BAB 18

Romance Completed 68960

Hari ini merupakan hari kerja,namun Syed Ariff masih berada di rumah.Membuatkan Azhani bingung.”Awak tak pergi kerja ke hari ni?.”.Syed Ariff yang sedang tekun membuat kerja pejabat memandang Azhani.”Tak,ayah suruh aku ambik cuti hari ni.Dia suruh aku luangkan masa dengan kau.”Kata Syed Ariff.”Luangkan masa dengan saya?.Macam apa?.”Azhani bertanya.Syed Ariff membuat muka ‘blur’.”Kau nampak tak sekarang ni aku tengah luangkan masa dengan kau.Sambil tu,aku buatla kerja kat pejabat sekali.Faham.”Kemudian Syed Ariff meneruskan kerjanya.Tsk,ini dia kata luangkan masa dengan aku.Dia luangkan masa denga kerja adalah.Baik dia buat rumah dia ni syarikat bapak dia terus.Senang!.Azhani mencebik kemudian dia berlalu ke dalam biliknya.

Hari ni Azhani akan mula memasang langsir di rumahnya sebagai hiasan yang pertama.Azhani ada membeli kain langsir yang berwarna coklat cair.Sesuai dengan warna dinding rumahnya.Azhani keluar dari bilik dan mengambil kerusi.Kemudian dia mula memanjat dan memasang langsir barunya.

Syed Ariff mengeliat.Dia menutup laptopnya selepas semua kerja pejabatnya selesai.Kemudian dia rasa ada sesuatu yang tidak kena.Mana minah tu,senyap je rumah ni?.Syed Ariff bangun dan mula mencari Azhani .Kemudian dia ternampak Azhani sedang berdiri di atas kerusi memasang langsir.Syed Ariff melangkah berdekatan dengan Azhani.

“Apasal buruk sangat langsir ni.Takdek ‘taste’ langsung.”Syed Ariff mengkritik.

Azhani menjeling kepada Syed Ariff.Ish,mamat ni menyibuk je!.

“Tengokla,warna dia pun pudar.Hodoh betul.”Syed Ariff sengaja mahu menaikkan amarah Azhani.Azhani malas melayan karenah Syed Ariff dan terus memasang langsir.Ya Allah,tolongla bagi mamat ni pergi dari sini.Syed Ariff bengang apabila sedar dia bercakap sendirian apabila Azhani tidak melayannya.Syed Ariff melihat kerusi di mana Azhani sedang berdiri.Dia tersenyum.Semasa Azhani memasang langsir,tiba-tiba dia terasa kerusinya digoyang.Syed Ariff dengan muka selamba menyepak kerusi Azhani.Azhani takut dia hilang keseimbangan.”Hei,jangan la buat macam tu.”Syed Ariff berpura-pura pekak dan terus menendang kerusi Azhani.”Janganla goyangkan,nanti saya jatuhla!.”Azhani mula marah.Syed Ariff membuat muka selamba dan menendang kerusi itu dengan kuat.Azhani terkejut dan mula hilang keseimbangan.Akhirnya Azhani terjatuh dari kerusi namun sempat disambut oleh Syed Ariff.”Ish,apa ni.Turunkan saya la!.”Azhani berang.”Aku dah selamatkan kau bukan nak terima kasih.Memekak je tau.”Kata Syed Ariff.Azhani mencebik.”Hei,awak selamatkan saya ke atau awak orang yang buat saya jatuh ha.Sekarang turunkan saya!.”Azhani memberontak.Syed Ariff pula masih tidak melepaskan Azhani.”Lainkali,kalau aku cakap dengan kau.Janganla buat-buat tak dengar.”Syed Ariff tersenyum.”Semua perkataan yang keluar dari mulut awak tu semuanya saya tak nak dengar.Jadi saya diam je la.”Azhani melawan.”Eh,sekurang-kurangnya aku bersikap jujur ok.Langsir tu memang hodoh.Aku nak cakap apa lagi!.”Syed Ariff berkata selamba.Mamat ni suka buat aku naik darah!.”Langsir saya tak hodohla!.”

“Hodoh!”

“Tak! “

“Memang hodoh pun.”Syed Ariff tersenyum.Dia memang suka menyakat Azhani.

“Saya kata tak!.Takla!.”Azhani menjerit.

“Ala..Sweetnye pengantin baru.”Mereka berdua terkejut.Mereka berpaling kebelakang.Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati Datin Fatimah dan Datuk Mazlan berada di belakang mereka selama ni.”Ma..mak dengan ayah..Bila sampai?”.Syed Ariff berkata dengan gugup.Muka Azhani pula merah menahan malu.Iee..Malunya mak mertua aku nampak semua tadi!.Syed Ariff melepaskan Azhani.Azhani terus menyalam tangan ibu dan bapa mertuanya.

“Macam mana nak tahu kami berdua datang ke tak.Asyik bermanja je..”Datin Fatimah menyakat mereka.”Tak adalah mak..”Kata Syed Ariff.Azhani pula hanya tersengih.”Cantik langsir yang kamu pasangkan ni.Kamu beli ye Azhani?.”Soal Datuk Mazlan.”Ya,ayah.Saya bosan sikit.Tu la terpikir pulak nak pasang langsir hari ni.”Azhani tersenyum bangga.Hahah..Ayah pun puji langsir aku.Padan muka kau Syed Ariff.Azhani bersorak dalam hati.Syed Ariff mencebik.Minah tu mula perasan la tu.

“Jadi,kenapa ayah dan mak datang rumah Ariff ni?”.Syed Ariff menannya.”Kenapa,mak tak boleh datang rumah kamu ke?”.Datin Fatimah dan Datuk Mazlan duduk di sofa.”Bukan macamtu,maksud Ariff kenapa mak dengan ayah datang tak cakap dengan Ariff.”Kata Syed Ariff.”Saja je kami ni nak datang.Nak tengok juga rumah kamu ni macamana.”Kata Datuk Mazlan.Datin Fatimah mula bangun.

“Cantik rumah kamu ni,Ariff.Mak nak tengok bilik dekat bawah sana ye.”Datin Fatimah meluru di bilik berdekatan.Syed Ariff terkejut.Alamak!,itu bilik Azhani.Kalau mak tau aku dengan minah tu tidur berasingan mampus aku!.”Mak,nanti..”Syed Ariff terus bangun untuk menahan ibunya namun Datin Fatimah sudah menjejaki ke dalam bilik Azhani.

“Apa ni,kenapa semua barang Azhani ada dekat dalam bilik ni?.”Muka Datin Fatimah berkerut.Gulp.Syed Ariff mula takut.Datuk Mazlan pergi kepada isterinya.”Macam bilik Azhani je?.Kamu berdua tidur berasingan ke?.”Tanya Datuk Mazlan. ”Errr..aa..Kami..”Syed Ariff gugup. ”Ariff betul ke kamu tidur berasingan dengan Azhani?.” Giliran Datin Fatimah pula menyoal. ”Sebenarnya...aaa..”Syed Ariff mati akal.

“Eh,mak dan ayah jangan salah faham.Sebenarnya Azhani dengan abang Ariff tidur sebilik.Cuma barang Azhani ni banyak sangat.Sebab tu la Azhani letak semua je dekat sini.”Azhani memberi keterangan palsu sambil tersenyum.Eh,masa bila pulak minah ni dekat sini,bukan tadi dekat dapur ke?.”Semua yang Azhani cakap tu semua betul..heh”Syed Ariff menyokong kata Azhani.”Datin Fatimah menganggukkan kepalanya.”Oh,macam tu.Mak ingat apa la tadi..”.Kemudian Datin Fatimah dan Datuk Mazlan duduk semula di sofa.Azhani pula menghidangkan air kepada ibu dan bapa mertuanya.

Datin Fatimah melihat sahaja perlakuan Azhani menghidangkan air.Dia betul-betul suka cara Azhani dengan tatatertib.Kemudian Azhani duduk di sebelah Syed Ariff.”Bertuah betul mak dapat menantu macam kamu Azhani.Sopan je cara kamu menghidang.Sejuk hati mak tengok.”Datin Fatimah tersenyum.”Eh,tak adalah mak,Azhani ni biasa-biasa je.”Azhani merendah diri.”Mak dengan ayah ni bukan nak susahkan kamu.Sengaja je kami nak lawat kamu.”Terang Datuk Mazlan.Azhani dan Syed Ariff hanya menganggukan kepala.”Oh ya.Lupa mak nak beritahu.Mak dengan ayah nak tidur sini untuk semalaman.Harap kamu tak kisah la ye.”Kata Datin Fatimah sambil tersenyum.MataAzhani dan Syed Ariff terus membulat.Mak dengan ayah mertua aku nak tidur sini?.Maksudnya,aku kena tidur dengan Syed Ariff la!.Syed Ariff dan Azhani berpandangan sesama sendiri.Dua-duanya kalut.”Kamu berdua ni kenapa?.Macam ada masalah je.”Soal Datuk Mazlan.”Eh,tak adalah ayah.Kami mana ada masalah.Kalau mak dengan ayah nak tidur dekat sini boleh je.Sini banyak bilik.”Kata Syed Ariff.Azhani pula berpura-pura senyum.Ya allah,aku tak nak tidur sebilik dengan mamat tu lagi!.Azhani jerit di dalam hati.

Selepas selesai mereka semua makan malam.Azhani mengemas dapur dan membasuh pinggan dengan Datin Fatimah,banyak yang mereka bualkan.Azhani dapat merasakan hubungan dia dan ibu mertuanya semakin rapat.Selepas itu Datin Fatimah meminta diri untuk menunaikan solat isyak di dalam bilik.Syed Ariff dan Datuk Mazlan pula sibuk berbincang tentang perniagaan di ruang tamu.Azhani pergi di luar rumah dan duduk berdekatan dengan kolam ikam.Dia termenung.Haish,nampaknya malam ni aku kena tidur sebilik dengan mamat tu.Aduh,sejak peristiwa kena peluk dengan dia pada hari pertama kahwin aku betul-betul tak nak tidur sebilik dengan dia lagi.Kalau macam ni la,tidur atas lantai pun aku rela.Azhani berkata di dalam hati.Kemudian dia mengeluhberat.”Azhani..”Azhani terkejut dengan sapaan dibelakangnya.Dia berpaling kebelakang.Oh,Datuk Mazlan rupanya.”Eh,ayah?.Kenapa ayah dekat sini.”Tanya Azhani.”Tak ada la,ayah dah habis berbincang dengan Ariff tadi.Ayah nampak kamu dekat sini.”Kata Datuk Mazlan.”Ooo...”.Datuk Mazlan berdiri di hadapan Azhani .”Azhani,ayah cuma nak cakap yang ayah minta maaf.”Kemudian Datuk Mazlan mengeluh.”Minta maaf?.Ayah tak buat salah dengan Azhani pun.Kenapa ayah nak minta maaf pula?.”Azhani pelik.

Syed Ariff yang kebetulan ingin berlalu ke dalam bilik terdengar perbualan mereka.Ayah dengan Azhani?.Apa yang diorang cakap tu?.Syed Ariff terus bersembunyi di belakang dinding berdekatan dengan kolam ikan.Dia ingin mengetahui apa ayah dengan isterinya bualkan.

“Azhani ingat tak pada hari perkahwinan ayah ada suruh Azhanimembimbing Ariff.Ayah takut Azhani berasa masalah dengan hasrat ayah dan ayah nak minta maaf kalau ia membebankan kamu.”Kata Datuk Mazlan.Azhani mula terharu dengan kata ayah mertuanya.Kemudian Azhani tersenyum.”Untuk pengetahuan ayah,Azhani tak pernah menyesal kahwin dengan abang Ariff.Jadi, memang menjadi tanggungjawab Azhani untuk membimbing abang Ariff.Ayah jangan risau.Azhani dan diri Azhani memang ikhlas dengan abang Ariff.”Terang Azhani.Datuk Mazlan tersenyum mendengar penerangan Azhani.Sesungguhnya,Azhani adalah menantu yang baik untuknya.”Ayah bangga dapat menantu macam Azhani.”Kata Datuk Mazlan.Azhani hanya tersenyum.”Takapa lah ayah kalau macam tu,Azhani minta diri dulu ye.Takut abang Ariff tunggu lama pulak dalam bilik.”Kata Azhani.Datuk Mazlan hanya mengangguk dan Azhani berlalu pergi.

Syed Ariff tersenyum lebar di belakang dinding.Apa yang didengarinya betul-betul mengembirakan hatinya.Dia bagai terawang-awang di langit malam.Seronok jugak dengar dia panggil aku abang.Syed Ariff kemudian bangun dan berlalu untuk ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience