BAB 25

Romance Completed 68960

Mata Azhani rasa memberat,dia cuba membuka matanya perlahan-lahan.Lampu sinar cahaya yang terang menyakiti matanya.Aku dekat mana ni?.Azhani cuba bangun,badannya terasa sengal dan sangat sakit.Kemudian dia melihat Syed Ariff yang sedang tidur tersandar di kerusi sambil memegang erat tangannya.Syed Ariff?.Azhani melihat sekelilingnya.Bilik ni macam wad je?.Maksudnya aku dekat hospital la ni!.Azhani pelik.Dia cuba mengingati balik ingatannya.Setahu aku, pagi tadi aku naik kereta dengan Lia.Kemudian..Ya Allah!.Aku dengan Lia kemalangan!.Azhani dapat mengingati semula memorinya.Azhani memegang kepalanya,tiba-tiba kepalanya terasa berdenyut.Aduh,sakitnya kepala aku.Mungkin dia berfikir banyak sangat selepas tersedar dari tidur tadi.Syed Ariff terjaga apabila menyedari ada pergerakan pada tangan Azhani.”Azhani?.”Kata Syed Ariff sambil mengusap matanya.Azhani memandang Syed Ariff.”Awak,saya kemalangan ke?..Ingatan saya tak jelasla..saya..”Secara tiba-tiba Syed Ariff terus memeluk Azhani membuatkan Azhani terkejut.Syed Ariff memeluk Azhani dengan erat sambil melepaskan keluhannya yang berat.Kenapa dengan mamat ni?.”Syukurla kau sedar.Aku betul-betul takut tadi.”Syed Ariff berkata lemah.Ada nada kelembutan di suara lelaki itu.

Azhani terkedu.Syed Ariff risau pasal aku?.”A..awak teman saya ke selama ni?.”Soal Azhani.Syed Ariff merungkaikan pelukannya.”Kau ingat aku ada masa pergi kerja ke dengan keadaan kau macam ni.”Kata Syed Ariff.”Bila saya kemalangan?.”Azhani menanya lagi.”Kau kemalangan pagi tadi,sekarang pun dah hampir maghrib.Lama jugak kau tak sedarkan diri.Mak dan ayah pun dah tau tentang hal ni.Sekejap lagi diorang datangla.”Terang Syed Ariff.Azhani menganggukkan kepala.Tiba-tiba kepalanya terasa pening lagi.”Ah..sakitnya kepala..”Azhani memegang kepalanya yang berbalut.”Sakit kepala?!.Sekejap ye aku panggil doktor.”Syed Ariff kaget dan terus bangun.Namun Azhani menahannya.”Eh,awak!.Dudukla balik..Tak payahla panggil doktor.Kepala saya pening sikit je.”Kata Azhani.”Kau ni tengah sakit pun degil jugak!.”Marah Syed Ariff.”Saya bukan degil,tapi kepala saya ni dah tak sakit dah.Panggil doktor pun nak buat apa.”Jawab Azhani.”Ha,menjawab!.”Syed Ariff menyindir dan kembali duduk di kerusi.Azhani mendengus.Mamat ni aku tengah sakit pun nak melenting jugak ke.Tiba-tiba pintu wad dibuka.Terpacul wajah Cik Yah.

“Eh,mak?!.”Azhani terkejut.

“Azhani,kamu dah sedar!.”Cik Yah terus mencium dahi anaknya dan memeluk anaknya dengan erat.Cik Yah menangis lega.

“Mak,Azhani tak ada apa-apa la.Kemalangan sikit jer ni.”Kata Azhani.

“Kemalangan sikit kamu kata?!.Kamu tau tak kamu kena rempuh dengan kereta.Mana emak tak risau.Elok-elok mak yang sakit.Kamu pulak yang kemalangan.”

“Oh,baru Az teringat.Batuk mak dah ok ke?.”Soal Azhani.

“Dah,dah ok dah.Kamu jer yang mak risaukan sekarang.Kamu tak ada patah apa-apa kan?”.Kata Cik Yah membelek luka-luka di badan Azhani.Risau betul Cik Yah dengan anak tunggalnya itu.”Mak,mak jangan risau.Ariff dah cakap dengan doktor tadi.Doktor kata Azhani ada luka dekat kepala.Tapi Alhamdulillah tak serius sangat.Mungkin Azhani boleh balik dua hari lagi.”Terang Syed Ariff.Cik Yah mengurut dadanya.”Alhamdulillah.Lega mak dengar.”Lagi dua hari aku kena duduk dekat wad ni.Aduh,bosanla aku macam ni.Tiba-tiba pintu wad terbuka sekali lagi dan terpacullah pula kedatangan Datuk Mazlan dan Datin Fatimah.

“Azhani,kamu ok ke?!.”Datin Fatimah terus mendapatkan Azhani di katil.Tertulis juga keresahan di wajah wanita tua itu.Azhani tersenyum.”Mak,Azhani ok.Cuma luka sikit je.Mak jangan risaulah.”Kata Azhani.”Macam mana kami tak risau Azhani.Lepas dengar je kamu kemalangan.Kami semua macam nak dapat penyakit sakit jantung tau tak.”Kata Datuk Mazlan.”Azhani minta maaf sangat kalau Azhani dah buat semua orang risau.Tapi sekarang Alhamdulillah Azhani dah ok.”Azhani memberi penerangan.Kemudian Syed Ariff memeluk bahu Azhani.”Ha’ah mak.Mak dengan ayah jangan risau.Sebab nanti kalau ada apa-apa,Syed Ariff akan sentiasa berada di sisi Azhani.”Syed Ariff tersenyum.Aduh,mamat ni dia berlakon punya la baguss.”Bagusla kalau macam tu.Buat masa sekarang kamu memang kena jaga Azhani.”Kata Datin Fatimah.

Kemudian imej Lia terbayang di minda Azhani.Lia?.Lia dekat wad mana sekarang agaknya?.”Ermm..Mak dengan ayah tau tak Lia dekat wad mana sekarang.Azhani ingat nak jenguk dia lepas ni.”Tanya Azhani.Datin Fatimah dan Datuk Mazlan berpandangan sesama sendiri.Mereka tidak tahu sama ada hal itu perlu diberitahu atau tidak.Syed Ariff pula hanya mengeluh dan pandang ke lantai.Azhani pelik.”Kenapa semua orang buat muka macam tu.Azhani cuma nak tau Lia ada dekat mana je sekarang.”Kata Azhani.Datin Fatimah memegang lengan Cik Yah.”Yah,aku rasa baik kau bagitau dia sekarang.”Kata Datin Fatimah.Cik Yah hanya mengangguk lemah.”Bagitau apa ni mak?.”Azhani makin pelik.Kenapa dengan Lia?.Apa jadi pada dia?.Cik Yah memegang tangan anaknya.”Az,mak harap kamu tak terkejut dan dapat menerima semua ni dengan redha.”Kata Cik Yah.”Kenapa mak?.Mak nak cakap apa ni?.”Azhani makin tidak faham.Mak Cik Yah mengeluh.

“Masa kamu berdua kemalangan.Hanya Az je yang terselamat.Malangnya Lia dah disahkan meninggal dunia selepas kemalangan tu berlaku.”Terang Cik Yah.Azhani kaku.Otaknya seakan tidak percaya apa yang dikatakan oleh ibunya.Lia meninggal dunia?!.Tanpa disedari setitis air mata mengalir dari pipinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience