BAB 48

Romance Completed 68960

Sebelum pulang,Azhani menyalam tangan kedua ibu bapa mentuanya terlebih dahulu manakala Syed Ariff pula sedang menghidupkan enjin kereta.

“Az,bagi mak Az adalah wanita yang tabah yang pernah mak kenal.”

“Mak,Az cuma banyakkan doa pada tuhan.Bukan ke semua benda tu Allah yang tentukan.”

“Ye,Az memang betul.”

“Suruh Syed Ariff tu pandu elok-elok ye.” Kata Datuk Mazlan.

“Baiklah ayah.Az pergi dulu ye.Waalaikummussalam.”

Kata Azhani kemudian meluru ke kereta dan memasuki ke dalamnya.Masuk sahaja ke dalam kereta,dia melihat Syed Arif sedang berbalas mesej dengan seseorang.Azhani memakai tali pinggangnya terlebih dahulu kemudian memandang sekali lagi pada Syed Ariff.

“Abang sms dengan siapa tu?” Soal Azhani.

Azhani mendengar keluhan daripada mulut Syed Ariff

“Abang ada hal ye?” Teka Azhani.

“Pasal klien abang.Dia nak jumpa abang tengahari ni jugak.”

“Ooo..Hal kerja rupanya.Tak apa lah kalau macam tu.Abang hantar je Az balik rumah sewa lepas ni.”

Syed Ariff memandang wajah isterinya dengan reaksi hampa.

“Tapi abang baru terfikir nak luangkan masa dengan Az lepas ni..”Tutur Syed Ariff.

Azhani tersenyum.

“Luangkan masa dengan Az? Maksud abang macam mana tu?”

“Abang ingat nak ‘date’ dengan Az hari ni.Tengok wayang,pergi makan..”

Azhani tergelak kecil.

“Abang ni buat lawak la.’Date’ tu untuk perkataan pasangan kekasih je tau,kita ni dah isu lain.Dah berkahwin pun nak guna perkataan ‘date’.”Balas Azhani.Syed Ariff mencebik.

“Tapi tak salahkan.”

“Oklah,Az pun teringin nak ‘date’ dengan abang.Cuma hari ni kita berdua tak ada rezeki,abang kena la pergi jumpa klien abang.Tak elok tau buat orang tertunggu.”

Syed Ariff tersenyum pahit kemudian mengusap tangan isterinya.Ada benar juga kata Azhani,walaupun klien dia kali ini adalah yang terpenting bagi syarikat ayahnya.

“Fine.Abang dengar cakap Az kali ni.Tapi abang still akan buat hari ‘date’ kita nanti.”

“Ermm..Kalau macam tu,macam mana dengan esok?”

“Esok? Bukan Az kerja ke?”

“Esok Az kerja habis awal.So abang boleh la ambil Az dekat rumah sewa nanti.”

Syed Ariff tersenyum lebar.

“Betul ni? Kita ‘date’ esok?”

Azhani menganggukkan kepalanya dengan gembira.

“Ok,abang janji akan ambil Az esok untuk ‘date’ kita!” Kata Syed Ariff dengan riang.

Azhani hanya tergelak kecil melihat perlakuan Syed Ariff.Kemudian,kereta Syed Ariff keluar daripada perkarangan rumah ibu bapanya.Datuk Mazlan memeluk bahu isterinya.

“Mah perasan tak? Sejak Azhani datang ke dalam keluarga kita ni sudah banyak yang berubah kan?”

Dahi Datin Fatimah berkerut.

“Perubahan yang macam mana abang maksudkan ni? Mah tak faham la?”

“Maksud abang perubahan yang positif.Syed Ariff makin gembira dan rumah ni pulak makin riuh bila Azhani lawat kita.Abang betul-betul sukakan suasana macam ni.Suasana yang selalu abang harapkan.”

Datin Fatimah tersenyum.

“Mah juga harap rumah ni akan riuh bila kita dapat cucu nanti.” Kata Datin Fatimah memandang Datuk Mazlan.

“Abang pun terfikirkan macam tu jugak.”

Tidak ingin menunggu lagi,mereka berdua memasuki rumah mereka yang tersergam indah.

Tiba sahaja di hadapan rumah sewanya,Azhani membuka pintu dan keluar daripada kereta Syed Ariff.Dia pelik apabila melihat kereta Asyikin yang berada di perkarangan rumahnya.Eh,cepatnya Asyikin ni balik? Tak sampai waktu tengahari pun?

“Abang,Az masuk rumah dulu ye..”Pamit Azhani.

“Tunggu sekejap Az!”

“Kenapa?”

“Abang ada terfikir jugak tadi,pasal esok.”

“Kenapa dengan esok? Pasal ‘date’?”

“Bukan pasal ‘date’.Abang ingat,lepas kita ‘date’ tu.Az pindah rumah kita boleh?” Kata Syed Ariff dengan wajah penuh harapan.Azhani tersentak,dia lupa untuk memikirkan tentang hal itu.Azhani tidak kisah untuk berpindah ke rumah mereka,hatinya pun sudah rindu dengan rumah yang lama tak dijejakinya.Tapi bagaimana dengan Asyikin? Azhani sudah terbiasa hidup bersama Asyikin dan mula rasa bersalah meninggalkan Asyikin tinggal seorang diri.Macam mana ni?

“Emmm...Az..” Azhani kalut.Dia cuba mencari perkataan yang sesuai untuk berkata.

“Please Az.Sampai bila kita nak duduk terpisah macam ni? Abang asyik terbayang Az bila duduk dekat rumah kita seorang diri.Esok ye?”

Azhani mati akal.Lambat laun permintaan Syed Ariff akan diturutinya juga je.Bukankah seorang isteri mesti berada dengan suami.Bila difikirkan semula situasi dia dan Syed Ariff tinggal dengan gaya sebegini memang pelik.

Azhani menarik nafas yang panjang kemudian bibirnya tersenyum.

“Baiklah.Kalau abang nak Az pindah esok.Az kena la pindah.” Balas Azhani.

“Betul ni?!” Kata Syed Ariff dengan tidak percaya.Azhani pula hanya menganggukkan kepalanya.Hati Syed Ariff betul-betul gembira.Lantas dia mencium pipi isterinya membuatkan Azhani terkejut.Issh,mamat ni dia buat lagi!

“Thanks sayang! Abang ambil esok tau!” Kata Syed Ariff lalu menaikkan cermin keretanya dan keretanya terus meluncur di atas jalanraya.Azhani geram mengetap bibirnya .Tidak sangka betul dengan tabiat suaminya.Kalau dia gembira,cepat je dia tinggalkan aku.Huh!

Azhani terus masuk melangkah ke dalam rumah sewanya.Matanya meliar mencari kelibat Asyikin di dalam rumah.Kenapa ye agaknya Asyikin balik awal hari ni? Pagi tadi beriya dia kata dengan aku dia lewat nak pergi kerja.Tup,tap,tup,tap.Dia balik rumah lagi awal dari aku?

Azhani meletakkan beg tasnya di atas sofa kemudian menuju ke dapur apabila terdengar bunyi seseorang seperti menggoreng makanan.Mesti Asyikin!

“Kau masak apa tu?” Kata Azhani kemudian menarik kerusi meja makan dan duduk.

“Eh?! Kau dah balik? Awalnya.”

“Oi,cik kak.Patutnya aku yang tanya soalan tu pada kau.Kenapa kau balik awal ni? Bukan hari ni kau kerja?”

Asyikin meletakkan ‘nugget’ yang digorengnya ke dalam pinggan kemudian menghidangkannya di atas meja.Dia pun menarik kerusi dan duduk di hadapan Azhani dengan muka monyok.

“Kau nak tau sebab apa aku balik awal hari ni?”

“Nak! Nak tahu sangat.” Kata Azhani kemudian menyumbatkan satu ‘nugget’ ke dalam mulutnya.Asyikin pula geram dengan tindakan Azhani.

“Aku yang masak kau pulak yang makan dulu ye.”

“Heheh..Cepat la cerita!”

Asyikin mengeluh sebelum membuka mulut untuk berkata.

“Aku..”

“Tunggu!” Azhani mencelah.

“Kenapa kau ni? Aku tak start cerita lagi.”

“Aku tau sebab apa kau balik awal..” Senyum Azhani.

“Sebab apa?” Duga Asyikin.

“Sebab kau lambat pergi kerja kan?”

“Salah!”

“Salah?! Habis tu sebab apa?”

“Itu lah,lain kali dengar aku cerita dulu.Ini tidak,terus menyampuk.”Dengus Asyikin.

“Sorry.Hehe..Sila cerita kembali cik Asyikin.”

“Hmpph!.Aku balik awal ni sebenarnya ‘boss’ aku yang bijak lagi pandai tu lupa nak inform sesuatu dekat aku semalam.”

“Inform apa?”

“Patutnya hari ini aku tak payah pergi kerja.Boss aku gantikan kerja aku dengan orang lain.Huh,buat penat je aku bangun pagi-pagi.Geramnya aku dekat boss aku ni!” Marah Asyikin kemudian memasukkan satu ‘nugget ‘ ke dalam mulutnya.

“Dia gantikan kerja kau dengan siapa?”

“Entah! Aku pun tak tahu.Aku datang je dekat pejabat pagi tadi dia terus kata aku tak payah buat apa-apa.Kononya semua kerja dia dah uruskan.Kalau macam tu,lebih baik semalam dia tak payah suruh aku uruskan presentation dia.Arrghh!”

Azhani tergelak kecil.Kesian sahabatnya yang seorang ni..

“Sabar je la Asyikin.Lain kali suruh ‘boss’ kau tu makan kismis banyak-banyak .”

“Bagus jugak cadangan kau.” Senyum Asyikin.

Mereka berdua memasukkan ‘nugget’ ke dalam mulut masing-masing.

“Kau pulak Az? Awal kau balik dengan cik abang kau hari ni.Aku ingat kau keluar balik malam nanti.Paling bagus tak balik langsung.” Kata Asyikin sambil tersenyum gatal.

“Pemikiran kau ni tak ada fikir benda lain kan.Aku balik awal sebab tengahari ni Ariff kena jumpa klien dia.”

“Wah,dia selalu sibuk ke?” Tanya Asyikin.

“Bolehla..”

Asyikin hanya menganggukkan kepalanya.Kemudian dia bangkit daripada kerusi dan mengambil pinggan untuk diletakkan ke dalam singki.

“Errm...Asyikin,aku nak beritahu kau sesuatu boleh?” Tutur Azhani dengan nada perlahan.

“Apa dia?” Kata Asyikin menutup singki air.

“Sebenarnya,hari ni Syed Ariff beritahu aku sesuatu.Tapi aku takut..”

“Dia nak kau pindah dengan dia kan.” Kata Asyikin.

Azhani terkejut.Dia merenung mata Asyikin dengan muka berkerut.Hebat! Macam mana Asyikin tau? Muka aku ni memang senang nak dibaca ke?

“Macam mana kau tahu?” Soal Azhani.

“Az,kau ingat aku ni perempuan tak ada pendidikan ke.Dah terang-terang kau isteri Syed Ariff.Mesti la dia nak kau duduk rumah dengan dia.”

Azhani tersengih.

“Jadi kau rasa macam mana?”

“Aku rasa kau patut pindah dengan Ariff.”

“Betul ni?” Soal Azhani

“Kenapa dengan kau ni Az? Maksud kau apa ni?”

“Sebenarnya,aku takut kau tak suka aku pindah keluar.Lagipun nanti kau tinggal seorang diri dekat rumah ni,aku risau nanti.”Luah Azhani.

Asyikin mengeluh kemudian duduk kembali di kerusi.

“Az,sejujurnya aku pun sedih kau nak keluar daripada rumah ni.Aku dah terbiasa hidup dengan kau.Tapi Syed Ariff tu suami kau,jadi nak buat macam mana lagi.” Kata Asyikin.

Azhani merasa sayu dalam hati.Daripada musuh,dia bergelar sahabat kepada insan yang bernama Asyikin.Azhani juga berjaya mengubah hidup Asyikin sehingga kepada gaya muslimah,tipulah kalau kata dia tidak mahu berenggang dengan sahabatnya.Azhani mempamerkan wajah sedih.

“Walaupun kita tak duduk serumah nanti,janji dengan aku kalau kau susah kau cepat-cepat cari aku tau!” Kata Azhani.Asyikin tersenyum lebar.

“Ok,promise.”

Mereka berdua ketawa.Indahnya rasa jika kita ada seseorang yang sentiasa membimbing dan berada di sisi kita apabila berada dalam kesusahan.Menghulurkan kita bahu sewaktu kita kesedihan.Sahabat yang baik adalah perkara yang sukar dicari.Asyikin bersyukur kepada tuhan kerana menganugerahkanya kawan seperti Azhani.

Malam itu,selesai menunaikan solat isyak.Azhani merebahkan badanya di atas katil.Dia mula berfikir apa yang akan terjadi esok.Secara tiba mindanya teringatkan perihal Zakaria dan bagaimana perasaan Zakaria padanya.Arrgghh,peningnya kepala fikir tentang tu.Itu belum tambah lagi dengan seorang minah yang menganggu hidupnya,Elisya.Kenapa la Zakaria tu susah sangat nak percaya dengan kenyataan yang aku buat tentang status aku?Susah sangat ke untuk percaya?!

Semua masalah bagaikan bercampur dalam otak Azhani.Terlalu berat untuk dia memikirkanya tentang hari esok.Dengan bosan,dia mengguling-gulingkan badanya di atas katil.Kelakuanya terhenti apabila telefon bimbitnya bergetar di atas meja sebelah katilnya.Azhani memanjangkan tangan dan mencapai telefon bimbit miliknya.Mesej daripada Syed Ariff? Secara automatik bibir Azhani terukir senyuman.Memang penyakit angau Syed Ariff berjangkit denganya.

Abang rindu Az sekali lagi malam ni.

-Syed Ariff.

Azhani tergelak kecil membaca mesej itu.Ayat memang cair mamat nih.

Kalau rindu,pergi peluk bantal peluk kesayangan abang tu! Pergi tidur la..

-Azhani.

Kemudian Azhani menekan butang hantar pada telefon bimbitnya.Tidak sampai seminit,satu mesej masuk ke dalam kotak mesejnya.

Fine,Az tak rindu abang kan.I’m really forward for our date tomorrow.Ingat,malam ni kemas barang!

-Syed Ariff.

Azhani menepuk dahinya.Aduh,aku betul-betul lupa tentang hari esok.Barang aku tak kemas lagi ni! Mata Azhani mengerling pada jam dinding.Malam masih awal,baik aku kemas barang cepat.Kemudian jari Azhani laju menghantar mesej kepada Syed Ariff.

Abang,malam ni Az nak tidur awal.Esokkan kita nak keluar.Salam.

-Azhani.

Terpaksa Azhani berbohong atau tidak memberitahu Syed Ariff.Kalau tidak,bising pulak mamat tu.Tanpa berlengah lagi,Azhani mengeluarkan semua pakaianya di dalam almari.Ketukan di pintu membuatkan pandangan Azhani teralih.Asyikin memasuki bilik rakanya.

“Kenapa Asyikin? Ada hal ke?” Soal Azhani.

Tanpa menjawab Asyikin hanya menunjukkan satu kotak kepada Azhani dan meletakkanya di atas katil.

“Kotak?”

“Iye la. Kotak.”Jawab Asyikin.

“Apa aku nak buat dengan kotak ni?”

“Ngok la kau ni! Kau ingat semua barang kau yang berlambak dalam bilik ni muat ke dalam beg tu.”

“Eh? Haah la.Hehe..Thanks Asyikin.” Sengih Azhani.

“Lain kali otak tu jangan ‘loading’ lambat sangat.”

Lantas,Azhani memasukkan beg-beg nya ke dalam kotak tersebut manakala Asyikin pula melipat baju rakanya dan memasukkan ke dalam beg.

“Asyikin,tak payah la lipatkan baju aku tu.Aku boleh buat,susahkan kau je.” Kata Azhani merasa bersalah.

“Tak apa,aku tak kisah.Apa lah gunanya kawan.” Balas Asyikin.

Azhani tersenyum kemudian membiarkan sahaja Asyikin mengemas bajunya.Lalu,telefon bimbitnya bergetar membuatkan perlakuan Azhani terhenti.Dia mencapai telefon bimbitnya kemudian membaca mesej yang tiba.

Love U.Gud Nite.

-Syed Ariff

Tersengih panjang Azhani membaca mesej itu.Sudah,aku pulak yang angau!

“Woit,yang kau sengih dekat situ tu apa hal?” Tegur Asyikin.

“Ha? Oh,tak ada apa-apa.Hehe..”

Kata Azhani cuba selindung kemudian meneruskan kerjanya yang terbangkalai.

Azhani mengerling pada jam tanganya sebelum tiba ke kedai ‘Florist Mariah’.Wah,hari ni aku datang awal.Rekod terbaru! Azhani tersenyum lebar kemudian menyambung langkahnya ke ‘Florist Mariah’.Tiba sahaja di hadapan kedai,langkahnya terhenti apabila melihat Zakaria berdiri di muka pintu.Zakaria?!

Azhani menggosok-gosok matanya.Alamak,betul lah mamat tu Zakaria! Malas betul aku nak bertembung dengan dia pagi-pagi macam ni.Mungkin aku patut patah balik sehingga dia hilang.Tidak sempat Azhani berpaling.

“Azhani?” Terdengar suara Zakaria memanggil namanya daripada belakang.

Terlambat..Azhani mengeluh kemudian menoleh ke belakang perlahan.Zakaria sedang meluru ke arahnya.

“Oh,Zakaria! Apa awak buat dekat sini?” Sengaja Azhani menyoal tidak ingin menjadi kekok.

“Saya tunggu awak.Kenapa awak pusing sana? Bukan awak nak pergi kerja?” Wajah Zakaria berkerut.

“Errr...Sa..Saya lebih suka lalu pintu belakang.Haha..senang sikit nanti.”

“Owhh,macam tu.Ingat awak memang tak nak jumpa saya tadi.”Kata Zakaria

“Ish,bukan macam tu lah awak.” Sengih Azhani walaupun hakikatnya andaian Zakaria memang tepat seratus peratus.

“Azhani,boleh saya berbincang sesuatu dengan awak,sekarang.”

“Bincang? Sekarang jugak?”

Zakaria menganggukkan kepalanya.

“Maaflah Zakaria,saya bukan tak nak berbincang.Tapi sekarang waktu kerja saya.Jadi saya tak bo..”

“Az,tak apa.Saya dah beritahu awal-awal dekat Putri dengan kak Farihah tadi.Mereka benarkan awak keluar sekejap.” Jelas Zakaria dengan gembira.

“Mereka benarkan?” Kata Azhani tidak percaya.

Aduuh,memang nak kena makhluk dua orang tu! Senang-senang je suruh Zakaria ni bawak aku pergi tempat lain.Marah Azhani.Matanya mengerling ke tingkap kaca kedai.Kak Farihah dan Putri melambai-lambaikan tangan mereka daripada dalam sambil tersenyum penuh makna.Azhani hanya mempamerkan wajah geramnya.

“Jadi? Boleh kita pergi sekarang?” Soal Zakaria.Azhani terkejut.

“Ha? Pergi mana? Tak boleh ke kita berbincang dekat dalam kedai je?”

“Tak boleh Az,sebab benda ni pasal kita.It’s privacy”

Kita?! Sejak bila aku buat hubungan dengan dia ni? Aduh,aku rasa tak sedap hati la pulak.Akalnya mula buntu mencari cara.

“Saya bukan tak nak..Tapi...” Azhani kalut.

“Oklah,kalau awak takut sangat tentang ‘shift’ kerja awak tu.Kita bincang dekat cafe depan je.Boleh?” Cadang Zakaria.

Azhani berfikir sejenak.

“Baiklah.Saya setuju.”Balas Azhani dengan berat hati.

Zakaria tersenyum.

“Mari,kita pergi.” Ajak Zakaria.

Kemudian mereka berdua menuju ke ‘cafe’ yang terletak di hadapan kedai ‘Mariah Florist’ dengan beriringan.Tanpa mereka sedar,Putri dan kak Farihah telah memerhati tindakan mereka sejak daripada tadi di dalam kedai.

“Akak rasa Az tu betul-betul tak sukakan Encik Zakaria tu ke? Putri tengok semacam je mereka berdua tu?” Kata Putri.

“Entahlah Putri,susah akak nak cakap tentang Az tu.Pelik bebenor perangai budak tu.”

Mereka berdua mengeluh serentak. Entah mengapa hati mereka seronok pula mengintip dan berkata tentang Azhani.

Azhani tidak putus merenung kopi yang dipesan oleh Zakaria.Dalam akalnya penuh berfikir untuk berbicara apa pada Zakaria.Yang paling penting sekali sebab apa Zakaria nak jumpa aku? Azhani bingung.

Zakaria pula hanya tenang menghirup kopi yang dipesanya.Hatinya jujur gembira dapat melihat Azhani.Hari ini,dia akan mendapat jawapan yang sebenar daripada Azhani.Dia takut apabila memikirkan andaianya tentang status Azhani adalah benar.

“Errmm.Jadi,apa yang awak nak bincangkan?”

Azhani cuba memulakan perbualan antara mereka berdua.Dapat dia melihat Zakaria cuba mengambil nafas panjang sebelum berkata.Penting sangat ke hal ni?

“Az,saya nak kali ni awak cakap jujur dengan saya.” Kata Zakaria menampakkan raut mukanya yang serius.

Azhani gelabah dalam hati.Apa yang dia nak cakap ni?

“Err..Ok.Apa dia?”

“Betul ke awak dah berkahwin?” Tutur Zakaria.

Mahu tersentak Azhani dibuatnya.Laa,pasal hal ni ke.Mati-mati aku ingat hal serius lain.Tapi,mungkin kali ni Zakaria akan sedar dan percaya tentang status aku.Cepat-cepat Azhani menganggukkan kepalanya.

“Zakaria,tak mungkin saya nak tipu dengan awak tentang status saya.Saya memang dah berkahwin,dan sebab tu la saya tak boleh terima pemberian tudung awak.Tak manis saya terima sedangkan saya dah ada suami.Jadi,saya harap hubungan kita sampai sini sahaja.Saya tak nak ada lagi salah faham.” Terang Azhani.Dia nekad,kali ni dia akan sedarkan Zakaria tentang hubungan mereka.

Zakaria memandang mata Azhani,cuba mencari kejujuran disetiap kata itu.Azhani yang sedar cepat-cepat mempalingkan wajahnya.Zakaria tertunduk.Kecewa dan hampa berbaur dalam hatinya.Dia tahu dan sedar Azhani berkata benar namun sukar untuk dipercayainya.Dia terlalu menyukai Azhani pada saat ini.Apabila dia baru ingin mengenali perasaan cinta,semuanya sudah terlambat baginya.Kalaulah dia yang menjumpai Azhani dahulu.Zakaria melepaskan keluhan berat.

Melihat reaksi Zakaria,membuatkan hati Azhani merasa berat.Kejam sangatkah aku melukakan hati Zakaria?Dari awal lagi aku sedar dia minat pada aku,tapi sayang aku tak boleh terima niat hati suci itu.Aku terpaksa jujur sebegini untuk mengelakkan salah faham perasaan antara kita.Maafkan aku Zakaria....

Melihat keadaan Zakaria yang menyepi,Azhani fikir itu adalah waktu yang terbaik untuk dia beredarkan diri.Walaupun sudah lama sangat dia mencuri waktu kerja.Biarlah semuanya berakhir dengan sebegini.

“Saya rasa baik saya minta diri dulu..”Kata Azhani kemudian cuba bangundaripada kerusi.

“Tunggu!” Zakaria cuba menghalang.

“Errr..Ye?”

“Saya ada lagi satu soalan.”

“Apa dia?”

“Kalau apa yang awak cakap adalah benar.Kenapa awak susah sangat nak bagitahu saya siapa suami awak Az?” Kata Zakaria masih tidak puas hati.

Azhani terdiam.Setelah berfikir,dia mula membuka mulut untuk berkata.

“Zakaria,bagi saya lebih baik saya merahsiakan identiti suami saya pada waktu sekarang.Tolonglah faham situasi saya,kalau saya bagitahu awak pun.Tak ada perkara baik yang awak akan dapat.Saya cuma tak nak kita keruhkan lagi hubungan ini.”Kata Azhani.

Zakaria mengeluh berat,dia tidak boleh lagi memaksa gadis dihadapanya.Dia putus asa.

“Tapi,tak salahkan kalau kita jadi kawan.”

“Zakaria,saya tak rasa itu perkara yang..”

“Tolonglah! Saya janji takkan beri awak barang atau ganggu kerja awak.Just,hubungan kita setakat kawan biasa.Takkan itu pun tak boleh?” Pinta Zakaria.Setakat ini dia berfikir rasional,hatinya cuma tidak mahu memutuskan hubungan antara dia dan Azhani.

Azhani melihat wajah Zakaria.Dia dapat membaca perasaan terdesak dalam mata pemuda itu.Tapi bolehkah dia dan Zakaria berkawan? Apa reaksi Syed Ariff nanti.Azhani bingung dengan perasaan sendiri.Dia bagaikan terhimpit dengan dua pilihan.Tapi hubungan kawan itu dikira baik daripada mereka melebihi batas masing-masing.Mungkin dengan status kawan juga dia dan Zakaria dapat membersihkan salah faham yang berada di dalam akal Putri,kak Farihah dan Elisya.Azhani menarik nafas panjang.

“Baiklah,saya rasa kita masih boleh jadi kawan.”Balas Azhani.

Tidak dapat Zakaria menyembunyikan perasaan gembira mendengar kata Azhani.

“Tapi saya harap kita tahu batas masing-masing.” Sambung Azhani.

“Ye,baiklah.” Jawab Zakaria.

Mungkin dengan cara ini dia dapat menerima kenyataan dan melupakan Azhani dengan perlahan-lahan.Dia tahu perasaan ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih.Namun,pilihan apa lagi yang Zakaria ada?

“Kalau macam tu,saya rasa baik saya pergi sekarang.” Kata Azhani kemudian sekali lagi bangkit daripada kerusi dan lalu ke pintu cafe.

“Azhani..” Panggil Zakaria.

Azhani menoleh.

“Terima kasih sebab terima saya sebagai kawan.” Sambung Zakaria.

Azhani tidak berkata namun hanya membalas dengan senyuman yang ikhlas lahir dari hatinya.Zakaria mula merasa bersyukur kerana diketemukan dengan Azhani walaupun tidak dapat memiliki hati gadis itu.

Langkah sahaja ke dalam kedai bunga itu,satu perkara sahaja yang ingin dilakukan oleh Azhani.Ya,mencari dua makhluk yang pandai-pandai merancangkan pertemuan aku dengan Zakaria tadi.Kak Farihah dan Putri yang muncul di dalam kedai mula meluru mendapatkan Azhani.Azhani sudah mula mempamerkan wajah geramnya.

“Korang ni kan! Kenapa suka-suki je bagi Zakaria tu jumpa aku pastu bawak aku keluar masa kerja.Kalau aku kena potong gaji nanti siap korang!” Marah Azhani.

“Ala Az,rileks la.Aku gerenti kau takkan kena potong gaji punya.Zakaria tu kan anak Datin Mariah.Kau lupa ye.” Kata Putri.

“Masalahnya aku tak nak jumpa dengan dia hari ni.Bertuah betul la korang ni!”

“Az,masalahnya tadi dia desak kitaorang nak jumpa dengan kau.Macam mana kitaorang nak tolak.Akak rasa dia suka kau la Az,gerenti!” Kata kak Farihah manakala Putri sudah menganggukkan kepalanya.

“Akak,dah banyak kali Az cakap.Az tak suka dia lah.Jadi,Az dengan Zakaria tak ada hubungan yang macam tu.” Kata Azhani dengan malas kemudian menuju ke kaunter.Putri dan kak Farihah hanya membuntuti daripada belakang.

“Az,sekarang akak nak Az cakap betul-betul.Cuba cakap apa kurangnya Zakaria tu.Akak tengok dia ikhlas sukakan Az.Kalau tak dia takkan panik tau bila tahu Az sakit masa tu.”

“Dia tahu Az sakit?!”

Kak Farihah menganggukkan kepalanya.

“Iye la Az.Terima je la dia.Susah tau nak cari lelaki macam tu sekarang.”Sokong Putri.

Azhani rimas,dia sudah malas mahu melayan karenah kawan sekerjanya.Biarlah apa yang diorang nak fikir.Sekarang ni hati aku dah lega sebab telah selesaikan masalah aku dengan Zakaria.Lagi satu,aku tak sabar nak ‘date’ dengan Syed Ariff petang ni.Yeay!

Azhani terus membuat kerja sendiri dengan menyusun bunga di atas meja.Kak Farihah dan Putri masih tidak puas hati kerana tidak mendapat kenyataan daripada Azhani.

“Tengok la tu kak.Kita cakap dia buat ‘derk’ je.” Kata Putri.

“Sabarla Putri,akak nekad nak tanya dia lagi tentang Zakaria.Akak tahu mesti ada sesuatu!”

Putri dan kak Farihah tersengih panjang penuh makna.

Petang itu,habis sahaja waktu kerjanya.Azhani cepat-cepat tunggu di luar kedai.Sudah berapa kali dia mengerling pada jam tanganya.Tindakanya itu membuatkan tanda tanya pada kak Farihah dan Putri.

“Kamu tunggu siapa ni Az?” Soal kak Farihah.

“Gembira je muka kau dari tadi?” Sambung Putri.

Azhani tersenyum lebar.

“Kalau korang pandai cuba la teka aku tunggu siapa?” Sengaja Azhani mahu mengenakan dua orang rakanya.

“Putri rasa Az tunggu siapa ye?” Kak Farihah menyoal Putri.

Secara tiba mata Putri membulat.

“Kau tunggu pakwe kau ye?!” Duga Putri.

“Eh?! Iye ke Az?” Riak muka kak Farihah terkejut.

“Heheh..salah.”

“Habis kau tunggu siapa ni? Cakapla dengan kitaorang.”Putri mula geram dengan teka-teki Azhani.

Tidak sempat Azhani berkata telefon bimbitnya pula berbunyi.Lantas Azhani menjawab panggilan itu.

“Ye mak.Kenapa telefon Az ni?” Jawab Azhani.

“Az,cepat datang ke rumah kamu dengan Syed Ariff sekarang!” Dengar bunyi resah suara Datin Fatimah di gagang talian

“Kenapa ni mak?Az tak faham la?”

“Datang je Az! Ni pasal Syed Ariff!” Kata Datin Fatimah.

“Baiklah mak.Saya datang sekarang!” Kata Azhani kemudian mematikan talian.

Mendengar suara Datin Fatimah dia tahu ada sesuatu yang berlaku.Kenapa dengan Syed Ariff? Ya Allah,hati aku mula tak tenang.Aku kena pergi cepat ni!

“Maaf korang aku ada hal penting.Pergi dulu!” Kata Azhani kemudian lari meninggalkan kak Farihah dan Putri yang pelik dengan reaksinya.

Azhani menolak pintu rumahnya dengan kuat dan menjejak ke dalam.Dengan tergesa-gesa dia mendaki ke tangga atas dan melihat Datin Fatimah berada di luar biliknya.

“Mak,kenapa ni? Apa jadi?” Soal Azhani.

Sebelum berkata,Datin Fatimah mengelap air matanya dengan tisu dan mengambil nafas panjang.

“Pasal Ariff,Az.Tadi ada orang telefon mak kata Syed Ariff kena pukul teruk masa kejar peragut dekat kedai bank.” Kata Datin Fatimah kemudian tidak dapat menahan sebak di dada.

Azhani terkejut.Ya Allah,Syed Ariff kena pukul?!

“Ariff mana mak?” Kata Azhani cuba menahan air matanya daripada mengalir.

“Dia ada dekat dalam bilik,mak dah panggil doktor tadi.”

“Mak Az nak masuk boleh?”

“Mari kita masuk.”

Kata Datin Fatimah kemudian mereka berdua meluru masuk ke dalam bilik.Azhani melihat doktor itu sudah pun mengemaskan peralatanya ke dalam beg.Lantas Azhani pergi pada Syed Ariff yang sedang terlantar di atas katil.Kepala Syed Ariff dibaluti.

“Ya Allah,macam mana boleh jadi macam ni?” Kata Azhani.

Dia memegang wajah Syed Ariff perlahan-lahan.Azhani merasa sedih dalam hati.

“Doktor,anak saya macam mana? Teruk sangat ke?!” Datin Fatimah gusar.

“Bawak bertenang puan.Anak puan stabil,saya dapati hentakan di kepalanya agak kuat.Jadi saya takut...”

“Mak,doktor! Abang Ariff dah buka mata!” Jerit Azhani.

Lantas Datin Fatimah dan doktor itu meluru ke katil.Cepat-cepat Azhani mengesat air matanya dan tersenyum.Mereka melihat Syed Ariff membuka matanya perlahan-lahan.

“Ariff kamu dah sedar nak?” Soal pertama yang diajukan oleh Datin Fatimah.

“Ariff dekat mana ni?” Kata Syed Ariff kemudian bangun dan memegang kepalanya yang berbalut.

“Abang,Az syukur abang dah sedar!” Kata Azhani kemudian mengenggam tangan suaminya.

Syed Ariff memerhati wajah Azhani dengan reaksi pelik.

“Kenapa abang? Rasa sakit?” Duga Azhani.

“Aku tak kenal kau? Kau siapa?” Kata Syed Ariff kemudian menepis tanganya.

Azhani tergamam.Takkanlah...

“Doktor? Kenapa dengan anak saya ni?” Soal Datin Fatimah memandang doktor yang berukuran 40-an itu.Doktor itu mula mengeluh panjang.

“Saya takut anak awak mengalami amnesia akibat dihentak dengan benda yang keras.Dan lagi satu saya rasa ingatan dia akan mengambil masa yang panjang untuk pulih.”

Kata doktor itu membuatkan mereka berdua terkedu.Syed Ariff tak ingat aku?

“Ariff ingat mak tak sayang?”

“Mestilah Ariff ingat mak.Tapi siapa perempuan ni?” Kata Syed Ariff dengan bingung.

Datin Fatimah memandang wajah menantunya dengan sayu.Ya Allah,adakah ini bermakna memori aku bersama Syed Ariff hilang begitu sahaja?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience