BAB 4

Romance Completed 68960

Sebuah kereta ‘mini cooper’ berhenti di hadapan syarikat Company Mazlan Holding.Syed Ariff kemudiannya keluar daripada kereta tersebut dan menuju di pintu hadapan syarikat.Semasa berlalu,terdapat banyak mata yang melihatnya terutamanya daripada pandangan wanita.Hensem siot!

Syed Ariff pergi ke meja kerani utama.Kerani wanita itu agak terkejut dengan ketibaan Syed Ariff.Mana tidak terkejut apabila ada lelaki segak meluru di hadapan kamu.”Saya anak kepada Datuk Mazlan,Syed Ariff.Saya nak jumpa Datuk.Datuk di mana sekarang?”.Tanya Syed Ariff kepada kerani itu.”Da..Datuk sekarang ada di tingkat 19.Dia ada menyatakan tentang kedatangan tuan dan sedang menunggu tuan di pejabatnya.Si..silakan tuan..heh”.Kerani itu mula bersikap malu-malu kucing.Laju Syed Ariff menuju ke lif mengabaikan sikap kerani itu.

Satu cebikan dilepaskan oleh Syed Ariff.Perempuan semua sama.Asal nampak aku mesti gelabah.Senang betul nak permainkan hati diorang.Syed Ariff bangga dalam hati sambil tersenyum sinis.Kemudian,perjalannya terhenti apabila ingin memasuki lif.Mukanya berkerut melihat papan tanda di hadapan lif.What!~.Lif rosak.Oh,come on,takkan la aku kena daki tangga sampai tingkat 19.Tak masuk akal langsung!.Syed Ariff mula bengang.Masakan anak kepada ketua syarikat ini hendak mendaki tangga.Dia memandang jam tangan Rolexnya.Aduii..aku dah lambat ni,mesti ayah marah.Argghh..Nak tak nak aku terpaksa daki jugak tangga.Dengan perasaan sebal di dalam hati,Syed Ariff pergi ke pintu laluan tangga.Pada waktu yang sama...

Azhani sedang tergopoh-gapah menuruni tangga.Jika dia lambat untuk membeli makanan.Tak lunchla diorang sekawan.Adui,sekarang baru di tingkat 12.Penatnya!.Begitu laju Azhani menuruni tangga sehingga tidak perasan ada air di lantai sehingga ZUKK!

Azhani tergelincir kemudian jatuh ke bawah.Ya allah!,macam mana aku tak perasan ada air tadi!.Matila aku!.Azhani menutup mata.Bersedia untuk hentakan kejatuhannya di lantai.Tangga ni boleh tahan tingginya.Eh.apasal aku jatuh tak sakit pun?.pelik?.Azhani mula membuka mata.Alangkah terkejutnya dia bahawa semasa jatuh dia sempat disambut oleh seseorang.Mereka berdua jatuh di lantai,namun Azhani berada di atas lelaki itu.Wah!,hensemnya lelaki ni,putih.Ish,ape yang aku fikir ni?!.Pada waktu macamni aku sepatutnya malu,bukan menggatal.Aduh,malunya!.Lelaki itu mengerang kesakitan membuatkan Azhani mula tidak berkeruan.

“Err..err..”.Azhani menggelabah.Baik aku bangun dulu,tak pasal-pasal nanti kena tangkap basah sebab berpelukan dengan lelaki ni.Eii,tak nak aku!.Azhani cuba bangun,namun badannya terasa seperti berat apabila dia mendapati tangan lelaki itu melingkar di pinggangnya.Eh,lelaki ni pegang pinggang aku pulak!.Azhani terus cuba untuk bangun dan menjauhi lelaki itu.”He..hei.Saya taula awak nak selamatkan saya,tapi tak perlula sampai pegang pinggang saya ok!.Semua lelaki suka sangat ambil kesempatan dekat wanita!”Azhani mengkibas bajunya.Eii,najis betul aku kena berpegangan dengan lelaki ni.Azhani membebel dalam hati.Syed Ariff yang sedang mengerang kesakitan terus bangun.”Aduuh,sakit betul.Kau ni gajah ke perempuan,berat betul!.Lain kali nak naik tangga pakai mata ok.Aku dah la naik dari tingkat bawah,tak pasal-pasal kena himpap dengan kau!.”Syed Ariff memarahi Azhani.Sudahla diselamatkan perempuan ni,dikatakan pula aku mengambil kesempatan.Minah ni bukan ‘taste’aku okey.

Azhani terkejut.Mamat ni muka aje hensem,bila buka mulut kalahkan machinegun.”Kalau saya ni berat sangat,lain kali janganla selamatkan saya.Harap muka jer hensem,perangai pulak hampeh.Lelaki miang!,”Azhani melawan.Berdesing telinga Syed Ariff mendengar kemarahan Azhani.Tak pernah dalam hidupnya seorang wanita memanggilnya lelaki miang.muka aku yang hensem ni dia kata lelaki miang.Ini dah lebih!.”Hei,kau jangan nak..”.Tidak sempat Syed Ariff mengeluarkan amarahnya Azhani sudah memotong.”Dahla,malas saya nak layan lelaki hampeh macam awak.”.Azhani berpaling dan terus turun tangga di bawah.Syed Ariff ingin mengejar,tetapi langkahnya terhenti.Dia mengingatkan dirinya supaya pergi ke pejabat ayahnya dengan cepat.Kemarahan di hatinya masih menggunung,namun disimpan dahulu untuk cepat ke pejabat.Siapla kau perempuan gila,kalau aku dapat cari kau kerja dalam syarikat ni,tengokla apa yang akan aku buat!.Syed Ariff sudah bertekad.

Azhani berjalan keluar dari syarikat.Eii,apa malang nasib aku hari ni terserempak dengan lelaki miang tu.Tapi aku rasa salah aku jugak sebab tak berterima kasih.Ah,lantakla!.Tapi dia hensem jugak,tergoda sekejap aku tadi.Ish,apa yang aku fikir ni!.Azhani menggeleng-gelengkan kepalanya untuk mengusir kata hatinya yang merepek.Baik aku selesaikan urusan aku cepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience