff ye? Ha,aku dah dapat!

“Az dah tahu!” Jerit Azhani gembira.

Terkejut Syed Ariff dibuatnya.

“Apa yang kau tahu?”

“Walaupun Az tak tahu banyak tentang abang.Tapi ada satu perkara yang Az je tahu.”

“Apa dia?” Berkerut wajah Syed Ariff mendengar.

Azhani sudah tersengih sebelum berkata.

“Ok,Az cakap berdasarkan apa yang Az tahu je ye.Az tahu,abang selalu tidur terjatuh atas katil,kan?” Kata Azhani dengan kening terangkat.

Tergamam Syed Ariff mendengarnya.Macam mana minah ni tahu?!

“Ma..Macam mana kau tahu hah?” Soal Syed Ariff dengan resah.

Azhani sudah ketawa kecil.

“Az kan isteri abang.Mesti la Az tahu.Kenapa? Tak percaya ke bang?” Azhani tersengih.

“Senyapla!” Marah Syed Ariff kemudian terus fokus pada pemanduanya.

Aduh,tak guna betul! Asalnya aku yang nak kenakan minah ni.Geram Syed Ariff.

“Oh,ya.Az ada lagi satu perkara nak bagitahu abang.”

“Apa lagi!” Rimas Syed Ariff. Tak mahu egonya direndah-rendahkan lagi oleh Azhani.

“Benda ni berlaku sebelum abang hilang ingatan,jadi Az tak tahu abang akan ingat ke tak.Tapi Az cuma nak cakap,abang kena berusaha keras lagi lah ye untuk kalahkan Az dalam game PSP akan datang.” Kata Azhani dengan senyuman lebar.Dia tahu Syed Ariff tidak mungkin akan ingat peristiwa itu,sengaja dia bangkitkan.

“Apa maksud kau?” Syed Ariff bingung.

“Tak ada apa-apa lah.Baik abang fokus memandu je.”

“Cakap je la,apa maksud kau tadi!” Geram pula Syed Ariff dengan sikap Azhani yang suka berdalih.

“Kalau abang nak tahu sangat,cepatla sembuhkan ingatan tu.Kan senang!” Senyum Azhani,sengaja dia mahu mengenakan Syed Ariff waktu ini.

Syed Ariff mencebik kasar.Akhirnya,mereka berdua senyap tanpa berkata.Nampaknya,minah ni sengaja nak uji aku pulak.Tak apa,aku takkan kalah!.Gertak hati lelakinya.Syed Ariff melajukan lagi pemanduanya.Dalam hati,Azhani sudah bersorak kemenangan.

“Az,Ariff mana? Mak ada hal,nak bincang dengan dia sekejap.” Terdengar suara Datin Fatimah di talian telefon bimbit Azhani.

“Abang tengah mandi,tapi kalau mak nak cakap jugak.Az boleh panggilkan abang.” Kata Azhani.

“Eh,tak apa lah Az.Mak tak nak ganggu dia.Tapi,malam nanti suruh Ariff call mak balik ye.”

“Ermm.Nanti Azhani sampaikan pesanan mak pada abang.”

“Oklah,mak letak dulu ye.Jaga diri kamu ye Az.”

Azhani tersenyum mendengar keprihatinan mak mentuanya.

“Ok,mak.Waalaikummussalam.”

Kemudian,talian dimatikan oleh Datin Fatimah.Azhani merenung telefon bimbitnya.Hal apa ye agaknya mak nak bincang dengan abang? Mungkin hal bisnes kut,lebih baik aku jangan masuk campur.Lantas,Azhani keluar daripada biliknya dan berdiri tegak dihadapan bilik Syed Ariff.Tanganya teragak-agak sama ada mahu mengetuk ataupun tidak pintu kayu dihadapanya.Kalau mamat tu marah aku ganggu dia macam mana? Lantaklah,walaupun aku kena sampaikan pesanan mak lagi.Tidak sempat tangan Azhani ingin mengetuk,pintu kayu itu sudah dibuka oleh Syed Ariff.Syed Ariff terkejut melihat Azhani tercegat di hadapan pintunya.

“Apa kau buat ni?” Soal Syed Ariff.

Azhani pula dengan mata tidak berkedip tergamam melihat Syed Ariff yang keluar dengan badanya masih bertuala.Hati Azhani sudah berdegup laju.Ish,mamat ni tak reti pakai baju ke bila keluar bilik?! Laju sahaja Azhani memalingkan badanya ke belakang,mukanya merona merah.

“Iee..Awak ni tak reti pakai baju ke keluar bilik!” Marah Azhani.

Syed Ariff sudah tersenyum nakal melihat reaksi isterinya.Eceh,macam tak biasa pulak minah ni tengok aku macam ni.

“Yang kau ni,datang tercegat depan bilik aku apahal?” Soal Syed Ariff.

“Tadi mak telefon,dia suruh Azhani sampaikan pesanan dekat abang.” Gumam Azhani.Ish,mamat ni pergi lah pakai baju! Hati aku sudah tak tahan ni.

“Cuba kau cakap tu pandang mata aku.” Arah Syed Ariff dengan senyuman sinis.Syok jugak usik minah ni.

“Err...Tak apalah,cakap macam ni pun ok.”

“Aku cakap pandang mata aku.” Nada suara Syed Ariff dikeraskan.Kita tengok siapa yang berkuasa sekarang.

Azhani mengeluh.Alahai,mamat ni memang sengaja.

“Abang pergilah pakai baju dulu.”Tutur Azhani perlahan.

“Sekarang.” Kali ini nada Syed Ariff lebih keras dan ditekankan.

Mamat ni serius la pulak.Azhani keluh dalam hati.Dengan perlahan-lahan dia memusingkan badanya sehingga berada di tepat-tepat hadapan Syed Ariff.Mata Azhani dikerlingkan ke bawah.

“Tadi mak cakap...”

Tidak sempat Azhani menghabiskan katanya,dagunya didongak oleh jari Syed Ariff.Azhani terkejut.

“Susah sangat ke nak pandang mata aku,ha?” Senyum Syed Ariff.

Hati Azhani sudah cair melihat senyuman itu,namun dipendamkan sahaja perasaan itu dalam hati.Ya Allah,dekatnya badan Syed Ariff dengan aku.Azhani sudah rimas,mukanya merah padam.

“Bencilah! Abang pergi la pakai baju dulu!” Akhirnya jerit juga Azhani.

Syed Ariff sudah bederai ketawa.Seronok melihat wajah merah dan malu gadis itu.Azhani hanya mengetap bibir.

“Tak sangka kau malu dengan aku lagi kan? Kata je isteri aku,tapi baru aku pakai tuala macam ni dah merah satu muka.” Sambung ketawa Syed Ariff.Azhani sudah geram.

“Yang awak ni,tak reti pakai baju dulu ke bila bukak pintu!”

“Ala,buat apa nak pakai baju.Kau tu isteri aku lagipun.”Jawab Syed Ariff selamba.

Azhani sudah geram dengan perangai lelaki dihadapanya.Masak betul aku dengan perangai mamat ni! Secara tiba,Syed Ariff memegang lengan Azhani dan menariknya ke dalam bilik.Azhani yang terkejut cuba mengeraskan badanya.

“A..apa yang abang nak buat ni?” Azhani resah.

“Az tak rasa apa-apa ke bila kita berdua dekat macam ni.Dengan keadaan abang sekarang,tipulah Az tak rasa apa-apa.” Halus sahaja suara Syed Ariff dengan menggoda.

Alamak,mamat ni nak buat apa pulak.Hilang akal agaknya?!

“Abang jangan nak terfikir buat apa-apa..Kalau tak Az..”

“Buat apa sayang? Kau nak buat apa pada aku,ha?” Senyum Syed Ariff nakal.Dia suka mengusik Azhani.

“Kalau tak..Az...Az..Az lari! “ Jerit Azhani kemudian melepaskan tanganya daripada genggaman Syed Ariff.Bahaya betul lah suami aku ni!

Syed Ariff sudah ketawa panjang.Dia suka melihat muka resah dan panik Azhani.Tambahan pula apabila Azhani berfikir untuk lari daripadanya.Tahap kesabaran Azhani mula habis apabila melihat Syed Ariff yang suka mengusiknya daripada tadi.Arrghh!

“Tadi mak telefon Az,dia kata nanti dia call abang malam ni.Ingat tau!Dah,Az nak pergi.Malas nak layan perangai orang tak matang macam ni.Hmmph!” Marah Azhani kemudian laju menuju ke dalam biliknya.Syed Ariff masih ketawa kecil kemudian memasuki biliknya.

Dia mencapai baju kemudian mengelap mukanya dengan tuala lain.Syed Ariff tersenyum lagi apabila teringatkan wajah resah Azhani.Comel juga,getus hatinya.Tersedar dia terlanjur berfikir,cepat-cepat Syed Ariff menggeleng kan kepalanya.Kenapa la aku fikir pasal perempuan tu lagi?Lupa kan je lah!

Dengan geram Syed Ariff membaling tualanya ke atas katil lalu dia ingin cepat bersiap.Malam ini dia sudah nekad ingin pergi ke kelab malam,sudah lama dia rasa tidak pergi ke tempat itu.Entah apa yang terjadi kepada semua teman wanitanya yang sering ke sana? Dia mahu merasa keseronokan sekali lagi di kelab malam.

Azhani menarik nafas panjang sebelum turun ke bawah untuk menyiapkan makan malam.Entah mengapa hatinya asyik berdebar sahaja apabila dekat dengan Syed Ariff.Aku ni ada penyakit ke? Ni semua mamat tu punya pasal.Kalau dia tak usik aku,mesti aku tak macam ni! Tapi,bukan ke aku dah biasa dengan Syed Ariff?

Malas untuk berfikir panjang,Azhani terus turun untuk menyiapkan makan malam.Terkejut Azhani apabila Syed Ariff turun dengan pakaianya yang kemas dan segak.Jujur Azhani terpikat dengan perwatakan Syed Ariff,pakaianya yang kemas dan berfesyen betul-betul menyerlahkan ketampanan suaminya.Tetapi lelaki ni mahu pergi mana? Laju Azhani meluru ke arah Syed Ariff yang sudah pergi ke hadapan muka pintu utama.

“Abang nak pergi mana malam-malam macam ni?”

Syed Ariff membuka pintu rumah.

“Aku nak keluar.Mungkin aku balik lambat.” Jawab Syed Ariff.

Keluar? Malam-malam macam ni dengan pakaian kemas pulak tu? Dia nak pergi mana ni? Azhani bingung.Tunggu? Dengan pakaian dan wangian dia macamni,tak mungkin dia nak pergi ‘meeting’ atau apa.Cuma satu je,mungkin kelab malam?!

Dulu-dulu sikap Syed Ariff pun pernah begini.Jadi ada kemungkinan dia akan pergi ke sana lagi.Macam mana ni?Aku kena halang Syed Ariff pergi ke tempat maksiat tu sebagai seorang isteri.Masalahnya macam mana?!

“Abang,abang tak boleh keluar malam ni!” Jerit Azhani.

Syed Ariff menoleh ke arahnya setelah selesai memakai kasut.

“Apa maksud kau?” Soal Syed Ariff dengan kening terangkat.

“Mak..maksud Az.Az tak bagi abang keluar malam ni.”

Syed Ariff merenung tajam kearah isterinya.

“Kau tahu ke aku nak pergi mana,ha?” Duga Syed Ariff.

“Az tahu.Az tahu abang nak pergi kelab malam kan.” Tutur Azhani.

“Macam mana kau...”

“Az kan isteri abang.Mestilah Az tahu.”Jawab Azhani.

Syed Ariff melepaskan keluhan.Dia meluru ke arah Azhani sehingga gadis itu terpaksa menapak sedikit ke belakang.Mula lah hati Azhani membuat hal.

“Ok,apa alasan kau nak halang aku.”

“Az..Az tak nak abang pergi dekat tempat macam tu.”Kata Azhani perlahan.

Syed Ariff mendengus.

“Lagi pun,malam ni mak kata nak call abang.Abang nak mak tahu ke abang pergi ke kelab malam,dengan muzik kuat macam tu lagi.” Sambung Azhani.

Syed Ariff menatap tajam mata isterinya.Renungan tajam itu membuatkan hati Azhani kecut.Dia tidak kisah jika Syed Ariff marah padanya,asalkan dia dapat lindungi suaminya daripada maksiat dosa!

“Fine.Kali ni aku terima alasan bernas kau.Tapi ingat,lain kali kau tak ada hak nak halang aku.Ingat,kau tu isteri atas kertas je.” Terdengar keras amaran Syed Ariff ditelinganya.Azhani hanya diam tidak mampu menjawab.

“Kunci pintu rumah.Aku tak nak makan malam ni.”

Arah Syed Ariff lalu mendaki atas tangga.Setitik air mata jatuh di pipi Azhani tanpa dia sedari.Terlalu sakit dia menelan ayat Syed Ariff tadi.Layanan suaminya yang makin dingin pun membuatkan hati perempuanya lemah.Kau kena bersabar Az,mungkin ada satu masa Syed Ariff akan ingat balik siapa kau pada diri dia.Azhani cuba mengutip kembali semangat nya.Lantas dia mengunci pintu rumah dan naik ke atas dengan hati yang pilu.Seleranya pun hilang begitu sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience