BAB 45

Romance Completed 68960

Zakaria mengetuk-ngetuk sebatang pen di tangannya.Selesai meneliti semua dokumen,dia meletakkan semua ke tepi lalu menyandarkan badannya di kerusi.Zakaria menekan punat telefon untuk memanggil setiausahanya.

“Zaty,tolong sediakan fail dokumen perjanjian kita dengan syarikat Mazlan Holding,nanti habis lunch letak dekat atas meja saya,ok.”Arah Zakaria.

“Baik,boss.”

Kemudian talian dimatikan.Zakaria membuang pandangannya di luar tingkap.Dia tersenyum sendiri.Lunch nanti aku nak pergi kedai mummy la.Hatinya nekad untuk melihat Azhani.

Secara tiba pintu pejabatnya terbuka dan muncul wajah Elisya menghampiri meja kerjanya.

“Good morning,sayang!”Kata Elisya dengan gembira.Zaty dengan muka resah membuka mulut untuk berkata.

“Maaf Encik Zakaria,saya dah cuba halang dia tapi...”

“Tak apa Zaty,you can leave now.”Arah Zakaria kemudian bangun daripada kerusi.Zaty akur kemudian keluar daripada pejabat.

“Sayang,lunch dah nak dekat.Jom teman I makan.”Pujuk Elisya kemudian mengenggam erat lengan Zakaria.

“Elisya,dah banyak kali I beritahu U kan.Jangan meredah je masuk ofis I macam tu.I tak suka la!”Marah Zakaria.

“Baby,dulu U tak kisah pun.Kenapa sekarang nak marah-marah pulak.”

Zakaria mengeluh panjang.Menyampah pula melayan gadis ini.

“U nak ajak I pergi lunch?” Soal Zakaria.

“Iyerla sayang.Jom kita makan pizza nak?”

Zakaria melihat jam tangannya.Waktu lunch macam ni,Azhani pun mesti tengah rehat.Baik aku pergi sana cepat.Zakaria meregangkan rangkulan tangan Elisya di lengannya lalu mengeluarkan duit kertas di dalam dompetnya.

“Sorry Elisya,I sibuk lunch ni.Ada kerja.Nah,ambil duit ni.U pergi lunch seorang diri ye.Bye.”

Zakaria menghulurkan duit itu kepada Elisya kemudian keluar daripada pejabat.Dia melepaskan nafas lega.Dapat jugak aku lari daripada perempuan tu.Elisya pula menerima duit itu dengan terpinga-pinga.

“Dia suruh aku lunch seorang diri?! Argghh!”

Elisya geram,dia menghentakkan kakinya di atas lantai.

Keretanya diparkir tepat-tepat di hadapan kedai ‘Florist Mariah.’Zakaria keluar daripada kereta itu kemudian mengenggam satu beg plastik di sebelah tangannya.Dengan yakin,dia menolak pintu kedai.Loceng berbunyi seperti biasa.

Coretan Azhani di dokumen terhenti untuk melihat siapa yang tiba.Terkejut hatinya apabila Zakaria menghampiri kaunter kerjanya.Hati Azhani meluat.Mamat ni lagi.Seperti biasa,Azhani menghadiahkan senyuman paksa kepada Zakaria.

“Selamat datang Encik Zakaria.Nak beli bunga ke?”Soal Azhani.

“Azhani,please.Tolong panggil saya Zack je.”Paksa Zakaria.

“Panggil encik Zack?”

Zakaria menganggukkan kepalanya.Ah,manisnya suara Azhani.Kata hati Zakaria yang sudah tahap angau.

“Ermm..Saya bukannya tak suka dengan nama Zack tu.Cuma,saya rasa lebih suka panggil awak dengan nama awak.”Terang Azhani.Nama sudah sedap,kenapa la nak tukar nama lain.Huhu..

“Tak sesuai ke nama Zack tu pada saya?” Terkejut Zakaria.

“Bukan tak sesuai encik,saya rasa nama Zakaria tu pun dah sedap bila dengar orang panggil kan?”Kata Azhani.

Zakaria tersenyum lebar.Kalau Azhani setuju,aku seribu kali setuju.

“Baiklah.Mulai sekarang,sila panggil saya encik Zakaria.”Balas Zakaria.

“Baiklah encik Zakaria,encik nak beli bunga apa hari ini?”

Zakaria tidak mengendahkan soalan Azhani namun terus meletakkan beg plastiknya yang berada di tangan di atas meja kaunter.Azhani bingung.

“Ni,plastik apa ni encik Zakaria?”

“Saya datang kedai ni,nak bagi Azhani beg plastik ni la.”Balas Zakaria.

“Apa dalamnya?”

“Cuba la check.”Senyum Zakaria.

Muka Azhani berkerut.Batinnya merasa kurang pasti.Bom ke dalam ni?Agak-agak la Azhani mamat ni nak letak bom dalam beg plastik.Hehe..

Dengan perlahan Azhani mengeluarkan sehelai kain di dalam beg plastik itu.Tudung? Terkejut Azhani apabila tudung yang lembut dan cantik itu berada di tangannya.Mamat ni beli tudung untuk siapa?

“Awak suka tak?”Soal Zakaria.

“Ermm..Suka.Cantik warnanya.Pandai encik Zakaria pilih.Tapi,tudung ni untuk siapa?”

“Siapa lagi,untuk awakla Az!”

“Untuk saya?!”Membulat mata Azhani mendengarnya.

Mamat ni sanggup belikan tudung cantik ni untuk aku.Tapi kenapa? Benak Azhani tidak merasa yakin.

“Encik Zakaria jangan la macam ni.Saya boleh beli tudung sendiri.Susah-susah je.” Azhani cuba menolak dengan cara baik.

“Awak tak suka ye?”

“Bukan tak suka.Tapi saya bukan orang yang layak untuk terima ni.Baik encik bagi ni pada teman wanita encik yang cantik tu.Lagi bagus.”Kata Azhani.

Daripada bagi aku,baik bagi pada teman wanita dia yang seksi tu.Baru la betul!

“Oh,teman wanita saya..”

Zakaria lupa Azhani pernah melihat dia bersama Elisya.Aduh,Elisya tu bukan siapa-siapa dalam hidup aku pun.

“Tak apa.Untuk girlfriend saya nanti saya belikan yang lain.Tapi tudung yang cantik ni khas untuk Az.Tolong terima.”

Mamat ni berkeras la pulak.Aku mana boleh terima benda daripada lelaki lain sementara aku dah bersuami.Patut ke aku jujur dengan dia tentang status aku?Azhani berfikir panjang untuk membuat keputusan.Sudah terang dia boleh melihat Encik Zakaria minat padanya.Sayangnya dia tidak boleh terima perasaan itu.Baiklah,satu penyelesaian je yang aku kena buat,beritahu dia! Azhani nekad.Dia mengambil nafas panjang kemudian menyimpan tudung itu kembali ke dalam beg plastik.Azhani memandang Zakaria.

“Maafkan saya Encik Zakaria,tapi saya tak boleh terima tudung pemberian encik ni.Tolong maafkan saya.” Kata Azhani kemudian menolak beg plastik itu kepada Zakaria.

Zakaria terkejut.Hatinya hampa.

“Tapi kenapa Azhani,saya cuma beri awak tudung je? Takkan itu pun tidak boleh?”Rayu Zakaria.

“Encik nak tahu sebabnya..”

Zakaria mengangguk laju.

“Ok,kalau encik betul-betul nak tahu.Pertama sekali,saya nak encik rahsiakan apa yang saya nak beritahu ni pada encik.Terutama sekali pada kawan saya.Janji?” Terang Azhani.

“Baiklah,saya janji.Apa dia?” Zakaria mendekatkan telinganya.Hatinya sudah berdebar menanti.Azhani memandang sekeliling sebelum meluahkan rahsianya pada Zakaria.Nasib baikla Putri dan kak Farihah keluar tadi.

“Baiklah.Rahsianya ialah....Saya sebenarnya sudah berkahwin.”Akhirnya keluar juga perkataan itu daripada mulut Azhani.

“A..Awak dah berkahwin?!”Terkejut Zakaria mendengar perkataan itu.Hatinya disambar petir.Azhani hanya menganggukkan kepalanya perlahan.

“Awak tipu saya kan?” Zakaria masih tidak percaya.

“Encik,saya tidak ada masa nak tipu tentang hal status saya.Percayalah!”

“Siapa nama suami awak?” Soal Zakaria dengan kecewa.Hatinya cemburu.

Alamak,nak beritahu ke tak ye? Aku takut kalau aku beritahu nanti makin panjang pulak isu ni.Azhani menggaru-garu tudungnya yang tidak gatal.

“Sorry encik,tapi saya rasa lebih baik saya tak beritahu pada encik.”

“Tak boleh beritahu?!..”

Zakaria dapat mengesan sesuatu yang pelik.Dalam hatinya masih tidak mempercayai Azhani sudah bersuami.Entah-entah Azhani nak mengelakkan diri daripada aku ni.Itula dia sengaja kata dia dah berkahwin.Buktinya,kenapa dia tidak boleh bercakap tentang suaminya.Kemudian Zakaria tersenyum lebar.

“Azhani,awak tak perlu reka cerita macam ni untuk jauhkan diri daripada saya,ok.”

“Encik Zakaria,saya tak reka cerita!”

“Habis,kenapa awak tak boleh beritahu saya tentang suami awak?”Kening Zakaria terangkat.

Azhani kalut.Aduuhai,benci betul lah!

“Err...Sebab ini adalah hal rumah tangga saya.Jadi,seeloknya saya tak hebahkan.”

“Rumah tangga awak?”Zakaria masih tidak percaya

“I..iye..”

“Azhani,you terrible liar.I know you not married.” Putus Zakaria.

“Encik saya tak tipu..Ianya betul.”Azhani tidak mengalah.

Zakaria sudah berpaling kebelakang dan menuju ke pintu kedai tanpa sempat Azhani menerangkan situasinya.Zakaria memandang Azhani sebelum keluar.

“Azhani,awak adalah gadis pertama yang nak jauhkan diri daripada saya.Awak betul-betul menarik hati saya.Saya takkan putus asa pada awak.Jumpa awak esok..”

Zakaria menghadiahkan senyuman manis sebelum keluar daripada kedai.Azhani termangu.Ya Allah?! Apa yang jadi ni? Lain yang aku nak buat,lain yang jadi.Kenapa la lelaki ni hatinya keras sangat.Apa la aku nak buat dengan hati Zakaria ni?Hati Azhani makin kusut daripada biasa.

Keluar sahaja daripada kedai,Zakaria melepaskan tawanya.Berkahwin? Bagaimanalah Azhani boleh berfikir sehingga ke situ untuk menipunya.Azhani,you really are intresting girl to me.Aku akan pastikan kau cintakan aku!

Hati Zakaria nekad.Kemudian dia memasuki keretannya dan meninggalkan kedai itu.Tanpa Zakaria sedari,terdapat sepasang mata yang memerhatikannya sejak daripada tadi.Elisya mengenggam erat tangannya.Perasaan geram dan dendam sudah bercampur baur dalam hatinya.Oh,ini yang awak kata sibuk sangat ye Zakaria.Tengoklah,nanti aku ajar perempuan tu.Geram Elisya.

Azhani melihat jam tangannya bual kali kedua.Apabila telah pasti waktu kerjannya sudah tamat.Azhani mengambil begnya dan keluar daripada kaunter.Aku kena cepat balik ni,takut bank tutup plak.Kata hatinya.

“Kak Farihah! Az balik dulu ye.” Jerit Azhani kemudian berlalu ke pintu kedai.

“Eh,tunggu sekejap!”Sahut kak Farihah kemudian berlari kearah Azhani.

“Kenapa kak?”

“Putri mana? Akak nak minta dia tolong akak sikit?” Soal kak Farihah.

Azhani tersenyum.

“Kak Farihah lupa ye? Tadi baru Putri inform dekat kita dia balik awal hari ni.”

“Ha’ah la! Hish,akak lupa.” Kak Farihah menampar dahinya.

“Apa la kak Farihah ni.Okay lah,Az balik dulu ye.”

Kata Azhani.Tidak sempat dia membuka langkah,kak Farihah menarik pula lengannya.

“Ya Allah,kak.Apa lagi ni?” Pelik Azhani.

“Ni,alang-alang kamu ada depan akak ni.Akak nak cakap sikit.Kamu ni betul ke tak nak terima budak Zakaria tu.Perangai dia memang la macam tu sekarang,tapi akak tengok dia tu budak baik.Nanti kamu menyesal nanti!” Kata kak Farihah.

Azhani mula mempamerkan muka muaknya.Tah habis-habis pasal Zakaria.Apa la salah aku agaknya sampai diorang semua rekomen kan Zakaria tu dengan aku.

“Kak Farihah stop!.Az dah cakap banyak kali dah.Az memang tak suka dan tak minat pada Zakaria.Muktamad.Lepas ni,jangan libatkan apa-apa hal Zakaria tu dengan Az.” Putus Azhani.Dia sudah tidak tahan untuk cakap tentang hal ini.

“Tapi Az,akak rasa dia betul-betul minat Az tau kali ni...”

Tidak sempat kak Farihah menghabiskan ayatnya.Azhani sudah memotong.

“Iyerlah kak Az tau.Az balik dulu ye.Bye,sayang akak!”

Kata Azhani lantas keluar daripada kedai.Baik aku keluar daripada dengar kak Farihah membebel lagi.Azhani ketawa kecil.Sementara itu kak Farihah di dalam kedai hanya mengeluh.

“Hai,mengelat lagi budak Az ni..” Kak Farihah menggeleng kan kepalanya kemudian menyambung kerjanya yang terbengkalai.

Melangkah sahaja keluar daripada kedai,terkejut Azhani dibuatnya apabila ada satu susuk tubuh yang seperti sudah lama menunggunya di hadapan kedai sejak daripada tadi.Wanita yang berambut panjang berwarna perang dan memakai ‘dress’ tanpa lengan berwarna biru muda direnung Azhani.Eh,apasal dengan perempuan ni?

“Hei,perempuan! Apa nama kau!” Herdik Elisya.

“Err..Saya Azhani.Cik ni siapa?” Soal Azhani.

Perempuan ni sama ada masalah mental atau pun terencat akal.Sudahlah tegur orang tak ada salam,tiba-tiba terus serang.Marah Azhani.Dia merenung lama wajah gadis itu.Akalnya seperti memberitahu dia pernah menjumpai wanita itu di mana-mana.Tunggu? Ini la perempuan yang bersama Zakaria dekat dalam kedai dulu kan?

“Kalau tak silap saya,cik ini la teman wanita Zakaria yang pernah datang ke kedai bunga ni dulu kan?” Teka Azhani.

Elisya ketawa kemudian tersenyum sinis.

“Saya tak sangka yang awak akan ingat saya.Baiklah,sebagai permulaan,nama saya Elisya.Macam yang awak tahu,Yes.Saya memang teman wanita Zack.Dan,saya datang hari ni sebab nak bagi amaran pada perampas macam kau ni!”Marah Elisya.

“Perampas? Maksud cik Elisya saya rampas Encik Zakaria daripada cik Elisya?!”Muka Azhani berkerut.

“Sudahlah,perempuan! Kau jangan nak buat muka naïf.Aku tau Zack tu kaya sebab tu la ramai perempuan nakkan dia.Tapi hati Zack hanya untuk aku.That’s why,i’m warning you.Jauhkan diri U daripada Zack dan pastikan Zack jauhkan diri daripada kau!” Arah Elisya.

Azhani seperti tidak percaya.Kenapa la hari ni semua orang nak libatkan aku dengan Zakaria?! Geramnya.Sekarang minah ni pulak nak bagi amaran pada aku sedangkan aku tak buat apa-apa pada Zakaria?!Apa la nasib aku hari ni.Zakaria pun satu....Argghh!

“Macam nilah cik Elisya.Saya rasa cik Elisya dah salah faham ni.Saya dan Zakaria tak ada apa-apa hubungan pun.Dia tu cuma pelanggan dekat dalam kedai saya bekerja je.”

“Pelanggan? U ingat I nak percaya cerita bodoh U tu.Pelanggan apa yang datang setiap hari sebab nak beli bunga.Zack datang kedai tu sebab nak jumpa kau.Sekarang ni dia dah suka pada kau,ini semua mesti sebab kau goda teman lelaki aku kan!”Tengking Elisya.

“Go..goda Zakaria?!” Azhani seperti tidak percaya.

“Sudahlah,kau jangan nak berlagak baik depan aku.Sekarang ni aku bagi amaran pada kau buat kali kedua.Jauhkan diri daripada Zack!”

Azhani menarik nafas panjang.Cukup.Aku dah bengang dengan perangai minah ni.Tahap kesabaran aku dah habis.

“Baiklah cik Elisya.Saya faham cik Elisya sanggup tunggu saya depan kedai,lepastu datang serang saya tanpa beri salam dan tengking saya macam orang tak cukup ilmu macam ni.Saya faham sangat cik Elisya buat semua ni sebab gilakan Zakaria tu.”Balas Azhani.

“How dare U..”

Azhani mengangkat tangannya tanda dia tidak menghabiskan katanya lagi.Muka Elisya sudah merah padam.Hatinya membara dengan tingkah laku Azhani.

“Tapi,kalau Encik Zakaria sudah memang minat dekat saya.Itu memang bukan salah saya.Kalau cik Elisya tidak puas hati jugak,saya sarankan cik Elisya jumpa dengan Zakaria sendiri,ok? Kalau macam tu,saya nak balik dulu”.

Kata Azhani kemudia berpaling menuju ke keretanya.Dalam hati,Azhani beristifar banyak kali untuk meredakan hatinya yang sedang baran.Mungkin ini ujian untuknya kerana terserempak dengan orang yang tak cukup akal.Elisya sudah marah membara.

“U jangan nak melampau ye Azhani.I akan pastikan U akan timpa bala!” Jerit Elisya.

Kemudian Azhani berpaling sebelum memasuki keretanya.

“Oh,ya.Saya lupa nak cakap satu perkara yang sangat penting.Saya akan berbesar hati kalau cik Elisya sedaya upaya jauhkan Zakaria daripada saya.Ok,thanks.Waalaikummussalam.”

Balas Azhani kemudian terus memasuki keretannya dan meninggalkan parkir kereta itu.

“Arrgghh!” Jerit Elisya.

Hatinya tidak pernah semarak ini.Dia juga tak pernah dihina dan di labelkan sebagai orang tak cukup ilmu.Perempuan tu ingat dia siapa! Sudahlah perwatakan kampung dan hodoh.Tengoklah Azhani,aku akan cari segalanya pasal kau dan pastikan Zack kembali kepada aku semula!

Elisya merenung tajam pada pemergian Azhani.Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seorang yang amat dikenalinya.Panggilannya dijawab.

“Hello,Daniel.I have works for u today.Aku nak kau cari segalanya tentang perempuan bernama Azhani yang bekerja dekat kedai ‘Florist Mariah’.Ok,bye.”

Elisya menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg jenamanya yang mahal.Kita akan tengok siapa yang menang,Azhani.Kata hatinya penuh kebencian.Elisya tersenyum sinis sebelum pulang ke keretanya.

Tiba sahaja di hadapan kedai bank,Azhani menarik nafasnya panjang-panjang.Pertemuanya tadi dengan Elisya betul-betul perkara yang tidak disenanginya.Betul ke ini salah aku sebab Zakaria selalu pergi ke kedai emaknya.Patut ke aku halang Zakaria daripada datang ke kedai lagi? Tak mungkinlah Azhani,siapa lah aku untuk menghalang.Itukan kedai mak Zakaria sendiri.Azhani mengeluh berat.Makin lama makin kusut otaknya.Tanpa membuang masa,Azhani keluar daripada keretanya dan memasuki ke dalam bank.

Azhani mengeluh buat kali kedua sementara menolak pintu kaca bank itu.Dia memandang buku akaunnya yang nombornya semakin bertambah dari bulan ke bulan.Dia meneliti nombor yang berada dalam buku akaunnya.Dia tahu,duit dalam bukunya bertambah ini bukan daripada usaha gajinya,dan bukan juga duit daripada pemberian ibunya malah Datin Fatimah dan Datuk Mazlan.Hanya satu sahaja manusia yang berada di mindanya.Ya,Syed Ariff.Dia tahu hanya Syed Ariff seorang sahaja yang memasukkan duit ke dalam akaunnya.

Dia mula menyedari hal ini sejak bulan pertama Syed Ariff meninggalkannya.Syed Ariff masih tidak putus memberikan dia nafkah walaupun hidup berjauhan.Namun Azhani sebaliknya,tidak pernah menggunakan wang itu walaupun sekali untuk keperluan diri.Malah,duit sewa rumahnya pun menggunakan duit gaji kerjanya.Hati Azhani masih tidak mahu menggunakan duit itu.Kadang-kala dia dapat merasakan hanya duit itu perhubungan antara dia dengan Syed Ariff.

Azhani melangkah lemah ke keretanya kemudian memasuki ke ke dalamnya.Keretanya mula meluncur di jalanraya.Walaupun fokus semasa memandu,namun minda Azhani kosong.Walaupun banyak benda yang terjadi kepadanya hari ini,dia reda semuanya.Apa yang dia fikir ialah apa yang akan terjadi padanya pada hari seterusnya dan seterusnya.

Malam itu,Azhani tidak duduk di hadapan sofa untuk melihat siaran rancangan kegemarannya seperti biasa.Hari ini dia rasa letih.Letih fizikal dan terutamannya emosi.Dia malas untuk bergerak.Ketukan di pintu membuatkan Azhani bangun dengan malas dan memulas tombol pintu.Wajah Asyikin terpacul.

“Kau tak nak makan ke malam ni?”

Itulah ayat pertama yang keluar daripada mulut Asyikin apabila melihat Azhani.Azhani hanya tersenyum pahit dan kembali ke katilnya.Asyikin menturuti.

“Aku tak nak makan kut.Aku penat la.”Azhani memberi alasan.

“Muka kau nampak penat gila,Az.Kau stress ke?” Asyikin menyuarakan kebimbangannya.

Azhani gembira Asyikin mengambil berat tentangnya.Tetapi dia tidak boleh menceritakan masalah ini pada Asyikin.

“Apasal?Muka aku nampak serabut ye?”

Azhani tergelak kecil.

“Az,aku serius ni.Kalau kau ada masalah.Cuba cerita dengan aku.”Pujuk Asyikin.

Azhani merenung mata coklat pekat Asyikin.Ya,kalau boleh aku betul-betul nak luahkan pada kau Asyikin.Tapi kenapa hati aku ni berat sangat untuk berkata jujur.

“Asyikin.Aku betul-betul happy kau caring dengan aku.Tapi aku tak ada masalah la.Aku just penat je kerja pagi tadi.”Bohong Azhani.

Asyikin masih tidak percaya.

“Betul ke ni?Ke kau tak percayakan aku ni?”

“Betul.Aku just penatla.”

Azhani bersungguh-sungguh menganggukkan kepalanya.

“Oklah,memandangkan kau yang kata kau penat.Kau kena makan jugak malam ni.Baru la ada energy.”Kata Asyikin.

“Asyikin,aku tak ada selera la.”Azhani memuncungkan bibirnya.

“No! Aku tak nak dengar sebarang alasan.Sekarang,jom teman aku makan.Cepat!”

Asyikin menarik lengan sahabatnya turun daripada katil.Azhani ketawa.

“Oklah,aku makan.Jom keluar.”

“Haa..Macam tu la Azhani yang aku kenal.”

Senyum Asyikin kemudian keluar daripada bilik tidur Azhani.Azhani turun daripada katil kemudian membuka langkah untuk pergi.Tidak sempat menuju ke pintu,telefon Azhani berbunyi.Terkejut juga Azhani dibuatnya.

“Asyikin,kau siapkan lauk sekejap.Aku nak jawab telefon.”Jerit Azhani kemudian mencapai telefon bimbitnya di sebelah katil dan menjawap panggilan yang diterima.

“Assalammualaikum.Siapa ni?”

“Az,ini mak.”Jawab pemanggil di talian.

Azhani tersenyum lebar.Dia kenal akan suara ini.Suara ibu menantu kesayanganya.

“Ya Allah,mak ke?! Kenapa telefon Az ni?” Soal Azhani.

“Az,mak telefon kamu ni kerana ada sebab.”Datin Fatimah kata perlahan.

“Sebab? Kenapa mak sakit ye?”Resah Azhani.

“Tak Az,mak ok.Ini bukan langsung pasal mak.Mak takut Az terkejut dengar hal ni.”

Gulp.Azhani mengesan sesuatu tidak enak.Apa yang mak nak cakap ni ye?

“Kenapa ni mak? Cuba cerita dekat Az.”

“Betul kamu dah sedia nak dengar apa yang mak nak cakap ni?”

“Iye mak.Az betul-betul nak dengar.”

“Baiklah...”

Azhani dapat mendengar Datin Fatimah mengambil nafas panjang terlebih dahulu.Hal apa ni sampai mak sanggup telefon aku malam-malam?

“Azhani,Syed Ariff sekarang berada dekat rumah mak.Sekarang ni dia nak cakap dengan Az dekat telefon.Itula mak call Azhani.”

Azhani terkedu tidak terkata.Otaknya beku,dia tidak tahu bagaimana mahu respon kata ibunya.Betul kah Syed Ariff? Hati Azhani tidak bersedia,seperti benda ini menjadi terlalu pantas.

Kemudian telinga Azhani dapat menangkap seperti telefon bertukar tangan.

“Az,ini aban...”

Tidak sempat mendengar ayat itu Azhani terus mematikan taliannya.Dia terduduk di birai katil.Nafasnya naik turun dan air matanya mula menitis.Dia tahu sudah berapa bulan dia merindui mendengar suara itu.Namun,pada hari ini dia mendengar suara itu di talian telefon.Azhani menangis tanpa berhenti membiarkan air matanya keluar tanpa kawalan.Dia menangis bukan kerana benci dan marah.Tetapi dia menangis kerana rindu,rindu akan suara yang hampir hilang dalam ingatanya.Azhani terkejut dan tidak sangka.Hatinya hanya berkata,’kenapa sekarang’?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience