BAB 32

Romance Completed 68960

“Hacchuu!!.”.Hampir bergegar rumah banglo itu dengan bunyi bersin Azhani.Azhani mengusap-usap hidungnya yang merah.Siapa pulak yang tengah mengata aku ni?.Dari tadi aku asyik bersin je.Ah,lantakla.Azhani memandang jam di dinding.Waktu sekarang sudah hampir masuk waktu zohor.Kejap lagi mamat tu balikla.Aku nak masak apa ek tengahari ni?.Suami aku tu dahla kuat makan.Hmm..Sup?Kari?.Oh,ya.Aku masak lauk ayam masak merahla!.Lagipun aku dah lama tak makan lauk tu .Azhani menuju ke dapur.Haih,sejak jadi seorang isteri ni.Kerja aku asyik masak pastu fikir pasal makanan je.Bosan jugak.Tapi kalau untuk suami aku yang tercintan-cintun tu.Aku sanggup buat.

Azhani mengambil bahan-bahan daripada peti sejuk kemudian dia mengisar cili.Dia mengambil bawang putih dan merah kemudian memotongnya.”Wahh!!.”.Terkejut Azhani apabila ada tangan yang merangkul pinganggnya.Dia memandang kebelakang.Sudah dia agak Syed Ariff yang melakukanya.Syed Ariff mencium pipi Azhani dan meletakkan dagunya di bahu isterinya itu.”Sayang masak apa tu?.”Soal Syed Ariff.”Abang ni!.Lain kali jangan la terperanjatkan Azhani.Azhani ni dahla pegang pisau.Bahaya tau tak!.”Azhani mengetap bibir.”Sorry,sorry..Salah abang.”Syed Ariff tersenyum.Azhani menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Awal abang balik hari ni?.”

“Saja je abang balik awal.Rindu sangat dengan Azhani!.”Syed Ariff mengeratkan lagi pelukannya.

“Apa la yang abang ni merepek.Buat apa nak rindu dengan Azhani,Azhani bukan pergi mana-mana pun.”

“Sebab Azhani tak pergi mana-mana la abang rindu..”Syed Ariff ketawa.

Azhani tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lagi.Apabila Syed Ariff berlembut dengannya,hati Azhani secara terus akan merasa pelik.Mungkin kerana selama ni Syed Ariff adalah seorang yang panas baran.Tetapi dia suka akan sikap lelaki itu.”Sayang,bekal yang sayang buat tu sedapla.Esok sayang buat lagi boleh?.”Kata Syed Ariff dengan gembira.Azhani terkejut.”Eh,bukan pagi tadi awak kata bawak bekal ni macam budak sekolahla..Malula..Buat apa Az nak buat bekal untuk abang lagi.”Azhani berpura-pura sombong.”Ala,ittu sebelum abang tau yang makanan tu sedap.Boleh ye Az..Untuk abang..”Syed Ariff merayu.Azhani ketawa kecil.Lawak pulak suara mamat ni merayu.”Iyerla~.Nanti Az buatkan untuk abang lagi.”Syed Ariff tersenyum lebar.Ahh,gembiranya hati.

“Abang,tolong pass kan gula.Azhani nak buat air teh la.”

Syed Ariff tersenyum.Ada idea di dalam otaknya.Dia mengambil gula itu dan memberikannya kepada Azhani.Azhani meletakkan dua sudu gula di dalam teh itu kemudian membancuhnya.Dia merasa air tu.Muka Azhani berkerut.Aik?.Apasal teh ni rasa lain macam?.Azhani merasa untuk kali kedua.Masih lagi pelik.Dia merasa pula gula yang ada di dalam bekas itu.Terus dia meludahkan balik di singki dan mengelap mulutnya.

“Abang!.Ini bukan gula,ini garam la!.”Jerit Azhani.

“Hahah..Abang ingat sayang tak perasan tadi..”Syed Ariff tergelak.

“Abang ni kan!.Masin tau tak!.”

“Heheh,Ala sayang.Jangan la marah.Abang joking-joking je tadi.”Syed Ariff tersenyum sumbing.

“Banyak la abang joking-joking.Az termakan banyak garam tadi tau tak.”

“Okla,okla.Kalau Az marah sangat.Biar abang pulak rasa teh tu.Baru seri.”

“Ok.Silakan..”Azhani tersenyum.

Syed Ariff meminum air teh itu.Berkerut-kerut wajah lelaki itu.Azhani terus ketawa.Sekarang barula adil..Hahah..Syed Ariff mencuit hidung Azhani.”Jahat betul isteri abang ni!.”

Malam itu,Syed Ariff dan Azhani sibuk mengemas bilik.Semua barang di dalam bilik Azhani dipindahkan ke dalam bilik Syed Ariff.Ketika Syed Ariff sedang mengemas kotak,dia terlihat banyak gambar Azhani di dalam kotak itu.Semuanya gambar kenangan Azhani bersama Lia semasa di sekolah menengah dan di university dulu.”Sayang,semua gambar dalam kotak ni nak letak kat mana?.”Azhani memandang Syed Ariff.”Gambar?.Oh,gambar tu.Suka hati abang la nak letak dekat mana.Kalau abang rasa menyemak,abang letak je la dekat bawah katil tu.”Kata Azhani.”Emm..Ok.”Jawab Syed Ariff.Dia memandang sekilas pada Azhani yang sedang sibuk mengemas almarinya.Kemudian dia mengambil sekeping gambar Azhani di dalam kotak itu dan sorokkan di dalam poketnya.Syed Ariff tersenyum.Heheh...

Mereka berdua merebahkan diri di atas katil setelah semuanya selesai.”Huh,penat jugak ek kemas bilik ni.Banyak betul barang Az.”Syed Ariff mengeluh.”Ha,banyak eh?.Heheh..Sorry la kalau susahkan abang.”Azhani tersengih.Syed Ariff memegang pipi Azhani.”Ieee..Azhani ni comel la!.”

“Apa ni bang!.Asyik pegang pipi Azhani je.Nanti habis merah.”Geram Azhani.Dia melepaskan tangan Syed Ariff yang memegang pipinya.Ish,kenapala lelaki ni suka sangat jimatkan ‘blusher’ aku.Syed Ariff merenung wajah Azhani.Setiap saat dia akan merindui Azhani.Azhani bagaikan benda yang terpenting di dalam hidupnya.Entah sejak bila dia merasa perasaan ini pun dia tidak tahu.Namun,perasaan itu semakin hari semakin membesar.Kini,Syed Ariff hanya hidup untuk Azhani.

Syed Ariff memeluk Azhani di dalam dakapannya.Bibirnya yang hangat mencium dahi Azhani.Azhani terkejut.”Kenapa ni bang?”.Azhani pelik.Syed Ariff memandang anak mata isterinya.”Azhani,mulai sekarang abang akan cuba untuk menjadi suami yang baik.Abang tau selama ni abang teruk dan lupa pada agama tuhan.Abang harap Azhani dapat membimbing abang dalam hal ni.Abang buat semua ni kerana Az.”Syed Ariff menguntumkan senyuman.Azhani kelu.Dia terkejut namun gembira kerana Syed Ariff akan cuba berubah hanya kerana dirinya.Hatinya dibeluti perasaan terharu.Aku mengucapkan syukur padaMu.”Kenapa Az diam ni?.Cakapla sesuatu.”Syed Ariff pelik.Tidak terharu ke isterinya?Azhani masih senyap.”Az,kenapa senyap je ni?.”Syed Ariff menyoal.Tiba-tiba Azhani membulatkan mata.”Abang,apa benda tu?!!”Azhani menunding jarinya di meja.Syed Ariff terkejut dan terus berpaling.”Mana?!”.

Cupp!.Terkejut Syed Ariff apabila ada ciuman yang hinggap di pipinya.Dia terus memandang Azhani.”Ooo..Isteri abang sekarang dah nakal ye..”.Azhani hanya tersengih.Kemudian dia memeluk erat suaminya.”Abang,Az pun sayang abang.Insyallah Az akan cuba bimbing abang sampai akhirat.”Azhani tersenyum.Mereka berdua berpelukan.Ya Allah,kekalkanlah kebahagiaan ini.

Tiba-tiba Azhani merasa ada ciuman di lehernya.Kemudian ciuman itu beralih pula di bahunya.Azhani terkejut.Alamak,mamat ni dah red line!.Deru nafas Syed Ariff semakin berat.Azhani gelabah.”A..abang. Tolong jangan..”Azhani menolak dada Syed Ariff untuk menyedarkan suaminya.”Sorry Az..Abang tak terkawal tadi.”Syed Ariff meraupkan wajahnya.Muka Azhani mula merona merah dan getaran mula hadir di dalam hatinya.Syed Ariff bangun dari birai katil.”Az,abang pergi dapur dulu ye.”Azhani hanya menganggukkan kepalanya.Apabila Syed Ariff keluar dari bilik,Azhani terus membenamkan wajanya ke bantal.Arghhh!.Tak guna!Tak guna!.Sekarang aku rasa janggal pulak dengan suami aku sendiri.Azhani mengeluh.

****

“Azhani..”.Azhani berpaling melihat Syed Ariff yang memanggilnya semasa dia sibuk membuat sarapan.”Ye bang?”.Azhani melihat Syed Ariff yang menonton televisyen.”Pagi tadi,ayah ada telefon.Dia ajak kita jenguk diorang hari ni.Az nak pergi?”Syed Ariff menannya.”Jenguk mak dan ayah?.Eh,jomla pergi!Azhani rindu sangat dekat diorang.”Kata Azhani.

Syed Ariff tersenyum.”Baguslah,nanti kita gerak selepas sarapan ok.”Syed Ariff menyambung melihat siaran di televisyen.Alamak,aku lupa nak bagitau mamat ni yang pagi ni aku nak keluar.Stok kerepek lays kegemaran aku dah habis.Aku ni dah la tak sah makan kerepek tu masa tengok tv.Macam mana ni?.

“Errmm.Abang..”Panggil Azhani.

“Apa dia Az?”

“Ermm.Pagi ni kalau abang pergi rumah mak dan ayah dulu boleh tak?.Azhani nak keluar sekejap.”

“Sayang nak pergi mana?”.Pelik Syed Ariff.

“Emm..Azhani nak pergi..”

“Sayang nak pergi beli kerepek Lays kan?Abang dah tahu dah.”Senyum Syed Ariff.Sangkalannya tepat sekali.Syed Ariff bangun kemudian menarik kerusi dan duduk di hadapan Azhani.”Eh,macam mana abang tahu?”.Muka Azhani berkerut.Ish,suami aku ni macam tau-tau je apa yang aku fikir.”Sebenarnya semalam,abangla yang habiskan semua kerepek sayang.Sorry ye..”Syed Ariff senyum tersengih-sengih.Patutla bila aku bukak almari kerepek aku hilang.Rupanya dah ada dekat dalam perut suami aku!

“Ieee...Abang ni jahatla!.Mana boleh suka-suka je makan kerepek kesukaan Az.Geram betul.”Azhani mendengus.

“Sorry la sayang.Sedapla kerepek tu.Mula-mula abang nak try makan je dulu.Tiba-tiba dah terhabis semua.Sorry ye.Hahah..”

“Huh.Oklah kalau macam tu.Boleh tak Azhani keluar ni?”Soal Azhani lagi.

“Tak.”Jawab Syed Ariff.”Ala..bolehla bang.Azhani nak pergi beli sekejap je.Nanti Azhani drive la cepat-cepat dekat rumah mak dan ayah.Bolehla..”Rayu Azhani.Sengaja dia membuat muka comel.”Abang tak kata habis lagi.Abang kata Azhani tak boleh pergi.”Azhani membuat muka masam.”Azhani tak boleh pergi tanpa abang.”Sambung Syed Ariff.Azhani tersenyum lebar.”Yeay!.Thanks abang!”.Hati Azhani girang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience