BAB 39

Romance Completed 68960

Azhani menyelak semua langsir di ruang tamu rumahnya.Cahaya matahari mula menerangi segenap ruang di kamar itu.Dia menjenguk di luar tingkap.Uiiihh,panasnya tengahari ni.Ok,sekarang aku dah kemas ruang depan.So,lepas ni schedule nak masakkan makanan untuk mamat tu balik kerja nanti.Itulah kerja Azhani setiap hari,mengemas rumah dan memasak.Nak kata bosan memang bosan,tapi kalau suami tak bagi kerja nak buat macam mana.Kadang-kadang Azhani juga tak menyangka yang dia akan menjadi suri rumah 24 jam macam ni.

Azhani melangkah kakinya ke ruang dapur.Dia membuka almari di atas kemudian membuka peti sejuk pula.Adoii,barang dapur semua dah habis ni.Kena beli makanan la ni.Dia menggaru rambutnya yang panjang paras bahu.Huh,malas pulak nak pergi pasar raya dengan cuaca panas gila gaban macam ni.Tapi nanti mamat tu lapar pulak.Azhani mengeluh.Nak tak nak kena beli juga.

Dia mengangkat kakinya memanjat tangga.Selepas selesai memakai tudung dan menyarung cardigan di badanya,dia meneliti pula tudungnya di cermin.Kemudian dia terpandang gelang pemberian Syed Ariff padanya di atas meja.Dia mengambil gelang itu.Hmm,nak pakai ke tak ha gelang ni?.Selepas berfikir akhirnya dia memakai jua gelang itu di tangannya.Kemudian dia tersenyum.Kena la pakai sebab aku dah janji dengan mamat tu.

Azhani menyarung stoking di kaki kemudian keluar daripada rumah.Saat ingin mengunci grill pintu rumah, telefon bimbitnya berdering.Terkejut Azhani dibuatnya.Dia melihat siapa gerangan panggilan tersebut.Kemudian dia tersenyum.Panjang umur mamat ni.Baru terfikir sekejap dah muncul.

“Assalammualaikum.Hai sayang.”Mula Syed Ariff.

“Waalaikummussalam.Abang telefon Az ni kenapa?Tak sibuk ke?”

“Abang baru tengah rehat sekarang.Sebab tula teringatkan kat wife abang ni nak sampaikan salam sekejap.”

“Tsk.Apala abang ni.Kejap lagikan abang nak balik.Buat habis duit kredit je.”

“Biarla,duit abang bukan Az.”

Azhani mencebik.

“Oklah.Fine,duit abangkan.Ni,Az nak tanya ni.Abang nak Az masak apa tengahari ni?Az nak pergi pasar raya sekejap.Barang dapur semua dah kong!”

“Az pergi pasar raya? Apasal tak mention dekat abang.Abang boleh hantar pastu kite boleh pergi sama-sama.”

“Ala,tak payahla bang.Az pergi sekejap je nak beli sayur.Kalau abang ikut nanti abang banyak kerja tertangguh.”

“Tapi sekurang-kurangnya abang boleh hantar Az pergi pasar raya kan?”

“Abang,Az ok je la.Az ambik je teksi nanti.Abang siapkan kerja abang tu ok.Nanti abang balik Az masak makanan untuk abang habis cerita.Ok!”

“If you say it like that,fine.Tapi hati-hati ok.Jangan nak merayap tempat lain.Nanti abang cari Az sampai lubang cacing!”

Ish,mamat ni.Macam aku ni budak kecik pulak.

“Iyer,bang Az tahu.Oklah,Az nak pergi dah ni.Nanti susah nak carik teksi.Bye,salam.”

“Salam,bye sayang.”

Talian telefon diputuskan oleh Syed Ariff.Dia meletakkan telefonya di tepi meja.Matanya tertancap pada kertas dan data-data syarikat di atas kerja.Kalau ikutkan hati,ingin sahaja dia keluar daripada syarikat itu dan menemani isterinya membeli barang dapur.Entah kenapa dia merasa sesuatu yang tidak enak.

Dengan mengangkat barang beg plastik yang berat,Azhani keluar daripada pasar raya.Aduh,berat gila beg plastik ni.Menyesalnya aku tak bagi Syed Ariff ikut tadi,kan dah susah! Mengeluh pun tak ada guna,baik aku tunggu teksi je balik rumah.Azhani mula melangkah berjalan kaki.Namun,tanpa kesedaran Azhani,ada sepasang susuk tubuh yang memerhati Azhani dari jauh sejak tadi.Mereka telah mengekori Azhani sejak gadis itu keluar daripada rumah lagi.”Woit,minah tu kan sasaran kite.”Lelaki itu menyiku lengan temannya yang berbangsa Cina.”Ha’ah.Itula perempuan tu.Gua pasti itu dia.”Kata lelaki Cina itu.”Apalagi,jom la kite tangkap.”Senyum lelaki itu kemudian mereka berdua mula bergerak.

Azhani berjalan dengan perlahan.Ish,payah betul nak angkat barang berat ni.Tidak sampai selangkah sampai di perhentian bas,tangan Azhani direntap kasar membuatkan barang di beg plastiknya terjatuh dan terkeluar.

“Hei,apa ni!”Jerit Azhani.Ketakutan mula menyelubungi dirinya.

“Cik adik,kalau cik adik tak banyak bergerak hal ni takkan jadi susah.”Senyum lelaki itu kepada Azhani.Azhani mula panik.”Hei,lepaskan tangan saya sekarang! Awak nak bawak saya pergi mana ni?!”Azhani mula memberontak.Dia bergelut untuk melepaskan tangannya.Ya Allah,apa yang jadi ni?

“Woi,minah ni takleh senyap.Ko buat sesuatu!”Arah lelaki itu.Pemuda yang berbangsa Cina itu hanya menganggukkan kepala.Saat Azhani bergelut dengan tangannya,ada hentakan yang kuat di kepalanya membuatkan kepalanya pening dan mula berpinar-pinar.Ya Allah,sakitnya.Dapat dia merasai titisan darah jatuh di dahinya akibat hentakan keras itu.Dalam keadaan mamai,dia dapat melihat dua lelaki itu tersenyum dan mengangkat tubuh Azhani ke dalam sebuah van.

“Peningnya.Ap..apa yang jadi ni?” Azhani membuka matanya perlahan-lahan.Kemudian mukanya berkerut menahan pening di kepala akibat kesan hentakan tengahari tadi.Saat ingin memegang kepalanya,baru dia tersedar tangannya sudah diikat kemas.Ya Allah.aku dekat mana ni?!.Azhani kaget.Namun kesakitan di kepalanya masih ditahan.

Bagai ingin bergenang air matanya saat ini.Aku dah kena culik! Macam mana aku nak minta tolong ni? Apa yang diorang nak buat dengan aku?! Syed Ariff mesti sedar kehilangan aku?Apa agaknya yang dia buat? Gelapnya,aku tak nampak apa-apa.Ketika ini Azhani terlalu gelabah akibat takut.Kemudian,dia mula mengambil nafas perlahan-lahan dan mula berfikir rasional.Azhani,first jangan takut.Fikir sesuatu!

Azhani memandang sekelilingnya.Pada saat itu dia pasti waktu sudah menginjak malam kerana gelap sepenuhnya.Namun pandanganya masih kabur kerana kegelapan malam.Dia cuba meneliti betul-betul.Tempat ni banyak kotak dan luas? Gudang ke?!

Terkejut Azhani apabila terdengar bunyi pintu gudang terbuka luas.Sekumpulan lelaki mula memasuki gudang,kebanyakan lelaki berbangsa Cina di dalam kumpulan.Azhani sudah menggeletar,namun dia berdoa di dalam hati.”Bos,ini la dia perempuan yang bos nak tu.”Kata lelaki melayu itu.Susuk tubuh lelaki berbangsa Cina yang kira-kira berumur 40-an mula menapak di hadapan.Dia tersenyum kepada Azhani.Azhani hanya membalas pandangan jelik itu dengan renungan tajam.”Bagus,Lao.Kau buat kerja dengan bagus.Aku bagi kau double nanti.”Lelaki itu memegang bahu pemuda Cina itu.Lao tersenyum bangga.

Lelaki itu menghampiri Azhani dan memegang kasar dagu gadis itu.”Boleh tahan isteri dia ni.”Senyum lelaki itu kepada Azhani.”Kau nak apa dengan aku ha!”Marah Azhani.”Nama aku Meng Kong.”

Meng Kong?! Aku macam pernah dengar nama tu.Tunggu sekejap,dia ni la musuh syarikat ayah.Jadi sebab tu la diorang culik aku.”Aku tau kau ni isteri kepada Syed Ariff Bin Datuk Mazlan.Kau tau sebab apa kitaorang culik kau?”Soal Meng Kong kepada Azhani.Azhani hanya senyap dan memberi pandangan tajam.

“Aku tau suami kau dengan bapak dia yang tak guna tu ada projek besar untuk syarikat diorang nanti.Kalau kau bagitau aku tentang hal tu,aku bebaskan kau.”Kata Meng Kong.Gila!Mana aku tahu langsung tentang hal tu.Azhani masih menyepi.”Woi,perempuan! Aku cakap dengan kau.Kau jangan sampai aku buat sesuatu!”Ugut lelaki itu.Azhani mula takut.”Aku tak tahu apa-apa tentang projek suami aku tu.”Kata Azhani perlahan.”Kau jangan nak menipu aku! Sekurang-kurangnya kau mesti tahu sesuatu sebab kau isteri dia.Cepat beritahu!”Gesa Meng Kong.Azhani melihat wajah Meng Kong.Nampak gaya lelaki itu sudah terdesak untuk menjatuhkan syarikat ayah mertuanya sampai sanggup menculiknya.Azhani,kau kena kuat!

“Aku kata aku tak tau,tak tau la! Kalau aku tau pun aku takkan bagitau kau projek tu.Tak ada guna kau culik aku!”Terkejut Meng Kong dengan jeritan Azhani.Lelaki di sekelilingnya hanya memandang Azhani geram.Satu tamparan hinggap kasar di pipi Azhani.Bahang panas dirasai di pipinya dan bibir Azhani berdarah.”Kau jangan nak berani sangat ye perempuan!”Keras nada Meng Kong kedengaran.Meng Kong tersenyum selepas menampar Azhani.

Kepala Azhani mula rasa berputar-putar selepas menerima tamparan itu.Peningnya bagai naik gila.Meng Kong dan kumpulanya ketawa bersama-sama melihat keadaan Azhani.”Bos,apa kita nak buat dengan perempuan ni.”Soal lelaki salah satu kumpulan itu.Kening Meng Kong terangkat dan tersenyum sinis.”Kau dengarkan apa perempuan tu cakap.Dia dah tak ada guna pada kita.Korang buat la apa yang korang nak.Anggap la ni bonus.”Kata Meng Kong menerbitkan senyuman di bibir masing-masing di dalam kumpulan itu.Mereka bersorak riang.Meng Kong mula beredar dari gudang itu.Azhani dengan rasa pening mula perasan lelaki di sekelilingnya memandangnya bagai nak telan.Ya Allah,selamatkanlah hamba mu!.Tiada daya untuk Azhani lakukan sesuatu selain berdoa.Matanya mula memberat hendak pitam.”Perrghh,hari ni kita bertuah betul.”Kata salah seorang lelaki itu.Mereka mula menghampiri Azhani.Azhani takut.Saat seorang lelaki ingin menyentuh tudungnya,bunyi hentakan pintu gudang yang terbuka luas mengejutkan mereka.

Bangg! Bunyi derapan sekumpulan kaki polis yang memasuki gudang itu mula kedengaran.”Kami polis! Jangan bergerak!”Jerit salah seorang pegawai.Sekumpulan lelaki itu terkejut dan terus lari.Namun kumpulan pihak polis lebih pantas menangkap mereka di dalam gudang.Keadaan menjadi huru-hara.Dalam keadaan hampir pitam,Azhani sempat melihat bayang Syed Ariff berlari untuk mendapatkanya dengan riak wajah yang resah.Kemudian semuanya kelam.

Syed Ariff menumbuk dinding di luar wad.Dia meraup mukanya dengan kedua belah tangan kemudian terduduk di bangku.Syed Ariff tidak betah menahan diri daripada menyalahi dirinya tentang perkara yang berlaku kepada Azhani.Hari ni adalah hari yang mengejutkan baginya.

Tengahari tadi,Syed Ariff pulang rumah agak awal untuk melihat isterinya.Apabila mendapati isterinya tiada di rumah,Syed Ariff mula mencari Azhani.Sehinggalah satu mesej tiba dengan berbunyi.

Lu ada hilang sesuatu ka?Lu takkan dapat cari punya sebab gua sudah ambil.Balasan untuk Lu sebab tolak tawaran syarikat kitaorang.

-Sinar Jaya Company

Menyirap darah Syed Ariff menerima SMS itu.Dia bagaikan mahu menghentak telefon itu di situ juga.Syed Ariff mula panik,dia menelefon Azhani banyak kali tetapi gagal.Akhirnya,dengan semua keresahan dia melaporkan kepada pihak polis jua.Syed Ariff memberitahu pegawai polis semua maklumat yang dia tahu tentang Meng Kong dan mengapa syarikat ayahnya menolak tawaran syarikat mereka.Selepas beberapa minit,polis mengesahkan syarikat Sinar Jaya Company juga adalah kumpulan kongsi gelap yang mengedar dadah ke negara lain sebagai pendapatan utama.Masalah utama sekarang adalah tempat mereka menyorokkan Azhani.Syed Ariff berfikir lama,kemudian baru dia menyedari salah satu tempat site yang dia pernah berkunjung dengan Sinar Jaya Company di sebuah gudang milik syarikat Meng Kong.Akhirnya,dengan itu sahaja harapan yang ada,polis merancang untuk mengepung tempat itu.Tiba sahaja di sana,Syed Ariff mendapati Azhani dan sekumpulan lelaki yang didapati mengedar dadah berada di situ.Terus sahaja polis mengempung gudang itu dan sekumpulan lelaki yang disyaki mengedar dadah berjaya ditangkap.Namun,Meng Kong tiada di tempat kejadian.Selepas diselidik,Meng Kong didapati berada di lapangan terbang untuk mengedar dadah di negara lain.Mungkin sekarang polis sedang buat serbuan.

Semasa di dalam gudang,terus sahaja Syed Ariff mendapatkan Azhani yang sudah pitam.Tidak terkata dia melihat keadaan Azhani kerana dahi dan bibirnya berdarah teruk.Syed Ariff bagaikan ingin mengalirkan air mata di situ juga.Kini,Syed Ariff sedang menemani Azhani di hospital.Azhani yang berada di dalam wad masih tidak menyedarkan diri dengan kepala berbalut dan keadaanya yang agak stabil.

Syed Ariff mengeluh berat.Dia bangun kemudian masuk ke dalam wad.Syed Ariff menghampiri Azhani dan memegang erat tangan isterinya.”Maafkan abang Az.Abang biarkan Az dalam keadaan macam ni.Abang tak sanggup tengok Az macam ni kerana abang.”Rintih Syed Ariff.Dia memegang erat tangan Azhani kemudian mencium lama dahi Azhani.Air matanya mengalir jua.Tidak betah dengan sebak di dada,Syed Ariff keluar dan duduk di bangku luar.

Ini semua salah aku! Kalau bukan sebab aku dengan syarikat tu,mungkin Azhani takkan berada dekat sini.Aku tak layak berada di sisi dia!.Ini baru sikit,mungkin kalau aku berada di sisi dia kemungkinan Azhani akan dapat teruk lagi.Aku memang bodoh tak dapat lindungi dia.Argghh!Syed Ariff geram.Geram dengan dirinya.Geram juga sebab dia kepala Azhani berbalut lagi.

“Ariff!”.Syed Ariff berpaling apabila terdengar suara Mak Cik Yah daripada jauh.Mak Cik Yah kelihatan resah menghampiri Syed Ariff.Datuk Mazlan dan Datin Fatimah juga berada di sisi Mak Cik Yah.”Ariff,Azhani ok ke?! Mak Cik Yah dah tau apa yang berlaku.Teruk sangat ke keadaan Azhani?!”Gelisah Mak Cik Yah menanyakan soalan itu.Air mata ibu itu pun hampir bergenang.”Mak,tenang ye.Azhani dekat dalam wad.Doktor kata dia stabil.Tapi,mungkin sebab hentakan kuat di kepala Azhani sekarang masih tidak sedarkan diri.”Jawab Syed Ariff perlahan.Bergenang air mata Mak Cik Yah yang bertakung.”Alhamdulillah,Azhani anak aku selamat.Ya Allah,mak nak tengok Az sekarang jugak.”Kata Mak Cik Yah dan bergegas masuk ke dalam wad.Datin Fatimah menghampiri anaknya.”Ariff,bawak bersabar nak.Ini semua dugaan.Tapi Ariff,mereka sempat buat apa-apa pada Azhani ke?”Soal Datin Fatimah.Hati ibunya berdegup.Syed Ariff menggeleng lemah.”Tak mak.Diorang tak sempat buat apa-apa pada Az.Masa tu polis dengan Ariff sempat kepung tempat tu.”Jawab Syed Ariff lemah.”Alhamdulillah,lega mak dengar.Mak nak tengok Az sekarang.”Kata Datin Fatimah kemudian berlalu pergi.

Syed Ariff terduduk kembali di bangku dengan perasaan gusar.Datuk Mazlan faham akan perasaan anaknya.Dia memegang bahu Syed Ariff.”Ariff,jangan salahkan diri tu sangat.Ini semua bukan salah Ariff.Ni semua dah dirancang nak.”Terang Datuk Mazlan.”Tapi ayah,kalau bukan sebab Ariff,Azhani takkan berada dekat sini.Ni semua memang salah Ariff.”Balas Syed Ariff.”Ini semua ketentuan dan perkara ini pun dah ditakdirkan.Ariff kena bersabar.”Kata Datuk Mazlan.”Tapi ayah,diorang nak Ariff,kenapa sampai libat Az pulak dalam urusan perniagaan.Ariff tak sanggup tengok keadaan Az macam ni sebab Ariff!”

Datuk Mazlan mengeluh berat.Tahu sangat anaknya menimpa perasaan bersalah yang berat.Dia sudah tidak tahu hendak kata apa sebagai ayah.Perkara ini pun sudah terjadi,Alhamdulillah Azhani menantunya pun selamat.Setelah beberapa minit menyepi di luar wad,secara tiba Syed Ariff bangun daripada bangku.Dia memandang wajah ayahnya.”Ayah,Ariff nak keluar sekejap.Ariff nak pergi rumah Ariff.”Kata Syed Ariff kemudian berjalan dengan longlai.Muka Datuk Mazlan berkerut.”Eh,kamu tak nak teman Azhani ke? Nanti dia sedar,mesti dia nak tengok Ariff dulu.”Kata Datuk Mazlan.Syed Ariff memaling.”Tak apa lah ayah.Ayah tolong tengokkan Azhani untuk Ariff ye.Salam.”Balas Syed Ariff kemudian hilang daripada pemandangan dengan kesesakan orang.Datuk Mazlan menggelengkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience