BAB 22

Romance Completed 68960

“Ya,pemenangnya ialah encik Syed Ariff dengan nombor bertuah 28!”.Jerit juru acara itu.Ramai orang mula bertepuk tangan dan bersorak.Azhani membuka matanya dengan terkejut.Tak mungkin,macam mana mamat tu boleh menang?!.Azhani bagaikan tak percaya.Syed Ariff yang berada di atas pentas tersenyum lebar dan menerima hadiah kupon daripada pihak pusat beli belah tersebut.Azhani masih memandang Syed Ariff dengan perasaan tidak percaya.”Tahniah kepada encik Syed Ariff kerana telah memenangi hadiah cabutan tersebut!”.Jerit juru acara itu.”Jadi,encik Syed Ariff.Sebagai pemenang bertuah untuk program ini.Boleh anda kongsikan kepada kami siapakah orang bertuah yang akan anda kongsikan kupon ini.Mungkin keluarga atau kekasih anda?.”Soal juru acara tersebut sambil tersenyum.

Aduh,aku dapat firasat buruk tentang hal ni.Baik aku lari sebelum apa-apa berlaku.Azhani sudah kalut dengan gelisah..Dia sudah berkira-kira hendak lari dari kawasan sesak itu.”Ermm..Saya rasa saya akan kongsikan kupon ini dengan isteri saya.”Kata Syed Ariff pada mikrofon.Jelas terpamer wajah hampa pada pengunjung wanita di bawah pentas itu.”Isteri encik?.Oh,maksudnya encik sudah beristeri.Boleh encik nyatakan nama isteri encik.”Kata juru acara itu membuatkanAzhani mula mempercepatkan langkahnya dengan gelisah.”Oh,isteri saya sekarang berada di sini.Nama dia Azhani.Ha,itu la dia.”Syed Ariff menunding jari kearah Azhani membuatkan semua mata pengunjung memandang tepat kearah yang ditunjukkan.Azhani kaku.Dia tidak sanggup berpaling ke belakang kerana hampir semua pengunjung sedang melihat kearahnya.”Oh,itu isteri encik.Kepada Puan Azhani,sila datang ke atas pentas sebentar.”Kata Juru acara itu.Azhani berpaling kebelakang dengan perlahan.Ramai pengunjung wanita menjeling maut pada Azhani membuatkan hatinya menjadi berat dan malu.Ya allah malunya aku!.Akhirnya Azhani akur menaiki di atas pentas dan membuat senyuman sumbing.Syed Ariff yang tersenyum lebar hanya memandang sekilas dan tersenyum sinis kepada Azhani.Mamat ni memang tak habis-habis nak buat aku malu.Kutuk Azhani dalam hati.”Baiklah,memandangkan encik Syed Ariff akan berkongsi kupon bertuah ini dengan isterinya.Mari kita berikan tepukan yang gemuruh!.”.Kedengaran tepukan gemuruh daripada para pengunjung.Azhani hanya tersenyum dan menahan malu manakala Syed Ariff sudah merancang dalam akalnya restoran mana yang akan mereka pergi.Bencinya hari ni,rasa macam nak sorok dalam lubang je.Keluh Azhani di dalam hati.

“Awak tau tak betapa malunya saya tadi.Kenapa awak sebut nama saya?.Awak memang sengaja kan!.”Azhani menghamburkan amarahnya.Selepas program itu tamat,Syed Ariff terus menarik Azhani ke dalam sebuah restoran.Syed Ariff menunjukkan kupon yang baru dimenanginya kepada pelayan restoran tersebut dan dia membawa mereka di meja untuk pelanggan yang khas.

Syed Ariff tidak menghiraukan kemarahan Azhani.Matanya serius tertancap kepada menu makanan yang dipegangnya.”Awak,awak dengar tak apa yang saya cakap ni!.”Kata Azhani.Syed Ariff terus memandang Azhani.Mulut minah ni kalau tak bising sehari mesti tak sah.Desis hati Syed Ariff.”Habis kau nak aku cakap apa dekat atas pentas tadi?.Kau nak aku cakap yang aku shopping sorang-sorang.Lebih baik aku sebut nama kau je.”Kata Syed Ariff dengan selamba.”Ah,awak memangla tak kisah.Awak tau tak semua perempuan dekat bawah pentas tu pandang saya macam nak telan!.”Marah Azhani.”Well,itu masalah kau.Siapa suruh kau kahwin dengan suami yang hensem macam aku ni.”Syed Ariff tersenyum.Azhani mula bengang.Lelaki ni memang perasan habis.Geram aku! Macam manalah aku dapat tahan dengan perangai dia ni sampai sekarang?.”Daripada kau bising,baik kau pilih makanan cepat.Kau tau tak kau ni dikira bertuah dapat makan free dua bulan dengan aku.”Kata Syed Ariff dengan sinis.Azhani mencebik lantas mengambil menu restoran di atas meja.Malunya amat mendalam di atas pentas tadi.Mana Azhani tidak marah.Lagi satu,macam mana suami aku ni boleh bertuah dalam semua benda?.

Hampir waktu maghrib,baru mereka tiba di rumah selepas membeli belah.Azhani mempercepatkan langkahnya untuk masuk ke dalam rumah.Dia tidak mahu tertinggal waktu solat maghribnya.Sesungguhnya di dalam islam bab solatlah yang paling dititkberatkan.Selepas selesai bersolat,Azhani pergi ke bilik mandi untuk membersihkan diri.Kemudian selepas berbaju Azhani keluar daripada bilik untuk menyediakan makan malam.Semasa turun di tangga,Azhani melihat Syed Ariff dengan hanya memakai baju t-shirt dengan berseluar boxer sedang tekun menonton televisyen.Mamat ni tak solat ke?.Azhani menghampiri Syed Ariff yang duduk di sofa.”Awak tak solat ke?.”Soal Azhani.”Ish,tepila badan kau tu!.Aduh,nanti aku solat la.”Azhani yang berada di depannya menghalang pandangannya di skrin televisyen.”Awak tau tak waktu maghrib dah nak habis.Baik awak solat sekarang.”Kata Azhani.Mata Syed Ariff masih tetap melekat pada skrin televisyen.Azhani geram.Nampaknya aku kena ajar mamat ni sikit.”Ok,kalau awak tak nak solat jugak.Saya pun tak nak masak malam ni.”Azhani membuat gaya sombong dan terus duduk di sisi Syed Ariff di sofa.”Kau tak nak masak makan malam?.Habis malam ni aku nak makan apa?.”Tanya Syed Ariff berang.”Entah..”Azhani hanya bersahaja.Syed Ariff mengeluh.”Ok,fine.Aku solat.”Kemudian Syed Ariff terus bangkit dari sofa dan menuju ke bilik air.Azhani tersenyum senang.Mamat tu sepanjang masa lapar je kerja,senang betul nak ugut.Eh,tunggu sekejap.Sejak bila mamat tu ikut je semua arahan aku?.Ah,biarla.Sementara menunggu Syed Ariff selesai solat,Azhani menonton televisyen untuk seketika.Lama kelamaan mata Azhani mulai berat.Tanpa disedarinya Azhani terlelap di sofa.Kepenatannya masih bersisa selepas membeli belah seharian.

Azhani membuka matanya perlahan-lahan.Dia terlihat televisyen masih terpasang.Azhani pandang ke bawah.Terkejut dia apabila mendapati kepalanya tertidur di riba Syed Ariff.Azhani terus bangun.Dia melihat kepala Syed Ariff yang terlentok tertidur di sofa.Azhani pelik.Macam mana aku boleh tidur dekat riba mamat ni pulak,bukan aku tidur dekat sofa ke?.Azhani cuba mengingati balik ingatanya.Takkanla Syed Arif yang letakkan kepala aku dekat atas riba dia?.Azhani bingung.Kemudian matanya terpandang sekilas pada jam di dinding.Ya allah,aku dah tertidur sampai pukul 12.01 minit.Solat isyak pun aku belum tunaikan lagi.Azhani bingkas bangun untuk mengambil wuduk namun terhenti.Nak kejutkan ke takek mamat ni?.Ish,tak payahlah.Malu aku nanti kalau dia dapat tahuaku tidur dekat riba dia.Azhani terus melangkah ke dalam bilik air.

Syed Ariff menghirup kopinya dengan tenang.Azhani pula senyap membancuh tehnya di dapur.Kesepian di antara mereka membuatkan Azhani terasa janggal dengan suasana itu.Azhani pergi ke meja makan.”Awak,hari ni boleh tak awak hantar saya ke pejabat.”Kata Azhani.Syed Ariff meletakkan kopinya di atas meja.”Kau nak pergi pejabat buat apa?.”Soal Syed Ariff.

“Ermm.Saya nak jumpa Lia dekat ofis.Walaupun saya rindu jugak dengan pejabat lama saya.Boleh ye awak hantar saya pergi pejabat.”Rayu Azhani.”Ok.”Kata Syed Ariff dengan tenang.Mamat ni cakap sepatah je.Betul ke aku boleh pergi ni?.Selepas sarapan Azhani menaiki kereta Syed Ariff dan mereka sampai di hadapan syarikat Mazlan Holding.Azhani melihat syarikat yang mencakar langit itu.Huh,dah hampir dua tahun aku bekerja dekat syarikat ni.Rasa sayang pulak tiba-tiba aku berhenti berkerja.”Woi,aku kena pergi mesyuarat ni.Lepas meeting ni aku terus balik,so kita balik sama-sama je lah.”Kata Syed Ariff selepas menutup pintu kereta.Azhani berpaling.”Ermm..ok.Nanti saya tunggu awak dekat parkir kereta.Saya pergi tingkat atas dulu ye.”Kata Azhani dan berlalu menuju ke lif.

Sampai sahaja di pejabatAzhani mencari sahabatnya Lia.”Lia!”.Jerit Azhani.”Azhani?.Apa kau buat dekat sini?!.”Lia terkejut dengan kedatangan Azhani dan mereka dua berpelukan.”Sengaja je aku datang.Aku nak minta maaf dengan kau sebab cancel kan plan kita masa cuti tu.”Kata Azhani.”Alah,kau tak perlu la sampai ke pejabat aku untuk minta maaf.Aku tak terasa pun.Walaupun suami kau yang suruhkan,kau kena la ikut.”Kata Lia.”Itula,mamat tu semua nak ikut cakap dia je.Aku jumpa kau pun dah jarang.”Azhani mencebik.”Biasala tu Az.Kau kena bersabar sikit sebab dia tu still suami kau.Beb,aku bukan tak nak layan kau tapi sekarang aku sibuk sangat.So,mungkin nanti aku call kau malam ni boleh?.”Kata Lia.”Tak apa aku tak kisah.Aku pun tak nak ganggu kau buat kerja.Walaupun kejap lagi aku nak tengok pejabat lama aku.Malam nanti aku tunggu call ko.”Kata Azhani.Kemudian mereka dua berpelukan buat kali kedua.Azhani berlalu pergi ke pejabat lamanya.Dia melihat meja lamanya danmengimbau kenangan lepas.Ah,ini la meja time aku kerja jadi PA untuk mamat hampeh tu.Teruk betul aku kena buat semua assignment untuk dia.Azhani merungut di dalam hati.Dia melihat pejabat Syed Ariff yang masih kosong.Mamat tu pergi meeting la tu.”Ehem.Excuse me.”Suara teguran daripada belakang memeranjatkan Azhani.Azhani berpaling di belakang.Dia melihat Melena yang sedang bercekak pinggang dengan wajahnya yang sombong.Sudah lama juga Azhani tidak melihat Melena sejak dia berkahwin dengan Syed Ariff.”Minah kolot,kau buat apa dekat meja kerja aku ni?.”Soal Melena.”Meja kerja?.Maksudnya kau jadi PA kepada Syed Ariff ke?.”Azhani terkejut.Tiba-tiba rasa tidak sedap hati timbul di benak hatinya.”Yes,and for you’r information.I will be his PA for 24 hours.Dan semuanya terima kasih kepada kau.”Melena tersenyum senang.”Terima kasih kepada aku?.Apasal pulak?.”Azhani pelik.”Sebab,selepas je kau berhenti kerja daripada syarikat ni.Datuk Mazlan terus bagi jawatan kau kepada aku.Dan sebab kaula aku dapat tengok anak datuk setiap hari.”Jawab Melena.Oh,ya.Perkahwinan aku dan Syed Ariff tidak begitu diketahui ramai terutamanya kepada pekerja syarikat Mazlan Holding.Mungkin Melena juga tidak mengetahuinya,yang tahu hanyalah Lia.Azhani memandang Lia.Kenapa la aku rasa marah sangat dengan Melena.Aku cemburu ke?.”So,kau ada hal apa dengan encik Syed Ariff?.”Melena menjeling kepada Azhani.”Aku memang ada hal dengan Syed Ariff.Tapi pasal hal tu aku rasa aku tak perlu beritahu kau.”Jawab Azhani.Kemudian Melena mendengus.”Well,untuk maklumat kau.Aku ni PA dia.So,semua hal dia adalah hal aku.Anggap jer la aku ni sebagai isteri dia.Atau lebih tepat bakal isteri dia.”Melena tersenyum sinis.Azhani mulai geram.Nak je aku ketuk kepala minah ni sekarang!.Sabar Azhani.Azhani menarik nafas panjang kemudian tersenyum kepada Lia.”Well,aku rasa kau dah terlambatla Melena.Sebab aku dengar cerita Syed Ariff tu dah berkahwin.”Melena terkejut.”What?!.Tak mungkin.Kau mesti nak tipu aku kan!.”Melena bagaikan tidak percaya.

Azhani mengangkat bahu dan membuat wajah selamba.”Terserahla kau nak percaya ke tak.Tapi aku dengar daripada sumber yang betul.”Kata Azhani.Melena memicit-micit kepalanya yang tidak pening.”Kalau macam tu,siapa isteri dia?.”Soal Melena dengan berang.”Entahlah,aku sendiri pun tak pasti.Tapi diorang kata isteri dia ada iras-iras aku la jugak.”Tipu Azhani membuatkan Melena ketawa serta merta.”Minah kolot,kau jangan buat lawak boleh tak.Syed Ariff berkahwin dengan perempuan yang rupa macam kau?.Sorry sikit,aku takkan percaya.”Sambung Melena.Azhani mula naik darah.Muka aku ni kolot sangat ke?.Aku rasa wajah aku ni normal je.”Ok,untuk pengetahuan kau.Isteri dia adalah ak..”Tidak sempat Azhani menghabiskan katanya secara tibawajah Syed Ariff terpacul di pintu pejabat.Syed Ariff meluru kearah Azhani.”Oh,kau dekat sini rupanya.Jomla kita balik sekarang.Meeting aku cancel hari ni.Ayah pun pergi building site.”Kata Syed Ariff.”Balik sekarang?.Awalnya.Saya belum puas tengok pejabat saya lagi.”Kata Azhani.”Aduh,kalau kau sayang sangat dengan pejabat kau ni.Aku sanggup hantar kau hari-hari,tapi sekarang jom kita balik dulu.Aku tengah lapar ni.”Kata Syed Ariff sambil menarik Azhani ke pintu pejabat.”Eh,tunggu bos.Err..Boleh bos jelaskan apa hubungan bos dengan Azhani?.”Soal Melena.Dia terkejut apabila Syed Ariff memaksa Azhani pulang ke rumah.Takkanla Azhani ni....”Oh,lupa saya nak kata dekat awak.Azhani ni isteri saya.Nanti awak tolong uruskan semua schedule saya untuk esok ye.”Kata Syed Ariff dan terus menarik Azhani sehingga keluar daripada pejabat.Melena terjelopok di atas lantai.Tak mungkin minah kolot tu isteri encik Ariff.?Aku kalah dengan minah tu.Tak mungkin!.Tak guna kau Azhani,kau tipu aku.Aku takkan bagi kau terlepas!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience