BAB 23

Romance Completed 68960

Pada malam itu,Azhani ketawa di gagang talian bersama Lia.”Lia,kalau kau ada time tu.Kau mesti rasa macam nak tergelak bila kau tengok muka Melena.Pucat gila muka dia bila mamat tu bagitahu yang aku ni isteri dia.Haha..”Azhani tergelak.”Haha..Itula,minah plastik tu perasan bagus sangat.Kan dah kena!.Aku harap sangat aku ada pada waktu tu.”Lia tersenyum.”Tapi aku still tak faham kenapa Melena tu benci sangat dengan aku.Setiap hari aku tolong buatkan assignment untuk dia ingatkan boleh la dia kurangkan sikit kebencian dia tu.Aku tak buat salah pada dia pun.Tak faham aku.”Azhani bingung.”Beb,tak semua orang yang nak kawan dengan kita.Kau kena faham.”Terang Lia.”Mungkin betul kata kau.Cuma aku tak nak bermusuh dengan sesiapa.Aku ada berharap jugak supaya suatu hari nanti aku dengan Melena boleh jadi kawan.Tapi entah kenapa minah tu asyik cari pasal je dengan aku.”Azhani berkata dengan nada geram.”Az,dalam hal ni kau tak bersalah.Mungkin sikap Melena tu yang tak betul.Kau jangan fikir sangatla tentang minah tu.”Kata Lia.”Itula,mungkin aku terfikir banyak sangat.”Azhani tersenyum.”Okla beb.cerita favourite korea aku dah nak start ni.Aku letak dulu ye.”Lia,Lia..Asyik tengok cerita korea je kerja kau ye.”Okla kalau macam tu.Bye..”Jawab Azhani.Kemudian mereka berdua meletakkan gagang.

Azhani keluar dari bilik.Hari ni dia tidak perlu siapkan makan malam kerana Syed Ariff sudah makan malam di luar dengan clientnya.Dia melihat Syed Ariff yang sedang menonton televisyen.Mamat ni asal balik rumah je tengok tv,tak ada kerja bagus sikit ke nak buat.Azhani menghampiri Syed Ariff.”Awak,hari ni saya nak tengok tv boleh tak.Hari-hari awak je tengok tv.Saya nak tengok cerita saya pun tak boleh.”Kata Azhani.Syed Ariff memandang Azhani.”Kau nak tengok tv ke atau pasang dvd?.”Soal Syed Ariff.”Ermm,saya nak tengok dvd la.Cerita cinta ada tak?”.Mata Azhani mula bersinar.Bab cerita cinta ni dia memang suka.”Cerita cintan-cintun tak ada dekat rumah aku.Lawan-lawan dengan cerita hantu ada la.”Kata Syed Ariff.Azhani mencebik.Mamat ni tak sporting langsung.”Kalau macam tu saya tengok cerita hantu je la.Daripada cerita lawan-lawan saya tak faham langsung.”Azhani duduk di sofa tepi Syed Ariff.Syed Ariff mula memasang dvd dan meletakkan cd di dvd player.Cerita seram mula terpasang.”Awak,ni cerita seram melayu ke inggeris?.”Soal Azhani.”Inggeris.”Syed Ariff menjawab malas.Azhani menelan air liurnya.Aduh,cerita seram-seram ni sebenarnya aku tak tahan sangat.Apatah lagi cerita seram Inggeris.Seram gila,tak masuk tandas aku malam ni.Azhani memegang bantalnya dengan erat.Asal ada sahaja babak yang menyeramkan Azhani menghadang skrin dengan bantalnya.Syed Ariff tersenyum melihat gelagat Azhani.Minah ni takut dengan cerita hantu macam budak kecik.”Kalau kau takut sangat.Kenapa tak nak duduk sebelah aku je.”Kata Syed Ariff sambil tersenyum sinis.”Iee..Tolong sikit.Mana tau nanti awak raba saya ke.Tak nak saya!.”Azhani menjawab.”Well,suka hati kaula.Tapi aku bagi amaran,selepas ni ada babak seram gila tau.”Syed Ariff berkata dengan tenang.Azhani mulai kalut.Tak,aku takkan kalah pada mamat tu.Azhani menumpukan perhatiannya pada televisyen.Secara tiba-tiba terpapar gambar hantu yang besar di skrin.Azhani terkejut.”Makk!!.”Azhani terus melompat dari sofa dan duduk di sebelah Syed Ariff serta merta membenamkan wajahnya di lengan lelaki itu.Syed Ariff ketawa terbahak.Azhani yang tersedar tindakanya terus berganjak sikit dari Syed Ariff.”Haha..Ingatkan berani la sangat.Rupa-rupanya penakut macam tikus.”Syed Ariff terus ketawa.Azhani mengetapkan bibirnya.Geramnya aku dengan mamat ni!.

Secara tiba seluruh rumah menjadi gelap.Azhani terkejut.”A..awak..kenapa gelap ni?.Elektrik terputus ke?!”.Azhani takut.Sudahla sebentar tadi baru menonton cerita hantu,kemudian bekalan elektrik pulak terputus.”Iyerla tu kot.”Jawab Syed Ariff selamba.Azhani memegang erat lengan lelaki itu.Meremang bulu roma Azhani berada dalam kegelapan itu.”Awak pergi la baiki elektrik sekarang.Saya takutla..”Azhani memaksa.”Aku rasa satu wilayah elektrik terputus.Esok mungkin baru ok.”Kata Syed Ariff.”Apa?!.awak biar betul!.”Azhani terkejut.”Iyerla kak oi.Kau tak tengok berita ke tadi.”Jawab Syed Ariff.Azhani melihat sekelilingnya yang gelap.Aduh,macam mana aku nak tidur dalam bilik ni.Tiba-tiba Syed Ariff mula bangkit dari sofa.”Eh,awak dah nak tidur dah ke?.”Azhani kalut.”Iyerla,aku mengantuk gila dah ni.Kau pergi la tidur dekat bilik kau.”Kata Syed Ariff sambil tersenyum.Gerenti minah ni tak nak tidur dalam bilik dia.

“Awak tak boleh teman saya sekejap lagi ke.Mungkin nanti elektrik ada balik.”Jawab Azhani.

“Malasla,aku mengantuk gila ni.”Kata Syed Ariff dan ingin berlalu pergi namun sempat ditahan Azhani.”Bo..boleh tak saya tidur dekat bilik awak malam ni.Untuk hari ni je.Saya takutla nak tidur dalam bilik saya dengan gelap macam ni.”Mengaku Azhani.Syed Ariff tersenyum nakal.”kau tak takut ke aku buat apa-apa kat kau nanti.”Kata Syed Ariff.”Awak janganla main-main.Saya serius takut ni tau!.”Jerit Azhani.”Ok,ok..fine.Kau boleh tidur kat bilik aku.Tapi untuk hari ni je tau.”Kata Syed Ariff manakala Azhani pula menganggukkan kepala.Mereka berdua menuju di bilik Syed Ariff dengan perlahan.Azhani pula tidak lepas dari mengenggam lengan Syed Ariff.Keadaan yang gelap itu membuatkan mereka sukar untuk melihat.Sampai sahaja di bilik mereka berdua tidur di atas katil.Sempat lagi Azhani meletakkan bantal peluk besar diantara mereka.

“Awak ingat tau,jangan lebih dari bantal peluk ni!.”Azhani bagi amaran.

“Aku taula.Sekarang senyap sikit boleh tak.Aku nak tidur ni.”Kata Syed Ariff.

Azhani cuba melelapkan matanya.Hatinya masih berasa takut dengan keadaan gelap itu tambahan pula teringatkan babak –babak seram cerita hantu tadi.Azhani ingat allah,jangan takut.Tiba-tiba mata Azhani terus membulat apabila dia sedar ada sesuatu yang hinggap di pipinya.Dia merasa pipinya.Ada orang cium pipi aku ke tadi?.Azhani berpaling kearah Syed Ariff.”Awak,awak ambil kesempatan ek.”Jerit Azhani.Namun Azhani hanya melihat Syed Ariff yang sedang tidur sambil berdengkur dengan samar-samar cahaya.Eh,mamat ni tidur.Habis tu siapa pulak cium pipi aku tadi?.Atau sebenarnya..Tiba-tiba wajah hantu di dalam cerita tadi terbayang dalam mindanya.Bulu roma Azhani mula meremang.Azhani terus menyorok di dalam selimut.Ish,menyesalnya aku tengok cerita hantu tadi!.

Beberapa minit kemudian,Azhani mula terlelap.Syed Ariff membuka matanya dan mengiring kearah Azhani.Dia melihat wajah polos Azhani yang sedang lena tertidur.Sebenarnya sejak dari tadi Syed Ariff hanya berpura-pura tidur.Syed Ariff menyisir rambut Azhani yang terjatuh sambil senyum bersendirian.Bertuahnya aku hari ni,desis hatinya.Kemudian dia merenung Azhani sehingga dirinya terlelap.

“Emm...”Perlahan-lahan mata Azhani dibuka apabila terdengar azan subuh berkumandang.Sebaik sahaja membuka mata, Azhani terkejut.Dia melihat mukanya dan wajah Syed Ariff begitu dekat sehingga dia mendengar deru nafas lelaki itu.Tangan lelaki itu juga sedang melingkar di pinggangnya.Dengan perlahan-lahan Azhani mengangkat tangan Syed Ariff dan turun daripada katil.Kemudian dia menuju ke biliknya sendiri di tingkat bawah.Azhani menutup pintu biliknya.Dia memegang kedua-dua belah pipinya.Merah dan panas.Dekatnya wajah mamat tu tadi!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience